Monday, June 22, 2015

Ingatkan makhluk dari planet asing yang menjadi anggota MSU, rupanya pendekar siku dan lutut dan rakan2 yang sewktu dengannya


Menantu presiden PAS, Zaharudin Mohamad tidak dilantik semula sebagai ahli Majlis Syura ulama selepas sesinya tamat, baru-baru ini.



Zaharudin yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu tidak termasuk dalam senarai ahli yang dilantik AJK PAS Pusat, Dewan Ulama, Pemuda atau Wanita.



Dalam mesyuarat pertama Majlis Syura semalam, mereka mengekalkan Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am

Sunday, June 21, 2015

Apakah Yang Dimaksudkan 'Selagi Fajar Menyinsing' Oleh Salahuddin Ayub



Malam tadi Sdr Zubir (pegawai Pejabat Agong Pas yang setia) menyerahkan surat resmi perlantikan saya sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Bermakna bermula lagi satu episode dalam kehidupan saya untuk membuat satu keputusan penting.


Keputusan yang bakal saya buat (samada menerima atau menolak) adalah perhitungan hidup mati karier saya dalam Pas. Saya bermula dengan perjuangan Pas sejak tahun

Aktor Fast & Furious Yang Baru Masuk Islam Teruja Dengan Ramadan (video)



LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT - "Ramadan al-Mubarak untuk semua umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu," demikian tulis Tyrese Gibson di akaun Istagramnya baru-baru ini.




Tyrese Gibson, 36, antara aktor penting yang menjayakan filem sekuel Fast & Furious dilihat begitu teruja menyambut kedatangan bulan

Persiapan ke jepun musim luruh 2014



Assalamualaikum semua, dah lama aku tak tulis blog. Macam2 jadi dalam kehidupan sekarang.alhamdulillah setelah aku berlelah dengan blood, sweat and tears bak kata org, aku berjaya menamatkan master aku kat UM dengan cemerlang.. haha...saja je nak riak takbur disini...

sori la sbb dh lama tak menulis (cheq sibuk) dan sori lagi skali sbb memulakan entri dengan ayat yg begitu takbur dan bongkak sekali. So di bulan2 puasa yg diberkati ni, aku nak ceritakan sikit pengalaman aku pi jepun baru2 ni.kalau korang nak baca sambungan kisah aku di kyoto part 3 aku akan tulis nanti.just wait ok.



tahun lepas aku pi lagi jepun buat kali ke2...of course x pakai tour guide.ada org tanya aku why x pakai tour guide, sbb mahal ke x pakai?..no...no..no..bkn sbb mahal, tapi sbb aku ni jenis yg x bleh terikat dengan shedule bagai, aku nk bertourist ikut kepala aku ja..

kali ni aku pi jepun with my other dear friend, fauziana.sbb kawan aku si R (rabiatul) tu sibuk.kami pi dua org ja.bila aku gitau mak aku, aku nk begpack pi jepun sekali lagi,dengan selamba mak aku kata "ok"....
"aik!??ok je...mak x risau ke kat cheq"
"dah biasa dah perangai hang yg kaki berjalan tu, mak dh boring nk risaukan hang"...DEEP

kawan aku plak, ni baru first time dia gi oversea,mmg family dia risau habis, mak dia siap pesan make sure kawan hang tu x ajak jual dadah.hahaha..memang golek2 la aku gelak.itulah perasaan murni seorang ibu yang sgt risaukan anaknya...mak aku dh lepas dh level ni...haha..

bila dah nama kawan.korang faham la kan.masa tempah tarikh tiket :gaduh
bila tempah tempat tinggal : gaduh
bila hari nak pi dah sampai: dua2 panik.serius rasa cam x mau pi je.haha.sebab nak keluar daripada zon selesa tu payah.
bila dah sampai jepun: gaduh jugak.
bila balik je malaysia: gelak golek2 bawah meja

tu la sikap kami.kalau korang nak tau cara nak buat preparation pi jepun, baca sampai abis k.

