Saturday, April 11, 2015

Liverpool Lancar Kit Baharu Tajaan New Balance


LIVERPOOL melancarkan kit baharu berwarna merah bagi saingan musim 2015-16 - kit rekaan pertama New Balance.

Berikutan itu, bintang kelab tersebut diminta meluangkan masa selama sehari untuk menggayakan kit berkenaan pada Jumaat.

Antara pemain yang terlibat ialah Raheem Sterling, Daniel Sturridge, Simon Mignolet dan Emre Can


Selain itu, kelab tersebut turut mendedahkan kit bagi perlawanan di tempat lawan yang berwarna hitam dengan garisan merah.

Bagaimanapun, banyak media mempersoalkan kehadiran Raheem Sterling kerana pemain itu akan hanya menjejaskan poster baharu kit itu sekiranya dia meninggalkan kelab berkenaan pada musim depan.




Sumber: mstar.com.my

Friday, April 10, 2015

Fast & Furious 7 kini mencatat rekod baru dalam industri perfileman Malaysia




















Mesti korang dah layan cerita ni kan? Kami boleh confirm lah! hehe. Filem Blokbuster, Fast & Furious 7 kini mencatat rekod baru dalam industri perfileman Malaysia apabila berjaya mendapat kutipan lebih daripada RM27 juta dalam tempoh empat hari pembukaannya dari 2 hingga 5 April 2015.

Jika di pasaran antarabangsa pula, Furious 7 dijangka memungut kutipan melebihi USD1 bilion apabila ditayangkan di semua pasaran dengan beberapa negara masih belum memulakan tayangan seperti China (12 April) dan Jepun (17 April).


Jika di pasaran antarabangsa pula, Furious 7 dijangka memungut kutipan melebihi USD1 bilion apabila ditayangkan di semua pasaran dengan beberapa negara masih belum memulakan tayangan seperti CDengan kutipan ini sekali gus memecahkan rekod lama yang dipegang oleh filem Transformers : Age of Extinction yang mengaut RM21.38 juta ketika memulakan tayangan pada 26 Jun 2014.

Selain itu, kutipan seminggu yang dicatatkan ini juga mengatasi jumlah kutipan keseluruhan yang dicatatkan oleh filem popular lain seperti Avatar (RM26.9 juta), X-Men: Days of Future Past (RM21.3 juta), dan G.I. Joe Retaliation (RM22.7 juta).

Fuh, hebat jugak penangan Fast & Furious 7 ni kan. Tapi, sebelum itu Kami nak tanya sikit, siapa yang belum tengok? Eh macam salah soalan pulak. Siapa yang dah tengok 2 kali? Hehe. Apapun , Fast & Furious 7 memang superb!na (12 April) dan Jepun (17 April).

Menang Sukan SEA, saya beri kamu ciuman

Diem My
Pasukan bola sepak Vietnam mendapat motivasi tambahan apabila seorang model dan artis cantik Vietnam, Diem My berjanji untuk memberi hadiah ciuman, kepada setiap anggota pasukan bola sepak Vietnam, jika berjaya memenangi Sukan SEA di Singapura pada 5-16 Jun akan datang. - Dipetik dari laman Rocket News 24, Jumaat, 10 April 2015

Bola sepak Malaysia kini sebaris dengan Bangladesh, ranking jatuh 11 anak tangga


Ranking FIFA: Malaysia Di Tangga Ke-164 Dunia

KUALA LUMPUR: Kekalahan 0-6 kepada Oman pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan pada 26 Mac lepas, menyaksikan Malaysia jatuh 11 anak tangga dalam ranking bola sepak dunia.

Berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis, Malaysia berada pada kedudukan ke-164 dunia dan merupakan keputusan terburuk bagi tahun ini.

Untuk rekod, skuad kendalian Dollah Salleh meraih kedudukan ke-154 dunia pada Januari serta Februari dan meningkat satu anak tangga pada kedudukan ke-153 dunia bulan lepas.

Kedudukan terkini itu, meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Bhutan (163), Grenada (165), Puerto Rico (166) selain Hong Kong dan Bangladesh yang berkongsi kedudukan ke-167 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk berada di tempat kelapan di belakang Vietnam (125), Filipina (139), Thailand (142), Timor Leste (152), Myanmar (158), Indonesia (159) dan Singapura yang berada pada kedudukan ke-162 dunia.

