Friday, June 19, 2015

sahur lewat sunnah nabi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PEDOMAN

Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk pada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman ALLAH SWT:

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ.

Ertinya:

"Pada waktu sahur mereka memohon keampunan".

(Surah az-Zariyat:17)

Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya. Kata Zaid bin Thabit:

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ»، قُلْتُ: كَمْ كَانَ بَيْنَ الأَذَانِ وَالسَّحُورِ؟« قَالَ: «قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً.

Ertinya:

"Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)". Anas bin Malik bertanya beliau, "Berapa lama antara azan dan sahur tersebut?" Jawab Zaid, "Kadar 50 ayat (al-Quran)".

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadith ini menunjukkan bahawa lewatnya sahur Nabi SAW. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Pada tempoh itulah Nabi SAW menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.



lagi di miskani.blogspot.com

doa Jibrail menjelang Ramadhan

[9:45PM, 6/16/2015] ™ Mr.Sol ™ ♻: Doa Jibrail menjelang ramadhan:-

"Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad jika sebelum masuk ramadhan dia tidak melakukan 3 hal ini:

1.Tidak minta maaf kepada kedua orang tua.

2.Tidak bermaafan dengan sahabat sahabatnya.

3.Tidak bermaafan dengan orang sekitarnya." maka, Rasullullah pun mengaminkannya sebanyak 3kali.

Dengan ini, saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap yang telah dilakukan sebelum sebelum ini. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa, menyinggung atau mengguris hati. Mohon ampun dan maaf sekali lagi dari saya ...

setelah diteliti oleh ahli hadis..do'a Malaikat Jibril t'sebut x ada asalnya..bahkan di kumpulan hadis palsu atau dho'if pu x ada...

ALLAH!!!

Hadith PALSU tentang Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan...

Assalamu'alaikum wbt.

Hadis yang disebarkan berbunyi begini: Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: - Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); - Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; - Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. " Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat .

*****Hadis ini telah DIPALSUKAN buktinya diterangkan dibawah*****

RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

أن النبي صلى الله عليه وسلم رقى المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين قيل له : يا رسول الله ، ما كنت تصنع هذا ؟ فقال : قال لي جبريل : رغم أنف عبد أدرك أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة ، قلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف عبد دخل عليه رمضان لم يغفر له ، فقلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف امرئ ذكرت عنده فلم يصل عليك ، فقلت : آمين

Maksud hadis: Dari Ka'ab Bin 'Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab: "Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang

ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)] Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....

Dalil Pertama:

Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka. [ Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu 'alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam).]

Dalil Kedua:

Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta. [ Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu 'anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.]



lagi di miskani.blogspot.com

curah air di kepala ketika puasa tidak makruh.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PEDOMAN

Anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan akan mengurangkan pahala puasa ataupun makruh adalah tidak sahih. Begitu juga tidak sahih anggapan mandi selepas asar semasa puasa itu makruh. Ini kerana ada riwayat yang menunjukkan Nabi SAW mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga.

Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Mawatta', Ahmad dan Abu Daud dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: "Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رُئِيَ بِالْعَرْجِ، وَهُوَ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ مِنَ الْحَرِّ أَوْ مِنَ الْعَطَشِ،وَهُوَ صَائِمٌ.

Ertinya:

"Aku melihat Nabi SAW di al-'Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas".

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud).



lagi di miskani.blogspot.com

Reminder about Ramadhan

Beautiful reminder.. from Ustadh Nouman Ali Khan.



Allah (swt) mentions RAMADHAN only ONCE in the Qur'an.



For Muslims all over the world we always think about fasting when we think of Ramadhan.



However note that Allah did not introduce Ramadhan with fasting.

So what did Allah say?



Al Baqarah Aaya 185:



Ramadan is the (month) in which the Quran was sent down, as a guide to mankind and a clear guidance and judgment (so that mankind will distinguish from right and wrong).."



Allah INTRODUCED Ramadhan with the QUR'AN instead.

-The month of Ramadhan is in fact when the Qur'an was sent down.

-Hence the FIRST thing we have to think about when it comes to Ramadhan is the QUR'AN.



