Saturday, June 6, 2015

DHPP hairan ulama tak kawal fitnah dalam PAS

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Pada masa yang sama, beliau bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan.

"Saya tidak pasti sama dalam Islam, dalam al-Quran ada tidak larangan supaya jangan memffitnah dan jangan melabel orang lain. Kalau ada, kenapa ulama tidak mengawal ini berlaku dalam parti.

"Kenapa ulama tidak menegur gejala ini. Kalau label melabel ini ada dalam al-Quran, saya minta jasa baik ulama agar menunjukkan saya ayat mana dan terjemahannya.

"Kami ingin sangat mengamalkan kerana DHPP tidak mahu amalan fitnah dan label melabel berlaku dalam DHPP. Kami berharap Islam yang dibawa oleh kepimpinan ulama supaya ke hadapan.

"Kami menumpang kasih Islam yang dibawa oleh PAS," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam muktamar PAS di Kuala Selangor hari ini. - Malaysiakini

Gempa Bumi Sabah: Sembilan Lagi Mayat Ditemui Di Gunung Kinabalu

Sembilan mayat ditemui di Gunung Kinabalu.

KUNDASANG: Pasukan penyelamat menemui sembilan lagi mayat di Gunung Kinabalu menjadikan angka kematian terkini akibat gempa bumi yang melanda Sabah pada Jumaat kepada 11 orang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Gunung Kinabalu akan ditutup sekurang-kurangnya selama tiga minggu bagi membolehkan operasi pembersihan berikutan kerosakan teruk di laluan pendaki, tempat penginapan dan kemudahan lain.

Beliau yang bercakap pada sidang media bersama dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, polis mempunyai pasukan forensik yang bersedia untuk mengenal pasti mayat-mayat yang dibawa keluar dari kawasan pergunungan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah yang turut sama dalam sidang media berkata, mereka sedang menunggu keadaan cuaca yang baik di kawasan pergunungan bagi membolehkan helikopter mengangkut kesemua mayat.

Mengenai penutupan Gunung Kinabalu, Masidi berkata, ia bagi membolehkan pihak Taman-Taman Sabah meneliti kerosakan dan menentukan pembaikan yang perlu dilakukan.


Kredit: mstar.com.my

Friday, June 5, 2015

Gempa Bumi Sabah: Air Di Poring Hot Springs Bertukar Hitam

Gambar Twitter Adrian Lasimbang

PETALING JAYA: Air di Poring Hot Springs berhampiran kawasan yang dilanda gempa bumi 6.1 magnitud pada 7.17 pagi Jumaat telah bertukar kepada warna hitam.

Pejabat Poring Hot Springs mengesahkan bahawa air di situ telah berubah warna.

"Ya, airnya berwarna hitam. Tetapi kita tidak tahu mengapa," kata seorang pekerja.

Gambar air berwarna gelap itu telah tersebar di media sosial, mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk.

Aktivis Hak Orang Asal Adrian Lasimbang menyiarkan gambar itu di Twitter dengan berkata: "Air di Poring Hot Springs menjadi hitam selepas gempa bumi 6.0 magnitud. Ada yang menggodak di bawahnya."

Beberapa orang memberi komen ia dengan mengaitkan air yang gelap dengan pencairan tanah - satu fenomena di mana tanah kehilangan kekuatan dan kekakuan selepas gempa bumi, menyebabkan ia bertindak seperti cecair.

Walau bagaimanapun, panggilan pakar tidak dapat mengesahkan mengapa perubahan itu berlaku.

Poring Hot Springs terletak sekitar 35km dari pusat gempa bumi yang berhampiran Ranau.


Kredit: mstar.com.my

Bekas EXCO sahkan DAP, PKR rancang PasMa gantikan Pas

PETALING JAYA: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang merancang untuk menjadikan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai sebuah parti parti politik bagi menggantikan Pas.
Pengakuan itu dibuat oleh bekas EXCO Selangor dari DAP, Ronnie Liu, menerusi statusnya di Facebook.
Dia mengharapkan bekas Timbalan Presiden Pas yang gagal mempertahankan jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan pemimpin Pas lain yang kalah supaya meninggalkan Pas dan menjadikan PasMA sebuah parti politik seperti dirancang.

Bekas EXCO Kerajaan Tempatan selama sepenggal itu, berkata, gabungan DAP, PKR dan Pasma akan memberi nafas baharu kepada Pakatan Rakyat (PR).

"Mudah2an Mat Sabu dan rakan2 akan keluar en block dan jadikan pasma parti politik seperti yang dirancang. Pkr + dap + pasma....satu pakatan rakyat yg baru, dengan nafas yg baru," tulisnya.

Menerusi komen-komen terhadap status itu, Liu percaya pemimpin DAP dan PKR akan mengadakan pertemuan dalam waktu terdekat untuk membincangkan masa depan PR tanpa Pas.

Kekalahan teruk pemimpin Pas pro liberal memberi tamparan hebat kepada DAP dan PKR yang bimbang Pas akan meninggalkan PR. - FMT

Nothing2Hide: Adakan dialog Tun M dan Najib di TV - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali hari ini mencadangkan dialog antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad diadakan di kaca televisyen untuk tontonan umum.


