Sunday, June 21, 2015

Undang-undang kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari ni dah puasa keempat...selamat berbuka puasa dan bertawarih

Hari ni saya nak kongsikan kata-kata yang diambil dari video yang saya dengar pagi tadi..

Kata-kata dari video ini iaitu KEUTAMAAN DALAM KEHIDUPAN oleh Prof Muhaya memang buat saya tersentak dengan kata-kata ini...

Petikan dari kata-kata dalam video ini

Undang-undang Law Justice

Apa yang berlaku pada kita hasil daripada apa yang kita tanam, apa kita tanam itu kita tuai. Setiap perkara negatif berlaku pada kita.

''Oh, mungkin kita pernah buat sesuatu yang menyakitkan hati orang maka saya dapat sakit hati itu.'' Something negatif berlaku kita tak boleh salahkan orang. Hendaklah selalu berdoa YA ALLAH, mungkin aku pernah sakitkan hati orang maka aku redha atas kesusahan hati ini.''

Kita hendaklah mencari redha ALLAH.

Gold Matlamat

Mission

Siapa kita, sebenarnya kita, apa kita buat dan apa sistem nilai kita apa yang buat.

Contoh: saya seorang beriman, sedang menuju ke husnul khatimah dan sedang mencari keredhaan ALLAH.


P/S : Untuk mengubat hati, *Baca al-Fatihah dan doakan kebaikan kepada orang yang kita dengki.





Pelakon lelaki ini mengisytihar telah menukar agama dari islam ke ugama kristian




Masih ingat si Ikal dalam filem adaptasi novel Laskar Pelangi?

Watak Ikal ketika dewasa dalam filem itu dibawa aktor Lukman Sardi, anak kepada legenda biola Indonesia, Idris Sardi.



Selepas tiada berita besar mengenainya beberapa ketika, kini Lukman bikin gempar apabila dia mengumumkan menukar agama daripada Islam kepada Kristian.



Berita itu diketahui umum selepas satu video mengenai

Saturday, June 20, 2015

Saya Pun Tergolong dalam Asnaf Zakat, Sebab tu Saya Guna Duit Zakat- Jamil Khir





Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan beliau berada di golongan 'asnaf' mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat membayar kos guaman.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, penjelasan tersebut sangat ditunggu rakyat ekoran tindakan tersebut didakwa mencetus kekeliruan dikalangan umat Islam.

"Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)? Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Muallafkah?," soal Idris.

Ketua Audit Negara dalam laporannya sebelum ini mendakwa, bahawa Jamil Khir,  Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan wang zakat   sebanyak RM63,650 membiayai kos guaman dalam kes saman qazaf  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010 pembayaran melalui geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

Mengulas lanjut, Idris berkata penjelasan Jamil Khir semalam tidak menjawab persoalan utama tersebut.

Sehubungan itu, menteri tersebut tidak berdolak dalih dan membuat penjelasan sebenar kepada rakyat.

"Beliau kena menjelaskan kepada rakyat supaya institusi agama yang memungut wang ini tidak di pandang serong oleh masyarakat. Kita tidak mahu kerana nila setitik , rosak susu sebelanga.

"Beliau tidak perlu mengalih isu kepada tuduhan beliau ubah suai rumah. Tidak mengapa kalau beliau rasa perlu dan itu wangnya. Maklumlah seorang Menteri, mesti tunjuk rumah yang hebat setaraf dengan seorang bergelar Menteri, " katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata jawapan Jamil Khir Baharum bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama dua yang lain menggunakan peruntukan kerajaan dan bukannya wang zakat bercanggkah dengan kenyataan pelbagai pihak sebelum ini.

Antaranya bercanggah dengan dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim  dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Kenyataan yang dirujuk itu antaranya:

- Pada 21 Jun lalu, Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen.

- Pada 21 November lalu, Ambrin mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

Kucing bermata 'alien' ini punyai 30,000 pengikut di Instagram


 Pasti anda yang suka kucing akan merasa kucing ini comel, mana tidaknya matanya seperti 'Alien' yang ada di dalam cerita kanak-kanak ataupun filem di mana makhluk asing berkenaan datang cuba menakluk bumi.

Tahukah anda kucing bermata besar ini yang bernama Matilda mempunyai akaun Instagramnya sendiri malahan Instagramnya itu mempunya lebih dari 30,000 followers.

Memetik laporan berita The Huffington Post , Matilda sebenarnya kejadian mata Matilda itu sebenarnya tidak normal di mana matanya itu membesar dan melebar lebih besar dari kucing biasa.


 Pada awal-awalnya hanya satu bola matanya yang mengalami perubahan namun ketika berusia dua tahun kedua-dua matanya itu hampir buta dan hingga kini ia hanya dapat memberi reaksi kepada cahaya dan melakukan pergerakan yang mudah.


Menurut pemilik Matilda, Meghan, sakit yang dihidapi Matilda ini membuatkan doktor haiwan berasa pelik selian itu Matilda juga mengalami glaukoma yang memburukkan lagi penglihatannya.

“Kami masih tidak pasti kenapa matanya boleh membesar,” kata Meghan.


Walaupun menghidapi sakit seumpama itu, gerak gei Matilda yang comel telah emnarik perhatian ramai, Sebenarnya skitnya itu membuatkan ia jadi lain daripada kucing lain.

