Wednesday, June 10, 2015

Guru ketip telinga murid dengan stapler

Guru ketip telinga anak murid dengan stapler

FUJIAN - CHINA. Seorang guru digantung tugas selepas secara sengaja mengetip telinga anak muridnya yang berusia 4 tahun dengan stapler.

Ibu kepada mangsa memberitahu, dia mengetahui tindakan kejam guru berkenaan ketika hendak memandikan anaknya yang menangis kesakitan.

Apabila ditanya, anaknya memberitahu gurunya mengetip telinganya dengan stapler semasa waktu rehat.

Guru yang dikenali sebagai Lau mengajar di Tadika Jiangle County di Sanming.

Biro pendidikan mengesahkan kejadian itu dan telah mengambil tindakan terhadap guru terbabit.

Menurut NerEase News, guru tersebut sedang disiasat polis atas tuduhan salah laku profesional.

Sementara itu, wakil tadika berkenaan mengadakan lawatan dan memohon maaf atas tindakan guru berkenaan.



Sumber: Sinar Harian

Tak wajar debat terbuka dengan bekas PM daripada Umno, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan alasan menjaga nama baik Umno bagi mempertahankan tindakannya tidak muncul pada satu dialog terus terang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 5 Jun lalu.


Alasan itu dinyatakan dalam tulisan terbaru di blognya hari ini selepas beliau dikritik ramai kerana tidak hadir program di ibu pejabat Umno sendiri selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir pada majlis yang sama.

"Sebagai seorang perdana menteri, memang tidak wajar untuk debat seperti ini diadakan secara terbuka di khalayak ramai dengan bekas perdana menteri, dan dari parti politik yang sama.

"Ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya sebagai perdana menteri dan presiden Umno, bertanggungjawab menjaga nama baik kerajaan dan parti," tulisnya dalam rencana bertajuk "Dialog PM Bersama NGO-NGO", hari ini.

Najib turut menyalahkan perubahan format majlis itu yang dakwanya, akan memburukkan lagi pertembungan politik di antara beliau dan Dr Mahathir.

"Majlis ini bertukar format; daripada satu majlis dialog tertutup kepada majlis pembahasan terbuka. Perubahan-perubahan seperti ini akan mengakibatkan majlis ini menjadi pencetus konfrontasi politik terbuka antara Tun Mahathir dengan saya," katanya.

Namun, Najib menegaskan beliau masih tidak gentar dan sedia berdepan dengan Dr Mahathir.

"Tun Mahathir berhak bertanya dan saya sanggup memberi penjelasan kepada beliau.

"Ini saya lakukan agar perkara munasabah yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dapat dijelaskan," katanya.

Acara yang dinamakan Dialog PM Bersama NGO anjuran SukaGuam itu menjadi buah mulut orang ramai apabila polis bertindak menghalang Dr Mahathir daripada berucap.

Polis bertindak menutup mikrofon bekas perdana menteri itu dan mengiringinya turun daripada pentas di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tindakan itu dilakukan atas alasan keselamatan selepas polis menangkap Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM), Ali Tinju yang berang kerana tidak dibenarkan masuk ke tempat majlis berlangsung.

Pada masa sama, Najib yang sehari sebelumnya berikrar terus menentang pengkritik beliau dengan "darah pahlawan Bugis" dalam dirinya gagal muncul pada majlis itu untuk bersemuka dengan Dr Mahathir.

Status kehadiran Dr Mahathir pada majlis itu juga mencuri perhatian ramai apabila beliau dilihat 'merampas' majlis itu daripada Najib yang merupakan tetamu utama.

Penganjur pula cuba cuci tangan dan mendakwa Dr Mahathir tidak dijemput ke majlis  itu.

Namun, penyokong Najib, bekas pemimpin PKR Lokman Noor Adam berkongsi gambar kad jemputan yang tertera nama Dr Mahathir dan gambar kerusi dengan label nama beliau di laman sosial. - TMI

Gila shopping online?

Gila shopping online?|Ini bukan iklan atau promote mana-mana laman web shopping online, ini adalah luahan rasa hati. Hahahaha. Siapa yang cakap lelaki tak suka beli lepas tu blah online? Rasanya, ramai orang yang suka shopping online sekarang ni kan? Ok, entry kali ni, aku gila shopping online. Hehehe.

Shopping online aku tidaklah macam orang perempuan. Kaum perempuan lebih hardcore kalau sebut pasal shopping ni kan? Hahaha. Apa yang aku suka beli ni? Ok, untuk yang pertamanya, aku suka kasut. Aku sangat sukakan kasut. Hinggakan, ada kasut yang aku beli tapi tak pernah dipakai. Hahahaha. Sekadar menjadi koleksi. 

Keduanya aku suka baju. Apa yang menariknya shopping online ini adalah, rekabentuk atau design yang sangat sukar untuk di cari di dunia nyata. Maksud aku dekat shopping mall la. Betul, susah nak jumpa design-design baju yang di jual dekat online ni dekat kedai-kedai baju. Dan oleh yang demikianlah aku lebih suka shopping online ni.

