Thursday, June 4, 2015

Dr M: Bila Najib kalah, mahkamah mula memburu

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin bahawa langkah penstrukturan semula 1MDB tidak akan berjaya mendapatkan semula wang firma itu yang hilang.


Beliau juga meramalkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan diburu dengan pelbagai tindakan mahkamah selepas ini.

“Terlalu banyak bukti mengenai usaha menyembunyikan kebenaran oleh ahli politik dan penjawat awam.

“Apabila Najib tewas, dan saya pasti beliau kalah dalam pilihan raya akan datang, tindakan mahkamah yang akan menyusul tidak akan dapat ditahan lagi.

Ahad lalu, Mahathir menuduh terdapat cubaan menyembunyikan kes dan salah laku jenayah  selepas kenyataan menyebut dana 1MDB di Singapura dalam bentuk tunai, sebelum ditukar kepada aset.

Bagaimanapun Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata ia dalam  bentuk “unit”, tanpa menghuraikan lanjut maksudnya.

Mahathir berharap rancangan penstrukturan untuk menyelamatkan 1MDB akan berhasil tetapi ia masih tidak membebaskan pentadbiran Najib daripada dakwaan wang itu “hilang”. - Malaysiakini

Dr M: 1MDB salah guna kuasa beli tanah

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya rancangan untuk menyelamatkan 1MDB akan mengakibatkan rakyat menanggung bebannya.


Beliau merujuk kepada usaha rancangan firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) untuk menyuntik dana sebagai tukaran bagi tanah 1MDB.

Ini kerana, 1MDB memperolehi tanah tersebut dengan murah daripada kerajaan, yang disifatkannya sebagai “penyalahgunaan kuasa”.

"1MDB mendapatkan tanah kerajaan bernilai antara RM4,000 dan RM7,000 sekaki persegi dengan harga antara RM60 hingga RM90 sekaki persegi.

"Sebenarnya harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah kerajaan itu mencerminkan penyalahgunaan kuasa.

"Langkah yang betul adalah membayar dengan harga pasaran sebelum dibangunkan atau digunakan,” katanya.

Beliau merujuk kepada tanah 1MDB di Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia.
- Malaysiakini

PAYUDARA EKSEKUTIF TURUT DITETAK MAT REMPIT!


PAYUDARA EKSEKUTIF TURUT DITETAK MAT REMPIT!-Kejadian berlaku di kuala lumpur dimana sekumpulan ‘mat rempit’ bertindak ganas apabila menetak tangan dan payudara seorang eksekutif jualan selepas mengejar kenderaan mangsa.
eksekutif ditetak
Dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin, mangsa berusia 27 tahun cedera parah selepas diserang empat suspek berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Tasik Metropolitan Kepong di sini.
Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kepong dari Cheras.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa yang melalui MRR2 terserempak empat motosikal ditunggang suspek secara berbahaya.
gadis cantik menawan
Menurutnya, mangsa cuba mengelak empat motosikal itu bagaimanapun gagal apabila keretanya dikejar dan dihimpit motosikal suspek.

Wednesday, June 3, 2015

Sarah, wanita cantik yang kerjanya membuang tatu di tubuh pelanggannya


Budaya mentatu atau merajah tubuh semakin popular di kalangan generasi muda Australia. Consumer affairs advocate Choice mengatakan 29 peratus wanita dan 22 peratus lelaki berusia 20an mempunyai tatu. Namun disisi lain, perniagaan membuang tatu juga turut berkembang pesat.

Sarah Chatburn, merupakan jururawat berdaftar dan Pengarah Newcastle Tattoo Removal, mengatakan sebab utama pelanggan melakukan penghapusan tatu adalah kerana hubungan mereka berakhir dan melahirkan anak.

"Mereka ingin sekali menghapuskan tatu nama bekas pasangannya, tapi yang saya perhatikan adalah keinginan itu lebih didorong oleh perubahan gaya hidup dan keutamaan," kata Sarah Chatburn, perempuan cantik berambut panjang ini.

Antara tahun 2010 dan 2015 industri penghapusan tatu tumbuh sebanyak 3.9 peratus mengikut data penyelidikan IBISWorld.

Chatburn mengaku beberapa pelanggannya melihat tatu sebagai ingatan masa lalu mereka yang hendak mereka singkirkan.

"Ramai lelaki yang baru menjadi ayah merasa tidak selesa mempunyai tatu di tubuhnya kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka kelak terpengaruh oleh tatu itu," katanya.

