Sunday, June 21, 2015

Sultan Titah Najib Letak Jawatan, Najib Enggan Layan




SULTAN TITAHKAN NAJIB RAZAK LETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI | Habis la kali ni kalau dah Sultan keluarkan titah supaya Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan.

Tapi sultan mana yang keluarkan titah supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan selaku ketua pentadbiran negara ini?

Lihat di bawah:

SULTAN TITAH NAJIB LETAK JAWATAN

Ingat tak lagi dengan puak-puak yang mengaku bahawa mereka dari keturunan raja kerajaan empayar langkasuka nusantara, entah dari mana keturunan Sangkakala pun tak tau yang pernah menggemparkan negara apabila mereka bertindak melakukan demo dan cuba memecah masuk ke Istana Negara pada tahun lepas?

SULTAN TITAH NAJIB RAZAK LETAK JAWATAN

Sultan gila ni la yang telah menitahkan secara terbuka kononnya agar Perdana Menteri melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Macam-macam gila ada di Malaysia sekarang ni, ada yang gila nak jadi Perdana Menteri dan ada yang gila nak jadi sultan ada yang nak jadi agong dan sekarang ni gila nak tunjuk kuasa pulak.

Waspada, Jangan Charge Hp Anda Dalam Kondisi Ini


Yoechua Blog - Seturut pekembangan jaman yang semakin maju, smartphone kini sudah menjadi sebuah teman bermain, teman bekerja dan teman beraktivitas yang dapat melakukan banyak hal dalam kehidupan kita. Saya pribadi merupakan seorang yang tidak bisa lepas dari smartphone, mungkin sudah menjadi kebiasaan sehingga sulit untuk meninggalkannya dalam kehidupan. 



kapasitas minumum penggunaan

mimaland sebelum genting highland

Mimaland (1971)

Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.



Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.



Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.



Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.



Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.





Kiri: Papan luncur air gergasi pada 1984

Kanan: Pintu gerbang Mimaland pada 2008



Nota tambahan:





1980 - Filem Tuan Besar, antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja lima tahun kemudian.





1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak)





1985 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland.





1987 - Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an.

khys pada 10:10 AM

Share



4 comments:



Emas Delima8/6/12 10:54 PM

sungguh nostalgia dan mengimbas memori bagi sesiapa yang pernah dan berpeluang mengunjungi mimaland satu masa dulu..sayang ianya telah ditutup kerana macam2 masalah.dan kini menjadi hutan belantara dan semak samun serta tempat yang menyeramkan..siapa sangka tempat yang satu ketika dulu menjadi tumpuan ramai untuk bercuti bersama keluarga akhirnya jad begini.kalau diteruskan pastinya Mimaland akan menjadi tarikan dan lokasi pelancongan utama kepada negara sampai sekarang.semuanya hanya tinggal kenangan.agknya bagaimana tinggalan Mimaland sekrang..masih dapat dilihat atau memang tidak dapat di kenali langsung kerana telah menjadi hutan belantara.



Reply



SABARINA13/6/12 1:43 PM

adakah perkara itu satu perbuatan sabotaj?? memandangkan Malaysia pernah terkenal dengannya satu ketika dahulu. Sayang sungguh tempat menarik ini hanya jadi tempat yang tidak dpt digunakan.



Reply



khys25/6/12 7:47 PM

Update untuk Nota Tambahan:



2 lagi filem Malaysia yang menggunakan lokasi Mimaland ialah Dendang Perantau (1979) dan Suara Kekasih (1986). Dalam filem Dendang Perantau boleh tengok logo lama Mimaland pada pintu gerbangnya, tak sama macam tahun 1980-an punya. Dalam filem tu Latiff Ibrahim menumpangkan saudaranya dari Indonesia utk menginap di chalet terapung di Mimaland. Dalam filem Suara Kekasih pula, Ogy & Azmil Mustapha dating di restoran tepi tasik di Mimaland.