Yang ketiganya, aku suka aksesori. Macam gelang, jam, topi, ha aku suka benda-benda ni. Dan sama jugak, aku suka beli dan jarang pakai. Hehehehe. Wife la antara orang yang paling kuat membebel. Katanya, tiada faedahnya beli jika disimpan sahaja. Ada baiknya beri pada orang lain. Hmm. Yeker?

Apa yang membuatkan aku gila shopping online? Jawapannya, mudah. Ha, mudah, sebab aku cari apa yang aku minat, kemudian berhubung dengan penjual, dan akhirnya bayar. Mudah kan? Kemudian, macam yang aku cakap tadi, banyak design yang sukar di cari di alam nyata. Ada tu, barangan yang dijual, langsung tidak dijual di malaysia. Rare tu!

Tetapi, ada juga keburukan dalam dunia shopping online ni. Kebanyakkan jawapan adalah, peniaga menipu. Ini paling banyak terjadi. Kemudian size tidak sesuai. Aku kerap mengalami keadaan macam ni. Pernah sekali aku order kasut dari luar negara. Aku order size 7, yang sampai size 6. Punyalah kecewa aku time tu, dahla tunggu lama. Hish!

Setiap perkara pun, ada baik dan buruknya kan? Cuma zaman sekarang ni, ramai yang suka perkara mudah. Sama macam shopping online ni. Ada juga aku terfikir, kalaulah semua orang gila shopping online, maka akan senyap sepilah shopping mall tiada orang. Dah semua duk rumah je. Kan? Ish.

Ayahanda Abdul Rani Kulup jadi pelakon...kipidap!


Raja Report Malaysia, Abdul Rani Kulup kini telah menjadi seorang pelakon. Beliau terkenal dengan tagline 'kipidap' (keep it up) dan menjadi trending di laman sosial.

Tidak dapat dipastikan beliau berlakon untuk iklan, drama atau filem. Nampaknya semakin popularlah beliau..

kipidap!!!!


Tuesday, June 9, 2015

420 biji batu berjaya dibuang dari buah pinggang seorang lelaki


CHINA: Seorang lelaki yang merupakan penggemar tofu terkejut besar selepas doktor berjaya membuang 420 biji batu karang setelah buah pinggangnya dibedah.

Lelaki berkenaan, He, 55, berkata, batu karang tersebut terbentuk kerana tabiat makannya yang suka memakan tofu tetapi tidak minum banyak air kerana tofu mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.

Dia hanya menyedari penyakitnya itu selepas mendapatkan rawatan doktor kerana mengalamo sakit di bahagian bawah perut.

Selepas menjalani pemeriksaan X-ray doktor terkejut kerana mendapati buah pinggangnya mengandungi begitu banyak batu.

Pembedahan akhirnya dijalankan selepas He tidak dapat minum air kerana saluran buah pinggangnya sudah tersumbat dan perlu digantikan dengan buah pinggang baru.

Menurut doktor yang merawatnya, Dr. Wei, ini adalah kejadian pertama dalam hidupnya menyaksikan begitu banyak batu di dalam buah pinggang di mana pembedahan untuk membuang ketulan-ketulan batu itu mengambil masa sehingga 2 jam.

“Ketika pembedahan hampir berakhir, barulah saya sedar betapa lengan dan kaki saya kebas kerana terpaksa mengutip 420 batu yang pelbagai saiz dan warna,’ katanya.

Dr. Wei memberitahu bahawa kebanyakan tofu yang dijual di Dongyang mengandungi kandungan kalsium yang amat tinggi dan kurang minum air selepas memakan tofu tersebut menjadi salah satu faktor kepada pembentukan batu karang.


Kredit: SiakapKeli

10 Gambar Farahdiya HOT dan SEKSI !



Gambar terkini Farahdhiya, didakwa putus cinta suami orang - Aktress Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 29, merupakan antara penyanyi yang menjadi kegilaan ramai lelaki di luar sana kerana kelunakan suara dan penampilan beliau yang seksi.

Jika dilihat secara sekilas pandang, Farahdhiya mungkin akan disalahanggap sebagai Mariah Carey meskipun tidak sebenarnya dan hanya penyanyi yang berasal dari Malaysia. Apapun, jom layan beberapa keping gambar terkini Farahdhiya yang didakwa sudah putus cinta dengan suami orang.

Atuk Puaka!! Jadikan Cucu Tempat Melepaskan Nafsu Onani


Kuala Lumpur: Datuk RM5. Mungkin itu gelaran yang sesuai buat seorang lelaki warga emas yang selera jijik iaitu melakukan s#ks oraI terhadap beberapa kanak-kanak perempuan di sekitar rumahnya dengan membayar RM5 kepada mangsa.

Lelaki berusia 61 tahun itu dipercayai menggunakan cucu perempuannya sebagai umpan untuk mengajak rakan-rakannya berusia sembilan dan 10 tahun datang ke rumah suspek. 

Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak perempuan didakwa menjadi mangsa nafsu buas suspek yang menjadikan rumahnya di Pantai Dalam sebagai lokasi untuk melakukan perbuatan itu sejak 10 bulan lalu. 

Bagaimanapun, perbuatan itu diketahui ahli keluarga mangsa Isnin lalu yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Pantai, Ahad lalu untuk tindakan lanjut.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek mula melakukan perbuatan itu sejak penghujung tahun lalu bermula dengan cucunya sendiri. - 

Gambar Belangkas