Monday, June 15, 2015

Isi perut katak kanibal kejutkan saintis

Foto transparan dengan menggunakan micro-CT scanner memperlihatkan katak kecil di dalam perut katak besar. - Foto: Mirror / Dr Thomas Kleinteich, Kiel University

Foto seekor katak di dalam perut katak mengejutkan sekaligus memukau kalangan saintis biologi. Foto menakjubkan itu diambil dengan menggunakan alat micro-CT scanner.

Kanibalisme rupanya juga ada dalam dunia katak jenis Argentine Horned Frog. Fakta ini ditemui Doktor Thomas Kleinteich, yang menamakan katak itu sebagai 'meta-frog' sesuai karakteristik kanibalnya.

Katak besar yang dikaji Kleintech adalah jenis katak bertanduk yang diawet dalam alkohol. Sementara katak yang ada di dalam perutnya berukuran separuh katak utama dan diduga berjenis Lithobates pipiens.

"Tahun lalu, saya dapat menunjukkan katak bertanduk dapat menghasilkan daya lekatan yang luar biasa di lidahnya, yang digunakan untuk menangkap mangsa besar," tutur Doktor Kleinteich dari Universiti Kiel di Jerman.

"Dengan foto micro-CT ini saya dapat menunjukkan untuk kali pertamanya, mangsa itu boleh muat di dalam perut seekor katak bertanduk," sambungnya, seperti dipetik dari Mirror.co.uk, baru-baru ini.

Argentine horned frog atau Katak Bertanduk asal Argentina mempunyai mulut lebar dan boleh memakan apapun seperti serangga, cacing, cicak, ular, tikus dan juga sesama katak.

melalui foto tersebut, katak bertanduk Argentina itu menelan katak yang lebih kecil dari bahagian kepalanya terlebih dahulu.

Kepala katak kecil itu kelihatan di bahagian dalam perut, manakala kedua kakinya memanjang ke arah oesophagus dan lidah si pemangsa.



Sumber: Metrotvnews.com

Sunday, June 14, 2015

Mari belajar bahasa jepun.

Mari belajar bahasa jepun|Bahasa jepun mudah dipelajari. Ini adalah kata rakan-rakan aku yang fasih di dalam menulis dan berbahasa jepun. Kata mereka, bahasa jepun adalah bahasa yang paling mudah dipelajari berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. Hmm, betul ke? Aku cuma tahu basic sahaja. Pagi ni, aku terjumpa laman web yang berkongsikan sedikit bahasa jepun untuk pengetahuan kita. Mari belajar bahasa jepun.

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

ombak besar

Melaka: Empat kaki pancing berdepan detik cemas apabila bot dinaiki dipukul ombak besar sebelum berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 5 (DM5) dalam kejadian di perairan Port Dickson-Lukut, di sini, awal pagi semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, semua mangsa dikatakan keluar memancing sebelum cuaca tiba-tiba hujan dan ribut.



Difahamkan, akibat cuaca buruk itu, bot yang dinaiki dipukul ombak besar namun disebabkan jarak antara lokasi kejadian agak jauh kira-kira tiga batu nautika mereka tidak dapat pulang ke jeti.



Ketua Penguat Kuasa APMM DM5 Kuala Linggi Laksamana Pertama Maritim Abu Bakar Idris berkata, semua kaki pancing terbabit berusia antara 35 dan 47 tahun diselamatkan pada jam 3.55 pagi.



"Cemas dengan cuaca buruk ketika itu, mereka mengambil keputusan berlindung di rumah api tidak jauh di kawasan perairan berkenaan sebelum tali mengikat bot mereka terputus dan bot hilang dipukul ombak.



"Hampir satu setengah jam mereka berada di rumah api itu sebelum seorang daripada mereka menghubungi talian kecemasan meminta bantuan," katanya.



Menurutnya, sebaik menerima panggilan daripada ibu pejabat pada jam 2.45 pagi, sepasukan anggota APMM bergegas ke lokasi kejadian.



Artikel ini disiarkan pada :

Ahad, 14 Jun 2015 @ 5:18 AM





ANGGOTA APMM menyelamatkan mangsa yang terperangkap di rumah api di tengah laut.



