Wednesday, June 17, 2015

Perkara yang membatalkan puasa.

Perkara yang membatalkan puasa|Apakah perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seseorang? Adakah ia secara sengaja atau tidak sengaja? Jom kita belajar sama-sama ya. Aku senaraikan 8 perkara yang boleh membatalkan puasa.

1. Makan dan minum dengan sengaja.

Saja-saja je dia nak makan atau minum. Jika ini berlaku, maka puasa mereka secara automatiknya batal. Bagaimana pula dengan keadaan tidak sengaja? Jika secara tidak sengaja, tidak batal puasa mereka. Jika tersedar, janganlah diteruskan makan atau minum itu. Dan jika masih ada lagi makanan di dalam mulut, keluarkanlah makanan itu dan bukannya ditelan terus. Ya.

2. Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka.

Secara permahaman aku, memasukkan apa sahaja benda ke dalam rongga mulut, hidung, telinga. Jika ini berlaku, maka puasa mereka terbatal dengan sendirinya.

3. Muntah dengan sengaja.

Aii, ada ke yang muntah dengan sengaja? Ya. Ada. Ada di antara kalangan kita, yang memaksa diri mereka untuk muntah. Contoh situasi, jika perut mengalami ketidakselesaan, mereka akan cuba memuntahkan isi kandungan perut mereka. Aku pernah jumpa dengan manusia semacam ini ya. 

4. Keluar haid dan nifas.

Jadual pengeluarannya tidak sama setiap bulan. Jadi, jika dalam proses berpuasa, keluar haid dan nifas, maka puasa mereka akan terbatal dengan sendirinya.

5. Gila.

Tiba-tiba masuk bulan puasa je, jadi gila. Jika perkara ini terjadi,maka puasa mereka akan terbatal. Kalau yang buat-buat gila tu, ha. Sila jangan buat ya, kang kalau gila betul-betul, sendiri mau ingatlah ye.

6. Murtad.

Keluar daripada islam, maka puasa mereka terbatal. Dosa besar bagi mereka yang murtad ya. Jangan main-main dengan hukuman Allah di neraka kelak.

7. Keluar mani dengan sengaja.

Onani. Jika ini berlaku semasa mereka dalam keadaan berpuasa, maka puasa mereka akan terbatal. Onani juga adalah berdosa.

8. Bersetubuh (Siang hari)

Pasangan suami isteri. Jika mereka bersetubuh di siang hari, sewaktu puasa, maka puasa mereka juga akan terbatal dengan sendirinya. Hmm, kenapa tidak di malam hari?

Baiklah, inilah antara perkara-perkara yang membatalkan puasa seseorang itu. Diharap ianya dapat membantu anda. InsyaAllah. Amin.

Atlet Tidak Perlu Patuhi Garis Panduan Pakaian Sukan Mengikut Islam – KJ


Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, atlet kebangsaan tidak perlu mematuhi garis panduan berkaitan pakaian yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika menyertai kejohanan sukan. Kenyataan tersebut dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin berkata, pakaian sukan yang dipakai atlet negara akan dikaji semula.

Jamil Khir yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam menerangkan, Jakim akan mengkaji semula garis panduan pakaian atlet supaya ia mematuhi syariah. Namun begitu, Khairy menjelaskan garis panduan yang disediakan Jakim hanyalah garis panduan dan tidak ada paksaan ke atasnya.

“Terpulang kepada atlet untuk mengikuti garis panduan tersebut dan tidak ada paksaan untuk mengenakan pakaian yang lain, jadi saya berharap ini dapat menyelesaikan isu pakaian atlet. Kita perlu ingat bahawa beberapa pakaian sukan dikawal oleh persekutuan sukan dan atlet-atlet ini hanya mengenakan pakaian tersebut semasa bertanding sahaja”, katanya.
Khairy turut membidas pengkritik dengan menyifatkan mereka sebagai hipokrit dan menganggap isu ini berkaitan seksisme. Farah Ann Abdul Hadi mengharumkan nama negara selepas berjaya memenangi dua pingat emas, satu perak, dan tiga gangsa pada Sukan Sea tahun ini tetapi menerima kritikan kerana dikatakan mendedahkan badannya.