 teruskan cerita.masa nak tunggu flight nak pi ke nagoya airport, kat KLIA2,aku duduk sebelah cikgu kt ruangan menunggu.cikgu tu nak melawat anak dan cucu dia kt sendai kalau x silap aku.3 orang anak dia kat sana.semua dah berkeluarga,tapi kawin org malaysia la.cikgu tu kata, anak dia bukan la pandai sgt,spm rasanya 6A.tapi anak dia berusaha ambik diploma kat jepun dulu,then ijazah...sampai la PHD sekarang.bayangkan dia dah belajar selama 13 tahun kat jepun.serius aku respect.aku x sanggup nk ambik master kat jepun sbb assignment kena perfect.AKU MALAS.

then flight sampai aku naik.disebabkan kami x reserve seat so kami duduk jauh.sebelah aku mamat jepun.dia tgk aku,aku tgk dia.disebabkan aku x berminat dia dan dia pun x berminat dgn aku so kami ignore each other...hahaha...kerusi kan 3 seat.kami dok hujung tgh kosong.tido je la lepas tu.

sampai je.keluar.penat aku tunggu si fauziana ni,tah mana la pegi,aku dah kat pintu keluar, tapi dia batang idung pun x nampak.last skali aku nmpk dia, bleh plak dok berDSR kat situ.sakit pulak hati kita.aku bg beg galas aku kt dia, suruh jaga.aku nk pi toilet.

kat jepun ni bila org malaysia masuk toilet mmg lama.ye la kan ,toilet x de air,ade tisu je. so terpaksa masuk air dalam botol utk digunakan.Keluar je toilet, boleh pulak dia hilang...jenuh la nak cari.aku cari dia kat tempat lain, last2...dah x dak sapa dah.bila aku pi bahagian imigrasen dia dh tutup pintu besi yang cam palang tu.gelabahnya aku,aku pun dgn tersipu malu pi la jumpa org imigresen suruh buka pintu.serius cakap, mmg baik dan bersopan pegawai tu, siap tolong iring lagi...budi bahasa budaya kita sungguh...then dia bawak aku ikut lorong belakang terus cop pasport,kat situ aku jumpa minah tu...iksh...iksh...mmg ada yg nak kena belasah.nasib baik aku masih menjaga kesopanan orang melayu. ye la klu gi luar negara kitakan ibarat duta kecil.

dah setel semua.fauziana nak beli sim card jepun.senang nk call mak dia, katanya.kami pun pi la kaunter pertanyaan.

rupa-rupanya sim card jepun hanya sesuai untuk IPHONE SAHAJA. nooooo~~ kami pakai samsung....mmg x bleh la.x pe la, guna whatsapp je la,internet kat sini...seriussss lajuuuu

nnt aku sambung ok...letih menaip dah ni....

gambar2 aku kt jepun korang boleh tgk sini  (2013).yang 2014 nnt aku upload. :http://caramurahmelancong.blogspot.com/2013/12/galeri-melancong-aku-backpack-sahajaaku.html


seperti yang aku janjikan: nah cara buat preparation gi jepun klu, ni langkahnya:

1) first, tempah tiket flight.sbb bila dh beli tiket,kawan korang x kan cancel vacation saat2 akhir.so trip korang dah 50% berjaya...aku tempah air asia ja, sbb percutian bajet.seat x reserve so mmg murah pergi balik flight rm 680.dari kl turun nagoya airport.nagoya airport ni airport ke 3 terbesar kat jepun.tapi aku x rekomen korang turun airport ni, sbb sistem kereta api dia x se efisyen airport kansai or haneda, tapi klu setakat nk cuba pengalaman baru, ok. tips tempah tiket flight, klik sini http://yqtravelling.com/2013/01/13/how-to-beat-airasias-bst-extra-charges/

2) buat itenerary: contoh aku punya ( itenerary tahun 2013) klik sini  http://caramurahmelancong.blogspot.com/2014/03/itinerary-kansai-10-hari-9-malam.html

