Friday, June 12, 2009

Thursday, June 11, 2009

Syiling Arab Saudi





nursery rhymes...

Kowang ada anak? Kalau kowang tak de anak pun, mesti kowang tau kan ape itu nursery rhymes.. Dulu kecik2 mesti de dgr or nyanyi kan.. Bukan ape, dek kerana baby kecil di rumah tu kdg2 susah sket nk soh die mkan, so bukak le cd nursery rhymes bagi die tgk.. suke bukan main..siap goyang2 lagi.. adoi la..nih mesti blaja kat taska nih..

Antara nursery rhymes/lagu kanak2 yang popular adalah:
  1. twinkle twinkle little star
  2. baa baa black sheep
  3. mc donald had a farm
  4. london bridge
  5. mary had a little lamb
  6. ten little indian boys
Pendek kata, macam2 lagi la..nih antara yang saya tau la kan.. haha.. tapi dalam banyak2 lagu dlm cd nursery rhymes baby saya nih.. 2 dua lagu yang saya suke sgt.. siap nyanyi skali nih.. kdg2 rase cam karaoke lak kt rumah tu.. (kalah rumah jiran saya nih...)..hahaaa.. ni lagu die..
  1. ding dong bell
  2. hickory dickory dock
Untuk lirik lagu ini sila klik..
Selanjutnya


DING DONG BELL
Ding dong bell
pussy in the well
who put her in.. little johnny green
who pull her out.. little tommy stout
what a naughty boy was that
to drown a pussy cat
who never did any harm
but kill all the mice
in his father's barn

HICKORY DICKORY DOCK
hickory dickory dock
the mouse ran up the clock
the clock struck one
the mouse ran down
hickory dickory dock...

Itula lagu kegemaran saya wt masa nih.. hahaa..tapi dari lagu ding dong bell tu.. lh de pengajaran gak..

mote:
  1. Jadikan ini semua sekadar hiburan yang tidak melalaikan.. juga utk mengajar bahasa inggeris kepada anak2..
  2. Dari lagu ding dong bell tu, jangan le wat jahat kat sesape pun, apatah lagi kepada orang yang buat baik kat kite...
  3. Buatla baik kepada org..tapi berpada-pada..
  4. Lagu kedua..xtau la..nape tah tikus tu.. jgn jadik tikus kot.. wat salah (ran up the clock), terkejut trus lari..
Okey.. sehingga berjumpa lagi...

Tuesday, June 9, 2009

menangkap ketam..

Salam. lama rasenya xmenjenguk ke blog nih.. Apa khabar semua? Baru-baru nih saya & suami pulang ke kg terengganu - kg suami. Perjalanan yang secara tiba-tiba sebenarnya, kerana pada mulanya, ada kerja yang perlu dilaksanakan, namun pada saat2 akhir, bos kata kerja ditunda. Jadi, plan asalnya yang terbantut, bersambung semula.

Perjalanan yang agak dipenuhi kenderaan, tetapi masih terkawal. Maklumla, cuti sekolah masih berlangsung. Kami tiba agak lewat, jadi selepas beberapa ketika, terus tidur. Petang keesokannya, kami membawa si kecil ke tepi pantai.. Oh ye, rumah mentua saya terletak di tepi pantai cendering - kawasan yang selamat utk mandi-manda (kata suami saya la...). Ini kali pertama bagi si kecil itu dibawa ke pantai, jadi jelas kelihatan ia merupakan sesuatu yang sungguh menggembirakan.

Apa yang ingin disampaikan adalah pengalaman saya menangkap ketam (xpasti ini ke term yg betul...) di tepi pantai. Pada malamnya, yang disinari cahaya bulan penuh, saya & suami, adik-beradik & sedara ke pantai. Sungguh sebelum ni, saya tidak tahu pun cara menangkap ketam di tepi pantai. Caranya, mudah.. kepala ayam dicucuk pada kayu, & kayu tu diletakkan dalam air sedalam paras lutut (mungkin boleh wt dalam lagi,tapi x digalakkan takut air naik xsedar...). Biarkan dulu, pas2 bolehla suluh kayu2 dalam air tu guna torch light. Camtu la yg kami buat.. & mmg nmpak de ketam. Saya & suami cuba gak menangkap ketam2 tuh, tapi dek kerana saya nih kurang pengalaman, terlepas la cubaan 2x menangkap.. huhu..bukan rezeki kami le ketam 2 ekor tuh.. Takut kena sepit sebenarnya.. ahahaaa.. Ape pun, mmg satu pengalaman yang sukar dilupakan. Sampaikan selama 1jam lebih kami kat tepi pantai tu. Yang lebih kelakar, siap kejar ketam tu masa die lari dalam air.. HAhhaaa.. terbongkok-bongkok sbb mnyuluh & mengejar ketam tu.. Hasil malam tu banyak juga.. hampir 1/3 baldi isi kain tu..

Malagnya, sbb suasana romantik sangat malam tu, jadi kami xdpt nak mengambil gambar. Tak dapatla, ditatap semua ye.. Apa pun, jika anda ingin merasai keseronokan menangkap ketam di tepi pantai, cuba lah jika berkesempatan.

Mmg satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi. Tapi disebabkan penulis ni tak pandai nak bercerita, maka mungkin kurang sikit rasa teruja tuh.. hahaa.. tapi, mmg asyik & seronok aktiviti nih.. Cubalah..

mote:
  1. Ciptaan Allah ini pelbagai, terokailah selagi mampu & berkesempatan, tetapi jangan pula sampai merosakkan.
  2. Banyak lagi ilmu yang ada di dunia ini, sehinggakan tidak termampu kita mencapai kesemuanya. Jadi, carilah & pelajarilah sedayanya.
  3. Jangan takut mencuba sesuatu yang baru, jika ia membawa kebaikan, kerana ia mungkin mampu memberi kepuasan kepada diri anda.
Sehingga berjumpa lagi..

Monday, June 8, 2009

Koleksi Wang Kertas Tandatangan Ahmad Mohd Don














Koleksi Syiling Peringatan


Syiling Peringatan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dikeluarkan tahun 1971 dengan nilai muka 5 ringgit. Jumlah keluaran 2,000,000 unit diperbuat daripada Copper-Nickel.




Syiling Peringatan Ulang Tahun ke 10 Bank Negara Malaysia. Dikeluarkan tahun 1969 dengan potret Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Yang DiPertuan Agong ketika itu. Diperbuat daripada Nickel sebanyak 1,000,000 unit dengan nilai muka satu ringgit.



Syiling Peringatan sempena Rancangan Malaysia Kelima. Dikeluarkan tahun 1986 dengan nilai muka satu ringgit. Diperbuat daripada copper-nickel dengan tempaan sebanyak 1,000,000 unit.



Syiling Peringatan sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke 30. Dikeluarkan tahun 1987 dengan nilai muka satu ringgit. Diperbuat daripada copper-zinc dengan jumlah tempaan sebanyak 1,000,000 unit.




Syiling Peringatan Sempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke 25. Dikeluarkan tahun 1982 dengan potret Tunku Abdul Rahman Putra . Jumlah tempaan sebanyak 1,500,000 unit dengan nilai muka satu ringgit dan diperbuat daripada copper-nickel.

Gambar Belangkas