Thursday, June 11, 2015

Memahami perlembagaan PAS dan Fungsi Majlis Syura Ulama berdasarkan perlembagaan

Memahami perlembagaan PAS dan Fungsi Majlis Syura Ulama berdasarkan perlembagaan..

FASAL 7. Hukum dan Kekuasaan

Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK „ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat Agung PAS.

FASAL 8. Majlis Syura ‘Ulamak

Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan "Majlis Syura 'Ulamak" dan diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:

Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

Mendengar dan memutuskan semua rayuan semula tatatertib yang dikemukakan oleh ahli PAS mengikut Fasal 83 Perlembagaan ini.

Ahli-ahli Majlis Syura ‘Ulamak hendaklah terdiri daripada tidak lebih tujuh belas orang iaitu:

Seorang Mursyidul ‘Am

Seorang Timbalan Mursyidul ‘Am

Seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak, dan

Tidak lebih empat belas orang Ahli Majlis Syura ‘Ulamak

Seseorang yang hendak dilantik menjadi Ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli PAS.

Empat orang daripada ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura 'Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.

Ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah memegang jawatannya selama lima tahun. Walau bagaimanapun ahli-ahli majlis ini boleh berhenti sebelum cukup tempoh lima tahun dan boleh diberhentikan oleh Majlis Syura 'Ulamak yang mempunyai kuasa menentukan kelayakan seseorang ahli mengikut peruntukan Ceraian (3) Fasal ini dan sebab-sebab seseorang ahli itu patut diberhentikan.

Seorang Ketua Majlis Syura 'Ulamak yang dikenali sebagai Mursyidul 'Am dan seorang Timbalannya yang dikenali sebagai Timbalan Mursyidul 'Am hendaklah dipilih di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak tersebut dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu.

Seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak hendaklah dilantik oleh Mursyidul „Am di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura ‘Ulamak dari kalangan ahli-ahlinya, dan hendaklah memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu.

Mursyidul 'Am hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak. Sekiranya ketiadaan Mursyidul 'Am dengan apa-apa sebab sekalipun, tugas mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dijalankan oleh Timbalan Mursyidul 'Am. Jika kedua-duanya berhalangan atas apa-apa sebab, maka mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak hendaklah melantik salah seorang dari kalangan ahli-ahlinya untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Majlis Syura 'Ulamak hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan, atau pada sebarang masa yang lain yang dikehendaki oleh Mursyidul 'Am. Notis mesyuarat hendaklah dihantar kepada tiap-tiap ahli Majlis Syura 'Ulamak tidak kurang 14 hari daripada tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.

Cukup bilang bagi mengadakan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak itu ialah sembilan orang daripada ahli-ahlinya yang hadir.

Adapun seseorang Ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu bolehlah dilucutkan jawatannya dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura ‘Ulamak jika gagal hadir mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebarang makluman kepada Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak.

Majlis Syura 'Ulamak boleh, mengikut budi bicaranya, membuat apa-apa peraturan bagi melicinkan pelaksanaan tugas dan kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya dan menjaga serta memelihara keutuhan dan kehormatan serta kewibawaan Majlis Syura 'Ulamak tersebut.

FASAL 9. Tugas-tugas Majlis Syura ‘Ulamak

Mursyidul 'Am

Bertanggungjawab sebagai ketua Majlis Syura 'Ulamak bagi melaksanakan kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Fasal 8 (1)(a), (b) dan (c) Perlembagaan ini.

Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak.

Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara Perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

Timbalan Mursyidul 'Am

Membantu tugas-tugas Mursyidul ‘Am

Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak apabila Mursyidul 'Am berhalangan atau tidak hadir.

Setiausaha Majlis Syura 'Ulamak

Bertanggungjawab secara langsung kepada Mursyidul 'Am dan Majlis Syura 'Ulamak.

Bertanggungjawab melaporkan kepada Mursyidul 'Am dan Majlis Syura 'Ulamak atas segala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pentadbiran Pejabat Majlis Syura 'Ulamak.

Bertanggungjawab di atas kesempurnaan semua mesyuarat dan muzakarah Majlis Syura 'Ulamak.

Menerima permohonan rayuan semula tatatertib mengikut Fasal 83 Perlembagaan ini dan permohonan pentafsiran Perlembagaan PAS mengikut Fasal 88(1) Perlembagaan ini daripada mana-mana ahli PAS.

Ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak

Melaksanakan dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjalankan kuasa-kuasa yang diperuntukan oleh Fasal 8(1) (a), (b) dan (c).

Mendengar dan mempertimbangkan rayuan semula tatatertib menurut Fasal 83.

Menyediakan peraturan pemilih calon pilihan raya menurut Fasal 26(9)(f).

