Thursday, June 11, 2015

Ahli Parlimen BN berang harga barang naik kerana GST, minta kadar diturunkan

Jawapan seorang timbalan menteri hari ini, berhubung laporan peningkatan dan penurunan harga barangan asas yang dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), membangkitkan kemarahan seorang ahli Parlimen Barisan Nasional.
Wakil rakyat Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menyifatkan jawapan Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ahmad Bashah Hanifah berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai 'syok sendiri' kerana tiada pendekatan turun padang dilakukan beliau.

"Kita sekarang ini ada isu serius, jangan kita jadi syok sendiri sahaja...

"Bila kita turun padang, sebelum kita sampai, jangan umum seluruh dunia mana kita nak pergi, memang kedai akan turun harga," katanya di Dewan Rakyat hari ini, mencelah Bashah yang sedang membuat ucapan penggulungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi pihak kementeriannya.

Tiong marah kerana katanya, laporan yang diberikan KPDNKK tersebut berhubung harga barangan itu tidak selari dengan dakwaan Putrajaya ketika mahu melaksanakan GST sebelum ini yang menyatakan rakyat akan menyaksikan penurunan harga.

"Kita tahu GST sememangnya satu sistem  percukaian yang baik. Kita juga tahu dalam negara ini ada lebih kurang 2 juta pembayar cukai. Itu pun banyak orang curi ayam... tapi sekarang ini berlaku kekeliruan.

"Dahulu ada timbalan menteri kata, kalau laksana GST, harga barangan akan turun, tapi sekarang sudah lain, ini timbul kekeliruan," katanya.

Oleh itu, beliau berpendapat, kerajaan seharusnya mempertimbangkan untuk menurunkan kadar GST 6% sekarang kepada 2% atau 3% sebagai tempoh permulaan bagi rakyat menyesuaikan diri dengannya.

Beliau juga turut memberi amaran sekiranya kerajaan terus bertindak menekan rakyat dengan GST sebanyak 6%, tidak mustahil BN akan kalah dalam pilihan raya akan datang.

"Dalam kertas memang cantik, tapi bagaimana dengan pelaksanaan, kawalannya, kordinasinya? Kerana itu saya cadang agensi kementerian terlibat berbincang untuk turunkan GST ini sebanyak 2% hingga 3%.

"Kita beri rakyat faham dulu. Walaupun hasil memang kurang, tapi rakyat boleh faham.

"Kalau kita tekan habis rakyat dengan 6% ini, kita terbang dalam pilihan raya, memang tidak ada gunanya," katanya.

Tiong juga mendakwa, ramai pegawai KPDNKK yang masih tidak faham pelaksanaan GST, menyebabkan para peniaga juga tidak memahaminya.

"Kalau tidak faham, kita terangkan, bukan menghukum. Ini semua nak guna kuasa... Kalau semua nak guna kuasa, nanti rakyat pun akan guna kuasa mereka tukar kerajaan," katanya.

Terdahulu, Bashah memberitahu Dewan Rakyat, hasil laporan harga kenaikan dan penurunan barangan berdasarkan pemantauan dan analisa KPDNKK bagi 446 barangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menyaksikan peningkatan sebanyak 1 sen hingga RM4.44 sen.

"Bagi Semenanjung, sebanyak 122 barangan menyaksikan penurunan harga berbanding 228 harga barangan yang naik.

"Di Sabah, peningkatan harga membabitkan 206 barangan dan turun 115 barangan. Manakala di Sarawak, sebanyak 130 barangan turun harga dan yang naik harga ialah 267," katanya.

Timbalan menteri itu juga mengakui walaupun berlaku kenaikan harga barangan di pasaran, ia juga menyaksikan penurunan pada sesetengah barangan.  - TMI

Menteri tak bersarung moral, kata ISMA

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyelar menteri yang mengarahkan tindakan terhadap pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terlibat dalam isu pemakaian sarung terhadap pelanggannya.

ISMA berhujah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kekontangan nilai yang teruk apabila membuat ugutan kepada pekerja yang disifatkannya sebagai mulia itu.

“Semua orang tidak boleh menerima apabila ada yang berpakaian mencolok mata di khalayak.

