Thursday, April 30, 2015

Sekat Pintu Kereta Api Dengan Dinding Batu-Bata Sebagai Gurauan


POLIS Jerman kini sedang menyiasat individu tidak bertanggungjawab yang membuat gurauan 'prank' dengan membina dinding batu-bata untuk menyekat salah sebuah pintu kereta api.

Portal Mirror melaporkan tindakan berkenaan menyebabkan pengendali perkhidmatan kereta api itu perlu menanggung kerugian akibat kerosakan yang dialami.

Pihak polis kini melancarkan siasatan untuk menjejaki mereka yang bertanggungjawab membuat gurauan 'prank' itu yang hanya disedari selepas kereta api tersebut beroperasi.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan di depot kereta api di mana mereka yang tebabit memecah masuk pengangkutan awam itu dan membuat dinding batu-bata dengan menggunakan simen bagi menutup salah sebuah pintu.

Difahamkan, gurauan 'prank' itu hanya disedari selepas kereta api melepasi 12 stesen di laluan S11 di Hamburg, utara Jerman sebelum laporan mengenai kejadian dibuat pada Selasa lalu.

Pihak polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.

Mereka turut memberi amaran bahawa tindakan seumpama itu boleh disabitkan hukuman penjara maksimum lima tahun. - MIRROR



mstar.com.my

Eshima Ohashi, jambatan curam dan mengerikan di Jepun

Jambatan Eshima Ohashi. ©Independent
 
 Jambatan curam tersebut menghubungkan Kota Matsue di Perfektur Shimane, dan Kota Sakaiminato di Perfektur Tottori. Jambatan itu memang sengaja dibentuk curam supaya kapal kargo boleh melewati sungai Nakaumi di bawah jambatan tersebut, seperti yang dilaporkan oleh laman Mirror, Rabu (29/4).


Jambatan Eshima Ohashi menduduki tempat ketiga sebagai jambatan tercuram di dunia. Jambatan Millau Viaduct di Perancis dikatakan lebih tinggi dari menara Eiffel menduduki tempat kedua jambatan paling mengerikan di dunia. Jambatan Sidhue di China menduduki peringkat pertama dengan ketinggian 1509 kaki yang menghubungkan bandar Shanghai dan Chendo.



Sumber: Merdeka.com

(Gambar) seekor unta dimasak dalam oven gergasi

Seekor unta seberat 450kg disalut dengan perapan misteri yang mengandungi 36 herba serta telur dan lada hitam terpaksa diangkat menggunakan kren untuk dimasukkan ke dalam tanur untuk dimasak.

Chef menghabiskan masa lima hari membina tanur besar tersebut dengan menggunakan lebih 10,000 batu bata.

Pesta unta panggang ini merupakan sebahagian dari  festival pelancongan di Xinjiang di barat laut China.
 









dailymail.co.uk

7 ahli kongsi gelap didakwa

KLANG 30 April - Perbuatan ganas sekumpulan tujuh lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap dalam kejadian kebakaran dan pembunuhan seorang pengawal keselamatan di Bandar Bukit Raja, dua minggu lalu membawa padah apabila kesemua mereka hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.

Tertuduh-tertuduh iaitu M. Yugaraj, 23; B. Saravanan, 33; N. Mageswaran, 25; N. Yogeswaran, 22; U. Kunalan, 22; C. Reshiwaran, 22; dan E. Sasikumar, 26, kini berdepan dengan hukuman di tali gantung setelah mereka didakwa atas tuduhan membunuh Muhammad Ridzhuan Che Bai, 26.

Mengikut pertuduhan, ketujuh-tujuh tertuduh didakwa te­lah berkumpul secara haram dan membunuh pengawal keselamatan tersebut di 11-Avenue, Bandar Bukit Raja, di sini kira-kira pukul 2 pagi, 18 April lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh yang be­kerja sebagai penarik kereta, penghantar surat khabar dan pe­ngawal keselamatan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mariam Maran Abdullah.