DISYORKAN

Jaga ada, eksekutif ada

Jaga ada, eksekutif ada

'Dia masih lagi merokok'

'Dia masih lagi merokok'

Rempuh tong sampah

Rempuh tong sampah

Kapten rebah di padang

Kapten rebah di padang

Recommended by

DARI SELURUH LAMAN WEB

Don't sell online without taking these fundamental steps (PayPal)

Adakah Ini Majlis Perkahwinan Yang Paling Mewah Di Malaysia? | iMoney (Imoney)

5 Top Restaurants Malaysians Queued Up For In 2014 (HungryGoWhere)

China's latest hypersonic vehicle test seen as 'nuclear deterrent… (South China Morning Post)

litar pintas kereta

Litar pintas kerera



Port Dickson: Seorang lelaki yang pulang ke kampungnya di Pengkalan Kempas di sini, dipercayai untuk menyambut hari jadi anak saudaranya ditemui rentung dalam kereta, awal pagi semalam.



Mangsa, N Khaviarasan, 23, yang bekerja di Singapura ditemui rentung dalam keadaan mengiring di tempat duduk pemandu kereta Proton Persona yang terbakar 100 peratus.



Ketua Polis Daerah Superintendan Baharudin Mustapha berkata, kejadian disedari orang ramai yang melihat sebuah kereta di tepi jalan di Batu 19 Ladang Sengkang dekat sini, terbakar dan melaporkan kepada bomba.



"Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang ke lokasi untuk memadamkan kebakaran sebelum menemui mayat rentung dalam kereta itu.



"Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai mabuk dan tidur sebaik memberhentikan keretanya tepi jalan. Selepas itu, berlaku litar pintas di bahagian enjin sebelum kereta mangsa terbakar," katanya ketika dihubungi, semalam.



Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.



Artikel ini disiarkan pada :

Ahad, 14 Jun 2015 @ 5:20 AM



KEADAAN kereta mangsa yang terbakar di Jalan Pasir Panjang, Teluk Kemang, Port Dickson.



DISYORKAN

Malia dilamar lagi

Malia dilamar lagi

Pengemis pakai kereta mewah ditangkap

Pengemis pakai kereta mewah ditangkap

Harap terima hukuman setimpal

Harap terima hukuman setimpal

Fahrin teruja sambut Ramadan

Fahrin teruja sambut Ramadan

Recommended by

DARI SELURUH LAMAN WEB

12 Nasi Lemaks To Die For In KL And PJ (HungryGoWhere Malaysia)

Hong Kong company bosses rush to cash out after shares rally (South China Morning Post)

5 Top Restaurants Malaysians Queued Up For In 2014 (HungryGoWhere)

pengadil berat sebelah

'Menang tak bermaruah!'

"Kalau nak menang, buatlah macam jantan.... secara bermaruah. Kita memang sedar perkara sebegini (pengadilan berat sebelah) pasti berlaku apatah lagi ketika menentang pesilat tuan rumah.



"Bagaimanapun, kita tetap menghantar bantahan rasmi kerana kita perlu mempertahankan kewibawaan pesilat kita," kata Setiausaha Agung PESAKA Datuk Megat Zulkarnain Omardin.



Skuad silat negara tidak berpuas hati selepas bekas juara dunia, Mohd Fauzi Khalid tewas 3-2 di tangan pesilat tuan rumah Muhammad Nur Alfian Juma'en dalam acara tanding kelas F putra bawah 75 kilogram.



Megat Zulkarnain berkata, pengadilan berat sebelah jelas kelihatan ketika masa pertandingan hanya tinggal beberapa saat untuk ditamatkan dengan Mohd Fauzi mendahului 2-1.







"Pesilat tuan rumah menarik baju pesilat kita dan ia sepatutnya menjadi satu kesalahan tapi malangnya wasit tetap memberikan mata hingga membolehkan Singapura menang 3-2," katanya.



Pada separuh akhir semalam, empat pesilat negara layak ke final iaitu Mohd Al Jufri Jamari (E putra bawah 70kg); Siti Rahmah Mohamed Nasir (D putri bawah 65kg); Muhammad Fahmi Romli (D putra bawah 65kg) dan Muhammad Faizul M Nasir (B putra bawah 55kg).

DAP bincang cadangan Pakatan baharu PasMa esok

DAP akan membincangkan cadangan Pakatan Rakyat baharu Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) dengan sebuah parti baharu bagi menggantikan PAS pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok.
Ketua biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo memberitahu The Malaysian Insider, perkara itu akan dibawa untuk perbincangan apabila pemimpin tertinggi parti bertemu di ibu pejabat parti esok.

