Tuesday, June 23, 2015

MaSyaAllah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan


Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia.

"Allahuakbar"

- Kelantan Negeri Serambi Mekah

AKIBAT HANTAR ANAK YANG HAMIL KE Ma’ahad Tahfiz ..ibu bapa nya fikir akan jadi lebih baik..rupanya

Kisah Pelajar Ma'ahad Tahfiz Hamil Luar Nikah..'Memang Suka Sama Suka..'


Hari ni daftar masuk seorang lagi remaja. Dari air wajah, nampak ayu, sopan dan pendiam. Bila saya tanya latar belakang pendidikan, bekas pelajar sebuah Ma’ahad Tahfiz. Allahu akbar…
Seterusnya saya tanya akhlak, perangai sebelum, semasa dan selepas belajar di Ma’ahad Tahfiz. Ini kerana dalam benak fikirannya saya tidak mungkin seorang bakal hafizah sanggup berz/ina. Sudah semestinya dia tahu perlakuan yang dilarang Allah. Semestinya dia tahu z/ina itu dosa besar.
Saya tidak mahu kerana seorang dua bekas pelajar Ma’ahad Tahfiz telah berz/ina hingga hamil tanpa suami, merosakkan nama baik pelajar Maahad Tahfiz yang lainnya. Apakah benteng pertahanan iman mudah musnah walaupun al quran di dada? Selalunya apabila berada di Ma’ahad Tahfiz sudah pasti solatnya terjaga. Jadi kenapa benteng iman, solat boleh mencegah perbuatan mungkar itu musnah?
 Rupanya ia bermula sebelum lagi masuk belajar di Ma’ahad Tahfiz. Ketika di tingkatan 1, tinggal bersama keluarga sudah mula berjinak jinak lepak dan keluar malam bersama kawan kawan lelaki. Duduk di pinggir bandar, perkampungan nelayan, suasana desa yang damai menjemput rasa sunyi di hati. Ransangan belajar tidak ada menyebabkan tidak ada keinginan meneruskan persekolahan. Yang ada cuma nak lepak lepak dengan kawan kawan.
Suatu malam ketika pulang dari melepak, dihantar menaiki motor oleh kawan kawan lelaki , terserempak dengan abang sulong. Apa lagi, satu penampar maut tertera di pipi dan esoknya terus dihantar ke sebuah Ma’ahad Tahfiz. Abangnya tahu sifat berlembut ibu ayah terhadap anak bongsu telah merosakkan adiknya. Adiknya bukan kurang kasih sayang atau kurang perhatian tetapi terlebih manja hingga berani bertindak melanggar larangan keluarga dan membantah cakap ibu ayah.

3 tahun berada di Ma’ahad Tahfiz, keluarga fikir, perangai dan akhlaknya berubah.
Sebaliknya menjadikan dia lebih agresif dan menganggap keluarga telah menghukum dengan mengurungnya di Ma’ahad Tahfiz dimana dia tidak bebàs dan terkongkong.
Memang ada kebaikkan ketika berada di Ma’ahad, dari tak reti mengaji hingga boleh membaca quran dengan betul, tajwid dan mahraj danntelah berjaya menghafal beberapa surah pun. Tetapi dendam yang membara di hati merasa dihukum keluarga menyebabkan dia bertindak keluar Ma’ahad. Kononnya nak bekerja, cari duit dan nak bebas.
Namun sepak terajang dunia dia tak tahu. Dia cuma nampak bebas itu indah. Ada duit itu syurga. Dia tak tahu kesan dan akibat kerana syaitan telah membutakan mata hatinya. Permulaan sekali jadi ketagihan. Rasa nikmatnya sekali , nak lagi dan lagi hingga Allah menghidupkan janin dalam rahim. Mana nak sangka, buat dengan rakan sama kerja di tempat kerja, 15 minit pun selesai tanpa disyaki sesiapa. Maklumlah ketika hari raya, orang pun jarang ada, maka mudah meneruskan sandiwara.
Memang kebanyakkan remaja hamil yang lewat dikesan kehamilannya disebabkan kedatangan haid yang tidak tetap. Begitu juga remaja ini. Selepas sebulan berz/ina dengan teman lelaki satu kerja, dia berhenti kerja di tempat itu dan pindah kerja tempat lain yang lebih jauh dari keluarga. Memang di tempat kerja baru dia tidak berpeluang meneruskan aktivit lazimnya, dan merasa gembira dengan suasana kerja tempat baru.