3) tempah hostel,hotel dan ryokan.korang boleh gunakan agoda or hostelworld. klik sini utuk bacaan lanjut http://caramurahmelancong.blogspot.com/2013/12/langkah-keempat-intenari-tempat-tinggal.html dan check sini http://caramurahmelancong.blogspot.com/2013/12/bagaimana-menempah-tempat-tinggal.html


4)make sure buat preparation mental fizikal, barang, preparation maklumat makanan halal dan bahasa.


preparation mental: hari2 kena ulang " aku cantik" selama 100x sebelum tido...pastikan kau orang ada keyakinan diri yang tinggi dengan penampilan anda di jepun nanti...hahaha...gurau je wei.org jepun x kisah pun camna exterior korang tu.

preparation fizikal: excercise la sikit everyday, nnt kat jepun mmg byk kena jalan.

preparation bahasa: rujuk sini http://caramurahmelancong.blogspot.com/2014/04/bahasa-jepun-untuk-traveller.html

preparation barang: rujuk sini http://caramurahmelancong.blogspot.com/2013/12/langkah-ketiga-barang-yang-perlu-di-bawa.html

maklumat makanan halal: check sini http://caramurahmelancong.blogspot.com/2014/04/makanan-halal-di-jepun.html

pengangkutan kat sana : http://caramurahmelancong.blogspot.com/2013/12/langkah-kelima-pengangkutan.html

kalau korang ada keraguan yang lain rujuk la blog ni.mcm2 aku dah tulis.

5) pi jelah...jauhkan perjalanan tu,jgn asyik terperap kat umah ja.



Ayam Bekaki Besar Jadi Hidangan Esklusif di Vietnam


Dong Tao merupakan satu baka ayam yang unik kini menjadi satu menu yang esklusif di kebanyakan restoran mewah di Vietnam.

Ayam baka ini pada asalnya, zaman dulu kala hanya menjadi santapan bago kerabat diraja selain itu juga untuk upacara keagamaan.

Ayam ini dengan kaki mereka boleh membesar selebar lengan manusia dan dengan berat mereka adalah dari tiga sehingga enam kilogram.

Harga ayam ini bagaimanapun sangat mahal di pasaran diatas permintaannya yang sangat tinggi kerana ia mempunyai isi yang lebih sedap berbanding dengan ayam-ayam baka biasa ditemui. 







KISAH MISTERI BUKIT PUTUS MASIH BELUM TERUNGKAI


BUKIT PUTUS, bukan setakat penduduk Negeri Sembilan kenal dengan nama gah ini, malah masyarakat luar juga mengetahui tentangnya. Seperti ular kena palu, begitulah rupa paras jalan yang satu ketika dahulu menjadi laluan utama dari Seremban ke Kuala Pilah.


Tapi apabila jalan baharu sejauh 6.9 kilometer dibuka secara rasmi pada 25 November 2009, jalan berkelok 32 itu, dari hari ke hari semakin ditinggalkan sepi. Namun Bukit Putus ada menyimpan 1001 rahsia. Dari cerita mistik hinggalah perancangan untuk menceriakan kembali laluan itu.

Tidak menepati kehendak! Itu respons editor selepas gambar dikirim kepadanya. Sekali lagi saya perlu ziarah kawasan itu. Rasanya belum sampai pun suku perjalanan, dari jauh kelihatan sekumpulan anjing dan monyet di tengah-tengah jalan.

Ini peluang baik! Tapi apabila kereta semakin menghampir, kumpulan binatang itu cabut lari ke dalam hutan di kiri dan kanan.

Hati terasa rugi kerana tidak dapat merakam gambar 'mereka'. Saya matikan enjin lalu keluar dari kereta dan kemudian menjengah di tepi lembah yang penuh dengan pokok-pokok tinggi.

Mana tau kalau-kalau kumpulan monyet tadi ada di situ, ada juga rezeki untuk merakam aksinya sedang bergayutan. Hampa. Hanya suara nyaring sang monyet sahut menyahut dari kejauhan yang kedengaran. Anjing-anjing tadi pula entah hilang ke mana.

