Monday, June 15, 2015

Pentas #Kita Lawan Di Bandar Tun Razak, Ramai penceramah Dari Pendengar? (Gambar)


Tranungkite



13 June 2015 - 9pm - Padang Bola, Flat Sri Labuan, Jalan Adil, Bandar Tun Razak - Pentas #KITALAWAN - bersama Naib Presiden PKR yang juga Setiausaha Agung PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi, Naib Presiden KeADILan merangkap Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua, Ketua AMK Pusat YB Nik Nazmi, Ahli Parlimen Kapar YB Manivanan Gowin, ADUN Ijok YB Dr Idris, Ketua Penerangan PKR

Satelit dijangka jatuh, mungkin di Malaysia

Satelit Misi Mengukur Hujan Tropika (TRMM).

SHAH ALAM - Sebuah satelit yang dibina oleh Nasa dan Jepun untuk mengesan hujan dijangka akan jatuh ke bumi esok, menurut laman web rasmi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa).

Satelit yang dinamakan sebagai satelit Misi Mengukur Hujan Tropika (TRMM) yang dibina oleh Nasa dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) untuk mengukur jumlah hujan di bumi itu sekarang berada 100 kilometer daripada bumi.

Menurut laman web rasmi Nasa, Amerika Syarikat Space Surveillance Network, yang dikendalikan oleh jabatan angkasa yang beroperasi bersama Pertahanan AS, pihaknya memantau kedudukan TRMM sejak misi itu berakhir pada bulan April lalu.

“Kebanyakan satelit dan kapal angkasa yang memasuki atmosfera bumi akan terbakar, dan ia tidak boleh dikawal,

“Pusat Operasi Angkasa Lepas akan mengeluarkan ramalan berkala tarikh kemasukannya, namun lokasi sebenar kawasan kejatuhannya tidak dapat diramalkan,  TRMM hanya akan jatuh ke kawasan tropika antara 35 darjah Utara dan latitud 35 darjah latitud Selatan,” petik kenyataan rasmi Nasa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad berkata, Nasa akan memberi maklumat setiap tiga jam kepada seluruh agensi angkasa dunia termasuk Malaysia untuk memaklumkan mengenai perkara ini.

“Pihak Nasa akan sentiasa mengemaskini maklumat mereka setiap tiga jam, kerana sekarang pihak Nasa sendiri tidak pasti keberadaannya.

“Kalau ikut rekod selama ini tidak pernah berlaku di mana manusia terkena pada bahan-bahan serpihan-serpihan ini sepanjang sejarah satelit masuk kedalam bumi ini , kalau ikut Nasa peratusan itu hanya dua peratus, kerana kebanyakkannya akan jatuh kedalam laut.

“Oleh itu rakyat Malaysia tidak perlu panik, tidak ada yang pernah berlaku terkena pada serpihan tak pernah lagi!... rekod terdahulu satelit yang  jatuh dekat dengan Malaysia adalah di utara Lautan Hindi, Australia kawasan itu berhampiran Malaysia dan Indonesia," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, jika satelit itu terbakar ia tidak boleh dikawal lagi.

“Satelit itu dilancarkan pada 35 darjah ini dikira sebagai kawasan tropikalah, termasuk Malaysia selatan Jepun sampai ke Australia 35 darjah lah, bila ia masuk kawasan bumi ini ia akan terbakar, apabila ia terbakar tak ada orang boleh kawal… tetapi ada sebahagian daripada satelit itu tidak terbakar terutama yang dibuat daripada titanium.

“Titanium ini besi yang lebih keras daripada besi... ia tidak terbakar, kalau ikut pemantauan, tidak banyak negara yang boleh pantau ia kerana ia perlukan radar yang canggih dan kuat untuk tembak ke udara bagi mendapatkan lokasi yang sebenarnya… saya rasa negara Amerika Syarikat yang punyai teknologi itu, Amerika yang dapat lihat kedudukan ia  sekarang.

“Agensi Angkasa kita boleh berhubung dengan mereka untuk dapatkan maklumat dan mereka akan maklumkanlah bila ia masuk ke bumi .