Malangnya, dia merasa ada yang tidak kena dan tidak selesa dengan keadaan tubuh fizikalnya. 4 bulan berlalu dia menyedari perutnya buncit. Dia pun mula pakai bekung supaya perutnya tidak buncit. Namun buncit itu lama kelaman makin besar, saiz b/ra pun bertambah. Yang lama sempit.

Kebetulan ada hal dalam keluarga, dia dipanggil pulang ke rumah keluarga. Di situ berkumpul sekuruh ahli keluarga. Mulanya mereka tidak menyedari kenapa adik mereka sentiasa berbaju longgar,labuh dan sopan sehingga seorang kakak terlanggar perutnya.

Terasa ada kelainan, adik itu diseret ke bilik dan diselak pakaiannya yang labuh dan longgar itu. Alangkah terkejutnya kakak apabila menyaksikan perut adiknya yang sedang meranum menunggu saat dan hari melahirkan. Dengan kain bekung membungkus perut agar tidak jelas kelihatan perut yang buncit. Kesian janin yang sedang membesar tu…

Sikit pun adik ni tidak bercakap, siapa yang melakukan. Diam seribu bahasa sehinggalah saat dia dihantar kepada rumah perlindungan. Apabila berdua , barulah dia bercerita, dia bukan diro/gol sebaliknya memang melakukan z/ina suka sama.
Bagai terhempap kepala atas batu saya beristigfar, bila dia menyebut melakukan z/ina kerana suka sama. Seperti ada rasa kepuasan dan bangga. Mahu saja saya sepak mulut munggilnya berkata begitu.
Saya perhatikan anak matanya yang meliar,” Ya Allah, bantu aku mendidik dan mentarbiyah anak ini mentaati Mu.” Hanya ini yang terdetik di hati saya saat ini. Saya serahkan kembali urusan hamba yang seorang ini kepada Allah. Moga taufik dan hidayah Allah menyinari hati sanubarinya.
Dari kisah latar belakang perangai dan pendidikan, maka bukan Ma’ahad Tahfiz tidak berjaya mentarbiyah tetapi kesan hitam hatinya telah bersalut sebelum masuk ke sana lagi. Ma’ahad Tahfiz cuma mampu mengawal keadaan dirinya semasa berada di situ saja, tidak lagi al quran mampu melindungi dirinya setelah keluar kerana niat awal masuk yang dipaksa .
Tidak ada ikhlas belajar dan menghafal al quran. Dan keluarga bertindak menghantar sekadar melepaskan rasa tanggungjawab untuk mengawal sikapnya yang suka memberontak apabila keinginan tidak dipenuhi.
Ibu ayah budiman, apabila tidak mampu mengawal sikap anak yang suka membantah, memberontak jangan dianggap menghantar mereka ke Ma’ahad Tahfiz adalah selamat dan selesai masalah. Masuk ke situ jika bukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan membuat anak itu bertambah marah, agresif dan dendam.
Jadinya usahalah cara berdisplin, dekati dengan kasih yang tegas bukan manja supaya dia tidak rasa kesunyian dan dihukum.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

#afnan nangis cari ibu, ibu dimana, ibu dimana? Gambar takde kaitan dengan cerita di atas.
Sumber asal - Baitus Solehah

Jawapan Balas Dari Pusat Zakat Negeri Sembilan Isu Zakat Rosli Hamid Yang Viral Di Laman Sosial...


MAKLUMBALAS KISAH SAUDARA ROSLI HAMID
► Pihak kami ingin merujuk kepada dua artikel bertajuk ‘Berpanas Berhujan Demi Anak ‘ yang disiarkan di Harian Metro bertarikh 21 Jun 2015 dan artikel di laman sesawang Astro Awani bertarikh 22 Jun 2015 bertajuk ‘Tunggu Zakat : Ketua Kampung Pun Tak Layan Saya ..’
► Pihak kami tampil untuk memberi maklumbalas sebenar mengenai isu ini . Menurut rekod dari pihak Baitulmal MAINS , Saudara Rosli bin Hamid sebenarnya telah mendapat bantuan secara berterusan sehinggalah bantuan yang telah di berikan kepada beliau telah lulus pada Disember 2014. Jumlah keseluruhan dana zakat yang telah di beri kepada beliau ialah sebanyak RM 6,440 . Bantuan yang terbaru adalah pada Januari tahun ini di mana beliau juga telah di berikan bantuan persekolahan untuk anak-anaknya. Beliau juga telah mendapat bantuan setiap bulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM 300 sebulan.


