Sunday, April 12, 2015

Pelik: Lelaki Bela Lintah Gergasi, Beri Darahnya Sebagai Makanan


SEORANG lelaki Jepun mempunyai tabiat pelik dengan menjadikan lintah gergasi sebagai haiwan peliharaan.

Perkara tersebut mendapat perhatian selepas video yang dimuat naik ke YouTube pada Sabtu telah tersebar luas dengan menunjukkan lelaki tersebut memberi darahnya sebagai makanan lintah itu.

Lintah gergasi yang diperkatakan dilihat sama panjang dengan saiz lengan lelaki itu dan sumber memberitahu ia akan menghisap darah tuannya secara berkala.

Sedia maklum, lintah merupakan spesis haiwan yang menghisap darah namun aktiviti yang dilakukan lelaki itu bersama lintah gergasi peliharaannya memberi satu kejutan.

Lintah gergasi itu mungkin dijadikan sebagai perantara untuk bahan upacara ritual bagi kepercayaan sesetengah individu.




Sumber: mstar.com.my

Benarkah minuman berkultur penyebab kanser?

Mesej yang tersebar di Facebook

Minuman berkultur bukan penyebab kanser

AUTA

Satu mesej tersebar di media sosial mengenai seorang ibu yang kematian anak akibat kanser, dikatakan berpunca daripada minuman berkultur.

Menurut mesej itu, doktor pakar yang merawat kanak-kanak tersebut memaklumkan bakteria hidup yang berada di dalam minuman berkultur itu mengaktifkan sel kanser.

Doktor pakar tersebut juga dikatakan memberitahu sampel air sum-sum dari tulang belakang kanak-kanak itu mempunyai banyak bakteria daripada minuman yogurt tersebut.

"Doktor yang beritahu (perkara itu) siap merayu supaya kami jangan bagi anak-anak minum (minuman berkultur)," menurut mesej itu.


FAKTA

Dakwaan minuman berkultur boleh menyebabkan sel kanser menjadi aktif yang viral di laman sosial kini tidak disertakan dengan bukti dan mempunyai beberapa kemusykilan kerana kuman probiotik digunakan dalam minuman tersebut disahkan selamat bagi individu sihat, termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Pakar perubatan, Dr Zubaidi Ahmad berkata, minuman itu selamat dan dikatakan dapat merawat beberapa penyakit secara semula jadi dan tanpa ubat jika diambil oleh individu sihat.

"Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.

"Ini termasuk pesakit HIV/Aids, orang yang baru menerima derma organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan, pesakit diabetes, kanser dan yang sedang menerima rawatan untuk kanser, pesakit ginjal dan menjalani rawatan dialisis, pesakit autoimun seperti SLE, pesakit yang mendapat rawatan steroid dan pesakit yang telah menjalani pembedahan usus," katanya yang dipetik menerusi blognya drzubaidi.com.

Katanya, pemilihan kuman probiotik mestilah memenuhi syarat termasuk terbukti selamat untuk kegunaan manusia, dapat hidup dan membiak dalam usus dan mampu hidup walaupun terdapat asid perut dan hempedu.

"(Selain itu, kuman probiotik) perlu terbukti secara saintifik mempunyai kesan baik, boleh didapati dalam jumlah yang mencukupi untuk memberi kesan pada kesihatan tubuh dan bakteria probiotik tidak tinggal dalam usus dan akan dikeluarkan ketika buang air besar," katanya



Sumber: Sinar Harian

Saturday, April 11, 2015

BUNYI GONG BERMAKSUD ADA KEMATIAN


BUNYI paluan gong sayup-sayup kedengaran di Kampung Ansip, Keningau, Sabah. Bunyi itu menandakan terdapat kematian yang berlaku dalam sesebuah keluarga.


Sejurus gong dipalu, semua penduduk kampung perlu berhenti daripada melakukan apa-apa aktiviti. Jika ada yang masih berdegil, mereka perlu memberi seekor babi kepada keluarga si mati.

Selang beberapa minit selepas gong dibunyikan, seluruh ahli keluarga dan penduduk kampung berkumpul di rumah keluarga si mati untuk menangisi dan meratapi pemergiannya.

Mayat kemudian akan dimandikan, dikenakan pakaian cantik dan dibiarkan berada di rumah keluarganya selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau iaitu tempayan yang diperbuat daripada tanah liat.

Bekas itu boleh didapati dalam pelbagai saiz dan dibeli daripada penjual tajau.Selesai upacara memasukkan mayat, tajau itu akan diusung untuk diletakkan di lima sirap iaitu sebuah pondok besar dan tinggi.

Menurut pembuat lima sirap, Simon Susuru, bagi suku kaum Murut, mereka percaya urusan kematian perlu dilakukan dengan tertib dan mengikut adat resam bagi mengelakkan berlakunya sebarang bencana atau musibah.

Mereka percaya mayat yang sudah meninggal harus dikebumikan seperti kedudukan mereka di dalam rahim ibu,” kata Simon.


