Tuesday, June 23, 2015

Punca Sebenar Wan Maimunah Bercerai?


Pelakon veteran Wan Maimunah dilaporkan telah bercerai dengan suaminya Makpol Saimon semenjak April lalu.

Wan Maimunah yang juga terkenal dengan iklan peragut terbitan FINAS itu mengakui bahawa tiada apa-apa lagi hubungan dengan usahawan makanan Kacang Pool itu.

Bagaimanapun, Wan Maimunah enggan memberikan penjelasan lanjut mengenai perceraian mereka kerana menghormati keputusan bekas suaminya itu yang tidak mahu perkara ini dibesar-besarkan.

"Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan lanjut mengenai kes perceraian kami, lagi pun lebih baik jika ditanya pada bekas suami saya. Saya bimbang perkara ini diperbesarkan.

"Apa yang boleh saya katakan ialah itu semua kuasa Allah. Hanya Allah yang maha mengetahui segala yang berlaku," demikian kenyataan Wan Maimunah kepada wartawan Kosmo semalam.

Lapor Kosmo!, Wan Maimunah kini kelihatan tidak bermaya dan susut berat badan.

PM: Dakwaan korupsi libat pegawai MARA akan disiasat terperinci

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menegaskan dakwaan korupsi mengaitkan beberapa individu dalam pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Melbourne, Australia, akan disiasat secara terperinci.

"Pihak berkuasa di sini akan menyiasat secara terperinci dakwaan tersebut, dan seandainya ada sebarang salah laku dan penyelewengan, tindakan akan diambil," katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter miliknya.

Akhbar Australia, 'The Age' melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House", daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University. - Bernama


Kisah Mak Cik Teresak-Esak Tepi Jambatan P. Pinang Sebab Kucing




Sumber foto dari laman Facebook Penang Kini



KASIH sayang tidak memiliki sempadan dan luas terbentang untuk makhluk di muka bumi ini berkongsi rasa.



Satu kisah yang dimuat naik di Facebook Penang Kini, telah menyentuh hati ramai orang kerana memperlihatkan hubungan erat antara seorang manusia dan haiwan kesayangannya.



Kisah benar tersebut diceritakan oleh seorang individu yang menjadi

UGANDA SEMAKIN PARAH AKIBAT TAKSUB PADA AMALAN KARUT


UGANDA : Kanak-kanak diculik ketika dalam perjalanan ke sekolah sebelum anggota badan mereka dipotong dan mayat mangsa yang dalam keadaan mengerikan dicampak di dalam hutan.


Itulah kisah menakutkan yang menghantui kanak-kanak di Uganda akibat kepercayaan karut sebilangan penduduk di negara itu.

Setiap tahun ratusan kanak-kanak di Uganda menjadi mangsa bomoh yang mempengaruhi golongan elit bahawa dengan mengorbankan kanak-kanak akan menjadikan mereka lebih kaya.

Lebih mengejutkan lagi, jenayah kejam ini dijangka akan meningkat menjelang pilihan raya Uganda yang dijadualkan berlangsung pada 2016.

Satu pertubuhan kebajikan kanak-kanak memberitahu, ahli perniagaan kaya sanggup membayar ribuan pound kepada pengamal perubatan tradisional untuk memburu kanak-kanak miskin.

Anggota badan kanak-kanak yang diculik ini kemudiannya dipotong untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit mati pucuk dan meningkatkan kesuburan.

Bomoh akan memotong beberapa bahagian anggota badan termasuk kemaluan mangsa.Mayat yang sudah dikerat kemudian dibuang di hutan ataupun tapak pembinaan.

Lebih kejam lagi apabila anggota badan kanak-kanak yang dipotong itu bukan untuk ubat tetapi dipersembahkan kepada roh yang mengarahkan bomoh melakukan kekejaman berkenaan.

Bagi mengatasi kekejaman itu, kerajaan Uganda pada Februari lalu, mewujudkan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi menghentikan pembunuhan terhadap kanak-kanak.