- Muslims know that Ramadhan is a time to get closer to Allah, time to make a lot of doa, to give up on sins, to make istighfar. We have to do a little extra, go to the masjid, when before we do not go.



But what is actually the KEY to getting closer to Allah?

- it is the QUR'AN

- to fulfil the purpose of Ramadhan, this month has to be about the Qur'an for all of us.

- treat it like we never had a relationship with the Qur'an before, like we are starting all over again.



WHY OVER AGAIN?



Answer is back in Aaya 185 of Al Baqarah :



Al Baqarah is a Madani surah, which means it came down when Rasululah SAW and the Muslims have made the Hijrah to Madinah. They have been Muslims for a long time and by then they already know Quran is guidance for humanity. But when Allah introduces Ramadhan in Al Baqarah 185, Allah also re introduce the Qur'an - saying the Qur'an is guidance for people - which the Muslims and companions already know at that time.



The Lesson from this:

When Allah RE INTRODUCE us to the Qur'an in that aaya, it's almost like Allah SWT wants us to to start all over again.

-Start reading and studying the Qur'an.

-Start reflecting and thinking about the Qur'an in this month of Ramadhan like we have never read it before.

-Like it's the first time!



This is BEAUTIFUL. Why?



-If we did fulfill the rites of Ramadhan, what Allah expects of us, Rasulullah has said that all our previous sins will be forgiven. We get a new start. This new start will come from us making a new start in our life in Ramadhan, and a new start with the Qur'an.



May Allah keeps us strong and steadfast in studying the Qur'an this Ramadhan and beyond. May Allah gives us clarity of mind and heart to understand it. May Allah grant us wisdom to apply the knowledge from it and to teach it to others. Aameen.

Cara Nabi buka puasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PEDOMAN

Nabi SAW berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering.

Dalam hadith daripada Anas katanya:

إنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ.

Ertinya:

"Bahawa Rasulullah berbuka puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka baginda minum beberapa teguk air".

(Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, katanya hadith ini hasan).

Inilah tertib yang dilakukan oleh baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada maka tamar dan jika tiada maka air.



lagi di miskani.blogspot.com



tags: cara nabi buka puasa

5 perkara yang mesti dapat

Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:



1. Wajah yang c antik.

2. Duit berjuta-juta.

3. Sihat dan kuat.

4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.

5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.



Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.



Bagaimana caranya???



1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.



2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya.



3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya.



4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.



5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.



Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??



Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.



Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah

Laa ilaaha Illallah.



Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal2 soleh.



Sahabatmu dlm perkongsian...

Wallahu A'lam...



lagi di miskani.blogspot.com

f



#CopyPaste ,share

air zam zam palsu

utk pengetahuan semua sahabat....air zam zam ini palsu...bukan air zam zam sbnr. Air zam zam ini tlh dijual dgn harga RM30 sebotol yg mana botolnya hanyalah sebesar air botol mineral yg kecil tu je. Dlm air ini telah dimasukkan unsur2 yg kotor yg akan menyebabkan orang yg minum air ini akan rasa lebih bertenaga. Bila air mereka habis, mka akan rasa lemah dn sakit. Pengusaha air ini telah mula menjual air ini di Karnival2 yg diadakan di Universiti2 dn Pusat2 Pengajian Tinggi di Pantai Timur. Pesan dgn anak2 anda dn rakan2 mka....jgn singgah atau beli dn minum air ini. Ini pesanan dpd ustaz dari Darul Shifa' . Jgn sesekali terpedaya dgn kata2 dpd mka yg kononnya mengaku ustaz atau ustazah yg menjual air ini. Tlg viralkan kpd semua sahabat2 kita supaya kita semua selamat dari tipu daya manusia hanya mementingkan wang hingga sanggup melakukan apa sahaja hingga sanggup melakukan kerja2 yg jelas syirik dn kufur kpd Allah swt. - pengalaman semasa mengubatkn

anak yg baru pulih yg skrg sdg belajar di Universiti Malaysia Kelantan..



lagi di miskani.blogspot.com



tags: air zam zam,air zam zam palsu, zam zam palsu,zam zam

Gambar Belangkas