Reply



mR.lOwKEY10/5/15 9:00 PM

bru je pg td aku g Mimaland ni,..tmpat dye tadela mnyeramkan mane pn,.td ak g pn kne mntk izin dgn guard yg jage tmpat tu,.dye orang Sabah,.byr 20 inggit kt dye n ckp elok2 bru dpt masuk td,.cume sekarang ni tmpat dye agak mmeningkan sbb semak n tade sape nk brsihkan,..sume tmpat ade lg,.jurrasic park atas bukit,tasik ape sume still ad,.cme kne pandai cari

MRSM Kepala Batas

Selepas menghantar Wafa' ke MMU pada hari Sabtu, kami menghantar anak bongsu, Hana' pula ke MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari Ahad..cuti sekolah selama dua minggu sudah sampai ke penghujungnya...seorang demi seorang sudah balik ke sekolah dan kolej ...sedih juga kerana rumah akan kembali sunyi...
Sejak pagi ummi bertungkus lumus di dapur... memasak apa-apa yang patut sebagai bekalan ke sana. 
Lebih kurang pukul 10 lebih kami memulakan perjalanan ke utara.
Perjalanan kali ini ditemani cucu kami, Aisyah Humaira' ..dan adek Zubair.

Sampai di Maktab hari sudah petang ... 
 Bye Bye Cik Su Hana'...InsyaaAllah nanti kita jumpa lagi cuti Hari Raya ya ..

Adek Zubair tak ada kawan nak gaduh dan usik-mengusik ...

Aktor Fast & Furious teruja sambut Ramadan


LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT - "Ramadan al-Mubarak untuk semua  umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu," demikian tulis Tyrese Gibson di akaun Istagramnya baru-baru ini.

Tyrese Gibson, 36,  antara aktor penting yang menjayakan filem sekuel Fast & Furious dilihat begitu teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Gibson dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014. Dia mengambil keputusan itu selepas berkunjung ke Dubai.

Difahamkan dia ke sana untuk menghiburkan dirinya selepas kematian  Paul Walker. Di Dubai, Gibson sempat bergambar dengan mengenakan serban lengkap jubah berwarna putih. Setelah memeluk Islam, Gibson merasa dirinya  seperti manusia yang baru lahir.

Sementara itu menerusi video pendek Deen.com, Gibson dikatakan mendapat hidayah selepas dia menonton  sebuah filem pendek yang berjudul ' The Purpose of Life '.

Keputusan Gibson ini disambut baik oleh para peminatnya.


Sumber: Sinar Harian

MMU

Entri yang tertunda ...
13 Jun 2015
Seharian dari pagi menguruskan pendaftaran dan kemasukan anak ke-lima ke Universiti Multimedia di Cyberjaya.  Alhamdulillah Wafa' berjaya diterima masuk ke Universiti Multimedia mengambil jurusan Bachelor of Engineering (Honours) Electronics majoring in Telecommunication.

 Aisyah Humaira; tidak ketinggalan hendak menghantar
Cik Wafa' masuk MMU

Doa ummi dan abi agar Wafa' akan diPermudahkan dalam segala urusan sepanjang pembelajaran di MMU dan Semoga diberi Rahmat dan Hidayah sepanjang masa di sana. Semoga Wafa' sentiasa bijak dan waspada dalam membuat segala keputusan sepanjang masa, menjaga adab dan akhlak sepanjang pergaulan dengan kawan-kawan satu bilik dan sekelas, mematuhi dan menghormati pensyarah2 dan pekerja di MMU dan yang paling penting dan utama Semoga Wafa' sentiasa menjaga agama dan tidak meninggalkan solat setiap waktu, dan sentiasa menumpukan perhatian didalam kelas agar mendapat keputusan yang cemerlang ...
AAmeenn

Iklan Anti Rokok Ini Dapat Membuat Anda Tersentuh


Yoechua Blog - Di Indonesia, sudah menjadi hal wajar melihat para perokok aktif ada di mana-mana, bahkan tak jarang di tempat-tempat yang seharusnya di larang untuk merokok masih terlihat para perokok. Itu terjadi di karenakan minimnya sebuah kampanye atau iklan tentang bahayanya rokok bagi kesehatan yang benar-benar serius untuk menangani masalah ini.



Sebenarnya banyak tahu akan bahaya rokok

Gambar Belangkas