Chatburn mengatakan banyak tatu yang dihapusnya adalah tatu dengan motif tribal atau suku yang dipopularkan oleh bos media Lachlan Murdoch ketika dia menunjukkan foto dirinya bersama isterinya, seorang presenter TV Sarah Murdoch, yang juga mempunyai tatu di tubuhnya.

"Ada beberapa pekerjaan yang mewajibkan pekerjanya untuk tidak mempunyai tatu yang boleh dilihat secara langsung seperti di tangan atau di leher, sehingga orang merasa penting untuk menghilangkan tatu dari dua bahagian tubuh tersebut,"

"Yang kami dapati adalah orang menukar pandangan mereka mengenai gaya hidup dan tatu seolah-olah tidak perlu atau sesuai lagi bagi gaya hidup mereka yang baru," kata Chatburn.

Beliau memberi contoh, kes seorang lelaki berusia 45 tahun yang menghapuskan tatu jaring labah-labah yang memenuhi seluruh wajahnya yang sudah dimilikinya selama 31 tahun.

"Ketika membuat tatu itu dia baru berusia 14 tahun dan kini dia berusia 45 tahun. Dia mendapati membuang tatu jaring labah-labah itu dari wajahnya telah menghadirkan perubahan dalam hidupnya," tutur Chatburn.

Untuk menghapuskan tatu jaring labah-labah dari wajahnya, lelaki tersebut perlu mengeluarkan wang dari koceknya sebanyak $ 1,000 yang dilakukan dalam 3 kali sesi sepanjang 15 minit.

Pada masa lalu, proses membuang tatu perlu dilakukan lebih dari 10 kali pengendalian, tapi dengan teknologi terkini ia boleh dikurangkan hanya dalam sesi pendek selama 10 minit.

"Selama lebih dari 10 tahun terakhir, teknologi laser untuk membuang tatu telah meningkat mendadak," katanya.

Sinar laser digunakan untuk memecah tinta menjadi zarah kecil dan tubuh akan menghilangkan atau mengeluarkan tinta itu melalui lymphatic system.

"Menghilangkan tatu yang terletak di anggota bawah dan tangan lebih sukar daripada menghilangkan tatu di wajah dan leher kerana ia lebih dekat dengan jantung dan boleh dipam ke luar dengan lebih cepat," Chatburn menjelaskan.



Sumber: Tribunnews.com

Begini caranya kami belanjakan RM42 bilion, kata presiden 1MDB

Syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menjelaskan hutang bernilai RM42 bilion digunakan untuk membeli penjana kuasa bebas (IPP), tanah dan dana pelaburan di Brazen Sky serta Aabar Investment.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam satu kenyataan berkata, terdapat banyak spekulasi ke atas penggunaan wang RM42 bilion yang dibangkitkan terhadap syarikat pelaburan negara itu khususnya RM27 bilion yang didakwa hilang atau lesap.

"Kami menyediakan ringkasan mengenai ke mana hutang RM42 bilion digunakan, maklumat yang didedahkan sepenuhnya ini sudah diaudit dan diumumkan kepada umum membabitkan akaun dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

"Kami percaya penjelasan ini akan memperjelaskan segala kekeliruan mengenai perkara ini," kata Arul dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan carta disertakan bersama kenyataan rasmi Arul, RM18 bilion sudah dibelanjakan untuk pembelian IPP manakala RM15.4 bilion dilaburkan ke dalam dana saham seperti Brazen Sky dan Aabar Investments.

Selepas mengambil kira sebanyak RM5.8 bilion dalam perbelanjaan wang dan RM1.7 bilion dalam kos tanah, 1MDB sekarang mempunya RM900 juta lebihan tunai.

Daripada RM18 bilion yang dibelanjakan untuk sektor IPP, RM8.5 bilion dibelanjakan untuk pembelian Powertek, RM2.3 bilion bagi Loji Kuasa Kuala Langat, RM1.2 bilion bagi loji kuasa Jimah dan 1MDB menanggung sejumlah RM6 bilion hutang sedia ada.

1MDB juga membayar sebanyak RM6.1 bilion bagi pelaburannya dalam saham Brazen Sky, RM4.2 bilion dana pelaburan Aabar Investment dan RM5.1 bilion lagi kepada 1MDB Gil Fund.

1MDB membayar RM200 juta untuk pemilikan tanah TRX, RM400 juta bagi pembangunan Bandar Malaysia dan RM1.1 bilion lagi untuk pembelian sebidang tanah di Air Itam, Pulau Pinang.