► Bagi menjawab laporan media tersebut , punca sebenar beliau tidak mendapat bantuan zakat sejak kebelakangan ini adalah kerana beliau telah beberapa kali berpindah randah serta beliau tidak memberikan nombor akaun bank untuk memudahkan kemasukan bantuan zakat. Pihak Baitulmal juga tidak dapat mengesan di mana beliau berada. Untuk makluman semua, pegawai Baitulmal pernah mengunjungi alamat terakhir beliau di No 22 , Kampung Mampas Terachi , Kuala Pilah tetapi di dapati beliau tidak tinggal lagi di rumah tersebut sehinggalah artikel mengenai beliau telah keluar di laman sesawang Astro Awani yang mana beliau kini telah tinggal di Kampung Ayer Itam , Kuala Pilah.
► Setelah mengetahui lokasi beliau pihak Baitulmal akan berkunjung ke rumah beliau pada hari ini (23 Jun 2015) dan memberikan bantuan segera sebanyak RM 500, bantuan makanan asas, bantuan basikal untuk anaknya dan juga bantuan fakir miskin kepada beliau akan di teruskan seperti biasa.
► Pihak Baitulmal MAINS sentiasa prihatin dengan masalah fakir miskin di seluruh Negeri Sembilan. Maklumat daripada masyarakat amat penting bagi kami untuk menyalurkan dana zakat kepada mereka yang berhak. Adalah penting bagi asnaf fakir dan miskin untuk memaklumkan kepada pihak Baitulmal sekiranya mereka berpindah ke lokasi lain agar para pegawai Baitulmal dapat terus mengunjungi mereka dan memberi bantuan yang konsisten dari semasa ke semasa
►Semoga Allah SWT dapat memberikan kekuatan kepada petugas institusi zakat untuk menyempurnakan amanah untuk menguruskan keperluan bantuan asnaf dan semoga Allah memberikan kekuatan kepada para asnaf untuk berubah kepada kehidupan yang lebih baik dari samaada dari segi fizikal dan rohani
www.zakatns.com.my
1-800-88-7771

Tak sempat update blog.

Tak sempat update blog|Sebenarnya ada banyak idea nak update, cuma tiada masa dan penat, Sekarang aku ada dekat ayutthaya thailand. Atas urusan kerja. Jadi kebanyakkan masa aku di ambil oleh mereka. Kalau datang jalan-jalan, bestla sikit kan? Hehehe. Nampak gayanya, macam hujung minggulah blog aku ni berupdate. Tapi takpe, tajuk-tajuk entry dah aku siapkan, cuma tunggu masa untuk dikarangkan sahaja. Banyak cerita menarik untuk di kongsikan, lebih banyak cerita sensasi juga. Apa pun, selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger malaysia. Semoga ramadan kali ini, cukup bermakna untuk anda semua. InsyaAllah.

Tips Penting Dalam Pengisian Minyak Petrol Yang Ramai Tidak Ketahui...


Kelebihan Isi Minyak Dalam Jumlah Liter Yang Kita Tidak Tahu

Contoh:

Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter.

Lepas itu bayar RM46. Ini lebih baik daripada isi RM50, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 21.73913043478261 liter.

Sedangkn nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.

Maknanya kita rugi 0.0091304347826087 bg setiap pengisian RM50. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM50, stesen minyak dah untung 9.130434782608696 liter.

Itu kalau 1000 orang, kalau 1 hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas utk pengisian RM50 sahaja. Bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu stesen minyak selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. Mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RM, bukan ikut nilai liter.



isi minyak guna liter

Panduan Isi Minyak

Isi dalam liter. 1 liter bersamaan dengan rm2.30
isi lah rm23 jadi 10 liter
isi rm46 jadi 20 liter
isi rm69 jadi 30 liter
kalau isi 35 liter darab dengan rm2.30
kalau isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.

Contoh 31.777 liter.
rugi sikit, tapi kalau tiap-tiap hari taukey stesen minyak yang untung.

Perkongsian dari rakan 



sumber

Keluhan Sayu Hati Gadis Yang Ingin Dipinang Oleh PER0G0LNYA...


SOALAN
Saya dirog ol bekas teman lelaki ketika menumpang tidur di rumah orang tuanya kira-kira dua bulan lalu. Saya mengenali teman lelaki menerusi laman sosial. Dari segi rupa, dia sangat sopan. Hampir setahun mengenali dia membuatkan saya percaya dia teman lelaki baik.

