Wednesday, June 24, 2015

Gadis Melayu Semestinya Terkejut Beruk Selepas Baca Status Terbaru Penyanyi Popular Kun Anta Ini....


#$%Sejak akhir-akhir ni, Hummod Alkhudher yang terkenal dengan lagunya Kun Anta, mulai dikenali selepas video nyanyian berdurasi 15 saat di laman Instagram menjadi viral malah populariti penyanyi kelahiran Kuwait ini melonjak naik secara mendadak terutama di Malaysia sehinggalah kehadiran penyanyi itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dikenali dengan wajah tampan dan sangat murah dengan senyuman, nampaknya ramai peminat yang kecewa kerana ternyata penyanyi berusia 26 tahun ini sudahpun mendirikan rumah tangga.


Hummod Alkhudher yang merupakan Graduan jurusan radio dan TV di Universiti Kuwait itu mengakui dia sudah empat tahun berkahwin dan sejak itu sering berulang alik dari Kuwait ke Boston, Amerika Syarikat kerana isterinya menyambung pengajian dalam bidang Penulisan Kreatif.


“Sebelum berkahwin, saya sudah popular di beberapa negara Arab. Apabila berkahwin, isteri boleh menerima situasi saya sebagai penyanyi. Bohonglah kalau dia tidak cemburu, tapi ia bukan masalah besar kerana dia memahami kerjaya saya,” katanya. Malangnya, carian di internet mengenai wajah dan siapa sebenarnya gerangan isteri penyanyi terkenal ini nampaknya tidak berhasil. -LuluCaldina

Tahniah!! Bonus Sebulan Gaji Kepada 17,534 Orang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Sempena Aidilfitri


Kerajaan Negeri Selangor hari ini melalui kenyataan siaran media telah mengumumkan pemberian Imbuhan Tahunan Sempena Hari Raya Eidul Fitr 1436 H / 2015 M.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Facebook rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali semua kakitangan kerajaan negeri seramai 17,534 orang akan menerima imbuhan berkenaan.

Imbuhan tersebut akan dibayar pada 9 Julai 2015.

Menurut kenyataan Azmin, imbuhan tahunan ini adalah bagi menghargai khidmat yang telah diberikan oleh semua penjawat awam Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti ke arah Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli. -Siakapkeli.my

Cinta Jarak Jauh Pasangan #LundangtoNewcastle


PETALING JAYA: Seorang di London dan seorang lagi di Kota Baru. Namun faktor jarak tidak akan dirasai oleh cinta sejati.

Kisah pasangan muda ini berjaya menyentuh banyak hati yang ingin mengetahui mengenai kebahagiaan cinta mereka.

Rasa cinta semakin mekar apabila syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menghasilkan filem pendek mengenai percintaan mereka, bertajuk Home - #LundangtoNewcastle.

Video filem pendek itu mencapai lebih 1.3 juta tontonan hanya dalam beberapa hari.

Home mengisahkan kisah rakyat Malaysia, Aadil Marzani dan Nik Nurul Athirah yang saling berhubung melalui media sosial kerana faktor jarak yang memisahkan mereka.

Perkataan 'Lundang' secara kebetulan adalah perumpamaan kepada London bagi masyarakat Kelantan dan Newcastle adalah terjemahan langsung bahasa Inggeris menjadi Kota Baru.

Aadil berkata hubungan cinta mereka adalah sejati, bukan sekadar drama untuk tujuan promoasi.

Jurutera kelahiran London itu bekerja di England manakala Athirah adalah seorang doktor di Hospital Kota Baru.

Kedua-dua mereka bertemu secara kebetulan semasa majlis graduasi Athirah di Trinity College, Dublin.

"Salah seorang daripada saudara-mara saya baharu sahaja menamatkan pengajian di kolej ini...ketika itu saya melihat wanita ini comel berdiri di sebelah saudara saya. Saya berkata kepada diri saya sendiri 'cantiknya gadis ini!' - Dia mempunyai senyuman yang menarik perhatian. Saya biasanya tidak melakukan perkara-perkara seperti ini, tetapi saya hantar mesej kepada saudara saya untuk bertanya mengenai dirinya.