“Kita akan uar-uarkan maklumat dari semasa ke semasa, oleh itu rakyat Malaysia jangan panik cuma perlu ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

TRMM yang berusia 17 tahun mempunyai berat hampir 3 tan, dilancarkan dari Tanegashima, Jepun pada 27 November 1997 bagi misi yang dirancang hampir  tiga tahun. Ia ditutup pada 15 April tahun ini.


Sumber: Sinar Harian

Buffet Ramadan 2015 di Ipoh















Di atas ni sebahagian dari Promosi Berbuka Puasa Hotel di Ipoh untuk tahun 2015.....
sekadar untuk memudahkan kome membuat pilihan.....
tapi pada awok.... masak sendiri lagi puas kan???....
apapun selama berpuasa dan buatlah pilihan kome dengan betoi!!!...



Janji Palsu MB Pahang



Ni gambar di kuantan pahang. Mana janji mb pahang?

Ciss!

1MDB diberi surat sokongan pinjam RM540j

PARLIMEN Kerajaan mengeluarkan surat sokongan kepada 1MDB, milik penuh Kementerian Kewangan, untuk mendapatkan pinjaman RM540 juta dari Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank), yang juga milik kementerian berkenaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong memberitahu Parlimen semalam bahawa pinjaman itu kemudiannya digunakan untuk pembelian sebidang tanah oleh 1MDB di Pulau Indah, Selangor.


Dengan ini, Chua telah mengesahkan dakwaan laman web pemberi maklumat Sarawak Report, yang menyatakan bahawa 1MDB telah menerima pinjaman itu pada bulan Mac tahun ini.

Kerajaan telah mengeluarkan surat sokongan kepada Exim Bank bagi pinjaman yang diambil oleh 1MDB itu, kata Chua menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).

Exim Bank, sebuah agensi kewangan yang ditubuhkan pada tahun 1995, ditugaskan untuk menyediakan kemudahan kredit untuk membiayai, menyokong eksport dan import barangan.

Semua pinjaman yang diberikan oleh Exim Bank kepada pelanggan telah memenuhi mandat daripada Exim Bank dalam menyokong syarikat-syarikat tempatan yang terlibat dalam pasaran pelaburan di luar negara, kata Chua.

Syarikat-syarikat berkenaan juga telah memenuhi kriteria, seperti penerimaan risiko yang ditetapkan oleh Exim Bank, katanya.

Chua juga menafikan bahawa 1MDB terlebih bayar kepada Tadmex Resources Bhd, dengan membayar RM20.80 bagi setiap kaki persegi (psf) untuk membeli tanah itu.

Penilaian tanah itu dilakukan oleh sebuah syarikat yang bebas, kata Chua sambil menambah (pembeli lain) membeli tanah di sekitar Pulau Indah pada harga antara RM55psf dan RM66psf.

Memetik Akta Institusi Kewangan dan Perbankan, Chua berkata Exim Bank tidak dapat mendedahkan lebih banyak maklumat dari dokumen yang berkaitan dengan pinjaman itu.

Dalam ucapan penangguhan Parlimennya sebelum itu, Pua bertanya sama ada kerajaan menyediakan surat sokongan bagi mendapatkan pinjaman dari Exim Bank, seperti yang dinyatakan oleh Sarawak Report.

Beliau juga bertanya sama ada kerajaan bertanggungjawab untuk membayar hutang itu sekiranya 1MDB gagal membayarnya.

Chua bagaimanapun tidak menyebut mengenai kewajipan kerajaan sekiranya 1MDB gagal membayar pinjaman itu. - Malaysiakini

Mat Sabu ikrar bersama Pakatan, tolak yang mahu berbaik dengan Umno

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berikrar akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan bersama dengan mana-mana pihak dalam parti Islam itu yang mahu membantu Umno kekal di Putrajaya.

Dalam ceramah pertama beliau di Kota Baru malam tadi selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam PAS, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tegas akan menolak mereka yang mahu berbaik-baik dengan Umno.
"Jangan siapa niat nak bantu Umno kekalkan Putrajaya, Abang Mat akan lawan habis-habisan kali ini... No, no, no," kata Mat Sabu disambut dengan takbir oleh orang ramai yang hadir.