Tiada pengakuan direkodkan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 16 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rizal Azani Zainal Adzam manakala tertuduh diwakili peguam bela S. Saravanan dan P. Uthayakumar.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, sekumpulan lelaki bertindak ganas menyerang tujuh pengawal keselamatan dan membakar tiga pondok kawalan, menyebabkan seorang daripadanya maut selepas ditetak dengan parang sebelum dibakar.

Kejadian itu dipercayai berpunca akibat berebut kawasan kawalan keselamatan dan enam lagi rakan setugas mangsa yang sedang membuat rondaan turut cedera parah akibat ditetak. - Utusan

'Penghendap' Buat Carian Nama Mangsa 40,000 Kali Di Google Dipenjara

Fogel (kiri) mengganggu hidup Waxman (kanan) selama 12 tahun.

SEORANG 'penghendap' yang membuat carian nama mangsanya sebanyak 40,000 kali setahun di laman web Google dipenjara kerana membuat gangguan selama 12 tahun.

Portal Mirror melaporkan bahawa Elliot Fogel, 40, bekas penerbit Sky Sports, membuat gangguan terhadap Claire Waxman menerusi panggilan telefon, kiriman kad Hari Kekasih (Valentine's Day) malah menyamar sebagai bakal bapa di pusat jagaan kanak-kanak demi menarik perhatiannya.

Dia sudah pun mendapat tiga perintah sekatan selepas lebih sedekad 'menganggu' mangsanya tetapi masih berterusan untuk berhubung.

Fogel dipenjarakan selama tiga tahun dan enam bulan untuk dua pertuduhan kerana melanggar perintah sekatan yang keluarkan pertama kali pada 2005.

Perintah itu melarangnya daripada berhubung atau menyimpan maklumat mengenai mangsa.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Fogel digelar oleh pihak pendakwaan sebagai "penghendap yang tidak akan berhenti membuat gangguan" dan dipenjarakan selama dua tahun selepas mengirimkan kad ulang tahun kepada mangsa yang menandakan enam tahun perintah sekatan dikenakan terhadapnya.

Dia membuat carian nama Waxman sebanyak 40,000 kali di laman web Google, menyamar sebagai bakal bapa di pusat jagaan kanak-kanak, memecah masuk kereta mangsa dan membuat beratus-ratus panggilan terhadap mangsa pada lewat malam.

Mahkamah Harrow Court menyifatkan Fogel sebagai seorang individu yang "kompulsif, penghendap keterlaluan yang membuatkan hidup Waxman sengsara selama 12 tahun". - MIRROR


mstar.com.my

Media, artis kutuk Jokowi

WAJAH Presiden Indonesia, Joko Widowo atau Jokowi menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar di Australia selepas mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah dadah, kumpulan Bali Nine, semalam di Cilacap, Jawa Tengah.


Daripada sembilan pesalah itu, dua daripadanya, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran adalah warga Australia manakala hukuman seorang pesalah warga Filipina, Marry Jane Veloso ditangguh selepas seorang individu mengaku menjadikannya sebagai keldai dadah.

Media berpengaruh di Australia, The Courier Mail, menampilkan foto Jokowi dengan tangan berlumuran darah sebagai simbol pasca pelaksanaan hukuman mati tersebut.

Kecaman terhadap Jokowi turut dilemparkan oleh beberapa artis band rock seperti Napalm Death, Black Sabbath dan Guns N' Roses.

Dalam satu temubual, Jokowi berkata, hukuman itu sesuai dengan kesalahan mereka jika ingin dibandingkan dengan jumlah kematian rakyat negara itu akibat dadah.

Menurutnya, kira-kira 50 rakyatnya mati dalam sehari atau 18 ribu maut dalam setahun akibat dadah.

Sementara itu, Australia memanggil balik kedutaannya di Indonesia sejurus hukuman itu dilaksanakan.

Perdana Menteri Tony Abbott berkata, tindakan itu dibuat untuk satu rundingan selepas mayat dua rakyatnya dikembalikan kepada keluarga masing-masing.

Agak-agak la nak fitnah pun



Ingat puak pemuda pas lapar sangat ke duit haram tu?

Gambar Belangkas