"Saya rasa begitu pelik untuk mendekati seseorang itu melalui Facebook, tapi saya tetap lakukannya. Pada masa itu dia di Kota Baru dan saya bekerja di Kuala Lumpur. Jadi jarak jauh sudah pastinya akan menjadi faktor dalam hubungan kami," kata Aadil.

Sementara itu reaksi pertama Athirah mengenai pemuda kacak itu ialah: "wow, ini adalah pelik tetapi saya rasa tidak ada salahnya untuk mengenali kawan baharu!".

Cinta mereka berkembang perlahan-lahan.

"Athirah pernah berfikir bahawa saya adalah seorang yang membosankan dan serius. Saya mengambil masa yang lebih untuk memenangi hatinya. Dia akhirnya melihat sisi lucu saya," kata Aadil.

Pasangan itu berkata, mereka dapat merasakan sokongan daripada rakyat Malaysia selepas tersiarnya video pendek itu.

Dalam filem pendek itu, Aadil mengambil gambar pemegang kunci lebah dan dirinya sambil berjalan di sekitar London.

Athirah melakukan perkara yang sama di Kota Baru dan mereka berkongsi gambar.

"Peluang untuk melihat wajah masing-masing apabila berada dalam hubungan jarak jauh amat jarang berlaku. Kami hanya dapat berjumpa satu sama lain sekali setahun...namun hubungan kami berjaya sampai sejauh ini.

"Saya benar-benar berharap untuk bertemu Aadil lagi secara peribadi," kata Athirah.

Difahamkan kedua-duanya akan berkahwin pada Ogos depan.




Kredit: mstar.com.my

Rumah Hobbit di Pasir Puteh Kelantan jadi viral


 PASIR PUTEH: Dari luar, dilihat ibarat rumah terbiar tapi, di dalamnya sebenarnya dijaga rapi.

Terletak di Pasir Puteh, Kelantan, rumah itu dihuni oleh sepasang suami isteri bersama empat orang anak mereka sejak 20 tahun lalu.

Amizar Adnan, 48 dan suami, Wan Mamat Wan Junoh, 52, tinggal di rumah ala-ala Hobbit tersebut dan membesarkan anak-anak mereka di dalam rumah yang menyerupai struktur rumah di dalam filem popular "The Hobbit".


Gambar rumah berkenaan telah menjadi viral di media sosial setelah ianya dimuat naik ke Facebook dan mendapat likes sehingga 58,000 ribu kali.

Melihatkan kepada komen orang ramai di media sosial, ramai yang mengkritik rumah tersebut dengan mengatakan tuannya pemalas dan ada juga yang mengeluarkan komen yang mencuit hati.

Namun, pasangan suami isteri yang mendiami rumah Hobbit tersebut mempunyai alasan mereka tersendiri mengapa membiarkan rumah mereka terus begitu.


Amizar, yang juga seorang peniaga berkata dia mendapat idea untuk menanam spesis pokok menjalar setelah rumah kayunya itu yang berusia lebih 70 tahun mula mereput dan dindingnya tanggal satu demi satu.

"Suami saya beberapa kali membaiki rumah yang telah usang ini tetapi tidak dapat bertahan lama sehingga satu hari suami saya memberi idea untuk menanam pokok teh (panggilan penduduk tempatan untuk pokok pagaran) dan menjalar bagi menyokong kekuatan struktur rumah ini.

"Walaupun idea itu agak luar biasa, saya mengikut sahaja kerana ketika itu rumah kami makin uzur," katanya memetik laporan Bernama.

Menurut Amizar, dia tidak menyangka idea dari suaminya itu berhasil dan lebih baik, rumahnya juga kini lebih sejuk dengan peredaran udara yang lebih lancar di dalam rumah.

"Pokok teh yang ditanam itu kini bukan hanya menjadi sokongan utama kepada rumah ini daripada roboh tetapi memberikan udara sejuk seakan penghawa dingin," katanya.


