Thursday, June 18, 2015

(Video) Isu air: Noh Omar boleh bekal baldi saja, kata MB

11 aktivis dapat pengampunan diraja dibebaskan

Bad Latiff Mansor (dua dari kanan), salah seorang aktivis yang terlibat dalam tunjuk perasaan terhadap rampasan kuasa di Perak pada 2009 gembira berjumpa isteri Nashitah Md Noor dan ahli keluarganya di luar penjara Tapah selepas dibebaskan kira-kira jam 9 malam tadi. Bad Latiff adalah antara 11 aktvis yang mendapat pengampunan diraja daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Tuck Keong, 18 Jun, 2015.
Semua 11 aktivis terlibat dalam tunjuk perasaan terhadap rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang mendapat pengampunan diraja daripada Sultan Perak dibebaskan pada jam 9 malam tadi.


Mereka disambut ahli keluarga yang menunggu di luar penjara Tapah sejak jam 5 petang tadi.
Berpakaian T-shirt putih dan melaungkan "Takbir" ketika melangkah keluar daripada bas yang membawa mereka ke pintu masuk penjara berkenaan, kumpulan terbabit memeluk ahli keluarga masing-masing sebelum mengambil gambar kenangan.


Setiausaha Lembaga Pengampunan Perak Datuk Razali Othman dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan Sultan Nazrin Shah memberikan pengampunan diraja untuk 11 individu berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Beliau berkata dalam mesyuarat lembaga berkenaan pada 5 Mei lalu, sehari sebelum pertabalan Sultan Perak, hanya seorang daripada 12 penunjuk perasaan menerima pengampunan apabila mengemukakan permohonan terus dan bukannya melalui pihak ketiga.

Pada mulanya, terdapat 13 orang yang ditahan berikutan demonstrasi pada bulan Februari 2009, di luar Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak, di mana ketika itu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional mengangkat sumpah jawatan jawatan sebagai menteri besar di hadapan Sultan Perak.

Seorang warga Indonesia dihantar pulang ke negaranya selepas dibebaskan manakala baki 12 lagi dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Rayuan pada bulan Mac lalu.
Mohamad Nazeer Hameed, 49, adalah satu-satunya orang yang mendapat pengampunan diraja sempena pertabalan Sultan Nazrin pada 6 Mei lalu.

Isteri kepada salah seorang aktivis, Nashita Md Noor dan beberapa ahli keluarga yang lain mengambil keputusan untuk menunggu pembebasan di penjara Tapah selepas mendapat pekhabaran suaminya diberi pengampunan diraja.

Mereka tiba pada jam 5 petang dan berbuka puasa di luar penjara sementara menunggu pembebasan itu.
Sekitar jam 10 malam tadi, Nashita memuat naik gambar suaminya bersamanya dan anaknya serta gambar 7 orang lain yang baru dibebaskan dari Penjara Tapah.

"Alhamdulillah, bebas!" tulis Nashita di laman Facebook. - TMI

Perampas MT Orkim Harmony cuba lari, belayar ke Pulau Natuna, Indonesia

Kapal tangki MT Orkim Harmony dilaporkan beralih arah belayar ke timur Indonesia menuju ke Kepulauan Natuna dalam cubaan sekumpulan perampas bersenjata yang menawan kapal itu, untuk melepaskan diri.



Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid berkata kumpulan perampas terbabit juga meminta pihak penguatkuasa menyediakan bot ketika mereka sampai di Pulau Natuna.

"Proses rundingan masih berjalan... apabila sampai di Pulau Natuna, mereka (perampas kapal) meminta disediakan sebuah bot untuk mereka melepaskan diri, sementara pihak TLDM masih mengiringi kapal tangki itu ke sana.


"Kapal itu dijangka sampai ke pulau berkenaan pada Sabtu pagi dan TLDM juga memaklumkan kepada pihak penguatkuasa Maritim Indonesia mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini. Pada masa ini, KD Terengganu masih meneruskan rundingan dengan perompak supaya mereka menyerah diri.

TLDM masih menunggu arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha menyelamatkan anak kapal terdiri dari 16 rakyat Malaysia, 5 Indonesia dan seorang Myanmar, yang kini dalam tawanan sekurang-kurangnya lapan perampas bersenjatakan pistol dan parang.

Kapal tangki milik Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta itu, dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal itu yang disahkan ditemui hari ini oleh pihak berkuasa, dicat semula dan ditukar nama kepada 'Kim Harmon'.
Azahari berkata sehingga kini, sebanyak 16 buah kapal dan empat pesawat berserta 1,200 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi tersebut. – Bernama

Dr Mahathir ‘disekat’ orang ramai di bazar Ramadan Kampung Baru

Kunjungan Tun Dr Mahathir Mohamad ke bazar Ramadan Kampung Baru di sini pada hari pertama berpuasa hari ini "disekat" orang ramai.

Namun jangan disalah sangka, bekas perdana menteri hanyalah disekat orang ramai yang mahu berselfie dan beramah mesra.

Beliau yang tiba kira-kira jam 5.30 petang menghabiskan masa 45 minit berjalan di sepanjang 300 meter Jalan Raja Alang yang merupakan antara kawasan menempatkan gerai jualan bazar Ramadan Kampung Baru ini.


Berkemeja putih, beliau yang kini berusia 89 tahun dilihat sentiasa senyum dan tidak letih melayan kerenah orang ramai yang memohon untuk bersalam dan bergambar dengannya. – Bernama

kasih ibu kucing

kasih ibu kucing yang dilanggar kereta. walaupun parah ia tetap menyusukan anaknya di saat akhir. Moga menjadi teladan



lagi di miskani.blogspot.com

Masya Allah Bacaan Al-Quran Erdogan getarkan hati pendengar (2 video)

HARAKAHDAILY

Tidak banyak pemimpin dunia terutama yang muslim pandai melantunkan bacaan Al-Quran atau bahkan hafal (hafiz) al-Quran.



Salah satu di antara yang sedikit itu adalah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, negara berasaskan sekular, lapor web Eramuslim.



Dalam sebuah video yang dipaparkan di akaun Facebooknya, seorang ahli politik AKP Turki, Mehmet Sercan oge, mengaplod video

Aktres Korea Selatan maut

Jung In Ah

SEOUL - KOREA SELATAN. Pelakon dan model Korea Selatan, Jung In Ah, 38, maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika melakukan aktiviti skydiving.

Jun, 38 dilaporkan hilang selepas mengikuti aktiviti skydiving pada 13 Jun lalu di wilayah Selatan Jeolla, Korea Selatan.

Memetik laporan Chosun News, mayatnya ditemui pada 16 Jun bersama payung terjun yang terapung di dalam laut.

Pihak berkuasa percaya cuaca buruk mengakibatkan mangsa mengalami kesulitan untuk melakukan pendaratan

Jun adalah bekas graduan di Seoul National University dan muncul kali pertama pada tahun 2008 dalam drama MBC  The Secret Of Keu Keu Island.



Sumber: Sinar Harian

Gambar Belangkas