Mata meliar memerhati kiri dan kanan. Tiba-tiba datang deru angin agak kuat dari arah belakang. Riuh suara monyet tidak kedengaran lagi. Suasana jadi sunyi sepi. Dan sepantas itu juga jantung berdegup laju. Bulu roma menegak, saya terasa seram...

Bukit Putus saya tinggalkan. Maaf puan editor. Saya gagal untuk merakam gambar dikehendaki kerana seram yang saya rasa mengatasi segalanya. Ya, rasa seram itu benar-benar muncul waktu kali kedua saya ke Bukit Putus untuk tugasan laporan khas kali ini.


Legenda raksasa bergaduh

Sehingga hari ini bagaimana wujudnya nama Bukit Putus masih tidak diketahui dengan jelas. Hanya satu saja kisah legenda yang pernah sampai ke telinga pada zaman kanak-kanak dahulu. Nenek pernah bercerita kononnya dulu ada kejadian raksasa bergaduh hingga berparang.

Dalam pergaduhan itu, salah satu raksasa tersebut yang mahu menetak lawannya tertetak bukit tersebut sehingga terputus-putus dan kerana itu ia dinamakan Bukit Putus.

Laluan berusia lebih 40 tahun itu tidaklah terlalu panjang. Hanya lapan kilometer sahaja. Empat kilometer ke puncak dan empat kilometer lagi ke kaki bukit.

Laluan berliku dan berbukit ini kurang disukai pemandu. Selekohnya tajam. Jalannya sempit. Mengerikan bagi pemandu baharu yang baru pertama kali melaluinya.

Mengenang Bukit Putus juga boleh menjadikan bulu roma meremang kerana banyak cerita mistik tersebar dari mulut ke mulut.

Antaranya kisah seorang lelaki mengilai tanpa kepala di satu pokok besar dekat sebatang selekoh. Ada juga yang nampak sekumpulan manusia sedang berjalan mengusung keranda membawa obor dan ada juga yang melihat ‘pocong’ berdiri di kaki bukit.

Cerita bantal peluk bergolek mengejar kenderaan, bebola api berterbangan di sekitar jalan, gerai misteri yang berniaga di tengah malam sehinggalah cerita terlihat sepasang manusia lelaki dan wanita melapah daging monyet di selekoh yang terdapat juraian air bukit.


Kereta tiba-tiba jadi berat

"Waktu itu tahun 2002, jam 2.30 pagi dari arah Seremban. Masa itu, jalan lengang langsung tiada kereta atau lori. Saya pun tidak fikir apa-apa, sehinggalah berhampiran Kem Pengakap sebelah kiri, tiba-tiba kenderaan saya jadi berat. Memang nak naik ke jalan itu agak payah," kata Ismail Shah Abd Samad.

Katanya, dia hanya terfikir keretanya rosak kerana kenderaan itu sering meragam.

"Saya pun lihat cermin pandang belakang, untuk lihat kalau ada kenderaan lain untuk minta bantuan. Tetapi apa yang saya nampak, objek berwarna putih dan samar-samar di bonet belakang kereta. Automatik menggigil satu badan.

"Saya teruskan perjalanan, baca ayat Kursi tetapi secara tiba-tiba bau wangi kapur barus pula datang. Memang sangat seram waktu tu. Bila tiba puncak Bukit Putus, terdengar bunyi angin kuat dan tiba-tiba juga kereta saya menjadi ringan.

"Itulah peristiwa paling saya tidak boleh lupakan sehingga kini. Saya pernah berbual dengan pemandu lori di hentian rehat Ulu Bendul dan mereka beritahu, jam 2 pagi hingga ke 4 pagi, jalan itu akan diganggu Pontianak."


Perempuan bersama tiga anak

“Ini cerita tahun 90-an dulu. Masa tu, saya bertugas dalam JPAM. Saya berulang alik dari Felda Kepis ke Seremban. Kejadian itu berlaku selepas selesai habis bertugas. Saya gerak dari JPAM jam 12.30 tengah malam dan tiba laluan kedua selekoh jam 1 pagi dari Seremban.