Menurut Amizar, dia sentiasa memperuntukkan masa selama sejam bagi membersihkan keseluruhan rumah.


Suami Amizar, Wan Mamat berkata dia akan terus mengekalkan keadaan rumah terseut.

"Mungkin saya akan betulkan struktur dalam rumah sahaja tetapi tidak akan mengubah keadaan asal rumah. Kami selesa tinggal dalam keadaan ini," katanya sambil menambah rumah itu sering kali menjadi tumpuan pasangan pengantin mengambil gambar dan pelancong asing.

Anak pasangan tersebut, Wan Mohd Hasanudin Wan Mamat, 25, berkata rakannya yang pertama kali datang ke rumahnya tidak akan percaya yang dia tinggal di rumah terbabit.


"Tetapi bila mereka memasuki rumah barulah mereka percaya kerana bahagian dalam rumah sama sahaja dengan rumah mereka.

"Bagi saya rumah inilah syurga bagi kami sekeluarga," katanya bangga.

Kisah Sebenar isteri cantik berhubungan intim dengan suami orang akhirnya terungkap setelah suami berdoa di Mekah

foto sekadar hiasan

Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.
Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.
Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.
Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.

Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan separuh bogel, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”

Nauzubillah. Semoga perkara ini tidak berlaku kepada kita mahupun ahli keluarga kita sendiri dan kisah benar ini menjadi pengajaran buat semua.

Punca Sebenar Lukman Sardi Murtad Dan Seterusnya Keluar Dari Agama Islam...


#$%Pelakon popular Indonesia, Lukman Sardi mengumumkan keputusannya untuk memeluk agama Kristian sekaligus keluar daripada Islam.

Pengakuan pelakon berusia 43 tahun itu dapat ditonton di saluran YouTube sejak dimuat naik bermula 24 Mei lalu.

Lukman menceritakan hal tersebut semasa upacara ulang tahun di Gereja Bethel Indonesia (GBI) Ecclesia.

"Saya memilih untuk ‘percaya’ sekitar enam tahun yang lalu," ujarnya.

Menurut beliau keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuklah isterinya, Pricillia Pullunggono yang beragama Kristian. Ia adalah simpulan pencarian rohani yang berlangsung selama beberapa tahun.

Lukman merupakan anak kepada lagenda biola Indonesia, Allahyarham Idris Sardi. Hasrat Lukman untuk menukar agama turut dimaklumkan kepada arwah bapanya semasa beliau masih hidup.

“Ayah adalah orang yang paling kecewa kerana dia adalah seorang yang alim. Pesannya kepada saya supaya bertanggungjawab dengan pilihan sendiri,” tambahnya.

Tuesday, June 23, 2015

SUBHANALLAH !! Inilah Gambar Perubahan Mendadak Emylia Rosnaida, Isteri AC Mizal

Subhanallah... cantik giler penampilan terkini Emylia Rosnaida, isteri Dato' AC Mizal. Bukan setakat memukau pandangan kami malah turut membuat pengkritik di luar sana sejuk mata memandang.

SUBHANALLAH !! Inilah Foto Perubahan Mendadak Emylia Rosnaida, Isteri AC Mizal
SUBHANALLAH !! Inilah Foto Perubahan Mendadak Emylia Rosnaida, Isteri AC Mizal
Ini membuktikan bahawa manusia bila-bila masa boleh berubah, hanya perlu terus diberi peluang untuk menilai dan muhasabah diri sendiri.

Emylia Rosnaida dan mula tutup aurat - Pelakon seksi yang terkenal juga isteri AC Mizal, Emylia Rosnaida dikatakan sudah mula menutup aurat selepas sekeping gambarnya bertudung telah tersebar di laman maya.

Foto yang dikongsikan di laman forum itu mendapat reaksi positif dari penggiat-penggiat forum lain. Ada yang memuji penampilan Emylia Rosnaida sebagai anggun dan lembut dipandang. Menariknya, jam tangan yang dipakai beliau turut menjadi bahan cerita mereka.

Gambar Belangkas