Kira-kira RM4.5 bilion dibelanjakan untuk menanggung kos pentadbiran dan gaji pekerja, RM900 juta untuk kos pertukaran asing manakala RM400 juta lagi digunakan membayar cukai.

Kritikan semakin memuncak terhadap syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu yang ditubuhkan pada 2009 apabila mencatatkan hutang sehingga RM42 bilion dan disokong Putrajaya.

Jabatan Audit Negara kini sedang memeriksa buku kira-kira 1MDB, dengan laporan awal dijangka dikemukakan kepada Parlimen pada bulan Jun ini, manakala PAC mula melakukan siasatan ke atas syarikat itu pada 19 Mei lepas.

Arul gagal menghadiri siasatan bersama PAC Selasa lepas dan kemudian menjelaskan bahawa beliau berada di luar negara ketika itu.

Beliau berkata beliau tidak dapat menghadiri sesi pendengaran siasatan kerana beliau hanya menerima notis daripada Kementerian Kewangan pada 21 Mei lepas. - TMI


Menang atau kalah, dua-dua pun boleh terus khidmat

PENDIRIAN Pas tidak akan berganjak untuk terus membela nasib orang Melayu dan Islam.

Muktamar Pas kali ini juga diharap dapat memberi peluang kepada ahli fokus isu rakyat dan memberi tempoh bertenang kepada rakan  partinya, DAP yang dikatakan banyak memberi kritikan sehingga PR dikatakan sedang bergolak.


Ikuti temubual Ketua Wartawan Sinar Harian Pahang, Aswany Omar bersama Naib Presiden Pas, DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN berkaitan beberapa perkara membabitkan sekutunya, PR dan beberapa isu berkaitan Pas.

Datuk bakal menentang Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk kedudukan nombor dua parti pada pemilihan kali ini. Apa yang Datuk harapkan pada pemilihan kali ini.

Sudah tiga penggal saya dicalonkan, tetapi saya tolak dan kali ini saya terima. Tapi ahli-ahli parti perlu pilih yang terbaik yang yakin boleh beri sumbangan.

Bagi saya, Pas mesti kuat. DAP sudah mencapai tahap maksima dan bebanan terletak pada pada Pas dan Pas mesti mendapat undi Melayu. Sekarang orang Melayu yang melihat Pas lebih tegas hari ini menjadikan peningkatan ahli Pas lebih 100 peratus di kawasan Felda dan kampung.


Boleh Datuk jelaskan apa yang berlaku dalam Pas ketika ini hingga ada yang menyatakan berlaku kemelut dalaman Pas membabitkan kumpulan pro Ulama dan kumpulan Profesional?

Itu memang tidak betul kerana bagi saya, beberapa usaha cuba menggambarkan Pas dalam dua kumpulan seperti yang berlaku sebelum ini, cuba membawa pas supaya dilihat  tidak cenderung kepada Pas dan cenderung kepada PKR.

Muktamar Pas kali dilihat bakal mencipta sejarah tersendiri dalam kepimpinan Pas, Apa yang Datuk harapkan pada pemilihan kali ini.

Saya harapkan kali ini seluruh perwakilan menghormati dan memelihara akhlak  dalam Pas, tidak timbulkan polemik dan jangan ada yang bertindak memboikot atau memulau ucapan daripada siapa sekali pun kerana kepimpinan itu adalah yang dipilih oleh muktamar lalu, Jangan juga ada kumpulan yang mengapi-apikan, provokasi atau ejekan.

Bagi saya menang, pegang jawatan dan yang  kalah bukan bererti dia dikalahkan. Dalam Pas, dipilih atau tidak dipilih, parti tetap memberi peluang untuk menyumbang kepada parti.

Hubungan Pas dengan DAP dilihat semakin renggang terutamanya melibatkan isu hudud yang mendapat tentangan hebat DAP.

Kita mengadakan mesyuarat akhir Majlis Pimpinan PR beberapa hari sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara.

Selepas itu, tiada lagi mesyuarat pimpinan, tapi mesyuarat di peringkat negeri berjalan macam biasa. Hubungan dengan DAP kritikal terutama apabila pimpinan tertinggi DAP sering kali mengkritik Presiden (Abdul Hadi) secara profesional dan mempertikaikan perkara yang kita anggap campur tangan dalam dasar dan polisi Pas.

Bagi saya, kita tak boleh terima pihak luar yang mengkritik Presiden sebab semua ahli Pas memang mendukung kepimpinan Presiden. Saya tegur tindakan DAP kerana tidak membantu memperkukuhkan PR.


Mohamad Sabu baru-baru ini mengkritik kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka. Apa pandangan Datuk terhadap tindakan beliau itu?