“Atlet-atlet lelaki tidak mendapat perhatian sebegini walaupun mereka memakai pakaian yang lebih mendedahkan tubuh badan mereka seperti ahli bina badan”, kata Khairy.

Khairy juga menjelaskan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mengkritik sekiranya perkara ini tidak dihentikan.

Video Bung Mokhtar Isteri Takut Demo Depan Rumah

Masyarakat Islam Uighur Tidak Dibenarkan Berpuasa


BEIJING: Ketika lebih 1.5 bilion umat Islam di seluruh akan memulakan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada Khamis, kerajaan tempatan di wilayah Xinjiang, barat China menguatkuasakan undang-undang kontroversi apabila tidak membenarkan etnik Uighur yang beragama Islam melaksanakan ibadat itu.

Lebih menimbulkan kemarahan penduduk Islam, etnik minoriti berkenaan juga diwajibkan untuk mengangkat sumpah di depan pegawai kerajaan bahawa mereka tidak akan berpuasa.

Menurut laporan portal Hindustan Times, pihak berkuasa menjadikan alasan bahawa bulan Ramadan yang bermula Khamis sebagai waktu sensitif di Xinjiang ekoran serangan berdarah yang dipersalahkan kepada kumpulan pelampau sejak tiga tahun lalu yang menyaksikan beratus-ratus orang terbunuh.

Jelas portal berkenaan, sejak beberapa hari lalu, media tempatan dan laman web kerajaan di Xinjiang menyiarkan berita dan notis rasmi yang menuntut anggota parti politik, penjawat awam, pelajar dan guru yang beragama Islam tidak terlibat dengan aktiviti berkaitan Ramadan bagi mengelakkan insiden serangan pada tahun lalu, Kerajaan Xinjian dalam kenyataannya berkata, pegawai penguatkuasa kawalan kualiti makanan di daerah Jinghe yang bersempadan dengan Kazakhstan, mengambil keputusan untuk menggalakkan restoran berstatus halal supaya meneruskan operasi seperti biasa sepanjang Ramadan.

Tambah kenyataan tersebut, restoran yang mematuhi arahan berkenaan tidak akan diperiksa secara kerap oleh pihak berkuasa.

Beberapa institusi kerajaan lain dilapor mengeluarkan arahan yang sama.

Sementara itu, di daerah Maralbexi yang menjadi lokasi kematian 21 orang akibat keganasan agam pada 2013, pihak berkuasa tempatan yang beragama Islam perlu memberi jaminan secara lisan dan bertulis bahawa mereka tidak mempunyai kepercayaan, tidak akan terlibat dalam aktiviti keagamaan dan tidak akan berpuasa sepanjang Ramadan.

Susulan peraturan kontroversi itu, kumpulan etnik Uighur yang hidup dalam buangan, Kongres Uighur Sedunia dan aktivis hak asasi manusia mengecam dasar penindasan kerajaan di Xinjiang termasuk larangan amalan beribadah yang dijangka mencetuskan ketegangan agama lebih buruk di China.

Jurucakap pertubuhan itu, Dilxat Raxit dalam kenyataannya menjelaskan, kerajaan China meningkatkan larangan dan memantau terhadap aktiviti umat Islam terutamanya etnik Uighur menjelang ketibaan Ramadan.

"Iman etnik Uighur telah dipolitikkan dan peningkatan kawalan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan boleh mencetuskan penentangan yang lebih dahsyat," kata beliau.

China mempunyai kira-kira 20 juta penganut beragama Islam di seluruh negara dan kerajaan pimpinan Parti Komunis membenarkan kebebasan beragama tetapi mengenakan peraturan ketat terhadap aktiviti keagamaan dan hanya membenarkan institusi agama yang mendapat kelulusan untuk beroperasi.

Tiada komen dikeluarkan oleh kerajaan Xinjiang berhubung pelaksanaan peraturan terbabit.



Sumber: mstar.com.my

Niat berpuasa ramadhan dan niat puasa sebulan.

