Thursday, June 18, 2015

Perampas MT Orkim Harmony Minta Dilepaskan Sebagai Tuntutan Bebaskan Kru




Perampas yang bertutur dialek Indonesia dilaporkan menukar warna dan nama MT Orkim Harmony kepada Kim Harmon.

KUALA LUMPUR: Perampas kapal tangki MT Orkim Harmony meminta supaya mereka dilepaskan sebagai tuntutan untuk mereka membebaskan kru kapal itu, kata Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid.

Sultan Perkenan Ampun, Remit Baki Hukuman Penjara 11 Banduan

TAPAH, 18 Jun (Bernama) Sultan Perak, Sultan Nazrin i hari ini berkenan memberi pengampunan kepada 11 banduan yang dihukum penjara sejak 18 Mac lepas, bersempena hari pertama Ramadan.Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak Datuk Razali Othman berkata keputusan itu dibuat pada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri yang dipengerusikan baginda di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, semalam.Beliau berkata kesemua 11 banduan itu disabitkan kesalahan melibatkan diri dengan perhimpunan haram di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan pada tahun 2009, di hadapan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar."Sultan Nazrin Shah telah membentangkan rayuan yang telah dipersembahkan secara terus kepada baginda oleh 11 banduan itu yang telah dikenakan hukuman penjara sepuluh bulan atas sabitan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Razali berkata semasa Lembaga Pengampunan Negeri Perak mengadakan persidangan pada 5 Mei lepas iaitu sehari sebelum tarikh pertabalan Sultan Nazrin sebagai Sultan Perak, baginda telah membentangkan 12 rayuan yang dikemukakan oleh banduan yang telah dikenakan hukuman atas sabitan melibatkan diri dengan perhimpunan haram berkaitan."Dalam persidangan tersebut, baginda hanya berkenan atas ihsan dan budi bicara meremitkan baki hukuman penjara kepada hanya seorang banduan kerana banduan berkenaan sahaja yang mengemukakan rayuan secara sendiri kepada baginda."Baginda turut menzahirkan teguran bahawa rayuan oleh sebelas banduan lain adalah tidak teratur kerana telah dikemukakan oleh pihak ketiga di samping tidak dipersembahkan melalui Pegawai Yang Menjaga Penjara."Namun, kesemua sebelas banduan kali ini telah menyembahkan sendiri rayuan masing- masing melalui saluran yang betul," katanya.Razali berkata Sultan Nazrin berpuas hati dengan ulasan Pegawai Yang Menjaga Penjara Tapah bahawa kesemua banduan telah menunjukkan keinsafan dan berkelakuan baik semasa menjalani hukuman penjara.Katanya Sultan Nazrin amat berpuas hati dengan pengakuan keinsafan para banduan di atas kesalahan yang mereka lakukan dan janji para banduan untuk tidak mengulangi melakukan kesalahan tersebut."Setelah meneliti rayuan banduan-banduan, dalam semangat menghadapi bulan Ramadan, Baginda atas ihsan dan budi bicara telah menitahkan supaya sebelas banduan yang telah disabitkan kesalahan dan telah menjalani hukuman penjara sejak 18 Mac 2015 lalu."Kesemua mereka diremitkan baki hukuman penjara dan dibebaskan pada 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadan 1436 yang membolehkan mereka menunaikan ibadah puasa dan menyambut syawal bersama kaum keluarga," katanya. BERNAMA

MB Selangor Bertadarus di Masjid Tadi



Alhamdulillah. Semoga allah memberi kekuatan untuk azmin dalam menguruskan pentadbiran.

Semua anak kapal MT Orkim Harmony ditemui selamat

KUALA LUMPUR - Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui di perairan Kemboja hari ini dengan kesemua 22 anak kapalnya selamat.


Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid berkata TLDM menerajui operasi menyelamat kapal tangki itu susulan pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang semalam.

Ketika ditemui, kapal itu didapati telah ditukar namanya kepada 'Kim Harmon' dipercayai sebagai taktik penyamaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, katanya kepada Bernama.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. - Bernama

Tun mahathir di bazar ramadhan kg baru



Keadaan di sana sangat sesak dengan orang ramai.

Pengunjung Ikea Di China Tidur Di Sofa, Katil Pameran









Wednesday, June 17, 2015

Akhirnya!! Doa Rakyat Malaysia DiMakbulkan, Kapal Hilang Dijumpai Tetapi Anak Kapal....


Tukar nama dan cat baru. Agaknya dimana mereka proses semua ini, apa pun kita tunggu kenyataan rasmi dari panglima tentera laut Malaysia.





Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu telah berjaya dikesan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, kapal berkenaan berada di perairan Kemboja dan telah ditukar nama dan catnya.

Kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara


Diraja Australia. Ketika hilang, Kapal MT Orkim Harmony membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta. Kali terakhir ia dikesan pada malam Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Gambar Belangkas