Bomoh Babalian
Tambah lelaki berusia 61 tahun itu, proses pengebumian masyarakat Murut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas pengebumian.

Sebelum pengebumian, ahli keluarga akan membunyikan gong dengan bunyi tertentu untuk memberitahu seluruh masyarakat kampung bahawa terdapat keramaian bagi menghormati si mati.

Bunyi yang dihasilkan akan membawa maksud berbeza bagi mewakili jantina, pangkat dan punca kematian seseorang itu,” ujarnya sambil memberitahu aktiviti penguburan itu lazimnya diamalkan oleh masyarakat kuno Murut di Sabah sejak beratus bertahun lalu.

Simon yang merupakan suku kaum Murut daripada etnik Paluan berkata, pukulan gong itu akan dilakukan pada tiga hari berturut-turut.

Paluan pada hari pertama untuk mengkhabarkan terdapat kematian, manakala hari kedua bagi memaklumkan yang mayat masih berada di rumah.

Pukulan gong pada hari terakhir adalah untuk memberitahu mayat sudah dikebumikan.


Racun lontong
Bercerita lanjut, Simon memberitahu, pada hari ketiga, barulah mayat akan dimasukkan ke dalam tajau berkenaan.

Untuk memasukkan mayat ke dalam tempayan itu, terdapat satu upacara yang akan dilakukan oleh bomoh Babalian yang dipercayai boleh berhubung dengan kuasa ghaib.

Upacara yang perlu dilakukan bomoh itu adalah menyiram mayat dengan air panas untuk melembutkan otot dan tulang-temulang mereka supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam tajau tersebut.

Mayat ini dilipat seperti kedudukan bayi dalam rahim ibu sebelum dimasukkan ke dalam tajau. Jika tidak muat, mayat ini dimampatkan sedikit sehingga dapat dimasukkan. Pun begitu, perkara ini jarang berlaku kerana mayat seolah-olah akan bergerak sendiri seperti sudah tahu cara kedudukan mereka.

Pernah juga terjadi yang mayat tidak boleh dimasukkan langsung tetapi setelah dibaca mantera tertentu, akhirnya ia berjaya diletakkan dalam tempayan berkenaan, ceritanya lagi.

Selesai upacara memasukkan mayat, tajau akan ditutup menggunakan penutup dan diikat dengan raut kulit pokok damar supaya baunya tidak keluar.

Di sebelah bawahnya pula, tajau ditebuk dan diletakkan buluh bagi mengeluarkan air mayat. Masyarakat Murut akan mengambil air tersebut kerana mereka percaya cecair itu boleh dijadikan racun yang dipanggil lontong.

Tambahnya lagi, bomoh Babalian kemudiannya akan memasang lilin pada tajau bagi menghalau roh jahat selain menakutkan hantu serta syaitan daripada datang mengganggu.

Jika lilin itu terpadam pada hari pengebumian, mereka percaya sesuatu yang malang bakal berlaku kepada keluarga si mati.

Acara pengebumian berakhir dengan ahli keluarga si mati mengadakan jamuan bagi mengucapkan selamat jalan dan sebagai kepercayaan rohnya akan selamat ke syurga.

Dalam pada itu, pembantu pembuat lima sirap, Taruly Bantangan, 58, pula berkata, selesai upacara memasukkan mayat dalam tajau, bekas itu akan diusung untuk dibawa ke sebuah pondok yang telah disiapkan dalam tempoh tiga hari sejurus mendapat khabar kematian.

Jelasnya, lima sirap yang dibina di kawasan tanah lapang di dalam hutan mempunyai ketinggian tidak lebih daripada 2 meter dan dilengkapi tangga, atap serta pintu. Ia dibina tinggi daripada tanah bagi mengelakkan ancaman binatang buas dan kecurian.

Setiap lima sirap yang dibina akan dibuat berdasarkan identiti si mati. Bagaimanapun, nama mereka tidak diletakkan baik pada tajau mahupun pondok tersebut.

MAYAT akan dibiarkan selama dua hari di rumah keluaraga si mati sebelum dimasukkan ke dalam tajau.


Lima sirap
Jika yang mati itu merupakan seorang pahlawan misalnya, maka senjata tradisional seperti sumpit, parang dan puputul (baju lelaki yang diperbuat daripada kulit kayu) akan digantung pada pondok tersebut.

“Begitu juga jika yang meninggal itu seorang wanita, lima sirapnya memiliki hiasan lain yang bercirikan identiti dirinya,” jelas Taruly.

Tambahnya, lima sirap dibina menggunakan kayu daripada batang pokok lembut seperti cengal, meranti dan keruing. Atapnya pula dibina daripada daun pokok belian, manakala raut pepohon buluh dijadikan tali pengikat kerana pada zaman dahulu tiada paku.

Mayat itu akan ditempatkan di lima sirap buat selama-lamanya kerana ia merupakan tempat persemadian akhir, ujarnya.