Kedudukan Malaysia di peringkat Asia turut menyaksikan mereka turun empat anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-33 dari 46 negara.

Juara Piala Dunia 2014, Jerman terus mengekalkan status sebagai pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,687 mata, diikuti Argentina di tangga kedua dengan 1,490 mata.

Wakil Eropah, Belgium pula naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ketiga selepas mengumpul 1,457 mata, dan ia susulan kejayaan mereka meraih kemenangan berdepan Israel dan Cyprus dalam kempen kelayakan Kejohanan Bola Sepak Eropah 2016, bulan lepas.

Colombia pula turun ke tangga keempat dengan kutipan 1,449 mata dan kedudukan keseluruhan ranking tersebut, melibatkan 209 negara.


Sumber: mstar.com.my

Tak guna bertudung kalau berpakaian macam nih (6 Foto)





Klik Untik ZOOM Foto











Dunia Instagram Vs Dunia Sebenar.

Gambar Instagram|Dunia Realiti.

Instagram

Life Always Looks Better on Instagram

Dunia Sebenar.

Life Always Looks Better on Instagram
Instagram

Life Always Looks Better on Instagram

Dunia Sebenar.

Life Always Looks Better on Instagram

Instagram

Life Always Looks Better on Instagram

Dunia Sebenar.

Life Always Looks Better on Instagram

Instagram

Life Always Looks Better on Instagram

Dunia Sebenar.

Life Always Looks Better on Instagram

Instagram

Life Always Looks Better on Instagram

Dunia Sebenar.

Life Always Looks Better on Instagram

Instagram

Life Always Looks Better on Instagram

Dunia Sebenar.

Life Always Looks Better on Instagram

Instagram

Life Always Looks Better on Instagram

Dunia Sebenar.

Life Always Looks Better on Instagram

Instagram

Life Always Looks Better on Instagram

Dunia Sebenar.

Life Always Looks Better on Instagram

Instagram

Life Always Looks Better on Instagram

Dunia Sebenar.

Life Always Looks Better on Instagram

Tersilap: Seorang Pekerja Biasa Sertai Mesyuarat Barack Obama

Lance Futch, 26, hadir mesyuarat bersama Obama, gara-gara kesilapan yang dilakukan syarikatnya.

SEORANG pekerja di Pengawal Udara Negara, Utah kebingungan apabila berada di dalam bilik mesyuarat bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama serta beberapa pegawai tertinggi negara itu.

Lance Futch, 26, menyangka dia akan mendengar ucapan daripada Obama tentang mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan veteran tetapi dibawa bersama ke dalam mesyuarat itu.

"Saya dimaklumkan bahawa ia merupakan perjumpaan kasual dan tidak rasmi.

"Pada ketika itu apa yang terlintas di fikiran saya ialah Komander pasti akan memarahi saya kerana perkara ini dan saya sepatutnya tahu tentang perkara ini," kata Futch.

Pereka di syarikat Vivint Solar itu juga percaya pemilihan pakaiannya ketika itu mungkin tidak menarik perhatian Presiden.

"Semasa Presiden Obama memasuki bilik mesyuarat, dia memandang pakaian saya dan fikir saya sepatutnya memakai pakaian seragam atau sekurang kurangnya memakai sut," tambahnya lagi.

Seorang wakil syarikat menerangkan pihaknya menyangka seorang wakil perlu dihantar sebagai seorang penonton semasa majlis ucapan tetapi sebenarnya pihak presiden meminta seorang wakil untuk menyertai mesyuarat tersebut.

"Kami sepatutnya menghantar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebagai wakil sebaliknya menghantar seorang kawan kerana salah faham yang berlaku," kata wakil syarikat itu.

Gambar Futch menghadiri mensyuarat itu dengan berpakaian baju polo putih Vivint Solar tersebar luas di laman sosial.

Malang bagi Futch apabila bahagiannya di dalam gambar telah dipotong apabila pihak Tentera Udara mengeluarkan gambar rasmi mesyuarat tersebut.


Sumber: mstar.com.my

Gambar Belangkas