Ia mendapat perhatian juga bukan semata-mata ia comel malahan kerana ada yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Matilda itu.



Pemandu Trauma Kereta Terbelah Dua


MELIHATKAN keadaan kenderaan yang terbelah dibahagian depan, tentunya ramai memikirkan bagaimana kejadian itu berlaku.

Yang pasti, pemandu kereta itu bertuah kerana terselamat, kecuali masih dalam keadaan trauma selepas keretanya dirempuh sebilah mata gerigi bulat.

Kejadian itu berlaku ketika pemandu itu, Xiang berada di lebuh raya Chongging, barat daya China dan tiba-tiba terdengar bunyi hentaman kuat sebelum muncul mata gerigi bulat itu didepan keretannya dan menghentam kenderaan itu hingga terbelah dua.

Difahamkan, peralatan tajam itu terjatuh dari sebuah trak yang merempuh pembahagi jalan semasa dalam perjalanan di laluan berasingan lebuh raya itu, lapor akhbar People's Daily Online.

Gerigi bulat yang berukuran 1.5 meter itu menyebabkan bahagian depan kenderaan Xiang terbelah dengan kedalaman lubang sedalam hampir 0.5 meter.


Menurut Xiang, ini adalah pengalaman pahit yang menakutkan baginya, sambil menceritakan situasi cemas yang dialaminya ketika memandu sambil matanya memerhati gerigi bulat itu menuju ke arahnya.

"Saya terdengar bunyi yang cukup bising dan saya nampak asap putih berkepul-kepul di hadapan kenderaan. Pada masa itu, pemanduan saya hampir hilang kawalan," katanya.

Tambahnya lagi, sebaik berjaya memberhentikan kenderaannya, Xiang sukar berdiri selepas keluar dari kenderaan kerana masih dalam keadaan terkejut.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan gerigi bulat tersebut tidak diikat dengan betul semasa berada di atas trak, dan dipercayai lebih daripada satu terlepas dari ikatan apabila pemandunya hilang kawalan sehingga terbabas.

Pegawai Jabatan Lebuhraya, Ren Gu berkata, Xiang bernasib baik kerana bilah tersebut tidak menghentam bahagian pemandu dengan jarak hanya beberapa kaki.

Sementara itu, tidak pasti sama ada pemandu trak tersebut akan dikenakan tindakan selanjutnya, namun beberapa penduduk tempatan melaporkan kemungkinan besar punca kemalangan adalah faktor kepenatan. 



Sumber: mstar.com.my

Najib umum durian runtuh kepada pekebun kecil

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perkhabaran gembira kepada 32,238 pekebun kecil Risda, antaranya  pemberian durian runtuh dividen bernilai RM151.1 juta.

Agihan dividen itu berjumlah RM43.9 juta kepada sebanyak 16,080 peserta Rancangan Tanah Baru Kelompok (RTBB) dan RM107.2 juta kepada 16,158 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

"Saya harap pemberian dividen ini dapat membolehkan kita lebih selesa untuk sama-sama sambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya ketika majlis penyampaian dividen Risda 2015 di Dewan Seri Perdana Kolej Automotif Antarabangsa (Icam) di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif.
Najib berkata kerajaan sentiasa komited dalam membantu meningkatkan pendapatan bulanan serta menaik taraf hidup pekebun kecil yang merupakan kelompok B40 yang memperoleh berpendapatan bulanan purata kira-kira RM2,500.

Katanya ini ditambah lagi dengan kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit dalam pasaran dunia pada masa kini berikutan kelembapan pertumbuhan ekonomi dunia.

Berikutan itu juga, kata perdana menteri, kerajaan mengadakan kerjasama erat dengan negara pengeluar untuk meningkatkan nilai eksport dan memastikan pekebun kecil melaksanakan amalan pertanian baik untuk menambah hasil pengeluaran.

Dalam majlis itu, Najib turut meluluskan Skim Khairat Kematian Pekebun Kecil Risda bernilai RM5.24 juta kepada semua pekebun kecil getah dan sawit yang berdaftar dengan Risda.

Beliau berkata skim itu bertujuan menjaga kebajikan pekebun kecil serta meringankan bebanan mereka apabila berlaku kematian akibat kemalangan dan sakit.

Pada majlis itu, perdana menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk dana permulaan Yayasan Risda.

Beliau berkata penubuhan yayasan itu bagi menyalurkan bantuan atau kemudahan untuk aktiviti pendidikan, sukan, sosial dan kebajikan pekebun kecil, keluarga dan kakitangan agensi itu serta syarikat milikannya.

"Kita akan menambah peruntukan kepada yayasan ini dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan dapat menampung kekurangan hasil negara ekoran penurunan harga minyak dan gas dengan hasil yang diperoleh menerusi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Ini antara sebabnya kerajaan laksanakan GST, bukan tujuan untuk susahkan rakyat tetapi sebenarnya untuk kebaikan dan kebaikan itu orang tidak nampak, malah lempar pelbagai tuduhan," katanya. -  Bernama

Umno bantu ulama dalam PAS, kata Mat Sabu


Kemenangan kumpulan ulama koservatif dalam barisan kepimpinan PAS dipengaruhi Umno, kata bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.



"Semua agensi media pro-Umno seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth.



Kata Mohamad yang lebih dikenali dengan

Gambar Belangkas