Sementara itu, Ketua Unit Pemulihan Kraf dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah, Laurence Kintau berkata, kini sudah tidak ramai masyarakat Murut yang mengamalkan adat kematian seperti itu kerana zaman sudah berubah dan mereka bebas menganut agama masing-masing.

Dalam lingkungan 10,000 keluarga, dianggarkan hanya 10 hingga 15 peratus sahaja yang masih mengamalkan upacara pengebumian tersebut. Itupun dalam kalangan orang-orang tua yang tinggal di kawasan pedalaman sahaja.

Selebihnya, mereka akan melakukan upacara pengebumian mengikut kepercayaan agama masing-masing seperti ditanam atau diletakkan di dalam keranda,” katanya yang turut memberitahu, kos untuk melakukan pengebumian tradisional tersebut menelan belanja kira-kira RM5,000.

Debat terpanas di dunia, kucing ini naik atau turun tangga?

Foto: 9gag.com

Perdebatan panas kembali muncul di Internet. Kali ini, netizen sedunia sedang saling berdebat tentang gambar seekor kucing.

Kucing berwarna kelabu itu berada di sebuah tangga. Masalahnya, orang ramai berdebat sama ada kucing itu sedang turun atau menaiki tangga. Laman-laman berita yang berwibawa seperti National Geographic, the Daily Mail, hingga Business Insider mengadakan kolum khusus membincangkan foto yang menjadi viral tersebut.

Gambar yang membuatkan orang bertelingkah ini pertama kali muncul di laman komedi 9gag. Selepas diposkan, 3,675 orang telah memberi komen.

"Jelas kucing itu sedang turun. Lihat kedudukan jubin di tangga tersebut," kata akaun bernama sorath418.

Dari sudut pandang pakar tata ruang, mereka mendakwa haiwan comel ini turun.

Penggemar kucing, turut mengulas. "Kucing ketika menuruni sebuah tangga biasa mengangkat ekornya," tulis Alfredo Cuscutti.

Namun ramai juga yang meyakini haiwan ini menaiki tangga tersebut. "Lihat saja kepalanya mendongak," tulis akaun Capowar.

"Dari sisi fotografi, tidak mungkin bahagian atas yang seperti tingkat bawah itu kelihatan demikian kalau gambar ini diambil dari bawah. Jadi kucing itu pasti naik tangga," kata Asango K, pengguna Facebook yang ikut berdebat.

Jadi bagaimana menurut anda? naik atau turun?




Sumber: Merdeka.com

Makanan Khas Untuk Ahmad Maslan




Bagus untuk minda dan kecerdasan akal. Insya allah.

Mahkamah jatuh hukuman mati ke atas ketua Ikhwanul Muslimin

MESIR: Mahkamah Mesir mengesahkan hukuman mati terhadap ketua Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 11 defendan lain hari ini dan penjara seumur hidup ke atas seorang warga Amerika Syarikat-Mesir atas tuduhan keganasan.

Hakim Mohamed Nagy Shehata turut menjatuhkan mati ke atas dua defendan yang melarikan diri dan memutuskan hukuman penjara seumur hidup terhadap 23 tertuduh lain.

Semua defendan didakwa merancang demonstrasi keganasan dari ibu pejabat mereka di Kaherah selepas tentera menggulingkan Presiden dari Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi pada Julai 2013.

Di antara mereka yang dipenjara seumur hidup ialah Mohamed Soltan, warga AS-Mesir yang melancarkan mogok lapar. Bapanya ialah Salah Soltan antara 11 defendan yang dijatuhi hukuman mati. Bekas jurucakap sayap politik Ikhwanul Muslimin, Gehad Haddad turut dipenjara seumur hidup iaitu selama 25 tahun. Hukuman itu boleh dirayu di Mahkamah Agung yang sebelum ini menolak rayuan berpuluh hukuman mati.

Setakat ini, Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang ahli pertubuhan itu selepas Morsi digulingkan selepas didapati bersalah membunuh seorang belia ketika demonstrasi keganasan pada Julai 2013. - AFP

Liverpool Lancar Kit Baharu Tajaan New Balance


LIVERPOOL melancarkan kit baharu berwarna merah bagi saingan musim 2015-16 - kit rekaan pertama New Balance.

Berikutan itu, bintang kelab tersebut diminta meluangkan masa selama sehari untuk menggayakan kit berkenaan pada Jumaat.

Antara pemain yang terlibat ialah Raheem Sterling, Daniel Sturridge, Simon Mignolet dan Emre Can


Selain itu, kelab tersebut turut mendedahkan kit bagi perlawanan di tempat lawan yang berwarna hitam dengan garisan merah.

Bagaimanapun, banyak media mempersoalkan kehadiran Raheem Sterling kerana pemain itu akan hanya menjejaskan poster baharu kit itu sekiranya dia meninggalkan kelab berkenaan pada musim depan.




Sumber: mstar.com.my

Gambar Belangkas