Saya dapat maklumat, apa yang dilaporkan dalam media itu tidak betul. Dia sebut bahawa hasil muafakat kita berjaya menang. Pandangan dia, dalam konteks muafakat bersama.

Katanya, walaupun hebat, tapi gagal, maksudnya kita berjaya hasil muafakat dan ini normal. Mungkin beliau akan ambil tindakan undang-undang kepada media terbabit kerana memutarbelitkan kenyataannya. Ada tegurannya dianggap sinis yang boleh diinterpretasikan oleh media. Sebenarnya ‘double meaning’ ni boleh dianggap macam-macam oleh orang lain.


Tindakan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng secara terbuka mengkritik Presiden Pas hingga mengakibatkan kepimpinan Pas serta ahli pas tidak berpuas hati dengan tindakan itu, apakah pandangan Datuk?

Pertama kita lihat isu yang berlaku di Selangor yang mungkin menjadi pencetus kepada polemik sekarang, kemudian sambung lagi isu hudud dan pilihan raya tempatan (pilihan raya kecil) di Penang yang ditolak Pas dan pergolakan makin panjang.

Ketegasan Presiden Pas dianggap sebagai  menyusahkan, tapi bagi saya, beliau (presiden) bertindak atas prinsip Pas dan bukan berjuang secara peribadi dan bukan membela ahli keluarga atau diri sendiri. itu yang perlu kita hormati.

Pas mengambil masa berapa lama lagi untuk bersama DAP jika parti itu terus mengkritik.

Yang membabitkan dasar, kita serah pada Majlis Syura dan Jawatankuasa Ulama untuk melihat. Kalau dia (DAP) ambil sikap tidak boleh kerjasama dengan Pas, kita perlu ada satu pendirian sebab Pas pun ditendang keluar PKR dan DAP di Sabah dan Sarawak, tapi Pas masih sabar dan kita akan bergerak sendirian.

Sekiranya Datuk terpilih, bagaimana Datuk mahu selesaikan kemelut dalaman Pas serta kemelut yang sedang melanda Pas dan DAP.

Saya tidak mahu berjanji perkara yang besar kerana tidak mungkin boleh berjaya tanpa dukungan dari seluruh ahli. Untuk satukan Pas sama ada ulama atau profesional, perlu balik pada akhlak Islam dan satukan semula pemikiran kita.

Lagipun pengaruh media baharu tidak boleh dikawal dan telah pecah belahkan gerakan Islam dunia. Saya ambil sebagai satu cabaran untuk eratkan ukhuwah dalam kalangan ahli.

Selepas muktamar, kita boleh himpunkan semua ahli dan adakan program di peringkat kawasan dan negeri. Dalam PR pula, kita perlu tempoh bertenang untuk masing-masing perkukuhkan parti atau baiki kelemahan yang ada sebelum pilihan raya umum depan.

Kita kekalkan jawatankuasa yang ada dan peringkat pimpinan, perlu perbetulkan sikap.... tiada masalah, kita boleh duduk semeja. Tapi kalau orang kritik dan hentam kita dan kata macam-macam, saya fikir, semua orang tidak akan sanggup.

Pas dilihat mampu menggantikan Umno sebagai kuasa orang Melayu dan Islam dalam pentadbiran negara sekiranya kepercayaan rakyat terhadap Umno terus hilang, apa pandangan Datuk dan apa yang Pas akan laksanakan ketika itu.

Memang masa depan orang Melayu dilihat pada Pas dan bukan pada Umno. Umno dilihat parti yang berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air, tapi hari ini orang dah tak bercakap perkara itu. Harapan masyarakat yang berfikir memang pada Pas.

Kita harap, Pas dapat ambil peranan membela hak dan nasib orang Melayu. Bagi Pas, apabila akidah selamat akan selamat ekonomi, politik dan undang-undang. - SH

Pesawat terhempas di Kelantan, Juruterbang cedera Parah




TERHEMPAS: Pesawat latihan penerbangan milik Asia Pasific Flight Training (APFT) terhempas di Pengkalan Chepa, Seorang juruterbang pelatih cedera parah.




Sebuah Pesawat Latihan Terhempas di Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan 28/4/2013 Jam 1230. Seorang juruterbang pelatih terselamat namun mengalami kecederaan parah. Pesawat terhempas di kawasan lapang berhampiran Taman Kurnia Jaya Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan. Kawasan adalah bersebelahan dengan Lapangan Terbang Ismail Petra Kota Bharu.

Gambar Belangkas