Wednesday, June 3, 2015

AKHIRNYA !!! Gadis ini Tewas ‘DIPUKAU’ Untuk BOGEL & Dirakam !






Ampang: Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita (Cik Wawa ) yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500.


Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina.


Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya.


“Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel.


“Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek,” katanya.


Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik.


“Suspek kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video aksi itu disebarkan.

“Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akuan bank diberikan wanita itu sebagai ‘tebusan’ bagi memastikan video itu dipadamkan,” katanya. 

Godzilla akhirnya diberi taraf warganegara Jepun


 Shinjuku memberikan status warga negara kepada 'penduduk' baru bernama Godzilla, tokoh budaya pop Jepun.

Sebagai sebahagian daripada perayaannya, Pejabat Bandar Shinjuku memberi 3,000 salinan  sijil Godzilla kepada para peminatnya.

Godzilla's citizenship certificate

Name: Godzilla

Address: Shinjuku-ku, Kabuki-cho, 1-19-1

Date of birth: April 9, 1954

Reason for special residency: Promoting the entertainment of and watching over the Kabuki-cho neighborhood and drawing visitors from around the globe

Previous visits to Shinjuku Ward: 3 times; Godzilla (1984), Godzilla vs King Ghidorah (1991), Godzilla 2000 Millennium (1999)




Watak Godzilla pertamakali muncul dalam filem Ishiro Honda tahun 1954, diikuti oleh kemunculannya pada siri filem tokukatsu.

Syarikat filem Jepun akan mengeluarkan filem Godzilla terbaru pada tahun 2016, selepas kejayaan filem buatan Hollywood tahun 2014 yang diarahkan Gareth Edwards.

Shinjuku adalah sebahagian bandar Tokyo, di mana terdapat stesen kereta tersibuk dunia. Selain itu juga terdapat dewan bandaraya Tokyo, disamping bangunan pencakar langit serta perumahan penduduk dengan kepadatan kira-kira 17,000 orang per km2.
 



Sumber: Tribunnews.com

FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA.

Segmen :  " FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA "

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Jom join segmen ni dengan hanya click pada banner di atas. :)

Sesiapa buang sampah di merata-rata tempat lebih bodoh daripada beruk


BUTTERWORTH: Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengeluarkan empat papan tanda yang mengatakan bahawa sesiapa membuang sampah di merata-rata tempat adalah lebih bodoh daripada beruk.

Papan tanda itu dikeluarkan dalam tiga bahasa yang memaparkan gambar seekor beruk menjelirkan lidahnya.

Ahli Majlis bagi MPSP, David Marshel berkata, papan tanda itu hanya ditempatkan di kawasan pembuangan sampah secara haram.

"Saya percaya mesej itu dapat disampaikan kepada orang awam. Kita meletakkan papan tanda ini di Taman Kepar dekat sebuah sekolah dan kadar sampah yang dibuang menurun hampir ke paras sifar sekarang berbanding satu tan seminggu sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, majlis perbandaran itu belum ada perancangan untuk meletakkan lebih banyak papan tanda setakat ini.

Marshel berkata, pendekatan baharu itu digunakan kerana papan tanda sebelum ini yang mengatakan jumlah denda yang dikenakan tidak berkesan untuk mengatasi pembuangan sampah secara haram.


Sumber: mstar.com.my

Makanan Hampir Pupus Perak - Nasi Lemuni

Nasi Lemuni
Nasi Lemuni yang telah siap dan sedia untuk dimakan

Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini
Kerabu Umbut Bayas 
Kulat Sisir
Penjan Ubi
Ikan Pindang Daun Seniar
Kebebe
Gulai Kemahang

Moh kome, kali ni awok nak kome kenal dengan sejenis Nasi yang hampir pupus di Perak.....

Nasi Lemuni
Nasi Lemuni masih boleh ditemui semsa bulan puasa disekitar Kuala Kangsar dan Lenggong....
Ianya tidak dimasak seperti menanak nasi biasa disebabkan nasi ini perlu dimasak dengan menggunakan daun lemuni yang sukar diperolehi....
Nasi ini sesuai dan sering disediakan untuk wanita didalam pantang selepas bersalin...

Nasi Lemuni
Antara bahan dalam pembuatan Nasi Lemuni

Sumber/Bahan:
Beras
Daun Lemuni
Santan Kelapa
Halia
Bawang Merah
Serai
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Lada Hitam
Halba
Garam

Cara Membuatnya:
Bawang merah dan halia dimayang halus....
Daun Lemuni ditumbuk lumat dan direndam didalam secawan air, ditapis dan diambil airnya....
Kemudian beras dibasuh bersih sebelum digaul dengan santan dan air daun lemuni....
Masukkan semua bahan dan digaul dengan garam secukup rasa.....
Kemudian ianya dimasak dengan api sederhana...
Apabila mendidih, hendaklah dikacau dan ditutup semula...
Kecilkan api dan biar seketika hingga masak.....

Indonesia Dipastikan Terhapus Dari 6 Turnamen Internasional


Yoechua Blog - Seiring kisruh yang belum menemukan titik terang didalam tubuh PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) kini semakin terpuruk. Permasalahan dalam sepak bola Indonesia memang sudah sekian lama seakan menjadi penyakit yang tidak kunjung sembuh. Berbagai sanksi pun sudah terlalu sering diterima Indonesia dari Federation of International Football Association (FIFA). Prestasi

Ikan laut dalam gergasi dijumpai terdampar

Ikan jenis Oarfish yang ditemui Isnin lepas. - Foto CNN

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Seekor ikan spesis laut dalam yang dikenali sebagai 'Oarfish' dijumpai terdampar di pantai pulau Catalina, Isnin lepas.

Menurut laporan CNN, ikan tersebut berukuran 17 kaki panjang.

Wanita tersebut, Annie MacAulay memberitahu, dia membawa anaknya untuk bermain kayak di pulau tersebut.

Katanya, dia sedia maklum mengenai spesis ikan tersebut, namun tidak pernah menemuinya.

"Saya kebetulan berada di sini," kata beliau yang juga menyandang jawatan presiden dalam organisasi Mountain and Sea Adventures, sebuah organisasi kesedaran alam sekitar.

Difahamkan, kali terakhir Oarfish ditemui di pulau Catalina adalah pada Oktober 2013.

"Ikan tersebut dipercayai hidup pada kedalaman 3,000 kaki.

"Tidak ramai yang menyelidik mengenai ikan tersebut, jadi tingkah laku dan populasi ikan tersebut tidak diketahui," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Institusi Marin Pulau Catlina pada 2013.



Kredit: Sinar Harian

Gambar Belangkas