Wednesday, June 24, 2015

Remaja 15 Tahun Lunyai Dikerjakan Tiga Lelaki


Tindakan seorang gadis berusia 15 tahun menerima pelawaan tiga lelaki untuk bersiar-siar mengundang padah apabila dia dirogol secara bergilir-gilir di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, mangsa  dikatakan duduk di tingkat bawah sebuah pangsapuri di Petaling Jaya sebelum didatangi tiga lelaki termasuk satu pasangan kembar.

Sumber berkata, suspek bersembang selama beberapa jam dengan mangsa sebelum mengajaknya bersiar-siar menaiki sebuah kereta jenis Myvi.

Mangsa bersetuju dan dibawa ke sebuah hotel di Subang Jaya kira-kira jam 4.15 pagi, suspek mendaftar masuk dan membawa mangsa ke sebuah bilik.

“Tiba di bilik, seorang daripada suspek terus membuka baju serta seluar mangsa, sementara dua rakan suspek menunggu di luar,” katanya.

Setelah selesai, pasangan kembar yang menunggu di luar pula masuk dan merogol mangsa secara bergiir-gilir tanpa belas kasihan.

“Kesemua mereka tidak mempedulikan jeritan mangsa, disebabkan tidak bermaya mangsa tidak mampu melawan perbuatan suspek terhadapnya,” kata sumber itu.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, polis berjaya memberkas ketiga-tiga suspek untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu pihaknya ada menerima laporan daripada mangsa.

Tangkapan dibuat terhadap ketiga-tiga suspek namun selepas beberapa hari, mangsa menarik balik laporan dibuat.-sinar harian

Kami Tidak Dibenarkan Solat


$%Fazly Fazz Zulkifli, memuat naik status di laman Facebook yang menyatakan manager di tempatnya bekerja tidak membenarkan dia dan rakannya bersembahyang di waktu kerja.

Fazly kecewa dengan tindakan manager berkenaan sehingga terdetik di hatinya untuk berhenti namun dek kepayahan nak mencari kerja lain menyebabkan niatnya itu terbantut.

"Urgent, harap kaum Islam terutamanya Majlis Agama mengambil tindakan dan tolong kami. Kami tak tahu nak lawan macam mana.

"Minta bantuan semua, saya ada masalah di tempat kerja. My manager kata kami tak boleh pergi sembahyang di waktu kerja. Kalau mahu pergi sembahyang pun pada waktu rehat sahaja.

"Rehat yang selama satu jam itu pun hanya dapat mengerjakan solat zohor. Macam mana pula dengan asar dan maghrib?

"Saya dah pening. Semak dengan pejabat buruh, dia kata kerajaan tak ada mengeluarkan akta yang mengatakan orang Malaysia beragama Islam boleh keluar sembahyang di waktu kerja. Apatah lagi di waktu solat Jumaat.

"Saya berasa pelik, adakah saya di negara lain yang bukannya negara Islam? Saya sangat kecewa sampai tak tahu nak buat apa. Nak berhenti kerja, sekarang tengah gawat. Siapa pula yang nak ambil saya bekerja nanti?

"Saya kecewa dengan Malaysia yang tak mementingkan hukum hakam sebuah negara Islam. Saya ada bukti dalam bentuk voice dekat WhatsApp. Sesiapa nak dengar boleh add saya 0182231018. Ini serius. Tak tahu nak upload di Facebook," katanya.

Luahan Fazly itu dimuat naik oleh laman Facebook popular, Oh! Media, mendapat reaksi dari netizen yang rata-ratanya menyarankan agar Fazli berhenti kerja.

Menurut mereka, rezeki ada di mana-mana. Bukannya hanya tempat itu dia boleh mencari makan.

Ada pula segelintir yang tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana tindakan yang tidak bijak itu bakal mengundang kesukaran pada diri sendiri.

Kes larangan pada pekerja beragama Islam untuk bersolat ini seringkali terjadi. Namun tidak begitu dipedulikan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. - THEHYPEMEDIA

Terima Harga Tol Naik atau Kita Akan Naikkan Cukai



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan jika kerajaan tidak menaikkan harga tol, cukai akan naik. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 


Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan langkah kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran tol dan berkata, sekiranya harga tol kekal, Putrajaya terpaksa menaikkan kadar cukai.

Menurut Perdana Menteri, pihaknya bagaimanapun sedang meneliti beberapa kaedah untuk memberikan kesan minimum kepada pengguna tol tetap untuk mengelakkan mereka terbeban dengan kenaikan kadar berkenaan.

"Kalau tak kena tol kita kena naikkan cukai. Cukai ni kena semua. Tol orang lalu akan bayar. Tapi kerajaan memikirkan agar kenaikan ini tidak akan memberi keuntungan tak munasabah kepada tol operator.


"Mungkin bagi pengguna tetap kita boleh bagi season pass. Prinsip kita, pakai lebuhraya kita terpaksa bayar itu kita tak boleh tolak. Ini realiti," kata Najib ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-60 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut menyindir pembangkang dari Pakatan Rakyat yang hanya tahu mengkritik sedangkan mereka hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri, dan bukannya negara.

"Pembangkang di negeri sahaja. Ingat mereka kalau di tempat sama tidak buat tindakan sama?" katanya ketika berucap di hadapan perwakilan MCA dari seluruh negara.

Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional pimpinannya masih bersedia mendengar rungutan dan keluhan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup yang disebabkan program rasionalisasi subsidi.

"Saya tak kata kerajaan sempurna, tapi kerajaan ini sedia mendengar suara rakyat. Supaya tak terlalu berat bebannya kepada rakyat.

"Inilah langkah kehadapan, yakinlah ekonomi kita berada di landasan yang betul," katanya.

Beliau berkata, penstrukturan subsidi berkenaan adalah persiapan kerajaan untuk menghadapi krisis ekonomi pada masa akan datang.

"Kita perlu buat penstrukturan dari sekarang. Bila berlaku krisis ekonomi, kita akan melalui krisis lebih mudah.

"Sebab itu kalau kita bijak kita perlu bersedia menghadapi krisis dengan simpanan negara yang banyak.

"Akan ada kos sedikit. Insya-Allah, kita akan jadi negara maju. Visi kita sangat besar,” katanya.

Najib turut mencabar PR untuk mengemukakan visi mereka untuk mentadbir negara, berbanding hanya menipu rakyat.

"Bertanding dalam visi kepada negara. Keupayaan untuk mentadbir bukan melalui penipuan. Jangan tipu rakyat," kata Najib merujuk kepada dakwaan penipuan pembangkang yang berkata BN membawa masuk 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi ketika PRU13.

Najib turut meluahkan penghargaan terhadap khidmat bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek atas perkhidmatan beliau mentadbir MCA. – 

Sumber : Malaysian Insider

Rasuah: Bekas hakim syariah beraya di penjara


Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Hassan Basri Shafie akan menghabiskan waktu di penjara sepanjang Aidilfitri ini.



Pagi ini, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atasnya kerana rasuah.



Hassan Basri, 61, yang gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan terhadap tujuh tuduhan rasuah, dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.



Panel

Malaysiaku : Kerajaan belum putuskan kenaikan tol

fadillah_tol_600
#$%Kerajaan belum membuat keputusan kemungkinan kadar tol dinaikkan di beberapa lebuh raya mengikut Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan itu bergantung sepenuhnya kepada Kabinet.
“Kenaikan perlu dibincangkan dan diluluskan Kabinet, Ia perlulah dikaji mengikut kesannya kepada kedudukan kewangan negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Getah Malaysia pada Rabu.
Akhbar Berita Harian baru-baru ini melaporkan kadar tol di 16 lebuh raya akan dinaikkan pada Ogos ini melibatkan kenaikan antara 20 sen sehingga RM1.
Mengikut Perjanjian Konsesi, kadar tol perlu dikaji setiap tiga tahun dan mengikut perjanjian itu, kadar tol sedia ada akan tamat Ogos ini.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin sebelum ini menjangkakan hanya lebuh raya tertentu akan mengalami kenaikan kadar tol kerana kerajaan telah menyediakan sejumlah peruntukan dalam Bajet 2015 untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

3 Umat Sebelum Nabi Adam Yang Pernah Mengalami 3 Kali Kiamat


Tranungkite

Artikel "Mungkin dalam hati pembaca pernah terpikir Siapakah Makhluk Sebelum Adam? Menurut kepercayaan (Muslim) merujuk:



"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang

Tergeleng-Geleng Kepala Kami Apabila Jumpa 6 Karenah Pengunjung Bazar Ramadhan Yang Anda Juga Mungkin Pernah Alami...


Sepanjang pengalaman kami berkunjung ke bazar, macam-macam perangai dan sikap yang kami jumpa. Ada tu sampai mengucap panjang kami, huh!

1. Pakaian ketat, puasa tak kak?

ketat
Kami tak tahu lah apa motif mereka berpakaian ketat dan terdedah sana sini, tapi rasanya tak sesuai kot. Tak pasal-pasal boleh mengurangkan pahala puasa orang lain.
Nak tegur takut kita pula yang dimakinya. Mencegah melalui hati jela.

2. Tebalnya make up awak

pmpuan
Cik akak nak pergi Pavilion ke nak ke bazar Ramadan? Nak tergelak pun ada tapi nak buat macam mana bersangka baik jela, mungkin baru balik kelas make up?

3. Gigih beratur panjang nak beli popia basah

popia
Yang ni kami puji! Demi popia basah sanggup beratur panjang di bawah sinaran mentari, gittew! Jangan salah faham, kami geleng kepala sebab kagum dengan kegigihan mereka ni hihi.
Kalau kami memang tak larat nak tunggu.

4. Payung kena kepala orang

payung
Kami dah pernah lalui sendiri bila mana tengah syok-syok berbelanja sekali terasa pedih dekat belakang kepala. Itu kena kepala, kalau tercucuk biji mata? Mintak dijauhkan lah.

5. Lenggang kangkung

Screen Shot 2015-06-24 at 12.51.54 PM
Bazar dah lah sesak tapi boleh pula awak jalan lenggang kangkung ye persis model.

6. Jejak kasih tengah-tengah bazar

selfie
Jejak kasih dah satu hal, stop dekat tengah-tengah laluan orang nak berjalan itu yang bikin panas. Siap selfie lagi tu hurmm.

copypaste dari ohbulan

Gambar Belangkas