Kerajaan juga meluluskan rang undang-undang bagi mendaftarkan semua pengamal perubatan tradisional.

Namun, ahli perniagaan yang membayar ribuan pound untuk ritual kejam berkenaan jarang dikenakan tindakan kerana keengganan bomoh mendedahkan identiti mereka.

Kanak-kanak yang terselamat tetapi mengalami kecederaan teruk pada badan biasanya terpaksa menanggung kecacatan sepanjang hayat.

Kerajaan memberi amaran amalan mengorbankan kanak-kanak sukar dihentikan selagi penduduk negara itu mempercayai kepercayaan karut.

Bagaimanapun, beberapa aktivis kanak-kanak mendakwa pembunuhan kejam itu akan berterusan kerana ia didorong oleh ketamakan.

Peniaga Bazar Ramadan maki warga asing (video)


FMT Reporters 



PETALING JAYA: Dua lelaki warga asing menjadi mangsa maki hamun seorang peniaga di sebuah bazar Ramadan gara-gara cuba mengalihkan kenderaan.




Kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki warga asing berkenaan mahu mengambil kenderaannya yang diletakkan di tempat letak kereta di kawasan Bazar Ramadan Damansara Damai.




Aksi peniaga terbabit dan dua lelaki warga asing

Wanita bogel punca bekalan elektrik terputus (Gambar)




Seattle: Lebih 4,000 penduduk di Seattle terputus bekalan elektrik Jumaat lalu, selepas seorang wanita yang memandu dalam keadaan bogel melanggar tiang bekalan elektrik.



Anggota polis yang sampai di tempat kejadian di Shoreline, utara Seattle, kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan, mendapati ada kabel berarus elektrik di atas kereta wanita itu lalu menghubungi bomba dan syarikat penyedia

Cahaya misteri di planet Ceres

Foto: NASA/news.com.au

Titik cahaya misteri ditemukan di permukaan planet kerdil Ceres yang terletak di antara Marikh dan Musytari. Para saintis NASA bingung kerana belum menemui pencetus munculnya titik cahaya itu. Bahkan hal ini menimbulkan spekulasi mengenai kemungkinan adanya kehidupan di planet itu.

Seperti dilapor news.com.au, Selasa (23/6/2015), titik cahaya yang cukup terang dan berwarna putih itu sudah lama dikesan di permukaan planet kerdil Ceres. Para saintis telah berusaha memecahkan misteri titik cahaya itu selama 10 tahun terakhir, namun hingga kini belum juga berhasil.

Ceres menyerupai sebuah planet kecil, namun ia tidak memenuhi kriteria sebagai planet. Foto imej terbesar yang menunjukkan titik cahaya di Ceres itu dirakam oleh Dawn, pesawat luar angkasa milik NASA.

Dalam foto yang diambil pada awal bulan ini dari ketinggian lebih dari 4300 kilometer, kelihatan bahawa titik cahaya itu berada di atas sebuah kawah yang membentang sepanjang 90 kilometer di permukaan planet gersang ini. Dari gambar tersebut juga terungkap, ada lebih banyak titik cahaya yang ditemui, dari yang awalnya diramalkan saintis. Titik cahaya terbesar menjangkau seluas 9 kilometer.

Para saintis masih mempertimbangkan beberapa pilihan pencetus titik cahaya itu. Namun setakat ini, diyakini bahawa titik cahaya itu dipancarkan oleh material yang bersifat memantulkan cahaya, seperti ais atau garam.

"Pemetaan infra merah Dawn yang jelas membolehkan para saintis untuk mengenalpasti kehadiran mineral di Ceres, dengan melihat bagaimana cahaya dipantulkan," demikian kenyataan NASA.

"Setiap mineral memantulkan satu siri gelombang panjang sinar infra merah dengan cara yang unik, dan hal ini membantu para saintis untuk menentukan komponen Ceres," tambah kenyataan itu.

Teori lain menyebut titik cahaya itu berasal dari gunung berapi, atau geyser.




Sumber: news.detik.com

Gambar Belangkas