Sunday, April 19, 2015

Kerusi Lipat Titanic Dilelong Lebih Setengah Juta Ringgit


SEBUAH kerusi lipat diperbuat daripada kayu yang ditemui dari bangkai kapal Titanic dijual pada £100,350 (RM543,836.73) dalam satu majlis lelongan.

Portal Daily Mail melaporkan bahawa kerusi berkenaan untuk kemudahan penumpang kelas pertama bersantai di kapal itu, telah ditemui oleh pasukan mencari di Lautan Atlantik selepas Titanic karam pada 1912.

Bergelar sebagai 'salah satu jenis koleksi Titanic yang paling jarang ditemui', ia pada mulanya adalah kerusi yang rapuh untuk diduduki tetapi telah dipelihara dengan baik.

Sebelum ini, kerusi tersebut dimiliki oleh seorang pengumpul warga British selama 15 tahun.

Kerusi itu diperbuat daripada kayu jati dengan berukuran 57 inci panjang, 23 inci lebar dan 35 inci tinggi.

Ia mempunyai lambang bintang dengan lima bucu yang merupakan logo White Star Line, syarikat yang memiliki kapal Titanic.

Andrew Aldridge, seorang pelelong bagi syarikat Henry Aldridge and Son menyifatkan kerusi itu merupakan salah satu bahan penting bagi memperingati Titanic.

Beliau berkata: "Adalah sukar untuk mencari sesuatu bersaiz itu di dalam Titanic, yang telah diselamatkan dan masih wujud sehingga ke hari ini."

Titanic karam pada pukul 10.20 malam apda 14 April 1912, mengakibatkan kehilangan 1,522 nyawa. - DAILY MAIL


mstar.com.my

Selfie Mia Ahmad yang Mengancam !





Pasti ramai yang mengikuti cerita yang di siarkan di TV3 iaitu Hati Perempuan.Pelakon wanitanya Mia Ahmad menjadi perhatian di kalangan penonton.

Tampil dengan imej bertudung, itu tidak menghalang Mia Ahmad menampilkan lakonan mantap.

Lana Nordin Malu dituduh Tidak Memakai Coli Semasa Majlis Makan Malam

Gambar Lana Nordin yang dikutuk peminat di Instagram - Tindakan seorang peminat dikenali Ainiazmi yang menegur secara langsung gambar seksi Lana yang dimuatnaik di Instagram telah mengundang reaksi kurang senang pelakon seksi ini.

Lana Nordin secara terbuka membalas komen peminat tersebut dengan jawapan yang agak keras dan emosi. Berikut adalah komen yang dihantar oleh peminat tersebut di Instagram Lana.


Ini pula ialah jawapan keras Lana Nordin sejurus sahaja membaca komen Ainiazmi yang dirasakannya suka menjaga tepi kain orang lain tetapi belum tentu dirinya baik dan tidak berdosa.




Di bawah ini ialah beberapa gambar terkini Lana Nordin yang amat seksi dan bakal mengundang kontroversi di kalangan peminat nanti.
















Salam Rejab- Admin Kerabu Bersuara



| Salam Rejab |

Bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam ini adalah merupakan Syahrullah (Bulan Allah), bulan yang sangat dimuliakan dan amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan. Rejab merupakan pintu gerbang kepada bulan-bulan mulia yang bakal menyusul, iaitu Bulan Syaaban, Ramadan dan juga Syawal.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Sesungguhnya dalam bulan ini Allah menganugerahkan rahmat dan keberkatan yang amat banyak kepada hamba-hambaNya. Sesiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan. Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya’aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya’aban dengan malam Nisfu Sya’aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadr. Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini. Di antara amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya. Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar. Sepanjang Rejab, Allah melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat darjat di dalam syurga.

Allah melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain. Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang besar. Sesiapa bersedekah dalam bulan Rejab diberi ganjaran setiap sehelai bulu roma di tubuhnya dengan 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapus 1000 kejahatan.

Flamingo hitam ditemui di Cyprus

Foto: REUTERS / Marinos Meletiou

Seekor flamingo aneh berwarna hitam berjaya dirakam oleh seorang jurugambar di sebuah tasik di Akrotiri, Cyprus baru-baru ini.


Pakar meyakini flamingo berbulu hitam itu mengalami keadaan genetik yang jarang berlaku iaitu melanism yang membuatkan burung itu berwarna hitam legam seperti dilapor Mirror.co.uk.

Saturday, April 18, 2015

Teori Interstellar


Pernahkah anda terfikir, bahawa masa atau waktu yang anda miliki kini, sama dengan 'seseorang' yang berada 5 juta tahun cahaya dari planet yang anda diami kini? Adakah masa atau waktu yang anda rasakan sekarang sama dengan 'seseorang' yang berada di bibir lohong hitam yang sedang berada pada tahap klimaks daya gravitinya? Adakah masa atau waktu yang anda tahu kini,sama dengan 'seseorang' yang berada di tengah-tengah pusat bumi? Pernah tak anda terfikir,jika suatu ketika... semua sel-sel dan zarah-zarah tidak berubah, atau pegun...adakah masa dan waktu itu benar-benar wujud ketika itu? 

Teori Sains - Interstellar secara mudahnya memberitahu kita bahawa:
Alam semesta yang kita lihat yakni jasad-jasad di langit itu sebenarnya imej yang wujud pada masa lampau. Pertimbangannya ialah imej matahari yang sampai kepada kita itu adalah lewat 8 minit dari imej terkini matahari pada masa-nyata. Yakni, jika seseorang berada hanya satu meter di hadapan matahari, maka dia melihat matahari 8 minit lebih awal dari kita di bumi.
Dokumentari The Science of Interstellar dari Discovery Channel kali ini akan membawa anda menyelami teori sains yang diketengahkan oleh pengarah Christopher Nolan dalam filemnya, Interstellar.


Bekas tentera buru pemburu haiwan liar

Kinessa Johnson

ARUSHA - TANZANIA. Seorang bekas tentera yang menyertai kempen perlindungan haiwan liar Afrika (VETPAW) meraih perhatian pencinta hidupan liar seluruh dunia.

Kinessa Johnson yang merupakan seorang veteran dari kempen ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan berkata, tujuan pernyertaan beliau bukan untuk mencedderakan sesiapa.

"Tapi kami diberi kuasa (untuk menggunakan senjata) jika kami rasa diancam," kata Johnson.

Menurut Independent.co.uk, tindakan seorang pemburu, Rebecca Francis yang berbangga dengan aktiviti memburu telah mencetuskan kemarahan ramai pencinta hidupan liar.


Sumber: Sinar Harian

Gambar Belangkas