“Jadi, bila menteri tersebut mahu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pengawal berkenaan, saya kira dia mengalami masalah nilai yang teruk,” kata presidennya Abdullah Zaik Abd Rahman kepada Ismaweb.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan siasatan dan tindakan segera diambil berhubung insiden seorang wanita diberikan kain sarung ketika mahu berurusan di kaunter JPJ.

Kesal dengan isu itu, beliau di Facebook berkata garisan panduan kod pakaian tidak perlu dikenakan kepada orang awam dan perlu dikaji semula, lapor Bernama.

JPJ pula menegaskan tiada peraturan yang menyatakan pelanggan perlu diberikan kain sarung jika tidak menepati garis panduan kod etika pakaian.

JPJ berkata pihaknya berasa amat kesal atas kejadian yang menimpa seorang wanita baru-baru ini, dan memohon maaf atas kesulitan yang dialami ketika berurusan di kaunternya.

Selasa lalu, kisah seorang wanita diberi kain sarung ketika mahu berurusan di kaunter JPJ tersebar di media sosial selepas beliau didapati tidak mematuhi kod etika pemakaian yang ditetapkan untuk berurusan di kaunter kerajaan.

Sementara itu, Abdullah Zaik berkata beliau hairan kenapa garis panduan pakaian itu akan dikaji semula memandang ia bertepatan dengan adab dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

Jelas Abdullah, sebagai menteri Liow sepatutnya terdidik dengan pendidikan moral yang boleh membantunya mengambil sikap yang betul berasaskan nilai dianuti masyarakat.

“Ini kerana menteri yang bertindak berasaskan nilai moral boleh mengangkat status masyarakat daripada cara hidup yang hina kepada cara hidup yang lebih mulia,” katanya.- Malaysiakini

POTA ,Akta pencegahan keganasan

AKTA POTA YANG TELAH DILULUSKAN MALAM TADI DI PARLIMEN...



Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang telah diluluskan Dewan Rakyat boleh dikenakan kpd PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN dilaman2 sosial spti Whatsapp, FB, Tweeter, Blog, dsb. Polis akan menahan mana-mana penyebar Fitnah Kepada Pemimpin Negara termasuk yg mengubahuai gambar pemimpin negara bagi mewujud dan menanam kebencian di kalangan rakyat! Tahanan POTA minima selama 2 tahun. Tidak boleh dicabar di semua Mahkamah. Pusat Tahanan di sebuah Pulau berkeluasan 1000 Ekar di Utara Sabah telah bersedia menanti penghuninya selepas OPS POTA 2015 dilancarkan tidak lama lagi.



P/S- Hati-hatilah ye.

All family members/friends....stop hantar gambar menghina pemimpin..samada foward melalui wasap,fb,twiter dsbnya..



lagi di miskani.blogspot.com

Ibu mengandung sedut bisa ular di kaki anak

Jaclyn Caramazza dan anaknya, Vinny. (Gambar bulat) Keadaan kaki Vinny selepas dipatuk ular.

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu yang mengandung sembilan bulan tidak teragak-agak mengambil risiko dengan menyedut keluar bisa selepas kaki anaknya dipatuk ular, awal bulan ini.

Menurut laporan Fox News, Jaclyn Caramazza dan anaknya Vinny, 4 tahun sedang berjalan di sebuah laluan basikal dalam sebuah hutan apabila anaknya terpijak ular jenis orok-orok (rattle snake).

Caramazza jumpa dua luka dan kaki anaknya bertukar ungu dan mula mengembang.

Caramazza dan Vinny bagaimanapun tidak terdedah kepada sebarang ancaman bisa ular, dan kanak-kanak tersebut dijangka sembuh seperti sediakala.

Pegawai kesihatan bagaimanapun tidak menggalakkan tindakan menghisap bisa ular.

Menurut pegawai kesihatan, patukan ular perlu dibasuh dengan air dan sabun dan perlu diberikan rawatan segera.



Sumber: Sinar harian

2 sifat manusia berpuasa

3 petunjuk tentang kucing

lagi di miskani.blogspot.com

Syarat berpuasa

Syarat sah puasa



lagi di miskani.blogspot.com

Gambar Belangkas