Mari memahami organisasi PAS

Zamakhshari Muhamad

Salam perjuangan..,

Mari memahami organisasi PAS. Kebelakangan ini ramai yang ingin mengulas tentang PAS tetapi banyak ulasan dan pandangan yang kurang tepat kerana gagal memahami struktur organisasi PAS. Kekeliruan yang paling ketara adalah gagal membezakan antara Majlis Syura Ulama (MSU) dan Dewan Ulama (DU). Untuk memudahkan kefahaman saya akan membuat perbandingan dengan organisasi Korporat.

Kuasa untuk membuat dasar dan menentukan halatuju sesebuah syarikat adalah LEMBAGA PENGARAH ( Board of Directors - BOD ) Mereka tidak terlibat dengan perjalanan harian syarikat, tetapi mereka akan memantau dan memastikan Pengurusan Syarikat membawa halatuju syarikat sebagaimana keputusan dan pendirian LEMBAGA PENGARAH. Dalam PAS fungsi LEMBAGA PENGARAH ini di kenali sebagai MAJLIS SYURA ULAMA. Ahli Lembaga Pengarah biasanya di lantik di kalangan mereka yang pakar tentang halatuju organisasi dan turut di sertai oleh CEO / Presiden organisasi tersebut. Di kalangan Ahli Lembaga Pengarah ini akan di lantik seorang Pengerusi / Mursyidul Am yang akan mengepalai Lembaga Pengarah / MSU.

Selepas itu akan ada organisasi pelaksana dasar atau juga di kenali Pasukan Pengurusan / Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Pasukan Pengurusan biasanya diketuai oleh CEO/ Presiden. Tugas pasukan pengurusan / JKPP adalah menjalankan aktiviti bagi mencapai matlamat dan halatuju yang telah di tetapkan oleh BOD/MSU. Pihak Pengurusan perlu memastikan semua aktiviti syarikat adalah selari dengan dasar yang telah ditetapkan oleh BOD/MSU.

Kemudian bagi mencapai matlamat syarikat dalam bidang-bidang tertentu, syarikat akan menubuhkan anak syarikat / Dewan-dewan. Dalam organisasi PAS ada Dewan Ulama, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Fungsi anak-anak syarikat /Dewan-dewan ini adalah membantu syarikat menguruskan bidang yang khusus bagi mereka untuk membantu syarikat mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh BOD/MSU. Pada masa yang sama, anak-anak syarikat ini akan menubuhkan anak syarikat yang lain/Jabatan Amal @Ameerah @Nisa bagi mencapai objektif yang lebih specific.

Seterusnya akan ada pemegang saham / ahli kepada syarikat tersebut. Kuasa ahli adalah menyatakan pandangan dan mengundi dalam AGM /Muktamar Tahunan.

Demikianlah secara umum untuk kita memahami hairaki organisasi PAS walaupun ada beberapa perbezaan dari segi perlaksanaan berdasarkan perlembagaan PAS. Semoga kita lebih memahami fungsi setiap organisasi yang ada dalam PAS.

Terima Kasih..

Menjelang ramadan 2015.

Menjelang ramadan 2015|Tinggal dalam 5 hari lagi sebelum kita memasuki bulan ramadan. Rasa macam sekejap je masa yang berlalu. Ramadan tahun lepas masih lagi terasa. Kini bertemu lagi. Ramadan tahun ini juga adalah pengalaman terbaru dalam hidup aku, yang mana aku akan berpuasa di negara orang. Walaupun tidaklah sejauh mana, ianya tetap bukan dari kebiasaan.

Apa yang menjadi kegusaran kepada aku, bila mengenangkan anak aku yang sulung. Sudah pasti ia akan mencari-cari. Lihat pada hari biasa sahaja, sudah menyakinkan aku, yang isteri aku pasti mengalami kesukaran dalam menghadapinya secara keseorangan.

Ramadan kali ini juga disambut dengan kehadiran orang baru di dalam keluarga kami. Alhamdulilah, kurniaan rezeki dari yang maha esa, dikurniakan sepasang anak kepada kami. Tahun 2015, pasti lebih banyak pakaian dan hiasan. Al-maklumlah, jika anak lelaki, ringkas sahaja, anak perempuan ni, macam-macam. Dan sudah pasti, yang lebih excited adalah kaum ibu. Ayah-ayah biasa je. Hehehe.

Sebenarnya banyak perkara baru untuk tahun 2015 ini. Terlalu banyak. Alhamdulilah, semuanya datang dengan keizinan yang maha esa. Aku cuma berharap ramadan 2015 ini memberi 1001 makna kepada kami sekeluarga, semoga ramadan kali ini, menjadi titik tolak kepada kami ke arah yang lebih baik. Amin. Amin. Amin.

