Tuesday, June 9, 2015

Setiap pemimpin akan disoal

Setiap individu adalah pemimpin bg dirinya sendiri. Siapakah yg hendak dipimpinnya?

Rakyatnya yg perlu dipimpinnya adalah matanya, mulutnya, telinganya, tangannya, kakinya, perutnya dan kemaluannya.

Semakin besar atau tingginya peringkat kepimpinan seorang itu dr sorg diri kemudian sbg suami, ketua keluarga, tok imam, penghulu dan seterusnya. Maka smakin ramailah rakyatnya yg perlu dipimpinnya dan semakin byklah yg akan disoal di akhirat nanti.

Takbir adalah perintah utk membesar2kan Allah. Tiada istilah takbir politik. Sedangkan dalam solat pun kita byk bertakbir. Knp perlu dicop org yg bertakbir adalah ahli parti pembangkang.

Mengajak anak solat pd usia 7tahun. Pada masa yg sama perlu gak diajar cara2 nya bermula dr berwuduk. Jika jahil, xreti nk ajar, boleh dihantar ke kelas2 fardu ain. Wajib dilaksanakan dan lebih afdal dr mengaji fardu kifayah seperti mnghantar anak ke tuisyen matematik atau bahasa inggeris. Maka terlepas lah tanggungjawab ayah sebagai pemimpin.

Pada usia 10 tahun kita diperintah memukul anak yg tidak solat. Tp bkn lq memukul yg teruk2 tp skadar utk mendidik. Mungkin sekarang dia rasa terpaksa krn takut dipukul tp lama kelamaan  dia akan jd biasa. Tp bapak kena solat dulu barulah menjadi contoh terbaik tqvm..

Wallahu'lam


Sent from Samsung Mobile

PROJEK NASA BUKAN LAGI RAHSIA


Ujian terbaru dari NASA ' piring terbang ' Marikh terhenti selepas payung terjun milik piring terbang itu terkoyak dan jatuh jauh ke dalam Lautan Pasifik. Mujurlah ia tidak jatuh ke kawasaan populasi manusia. Sila lihat gambar-gambar di bawah yang telah direka untuk menuju ke bintang-bintang pada masa akan datang.




Pertandingan selfie bulu ketiak di China


Satu pertandingan selfie bulu ketiak telah diadakan di China  melalui laman Weibo pada 26 Mei dan berakhir pada 26 Jun ini hanya untuk perempuan sahaja.

Hashtag #WomensArmpitHairCompetition ini telah menarik minat lebih daripada satu juta netizens.


 Pertandingan bulu ketiak ini dimulakan oleh aktivis feminis Xiao Yue. Perempuan berusia 26 tahun itu ingin mengubah pandangan selama ini bahawa perempuan cantik adalah yang tidak berbulu. Hadiah akan diberikan bagi wanita yang mempunyai bulu ketiak cantik dan percaya diri ketika foto selfienya dipaparkan di dunia maya.


Menurut Xiao, konsep bulu ketiak perempuan dianggap tidak beradab adalah pandangan barat. Mereka sengaja menyebarkan pandangan ini melalui media dan pengiklan untuk mempromosikan konsumerisme dan krim pencukur.

Pertandingan yang dianjur Xiao ini bukan kali pertama kerana konsep sama pernah diadakan musim panas tahun lalu yang mengajak wanita menyiarkan foto bulu ketiak mereka di Weibo. Pertandingan ini menarik lebih 28.5 juta netizen dan beribu-ribu orang mendaftar hanya dalam masa lima hari.




Sumber: Tribunnews.com

15 Gempa bumi terburuk dalam sejarah dunia (Bahagian 1)

15 Gempa bumi terburuk dalam sejarah dunia|Kejadian gempa bumi yang berlaku di sabah benar-benar mengejutkan ramai orang, malah ia membuka mata dunia melihat kejadian yang berlaku di malaysia. Gempa bumi di sabah telah meragut nyawa ramai orang, tetapi tahukah anda, ia bukanlah gempa bumi yang terburuk di dalam sejarah dunia. Jom lihat 15 gempa bumi terburuk dalam sejarah dunia.

15: Kanto, Japan.

Kanto, Japan

Gempa bumi berskala 7.9 skala ritcher telah melanda dataran Kanto, sebuah pulau utama Honshu di Jepun pada 1 September 1923. Ia pernah dianggap sebagai gempa bumi paling dahsyat dalam sejarah Jepun kerana telah menjadikan kawasan ini menjadi seperti padang jarak padang terkukur walaupun tempoh gempa bumi itu hanya antara 4 dan 10 minit. Gempa bumi ini telah meragut 140,000 nyawa dan memusnahkan 447,000 rumah. Ini tidak termasuk orang-orang yang mati akibat tanah runtuh, tsunami dan gempa susulan.

14 : Ashgabat, Soviet Union

Ashgabat, Soviet Union

Gempa bumi ini berlaku pada 6 Oktober 1948 berhampiran Ashgabat, USSR dengan magnitud 7.3. Kejadian ini tidak dilaporkan oleh media supaya tidak ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan. Oleh kerana rahsia itu, gempa bumi ini dikatakan terhasil daripada ujian bom atom pertama Kesatuan Soviet. Sumber media juga berbeza-beza kepada bilangan mangsa dari 10,000 hingga 176,000 walaupun angka kematian yang betul telah dilaporkan pada 9 Disember 1988 sebagai 110000.