"Tempatnya di kawasan kebun durian dekat selekoh paling tajam di jalan lama Bukit Putus. Masa itu naik kereta. Sebelum ini, kawan ada bagi tahu laluan itu agak scary tapi saya tidak percaya.

"Hinggalah, pada malam itu, saya ternampak seorang perempuan berjalan di tengah jalan bersama tiga anaknya dan seorang didukung.

Perasaan ketika itu, hanya ALLAH SWT yang tahu. Takkanlah, jam 1 pagi ada orang di kawasan itu dan di situ tiada rumah. Memang seram sejuk waktu itu. Saya teruskan perjalanan seperti biasa tanpa menegur perempuan itu." kata Shahrudin Abd Halim.


Orang usung keranda

"Sesiapa yang 'bernasib baik' sahaja akan diganggu oleh makhluk halus. Saya dahulu berulang alik dari Seremban ke Kuala Pilah kerana bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan Raya. Pernah diganggu lampu kereta tiba-tiba terpadam dan radio turut senyap. Waktu itu jam 1 pagi.

"Bila dikacau, saya teruskan perjalanan macam biasa. Dan ternampak pula sekumpulan orang mengusung keranda. Saya lega bila lihat ada orang ramai.

"Perasaan takut mula hilang. Namun bila tiba puncak bukit, tiba-tiba saya terfikir, di selekoh ketiga itu mana ada rumah orang dan baharulah saya tersedar, mungkin apa yang saya lihat bukan orang sebenar.” kata Mashitah Idris.


Jalan sunyi kenderaan berkurangan

Biarpun bilangan kenderaan menggunakan jalan Bukit Putus semakin berkurangan, malah boleh dikatakan sudah tiada, kisah mistik dan misteri itu masih terus disebarkan.

Bagaimanapun, selepas jalan baharu yang lebih pendek dan lurus dibuka dan kenderaan yang melalui jalan Bukit Putus semakin berkurangan, ada ura-ura untuk menjadikan laluan ini sebagai tempat riadah dan rekreasi.

Namun sehingga hari ini, tidak kelihatan apa-apa usaha dilakukan. Bukit Putus sudah jadi laluan sunyi. Bukan setakat manusia dan kenderaan, malah monyet dan kera yang dahulunya kelihatan banyak di tepi-tepi jalan setiap kali melalui laluan itu, kini sudah tiada.

Kalau dulu ‘mereka’ amat suka berpelesiran di tepi jalan, kini sudah tidak nampak bayang. Mungkin dulu ada saja pemandu yang melempar makanan untuk mereka menjadikan mereka gemar keluar di tepi jalan menunjukkan muka.

Tapi sekarang, tak siapa yang datang melihat lagi. Khabarnya, polis juga tidak menggalakkan pemandu melalui laluan ini terutama waktu malam kerana ada kes samun berlaku di sini.


Berpotensi jadi tarikan pelancong

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani berharap kerajaan negeri dapat membuat kajian terperinci terhadap laluan lama Bukit Putus, untuk dimanfaatkan sebagai tarikan pelancong.

Secara peribadi katanya, lokasi tersebut agak menarik berikutan keadaannya yang dilitupi kehijauan alam semula jadi di kiri dan kanan jalan, ditambah kewujudan beberapa dusun buah-buahan dan sebuah restoran di situ.

“Pada hemat saya, laluan itu sesuai dijadikan sebagai kawasan agro pelancongan atau sukan lasak misalnya maraton, longboard, berbasikal, rock climbing, meredah hutan, mendaki bukit dan pelbagai lagi.

“Ditambah laluan berliku dan mencabar, pastinya mampu menggamit penyertaan atlet antarabangsa. Memang rugi kalau dibiarkan sebab lokasi itu mudah diakses menggunakan laluan baharu, selain terletak berdekatan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas),” katanya.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun nyata sependapat dengan Mohamad Taufek, cuma berharap segelintir aspek dapat dipertingkatkan lagi jika cadangan sedemikian menjadi realiti.