*excited nak sambut bulan ramadan. :)


Lelaki maut selepas cuba makan tablet

 Gambar hiasan

SAINT PETERSBURG - RUSIA. Seorang lelaki maut selepas cuba memakan peranti elektroniknya, sebuat tablet pada Isnin lepas.

Menurut Sputnik News, laporan polis dibuat selepas seorang lelaki didakwa menimbulkan kekacauan dan kekecohan di sebuah kawasan perumahan di Partnas.

Polis mendakwa lelaki berumur 41 tahun tersebut membaling objek, termasuk perabot ke luar rumahnya.

"Lelaki tersebut yang tidak bekerja telah menentang polis dan berterusan berkelakuan tidak sopan dan cuba memakan cawan yang pecah dan peranti tablet miliknya," dipetik dari kenyataan polis tempatan.

"Pegawai polis di tempat kejadian terpaksa menghentikan tindakan lelaki tersebut.

"Lelaki tersebut pengsan dan maut sebelum ketibaan pegawai perubatan," jelas kenyataan berkenaan.

Jenis peranti tablet tersebut tidak dapat dipastikan dan polis masih menyiasat kejadian tersebut.



Sumber: Sinar Harian

Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik.

Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik 

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini merupakan hari (9 June 2015) Penubuhan Google Community buat Blogahbar . Nama Community ini adalah Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik.

Tujuan asal saya membuat community di Google+ adalah untuk menyusun semula entry / posting saya yang berkaitan SEO, Teknik Pengurusan Kewangan dan beberapa-beberapa ilmu yang lain bagi tujuan memudahkan rakan blogger yang baru menceburi dunia blogger untuk mendapatkan informasi dengan mudah.

Selain itu, community ini juga dibuat untuk rakan blogger lain untuk ping entry / post anda didalam community ini. Terdapat 10 category yang telah saya buat antaranya Discussion, SEO, Healthy, Advertisment dan lain-lain. 

Jadi jika anda mempunyai cerita / ilmu / teknik / pendapat yang anda ingin kongsi dan luahkan anda dialu-alukan untuk join communities ini.. 

Syarat Segmen in i:

1- Buat Tajuk Entri : " Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik "


3- Tinggalkan url anda diruang komen dibawah ini.. Link Asal


Tarikh Tutup 31 OGOS 2015 @ sehingga 500 orang yang join Communities


Hadiah : 

1- Ilmu yang saya dan rakan-rakan blogger kongsikan didalam communities

2- 10x Review blog  ( keputusan berdasarkan content blog & fikiran admin sendiri)

Cuti setahun bergaji untuk suami yang baharu menimang cahaya mata

Sir Richard Branson
SEBELUM ini hanya ibu yang diberi cuti bersalin, namun sebuah syarikat turut memberi kelebihan yang sama kepada kaum bapa.

Jutawan dan juga pengasas syarikat Virgin Empire, Sir Richard Branson, 64, memperkenalkan satu polisi baru kepada pekerja lelaki yang baharu menimang cahaya mata di syarikatnya iaitu dengan memberi cuti setahun bergaji.

Polisi baharu itu ditawarkan kepada kakitangan di bawah Virgin Management dan pekerja yang telah berkhidmat empat tahun atau lebih akan dibayar gaji penuh sepanjang bercuti manakala bagi pekerja yang berkhidmat kurang daripada dua tahun akan dibayar gaji sebanyak 25 peratus.

Malah polisi ini turut membabitkan mereka yang mengambil anak angkat.

Menurut, Sir Richard, kemudahan ini diberikan supaya pekerjanya dapat menghabiskan banyak masa bersama keluarga.

"Saya percaya, jika kita menjaga kebajikan pekerja, maka pekerja akan menjalankan tugas dengan baik.

"Sebagai seorang bapa dan datuk kepada tiga orang cucu, saya faham bagaimana sibuk dan pentingnya tahun pertama sebagai ibu bapa," katanya dipetik Mirror.uk. - SH

Pesta Ketupat Cina





Jabatan Agama Islam Perak ....
dengan kerjasama Majlis Agama Islam Perak...
dan Persatuan Cina Muslim Ipoh serta...
Masjid Muhammadiah (Masjid Cina)...

Dengan hormatnya menjemput tuan/puan...
ke Majlis Sambutan Festival Pesta Ketupat Cina pada 13 Jun 2015 (Sabtu).....

Pada yg ada di Ipoh pada masa tu....
Luangkan masa kome ke festival Ketupat Cina ni.....
Dan dalam masa yang sama kome dapat melihat keindahan senibina Masjid Cina Ipoh....

Gambar Belangkas