Friday, June 19, 2015

Lelaki jahanam




Cagayan De Oro (Filipina): Seorang lelaki Australia yang disiasat kerana membunuh dan beberapa kesalahan seks, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol dan memperdagang dua budak perempuan di Filipina, hari ini.



Gerard Peter Scully, 51, menghisap rokok sebelum dengan tenang menjawab ‘tidak bersalah’ selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di mahkamah di bandar pelabuhan Cagayan de Oro.

Pekerja bengkel dituduh bunuh teman wanita

Yuwafee Haidi Hamdan
KUALA LANGAT 19 Jun – Seorang pekerja bengkel berusia 26 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datuk di sini hari ini atas tuduhan membunuh teman wanitanya yang merupakan seorang janda pada hujung bulan lalu.

Yuwafee Haidi Hamdan didakwa membunuh Normaizatul Nor Jaya, 22, di bawah jambatan di Jalan Lombong, Sungai Jarum, Banting di sini kira-kira pukul 4 pagi, 29 Mei lalu.

Pertuduhan tersebut dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, K. Saravanan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh oleh Majistret Marsilawati Mohammad Shah.

Mahkamah turut menetapkan 23 Julai ini sebutan semula kes berkenaan.

Semalam, polis menahan seorang lelaki terbabit bagi membantu siasatan berhubung kematian Normaizatul yang merupakan seorang pekerja hotel di Cyberjaya.

Penahanan tertuduh itu dibuat selepas ibu kepada mangsa membuat laporan mengenai kehilangan anaknya setelah keluar bersama teman lelaki yang berusia 26 tahun. - Utusan

Ahmad Maslan di malukan Sultan

2 Kali Ahmad Maslan Hulur Tangan Nak Salam Sultan Johor Tapi Tidak Dilayan - Kena Kutuk Kaw2 Di Laman Sosial. (Video Inside).




Bukan isu penting pun tapi kelakar. Mungkin mengubat sedikit jiwa rakyat yang bengang dengan Ahmad Maslan dalam isu GST. Aku tak pro monarki apatah lagi sultan Johor. Tapi penolakan sultan Johor terhadap huluran tangan Ahmad Maslan untuk bersalam timbul persoalan juga. Kenapa agaknya?

lagi di miskani.blogspot.com

sami buddha kejam

sami buddha campak anak kecil Islam ke dalam bara api. Zalim dan laknat sami ni.
lagi ni miskani.blogspot.com

kejadian di myanmar rohingya.

Inilah Lapan Lanun Yang Disyaki Merampas MT Orkim Harmony Ditahan Oleh Pihak Berkuasa Vietnam




Lapan orang lanun yang disyaki merampas MT Orkim Harmony ditahan di Pulau Tho Chu, Vietnam. -foto Ihsan Panglima TLDM

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan lapan lanun yang disyaki merampas kapal tangki MT Orkim Harmony ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu di negara itu awal pagi Jumaat.



Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM,

Indahkan Ramadhan bersama Ayuinsyirah.

Segmen : Indahkan Ramadhan bersama Ayuinsyirah.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Segmen dari ayuinsyirah. Aku suka sebenarnya join segmen yang dianjurkan oleh ayuinsyirah ni. Simple je. Itu yang aku suka. So, kalau korang nak join, bolehlah click pada banner di atas ya!

Tak kemas apa-apa lagi!

melancong ke thailand 2015

Tak kemas apa-apa lagi!|Ha, betul-betul ni, langsung tak kemas apa-apa. Nak terbang ahad ni, maknanya tinggal esok je. Barang apa pun tak kemas lagi. Esok dah tentu nak luangkan seluruh masa dengan family. Ish. 

Ramadan di ayutthaya thailand

Bila semua kerja buat last minit, confirm akan jadi macam dekat gambar atas tu. Confirm aku akan sumbat segala barang dalam beg. Dan confirm juga, aku akan bawa, banyak barang-barang yang tak perlu pun. Orang lelaki kan, senang je, main sumbat je. Hehehe.

Ala, bukan jauh pun, thailand je. Kalau tak cukup baju seluar, beli jelah. Itu yang ada di dalam fikiran aku sekarang. Wahahahahha. Tapi jangan tak tahu ye, ringgit menunjukkan kejatuhan yang sangat teruk. Ya! Sangat teruk!

Aku tukar 30,000bhat. Kalau sebelum ini, perkiraan matawang bhat dengan MYR (mengikut cara aku) bersamaan dengan MYR3000. Caranya adalah buang no di belakang mawatang bhat tu. Macam contoh 20,000bhat, kalau buang 0 kat belakang tu, maka MYR adalah 2000. Ha, korang faham tak? Hehehe.


Tetapi sekarang tidak lagi! Dengan dynamo, segala kotoran akan hilang! Hehehehe. Bukan! Sekarang jika anda tukar 30,000bhat, anda perlu membayar MYR3420! Yang mana, anda telah kerugian sebanyak MYR420!! Oit, dengan wang sebanyak itu, aku boleh hidup sebulan!*hanya aku, kalau keluarga, memang tak cukuplah wang tu.

Huhuhu, kalau dulu, merasalah jugak jadi "orang kaya" dekat sana. Tetapi sekarang, kenalah berjimat cermat. Kan kita sebagai rakyat bawahan di minta jimat cermat. Huhuhu.

Tapi! Owh!! Barang tak kemas apa-apa lagi! Aku tak tau nak bawak apa. Sesiapa yang biasa pergi travel untuk tempoh yang lama, boleh tak kongsikan dengan aku apa yang perlu ada? Biasa pergi 3-4 hari je, ini lama la pulak, bulan puasa pulak tu. hmm.

Gambar Belangkas