“Selain menaiktaraf kualiti jalan, beberapa kemudahan asas perlu dibina untuk orang ramai. Penguatkuasaan juga mesti proaktif bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin kelak.

“Bila ada pengunjung, secara tidak langsung boleh memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk menambah pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan di sepanjang laluan penuh bersejarah itu,” katanya.

Najib tidak akan letak jawatan, Keran Bimbang Jenayahnya Terbongkar: Dr M





Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus menyerang Datuk Seri Najib Razak, mengatakan perdana menteri itu mungkin enggan meletak jawatan kerana beliau takut dikenakan tindakan undang-undang.
Dalam satu video yang dimuat naik di blog Din Turtle, bekas perdana menteri itu, pada satu majlis diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya berkata, selagi Najib kekal berkuasa, negara akan merosot dan tidak stabil.
"Tentang nasihat, saya dah nasihat. Tentang ugut pun, saya dah ugut. Tapi dia kata dia tak akan berhenti."Sebab dia tak akan berhenti, saya ingat, pasal dia takut. Kalau dia berhenti, 'maybe' kena 'criminal charge'," katanya.

Ini, katanya, berkaitan hutang RM42 bilion yang ditanggung dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Mana pergi duit itu? Dia kena terangkan. Dia cakap memanglah, melabur sana, melabur sini, tetapi tiada bukti selain daripada membeli tanah dengan harga yang murah dan membeli kilang elektrik dengan harga yang terlalu tinggi.
"Jadi, banyak sangat kesalahan Najib ini dan saya percaya selagi dia menjadi perdana menteri, negara kita akan merosot dan menjadi sebuah negara bermasalah dan tidak lagi stabil, tidak lagi menjadi tempat kita selesa hidup dengan sempurna," katanya.
Dr Mahathir berkata, itu satu daripada sebabnya mengapa beliau mengisytiharkan beberapa bulan lalu yang Najib perlu meletak jawatan tetapi katanya, ramai yang masih tidak memahami isu di sekitar 1MDB.
"Susah nak fikir RM1 bilion, satu juta (ringgit) pun kebanyakan orang Melayu tak kenal. Ini RM42 bilion, susah kita nak fikir. Sebab itu mereka ambil jalan mudah, (dan berkata) takpalah, apa sangat kesalahannya," katanya.
Kenyataan Dr Mahathir tersebut mengulang apa yang pernah dikatakannya pada wawancara dengan The New York Times (NYT) minggu lalu apabila beliau dipetik berkata, tindakan Najib ibarat beliau seorang penjenayah.
Beliau ditanya akhbar harian Amerika Syarikat itu berhubung kritikannya terhadap 1MDB, dakwaan gaya hidup mewah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan persoalan menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dr Mahathir tidak jemu-jemu mengkritik 1MDB dan Najib, yang merupakan menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Dalam video tersebut, beliau juga mengingatkan orang Melayu sekiranya mereka gagal menyedarkan diri sendiri tentang isu yang berlaku, besar kemungkinan mereka akan tewas dibandingkan kaum lain, sama seperti keadaannya di Singapura dan selatan Thailand.
Berhubung laporan NYT itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman membidas perkara itu dalam satu surat terbuka, melahirkan kekesalan kerana Dr Mahathir cuba merosakkan negaranya sendiri dalam media antarabangsa sebagai "sebahagian daripada dendam politik peribadi."
Beliau juga berkata, menuduh Najib ibarat seorang penjenayah adalah tidak bertanggungjawab dan satu pembohongan.
"Beliau terus melancarkan serangan, dan tidak sebaliknya menunggu hasil siasatan yang dijalankan Bank Negara Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
"Ini menunjukkan Dr Mahathir tidak berminat kepada jawapan daripada pihak berkuasa berkenaan yang sah. Sebaliknya, beliau hanya menggunakan 1MDB sebagai alasan menjatuhkan perdana menteri," katanya dalam suratnya.

Gambar Belangkas