Niat berpuasa ramadhan dan niat puasa sebulan.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Syarat wajib dan sah puasa.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Syarat wajib dan sah puasa|Alhamdulilah, berjumpa lagi kita dengan bulan yang penuh dengan barakah dan bulan yang penuh dengan pahala yang berganda. Dan hari ini, adalah hari pertama puasa. Bila sebut je hari pertama, hampir kebanyakkan orang akan kelihatan mengantuk di awal pagi kerana bangun sahur. Al-maklumlah, mereka sebelum ini "jarang" bangun di awal pagi, cuma dalam bulan puasa ni, ada istimewa sedikit. :)

Baik. Bila sebut je puasa, apakah syarat wajib dan sah berpuasa? Atau tiada langsung syarat? Boleh sahaja puasa dengan apa sahaja keadaan. Sebenarnya ada. Di sini aku cuba kongsikan dalam blog ceritaejoy ini, apakah syarat-syarat itu. Jom belajar sama-sama ya.

Syarat wajib puasa:

1. Islam.

Yang pertama sekali mestilah beragama islam. Apa agama lain tidak boleh berpuasa ke? Boleh kalau mereka ingin turut sama berpuasa, cuma tidaklah wajib bagi mereka untuk berpuasa di bulan ramadan ini. Wajib bagi orang islam sahaja.

2. Baligh.

Akil baligh. Ya. Mestilah akil baligh. Bagi mereka yang tidak memahami apakah maksud akil baligh, bolehlah rujuk di sini : Akil baligh.

3. Berakal.

Apa maksud berakal? Ia bermaksud mereka yang mampu berfikir dengan baik. Macamana pula dengan orang gila? Mereka tidak mampu berfikir dengan baik. Ya! Tidak wajib bagi mereka untuk berpuasa.

4. Sihat.

Keadaan diri bagi seseorang yang ingin berpuasa adalah mestilah sihat tubuh badan. Jika dengan berpuasa mampu memudaratkan diri mereka, maka tidak wajiblah bagi mereka untuk berpuasa. Tetapi, jika tubuh badan mereka kembali sihat, maka bolehlah digantikan puasa mereka itu. Islamkan indah.

5. Tidak bermusafir.

Musafir ini bermaksud mereka yang melakukan perjalanan yang jauh. Jarak perjalanan itu pula disebut dalam pelbagai bentuk. Ini aku kurang pasti, anda boleh tanyakan dengan guru agama atau ustaz yang berdekatan dengan anda ya. Yang pasti, jika anda tidak bermusafir, anda wajib berpuasa ya.

6. Suci (haid &nifas)

Ini adalah untuk orang perempuan ya. Orang lelaki jangan ada yang sibuk nak mengata mereka ada perkara ini. Istimewanya orang perempuan adalah mereka akan mengalami perkara ini pada setiap bulan. Jadi, bila mereka mengalaminya, maka tidak wajib bagi mereka untuk berpuasa. Tetapi, mereka perlu juga mengantikan puasa mereka itu apabila mereka dalam keadaan yang bersih.

Ok, aku dah kongsikan apakah syarat wajib puasa, sekarang aku nak kongsikan pula apakah syarat sah berpuasa.

Syarat sah puasa:

1. Islam.

Jika ia beragama islam, maka sahlah puasa mereka, dan jika sebaliknya, maka tidak sah la puasa mereka itu.

2. Berakal & mumayyiz

Tidak sah puasa mereka yang hilang akal atau belum mumayyiz. Apakah maksud mumayyiz ini? Ia bermaksud kanak-kanak yang belum mampu membezakan antara yang kotor atau yang suci. Untuk lebih memahami apakah maksud mumayyiz ini, bolehlah rujuk disini : Maksud mumayyiz.

3. Suci.

Ini adalah untuk orang perempuan ya. Jika tubuh mereka suci daripada haid dan nifas, maka sahlah puasa mereka.

4. Pada hari yang sahnya puasa.

Ya, puasa mereka sah pada hari yang di bolehkan berpuasa. Perlu tahu ya, ada hari-hari yang tidak dibolehkan berpuasa.

Alhamdulilah. Inilah Syarat wajib dan sah puasa. Semoga penerangan ringkas aku ini, mampu membantu anda, untuk lebih memahami apakah syarat-syarat untuk berpuasa. Semoga ramadan kali ini, membawa seribu makna kepada anda. InsyaAllah. Amin.

Orange tree

orange tree for sale

Gambar Belangkas