"Ia sesuatu yang baru, dan kami akan bermesyuarat esok. Jadi ini adalah sesuatu yang akan dibincangkan," katanya.

PasMa semalam berkata, ia akan membentuk satu parti politik baharu dan mencadangkan pakatan baharu dibentuk yang terdiri daripada parti baharu, tidak termasuk PAS.

Hubungan antara gabungan Pakatan Rakyat (PR) semakin buruk berikutan muktamar PAS, di mana pemimpin-pemimpin parti Islam itu berterusan menyerang DAP dan muktamar meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan parti sekular itu tanpa perbahasan.

Bagaimanapun, PAS memilih untuk kekal dalam PR dan pemimpinnya tidak meletakkan jawatan daripada jawatan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang, walaupun digesa berbuat demikian oleh Lim Guan Eng.

Puak ulama konservatif parti, yang bertelagah dengan DAP, menyapu bersih semua jawatan kepimpinan utama dalam baru-baru ini, meminggirkan golongan profesional yang dilihat lebih pro-PR.

PasMa, kebanyakannya terdiri daripada ahli PAS ditubuhkan sebagai NGO pada kemuncak krisis menteri besar Selangor tahun lepas, apabila PAS berkeras mempertahankan menteri besar walaupun PKR membuat keputusan melucutkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – pendirian yang memulakan krisis PR.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila PAS cuba merealisasikan pelaksanaan hudud di Kelantan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada rakan kongsi politiknya, yang membawa kepada terputusnya hubungan DAP dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pertimbangan utama di sebalik cadangan PasMa bakal menentukan nasib Selangor – negeri terkaya  di negara ini – di mana ketiga-tiga parti Pakatan mempunyai bilangan kerusi hampir sama.

Jika PAS yang akan dikeluarkan daripada PR, ia mungkin menyebabkan pilihan raya di seluruh negeri, senario yang mungkin menyukarkan PKR dan DAP.

Beberapa pemimpin PKR dan DAP difahamkan mahu melihat reaksi PAS dengan cadangan PasMa sebelum membuat keputusan.

PKR juga tidak membuat keputusan mengenai cadangan PasMa itu, sebagaimana disahkan pengarah strategik parti Sim Tze Tzin.

DAP dan PAS masing-masing mempunyai 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, PKR 13, manakala Umno 12.

Pembuburan PR akan menyebabkan kerajaan negeri tergantung dengan baki majoriti satu kerusi.

PAS menegaskan keputusan memutuskan hubungan dengan DAP belum muktamad, dan ia perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulama.

Namun, ramai pemimpin DAP, termasuk Ketua Parlimen Lim Kit Siang berkata gabungan tidak mungkin wujud untuk tempoh lebih lama.

Persoalan bagi PKR dan DAP sekarang adalah, sama ada mereka sanggup mengambil risiko pilihan raya negeri tepat dua tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, dan lebih kurang dua tahun sebelum PRU akan datang. - TMI

Phahrolrazi yakin parti baharu tidak akan 'mati'


SHAH ALAM - Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau menaruh keyakinan bahawa parti baharu yang digerakan oleh persatuannya akan bersinar dan mampu menjadi parti yang kuat.

Katanya, ini kerana konsep parti baharu itu sesuai dengan konsep dinamik yang berlaku di negara ini.
"Konsep parti baharu ini adalah lebih bersifat sederhana, ia terbuka kepada semua kaum di negara ini.
"Saya yakin ia sebuah parti yang kuat," katanya ketika sidang media Pasma di Shah Alam semalam.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita adakah parti baharu itu akan senasib seperti parti-parti serpihan lain, Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) misalnya, Phahrolrazi berkata 'ia mungkin tidak akan terjadi'.
"Berjasa Pro BN, berbeza dengan parti baharu ini, ia Pro PR,itu lain berbeza..jadi bila parti yang  Pro BN ini, BN hanya hendak perlalat parti baharu sebab itu parti itu tidak boleh hidup , kita lain kita nak jadi satu komponen yang aktif ," katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya adakah faktor-faktor yang akan mengagalkan penubuhan parti itu, Phahrolrazi berkata setakat ini tiada petanda merujuk kepada perkara itu.
"Saya rasa tiada faktor yang akan menggagalkannya," katanya. - SH

Gambar Belangkas