Tuesday, June 9, 2015

Tunggu arahan Pas Pusat sebelum lepas jawatan

GEORGETOWN - Empat pemimpin Pas yang menjadi ​Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan meletak jawatan sehingga ​menerima ​surat rasmi ​yang ​dikeluarkan pimpinan Pas Pusat.


Ahli Majlis MBPP, Mhd Nasir Yahya berkata, sehingga semalam masih tidak menerima sebarang arahan dari pimpinan tertinggi parti untuk meletak jawatan atau sebaliknya.

​Beliau yang juga Koordinator Markas Induk Pas Kawasan Bukit Gelugor berkata, setakat ini belum ​menerima apa-apa (arahan) lagi.

​"​Saya perlu tunggu arahan kerana pelantikan dibuat oleh parti.

“Buat masa ini, saya tidak boleh memberi sebarang komen. ​Bagaimanapun, saya bersedia untuk meletak jawatan ​jika Pas Pusat mahu saya berbuat demikian,” katanya.

Ahli Majlis MPSP, Omar Hassan ​yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh ​bersedia mengosongkan jawatan jika menerima arahan untuk berbuat demikian.

“Saya akan akur apa sahaja arahan dari parti. Saya tidak akan teragak-agak untuk meletak jawatan ​jika itu keputusannya.

“Sehingga kini, saya belum terima surat rasmi atau arahan secara lisan untuk berbuat demikian​. Oleh itu, tunggu sajalah,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan​ Tanjong, Yaacob Omar yang juga Ahli Majlis MBPP akan menunggu arahan Pas Pusat dan meminta semua pihak bertenang.

Menurutnya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga diminta supaya tidak cepat memberi tindak balas kerana keputusan belum dibuat dalam Majlis Syura Ulama.

“Saya tidak boleh komen, semuanya bergantung kepada pucuk pimpinan, cuma saya mohon semua pihak bertenang. Jangan terlalu ‘over’, cepat bertindak balas.

“Saya mohon agar Guan Eng berhenti dari buat kenyataan kontroversi kerana ia akan mengeruhkan keadaan. Malah dari maklum balas yang diterima, masyarakat kaum lain pun tidak setuju dengan cara Guan Eng menangani masalah ini,” katanya.

Ahli Majlis MPSP, Dahalan Fazil berkata, Guan Eng perlu lebih tenang dan tidak kelam kabut dalam menangani masalah i​tu.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas ​Kawasan ​Kepala Batas berkata, apa yang penting, semua pihak perlu menunggu keputusan MSU sebelum mengambil tindakan seterusnya.

“Mesyuarat Majlis Syura dijangka diadakan esok (hari ini). Oleh itu, sama-sama kita tunggu. Saya jadi ​ahli ​majlis kerana dilantik parti, oleh demikian, saya akan letak jawatan pun berdasarkan arahan parti.

“Saya harap semua ​pihak ​bertenang dan tidak kelam kabut termasuk ​ketua ​menteri,” katanya.

Sementara itu, dua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) iaitu Tanjung Bungah, Azahar Hashim dan Kampung Makam, Muhammad Imran Muhammad Sa’ad bersedia meletak jawatan​ jika diarah Pas Pusat.

​Ba​ga​imanapun, mereka​ berkata​, mesyuarat peringkat JKKK belum diadakan lagi bagi membincangkan perkara itu. - Malaysiakini

Lari terkejut dengan keputusan hakim

GEORGETOWN - Seorang lelaki yang baharu dijatuhi hukuman oleh hakim mahkamah sesyen di sini nekad melarikan diri ketika prosidingnya sedang berlangsung pagi hari ini.



Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lelaki berusia 27 tahun didapati bersalah kerana terbabit kes rompakan bersenjata.

Ketika kejadian Timbalan Pendakwa Raya, Charanjit Singh memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadapnya.

Dia yang terkejut dengan keputusan hakim bertindak berlari keluar dari kamar mahkamah namun gagal meloloskan diri apabila diberkas oleh anggota polis dan pengawal keselamatan ketika berada berhampiran pintu masuk.

Tertuduh kemudian dibawa semula dengan tangan bergari ke dalam kandang tertuduh selepas 15 minit meloloskan diri.

Hakim Zulhazmi Abdullah kemudian menjatuhkan hukuman enam tahun penjara dan dua sebatan terhadapnya.

Terdahulu, lelaki berkenaan didakwa merompak Norhaizam Borhan, 36, di tandas awam Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini, kira-kira jam 4.30 petang pada 16 September 2013.

Dia yang bekerja sebagai pembantu kedai didakwa menggunakan senjata kerambit serta merampas wang tunai RM400, telefon pintar Samsung Galaxy S4 dan Samsung Corby milik mangsa.

Semantara itu, peguam tertuduh, RSN Rayer berkata, anak guamnya itu tidak akan didakwa kerana kesalahan melarikan diri kerana sudah memohon maaf kepada mahkamah.