13 : Messina, Italy

Messina, Italy

Ini adalah satu gempa bumi berskala 7.1 pada skala Richter dan telah meragut kira-kira 100,000 hingga 200,000 nyawa di Messina dan Reggio di Sicily dan Calabria di selatan Itali. Gempa bumi ini berlaku pada 28 Disember 1908

12 : Chihli, China

Chihli, China

Gempa bumi ini berlaku pada 27 September 1920 dengan anggaran magnitud 6.8. Ia telah meragut kira-kira 100,000 nyawa.

11 : Sichuan, China

Sichuan, China

Gempa bumi ini berlaku pada 8 Mei 2008 dengan magnitud 8.0 dan 7.9. Ia adalah begitu besar sehingga boleh dirasai di negara-negara berdekatan. Angka rasmi termasuk 69.197 kematian dengan 68.636 di wilayah Sichuan, 374176 cedera dan 18.222 hilang. Ini dianggap sebagai gempa bumi paling dahsyat pernah melanda China selepas gempa bumi Tangshan 1976. Kerajaan China mengasingkan 1 trilion Yuan atau $ 146.500.000.000 untuk membina semula kawasan dimusnahkan oleh gempa bumi ini.

10 : Kashmir, Pakistan

Kashmir, Pakistan

Pada 8 Okt 2005, Kashmir Pakistan telah mengalami gempa bumi dengan magnitud 7.6. Angka kematian sebanyak 85,000 dan lebih daripada 69,000 orang cedera. Dianggap lebih kecil daripada gempa bumi San Francisco 1906. Kos untuk kejadian ini juga mengejutkan, sebanyak $ 5,400,000,000 dalam bentuk bantuan dari seluruh dunia.

9 : Shemakha, Azerbaijan

Shemakha, Azerbaijan

Ini adalah satu gempa bumi berskala 6.9 pada skala ritcher berlaku pada November 1667 dengan pusat gempa yang berhampiran dengan bandar Samaxi, Azerbaijan. Ia menyebabkan kematian 80,000 orang dengan kerosakan dianggarkan lebih daripada $ 25 juta.

Makanan Hampir Pupus Perak - Ikan Masak Belotak

Ikan Masak Belotak
Ikan Masak Belotak yang telah masak



Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini
Sambal Serai
Kerabu Umbut Rotan Bakar

Kita teruskan lagi penjelajahan kita dengan Makanan Hampir Pupus Negeri Perak....
Kali ini awok nak memperkenalkan kepada kome sejenis lauk-pauk yang awok rasa dah lama atau kome tak pernah jumpa lagi sebelum ni....

Ikan Masak Belotak
Masakan ini popular di kalangan pesawah kerana ikan yang digunakan adalah ikan yang diperolehi di sawah seperti haruan, keli dan puyu.....
Belotak adalah inovasi masyarakat terdahulu bagi mengelakkan ikan yang telah medak atau separa rosak terbuang begitu sahaja....
Ikan yang telah medak akan dibasuh menggunakan daun bebuas atau kunyit bagi menghilangkan bau hanyir atau medak.....
Setelah dicuci barulah direbus dan seterusnya dihasilkan belotak....

Sumber/Bahan-bahan:
Ikan Haruan
Ikan Puyu
Bawang Merah/Kecil
Serai
Cili Padi/Api
Kunyit
Santan Kelapa
Asam Gelugur/Keping
Garam

Cara Membuatnya:-Masakan ini berasaskan ikan dari sawah yang dibasuh dengan daun bebuas, direbus dan diambil isinya sahaja.......Bahan-bahan pelengkap seperti bawang merah, serai dan cili padi yang ditumbuk halus, hirisan daun kunyit, santan kelapa, asam gelugur dan garam.....Kesemua bahan dicampur dan dimasak atas api yang sederhana sehingga masak!!!

Anggota Parlimen saran Pati wanita dibenar jadi pembantu rumah

Kerajaan dicadang membuka ruang kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) wanita yang sudah berada di negara ini, diambil bekerja sebagai pembantu rumah bagi mengatasi masalah kebanjiran golongan itu.

Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) berkata langkah itu juga dijangka dapat menyelesaikan masalah kekurangan bekalan pembantu rumah yang mendapat permintaan tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan negara.

"Benarkan mereka ini diambil secara terus, tidak melalui ejen dan lain-lain pembayaran boleh dibuat terus kepada kerajaan dan sekali gus kita dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah pendatang asing tanpa izin.

"Dengan cara ini, mereka akan menjadi pendatang asing dengan izin di negara ini dan mereka ada majikan yang bertanggungjawab ke atas mereka," katanya semasa membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata kaedah itu akan menguntungkan kerajaan dan majikan yang tidak perlu menanggung kos-kos tertentu dalam proses pengambilan pembantu rumah.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mendokumenkan golongan itu agar mereka dapat bekerja secara sah di negara ini dan tidak perlu lagi bersusah payah membawa masuk pembantu rumah dari luar negara.

"Kita tidak minta mereka dijadikan penduduk tetap atau rakyat, kita cuma minta didokumenkan kehadiran mereka ini...mereka ada dokumen pengenalan diri dan kerajaan boleh membina pangkalan data pendatang asing tanpa izin ini dan menghalalkan kehadiran mereka," katanya.

Persidangan dewan bersambung hari ini. – Bernama

Giveaway NOWSEEHEART - KATAKAN by AziziElias.

Segmen : Giveaway NOWSEEHEART - KATAKAN by AziziElias|Pagi ni, waktu buka blog, ada seorang rakan blogger menjemput aku join segmennya. Hahaha, macam hebat pula bunyinya dapat invite kan? Sebenarnya, biasa je, kita kenalah support antara satu sama lain kan?

Ok. Mudah jer untuk join, korang hanya perlu click dekat banner kat bawah ni. yer. Jom-jom.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Gambar Belangkas