Cadangan ini katanya adalah untuk mengelakkan kekecohan seperti yang berlaku pada majlis 'Dialog PM Bersama NGO' anjuran Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) pagi tadi.

"Kalaulah semua pihak setuju, perdana menteri ke, Tun Mahathir ke, kita boleh adakan satu sesi siaran berdialog mereka di televisyen. Buatlah satu moderator untuk mempengerusikan majlis. Contohnya seperti rancangan Selamat Pagi Malaysia.

"Atau mungkin Astro AWANI boleh menghoskan dan menyiarkan rancangan berdialog Najib dan Tun Mahathir. Ianya lebih baik disiarkan seperti ini kerana dapat elak berlaku rusuhan yang berlaku pagi tadi.

"Pagi tadi ada kumpulan ini, ada kumpulan itu, susah nak berdialog kalau ada rusuhan. Baik buat satu siaran televisyen bagi program dialog seperti ini," tambah beliau ketika dihubungi Astro AWANI hari ini. - Astro

Muktamar terima putus hubungan dengan DAP

Muktamar PAS menerima usul Dewan Ulama PAS supaya Majlis Syura dan PAS pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat.
Usul yang diputuskan dalam muktamar Dewan tersebut diterima tanpa bahas seperti mana yang diedarkan kepada perwakilan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Idris Ahmad menjelaskan walaupun usul tersebut diterima tanpa bahas, terpulang kepada jawatankuasa pusat PAS untuk melaksanakannya.

Hampir keseluruhan jawatankuasa Pusat PAS yang baru dipilih dikuasai kumpulan Presiden Datuk Seri Hadi Awang.

"Ia (usul itu) tak bahaslah. Maknanya, jawatankuasa usul diterima tanpa bahas (tetapi) perlaksanaan terpulang kepada jawatankuasalah. Jawatankuasa akan tentukan macam mana nak buat," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Alasan dinyatakan antaranya susulan tindakan DAP yang didakwa tidak menghormati prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Selain itu, DAP juga telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi kekal dengan PAS, yang dianggap satu sikap menghina presiden.

Mereka juga memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PAS Sabah dan Sarawak dan didakwa tidak menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS.

Ancam bertembung di DUN Sabah

Sementara itu, seorang perwakilan Sabah memberi amaran kepada DAP dan PKR bahawa PAS mungkin akan bertanding kesemua 32 kerusi DUN dalam pilihan raya umum.

Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata tindakan itu susulan sekutu mereka itu enggan memohon maaf kerana “menendang” PAS Sabah daripada Pakatan Rakyat susulan isu hudud di Kelantan.

Beliau menegaskan sehingga kini PAS negeri itu tidak pernah keluar daripada gabungan pembangkang dan tidak sesekali akan tunduk kepada DAP kerana hudud adalah dasar perjuangan mereka.

"PAS Sabah, bersama dengan dasar dan PAS, mempertahankan hudud di Kelantan. Kita tidak akan tunduk kepada DAP.

"Bagaimana kedudukan PAS Sabah, sekiranya DAP dan PKR tidak jemput kita (untuk) minta maaf, PAS Sabah akan bertanding semua kerusi di Sabah.

"Maknanya bukan kita nak menang, PAS Sabah bertanding 30 tahun (dalam pilihan raya), sampai hari ini, tidak ada kerusi.

"Tetapi kita nak beri amaran kepada DAP dan pengundi Islam ada di 32 kerusi di Sabah, sekiranya DAP dan PKR sombong, dia kata, beri kerusi tapi tak boleh menang," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PAS. - Malaysiakini

Mazlan Aliman Pertimbang Lepaskan Jawatan AJK

Terimakasih atas kepercayaan perwakilan dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke 61, yang memilih saya dalam kelompok AJK Kerja PAS Pusat sesi 2015-2017. Amanah ini amat berat, manakala harapan rakyat begitu tinggi.


Buat tempoh tertentu, saya mahu menumpukan perhatian terhadap Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) yang mempunyai pejabat baru di Ukay Perdana. Memperkasa organisasi dan menangani isu FGV serta kebajikan warga Felda adalah fokus utama. Ia disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

Sungguh pun komitmen terhadap Ngo Anak akan diteruskan, kemelut dalaman parti telah memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya. Sebagai manusia biasa dan penglibatan dalam PAS sejak tahun 1986, situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi.

Apatah lagi ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban telah tewas dalam pemilihan. Saya amat sedih dengan suasana ini dan mengganggu emosi saya. Ia detik yang sukar; kepada Mu Ya Allah, hamba Mu memohon pertolongan.

Justeru, saya akan umumkan dalam masa yang sesuai, samada kekal sebagai AJK Kerja PAS Pusat atau membuat keputusan melepaskan jawatan. Apa pun keputusan yang saya buat, perjuangan mendaulatkan Islam dan pembelaan terhadap nasib rakyat adalah keutamaan hidup. Ia segala galanya dalam hidup saya.

Moga Allah beri kekuatan kepada hambaNya ini.

Mazlan Aliman
5 Jun 2015

Gambar Belangkas