"Saya bagi pihak anak guam sudah memohon maaf dengan tindakannya itu... cubaannya melarikan diri kerana terlalu terkejut selain keliru selepas mendengar keputusan bersalah dibacakan terhadapnya," katanya. - SH

Jadilah Konsumen Cerdas, Inilah Rahasia Besar Bensin Yang Anda Tidak Tahu


Yoechua Blog - Bahan bakar minyak memang telah menjadi kebutuhan pokok bagi kebanyakan orang Indonesia selain sandang , papan dan pangan. Buktinya adalah banyak sekali permainan harga di masyarakat umumnya yang bergantung pada BBM misalnya saja kenaikan harga bahan-bahan makanan karena kenaikan harga BBM. 



Bahan bakar semakin mahal , maka jadilah konsumen yg CERDAS Agar tidak semakin

korban gempa bumi kk , sabah

korban gempa bumi kota kinabalu sabah

Kilang automotif di melaka.

Kilang automotif di melaka|Aku semakin hari semakin ingin berkongsi segala macam hal mengenai diri aku di blog ceritaejoy ini. Ada juga blogger malaysia yang lebih suka "menyembunyikan" identiti mereka. Mereka punya alasan mereka sendiri, tetapi bila aku memilih untuk menjadi lifestyle bloggers, haruslah menceritakan diri sendiri dan segala macam hal yang berlaku dalam kehidupan seharian aku. Haruskah?

Baik, langkah pertama aku dalam menceritakan hal kehidupan aku adalah bercerita mengenai pekerjaan aku. Kalau sebut mengenai kilang automotif di melaka ni, rasanya semua dah dapat agak dah kilang apa kan? Ha, aku kerja kilang je. Orang cakap, syukurlah ada kerja, ada graduan yang masih menganggur. Alhamdulilah.

Ok, apa yang aku nak kongsikan? Aku mula bekerja di sini bermula tahun 2006 hinggalah sekarang, tahun 2015. Amacam? Lama tak? Kalau dalam bahasa mudahnya, orang cakap dah masuk kategori otai la jugak kan? Hahahaha, puji diri sendiri.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita, yang aku ingin kongsikan adalah perihal kehidupan sebenar pekerja dekat sini. Tahukah kalian semua, yang mana aku sudah hampir 9 tahun bekerja disini. 9 tahun tu bunyinya sedikit atau banyak ek? Selama hampir 9 tahun aku bekerja di kilang automotif di melaka ni, gaji basic aku adalah RM14xx. Amacam? Percaya tak? 9 tahun tau, basic gaji baru RM14xx. 

Dan yang lebih menariknya adalah aku masih seorang operator kilang! Itu yang paling menariknya bekerja di syarikat ini. Rakan-rakan aku, yang dah bekerja hampir 10 tahun dan keatas, ada yang basic gajinya sama dengan mereka yang baru setahun dua bekerja. Kalau korang, apa yang korang rasa? Korang dah kerja 10 tahun ni, ada pekerja yang bekerja bawah 5 tahun, tapi gaji basic dah sedikit menyamai korang.

Siapa yang salah di dalam hal ini? Aku tidak menyalahkan syarikat *Aku tak pasti dengan jawapan aku ni, tetapi aku lebih menyalahkan majikan. Sebabnya, mereka yang patut memantau akan hal ini. Dan bukannya mengambil sikap sambil lewa. Alasan yang kerap aku terima adalah, #terlepas pandang. Alasan yang pada aku langsung tiada kekuatan, alasan yang terlalu lemah!

Aku dah menghabiskan masa yang terlalu lama di syarikat ini. Terlalu lama. Bukan aku ingin menjatuhkan imej tempat aku mencari rezeki, tetapi inilah hakikat sebenar, apa yang berlaku di kilang automotif di melaka ni. Orang kalau tak tahu, selalu beranggapan kami bergaji besar, mampu memiliki apa sahaja, tapi itu hanyalah omongan kosong!

Dengan keadaan ekonomi semasa malaysia, mampukah kita hidup dengan basic gaji seperti ini? Ramai yang menegur aku, katanya ini adalah rezeki dan kita perlu redha dengannya. Betul, ia adalah rezeki. Tetapi aku ingin melihat golongan ini berhadapan dengan keadaan ekonomi sekarang, mustahil jika tidak terdetik keluhan di hati mereka. Jika wujud keluhan, apakah itu yang anda panggil redha? 

Blog ceritaejoy adalah medium untuk aku meluahkan perasaan dan bercerita. Bukanlah niat untuk mengata, tetapi inilah hakikat kehidupan sebenar pekerja di kilang automotif melaka ni. Mungkin taraf hidup di sini kecil jika nak dibandingkan dengan taraf hidup di tempat lain, tetapi itu bukanlah alasan. Kerana kami bukan menetap terus-terusan di sini. Kami juga sering menjenguk rakan-rakan negeri lain. Apakah taraf hidup disini sama dengan kawasan lain?

Entah sampai bila keadaan ini akan berterusan. Biarlah bertukar majikan, jika pemikiran mereka tetap sama, ia tidak akan mengubah apa-apa. Suara kecil hanya mampu kedengaran di blog, tidak di telinga mereka. Hakikat kehidupan di kilang automotif di melaka.