Perkara yang memikat hati saya mengenainya ialah setiap kali kami keluar janji temu, dia sering jaga solat serta menasihati saya untuk menjaga keselamatan diri. Namun, setelah dia merog ol, segala kepercayaan saya hancur.

Pada masa sama, dia merayu saya memaafkan di samping berjanji akan bertanggungjawab. Dia tidak akan tinggalkan saya dan memohon saya menerima dirinya kembali. Dia kesal tewas kepada godaan nafsu.

Orang tuanya tidak tahu mengenai hal itu kerana dia merog ol saya ketika ibu bapanya keluar menghadiri majlis di rumah saudara mereka. Kedatangan saya itu adalah untuk mengenali keluarga teman lelaki sebelum bertunang tetapi hal lain pula terjadi.

Hal itu belum sampai ke pengetahuan orang tua saya. Orang tua saya tidak sihat dan saya bimbang jika mereka tahu saya dirog ol, mereka terkejut mahupun jatuh sakit. Sebahagian diri saya sukar menerima perkara dilakukan terhadap saya. Namun, bekas teman lelaki berusaha memujuk dan mencadangkan kami berkahwin masa terdekat.

Dia kata dia sayang dan berasa cukup hina dengan perkara terkutuk dilakukan terhadap saya. Dia akan bertemu keluarga dan meminang saya dalam tempoh terdekat sebagai tanda ikhlas dia mahu menebus dosanya. Malah dia sanggup berterus-terang dengan keluarga saya mengenai kesilapannya.
Paling mengejutkan, dia sendiri menyarankan saya agar melaporkan hal itu kepada polis jika saya tidak percaya terhadapnya lagi. Saya pening benar-benar tersepit. Bantulah saya Dang Setia.

NURYIL 
Lendu, Melaka

JAWAPAN
Kusut dan bersimpul. Begitulah keadaan Dang Setia boleh gambarkan mengenai masalah saudari ini. Tindakan perlu saudari ambil setiap satunya ibarat ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Sebaiknya saudari ambil tempoh bertenang serta memikirkan semasak-masaknya dalam isu ini.

Dalam situasi ini, saudari harus nilai sejauh mana impak termasuklah untung rugi setiap langkah saudari ambil. Selain itu, tekad saudari untuk menghadapi konflik dihadapi jika keputusan diambil.
Peluang adalah 50-50 dan hakikat setiap keputusan diambil perlulah disusuli dengan Istiqamah. Jika melihat daripada gambaran saudari mengenai sikap teman lelaki selepas kejadian, dia sedar kesilapan dan benar-benar ingin menebus kesalahannya.

Pada sudut lain, tiada kompromi dengan kesalahan merogol dilakukan terhadap saudari. Lihat dalam situasi rumit, saranan Dang Setia kepada saudari ialah perlu teliti sejauh mana kehormatan saudari dilindungi. Adakah dengan melaporkan kes terbabit kepada polis menyelesaikan keadaan mahupun menjadikan bertambah rumit?

Pilihan kedua iaitu memaafkan dirinya dan memberi peluang kedua terhadap bekas kekasih, adakah jalan terbaik? Keputusan terbaik masih terletak di tangan saudari kerana saudari lebih arif dengan latar belakang teman lelaki berbanding Dang Setia. Semuanya perlukan kekuatan dan rasionalkan fikiran dengan lebih optimis. Sekurang-kurangnya, bekas teman lelaki mengakui kesalahannya dan tidak meletakkan beban kehormatan tercalar itu terhadap saudari.

Jangan terburu-buru serta fikirkan kesan setiap pilihan. Elakkan diri bertemu mahupun layan sebarang mesej atau panggilan bagi memberi saudari ruang untuk mem­buat pilihan. – Harian Metro via mynewshub

p/s :  Gambar Hiasan

Mampukah Khalid Samad mempertahankan Shah Alam di PRU14?


Lokman Mustafa

Dalam PRU13 pada tahun 2013, Khalid Samad, salah seorang pemimpin progresif daripada PAS, berjaya mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam yang dimenanginya lima tahun sebelum itu dengan mengalahkan calon BN Zulkifli Noordin dengan majoriti melebihi 10,000 undi.



Sesetengah penganalisa percaya ianya langsung tidak mengejutkan memandangkan Zulkifli, seorang peguam yang juga ahli

Gambar Belangkas