Baginya, usaha menamatkan pemerintahan Umno perlu diteruskan kerana katanya parti Melayu itu tidak boleh membuat apa-apa kebaikan lagi, lebih daripada apa yang dibuat selama ini, ekoran pelbagai isu yang berbangkit sekarang.

Beliau dengan jelas menyindir sesetengah pimpinan PAS, terutama yang menang dalam pemilihan PAS baru-baru ini, kerana kelihatan mahu berbaik-baik dengan pemimpin parti tunggak dalam BN itu, yang juga sedang menghadapi masalah itu.

"Dalam suasana begini, kita nak bagi nafas kepada Umno untuk memerintah lagi... 'how can', mana boleh... Jangan bagi sambungan ajal kepada Umno dan BN," katanya.

Ucapan beliau disambut teriakan takbir dan tepukan tangan daripada orang ramai yang penuh sesak walaupun di tengah hujan renyai.

Ini kali kedua Mat Sabu memberikan ceramah selepas berbuat demikian di Lembah Pantai, ibu negara, kelmarin yang juga penuh sesak dengan orang ramai.

Malam ini, Mat Sabu akan bersama dengan rakan-rakan progresif yang kalah di Muar, Johor untuk menyertai "Perhimpunan Jasamu Dikenang" yang dianjurkan untuk mereka.

Beliau dalam ucapannya turut kesal kerana isu hudud memecahkan PAS dan juga PR padahal jelas mereka ditipu oleh Umno.

Bagi beliau, tuduhan kononnya ada pemimpin PAS yang tolak hudud tidak benar kerana yang jelas hanya cara melaksanakannya yang mempunyai perbezaan pendapat dan masih banyak yang boleh dilakukan walaupun hudud masih tidak dilaksanakan sepenuhnya.

"Selepas 25 tahun perintah Kelantan, macam-macam kita boleh buat. Cuti dua hari seminggu, cuti bersalin 60 hari, tubuh pajak gadai Islam, pindah akaun dari bank riba kepada bank Islam.

"Kenapa kita boleh kata tak mahu pergi ke Putrajaya kalau tidak dapat laksana hudud?" soal Mat Sabu terhadap sikap sesetengah pemimpin PAS yang melihat perjuangan parti itu hanya untuk melaksanakan hudud semata-mata.

Sekarang, katanya, terbukti apa yang dijanjikan Umno untuk membantu dalam pelaksanaan hudud adalah bohong semata-mata dan hanya bertujuan memecahkan PR.

"Kita sudah berada di ambang kuasa, ibarat naik pokok kelapa, dah sampai ke atas dan nak pulas buah kelapa saja. Tiba-tiba ada orang jolok punggung kita, itu tidak boleh lah," kata Mat Sabu menyindir pihak yang cuba memecahkan PR dan menyekatnya daripada mara ke Putrajaya.

Beliau juga membangkitkan mengenai usaha Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tergesa-gesa membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen tanpa berbincang dengan pemimpin parti lain dan PR kononnya selepas dijanjikan sokongan oleh Umno.

"Penggal dulu tak naik (usul ini), janji penggal ini pula. Sidang tinggal dua hari lagi, tak naik juga... ertinya Umno tipu kita.. Yang geramnya, kenapa kita percayakan Umno?" soal Mat Sabu penuh perasaan. - TMI

Oksana Gimrakova, sniper wanita paling ditakuti di Ukraine


Oksana Gimrakova merupakan seorang sniper wanita paling digeruni dan menjadi buruan  kerajaan Ukraine. Wanita berusia 28 tahun ini bergabung dengan Donetsk People's Republic, pemisah pro-Rusia ketika konflik di Ukraine.

Oksana merupakan seorang ibu dan sebelum perang dia pernah bekerja sebagai pemungut cukai bagi kerajaan Ukraine. Dia mendakwa telah membunuh 24 lelaki Ukraine dalam tempoh 15 bulan konflik di negara tersebut.

Kerajaan Ukraine menawarkan $200,000 bagi kepala wanita ini.


 Oksana Gimrakova bergambar dengan suaminya, Ruslan, yang juga anggota tentera pemisah

Foto hari pernikahan Oksana Gimrakova dan suaminya, Ruslan


Sumber: dailymail.co.uk

Gambar Belangkas