Dr Hayat Sindi ikon sains wanita Islam

Dr Hayat Sindi

SAINTIS perubatan Arab Saudi, Dr Hayat Sindi ini memberi sumbangan yang besar terhadap ujian perubatan dan bioteknologi. Beliau juga merupakan salah seorang wanita yang menganggotai Majlis al-Shura.

Selain itu, Hayat turut menduduki tangga ke-19 dalam senarai orang Arab paling berpengaruh di dunia dan berada di kedudukan ke-9 dalam senarai wanita Arab paling berpengaruh.


Kehidupan Awal

Hayat Sindi dilahirkan pada 1967 di Makkah dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan mempunyai lapan adik beradik.

Selepas tamat sekolah menengah, beliau meneruskan pengajian di kolej dan mengambil jurusan perubatan.

Ketika itu, Hayat mula menunjukkan minat dalam bidang penyelidikan dan beliau nekad untuk melanjutkan pengajiannya ke luar negara pada 1991.

Pada mulanya, hasrat tersebut mendapat tentangan daripada kedua ibu bapanya, namun mereka akhirnya akur dengan keputusan wanita tersebut.

Hayat mengambil masa kira-kira setahun untuk belajar bahasa Inggeris dan menyambung pengajian peringkat A-level.

Beliau akhirnya diterima masuk ke King’s College London, di mana wanita tersebut berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam farmakologi pada 1995.

Ketika masih menuntut, Hayat pernah berdepan tekanan hanya kerana beliau bertudung.

Bagaimanapun, beliau lantang mempertahankan haknya dengan menegaskan bahawa agama, warna kulit dan jantina seseorang tidak mempunyai kaitan dengan sumbangan saintifik.


Jalankan banyak kajian

Hayat pernah bekerja di Pusat Penyelidikan Makmal Schlumberger di Cambridge ketika beliau menyambung pengajian di peringkat ijazah kedoktoran.

Ketika itu, beliau berjaya mencipta Magnetic Acoustic Resonator Sensor (Mars) kerana wanita tersebut memerlukan mesin yang tepat dalam kajiannya.

Mesin tersebut menggabungkan kesan cahaya dan ultrabunyi untuk kegunaan dalam bidang bioteknologi serta aplikasi dalam bidang lain seperti perubatan termasuk mengesan barah pada peringkat awal.

Selepas beberapa tahun melakukan penyelidikan, Hayat akhirnya dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang bioteknologi, sekali gus menjadi wanita Arab dan Islam pertama yang memperoleh PHD dalam bidang tersebut.

Selepas tamat pengajian, Hayat berhasrat membantu individu yang tidak mampu untuk membayar kos penjagaan perubatan.

Hayat berhijrah ke Amerika Syarikat, di mana beliau mengikuti program MBA di Harvard Business School dalam bidang mengkomersialkan sains dan teknologi tinggi.

Ketika menuntut di Harvard, beliau mengikuti kelas Profesor George Whitesides yang menggunakan kertas dan pita pelekat untuk menghasilkan alat yang dapat mengukur paras protein dan gula dalam darah serta air kencing.

Idea tersebut memberi inspirasi kepada Hayat untuk menubuhkan pasukan terdiri daripada rakan sekuliahnya untuk mewujudkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Diagnostics for All.

NGO tersebut menawarkan alat diagnostik mikro untuk membolehkan pekerja kesihatan menjalankan tugas mereka walaupun tanpa akses rawatan perubatan.

Tidak lama selepas itu, Hayat membuka syarikat bukan berasaskan keuntungan, Paper Diagnostics Inc (PDI) bersama Whitesides yang bertujuan untuk mewujudkan hidup lebih berkualiti dan membantu mereka yang kurang berkemampuan.


Kredit: Sinar Harian

Monday, June 8, 2015

Siapa malim gunung?

siapa malim gunung

Siapa malim gunung?|Gelaran malim gunung tiba-tiba menjadi bualan apabila gambar seorang malim gunung menyelamatkan mangsa tragedi gempa bumi di gunung kinabalu sabah. Aku menjadi sangat-sangat tertarik untuk mengetahui siapa dia malim gunung. Adakah nama seseorang, atau nama suatu kaum yang mendiami kaki gunung atau nama gelaran bagi seseorang.

Gambar gunung kinabalu selepas gempa bumi.

Atas desakan hati yang melampau, aku mencari dari 1 blog ke 1 blog untuk mengenal pasti, siapakah malim gunung ini. Dan akhirnya aku mendapat jawapannya dari blog ini riwayatmelayu.blogspot.com.

Siapa malim gunung? Apakah maksud malim? Malim bermaksud guru, pengajar, pemberi panduan atau pembimbing.  Sebelum perkataan guru digunakan, malim adalah satu perkataan melayu lama untuk profesion yang sama.

Oleh yang demikian, perkataan malim gunung adalah merujuk kepada jurupandu kepada pendaki-pendaki gunung.

Owh, baru faham. Hehehe.

Gambar Belangkas