Thursday, April 9, 2015

Dr Asri Dilarang Untuk Sampaikan Khutbah di Kelantan?



Betul ke berita ini?

Poster Iklan Vintage Syarikat Penerbangan di Era 1960-an

Penulis Matthias C Huhne merangkumkan iklan syarikat penerbangan dalam bukunya, Airline Visual Identity 1945-1975. Buku setebal 436 halaman itu juga memasukkan gambar-gambar poster iklan syarikat penerbangan di era 1960-an.

Poster-poster vintage ini dipetik dari CNN, Rabu (8/4/2015), berikut senarainya:
 
 1. Pan Am

Pan American World Airways (Pan Am) adalah salah satu syarikat paling berpengaruh di dunia. Syarikat penerbangan asal AS ini berdiri pada 1927 namun berhenti beroperasi pada Disember 1991.

Syarikat ini menjadi salah satu perintis identiti dalam dunia aviasi. Antara lain, penggunaan seragam putih dengan topi khas pilot dan rambut bob seleher bagi para pramugari.

Poster iklan ini dibuat tahun 1969, perekanya tidak dikenali. Ilustrasi pramugari berambut bob, dengan bola mata bergambar bendera Britain dan tulisan 'England' di bahagian bawahnya. Ini adalah iklan penerbangan Pan Am dari AS ke England.

 2. Swissair

Poster gambar yang dibuat Swissair pada 1961 ini cukup simpel. Direka oleh designer dan jurugambar, Manfred Bingler, menampakkan pemandangan Pegunungan Alps dan enjin pesawat dari dalam jendela pesawat.

Swissair berdiri pada 1931 dan menjadi salah satu syarikat penerbangan paling berpengaruh di Eropah.logo syarikat ini sangat sederhana, tulisan Swissair dan gambar pesawat.

 3. Aeroflot

Artis dari Rusia, Victor Asseriants membuat poster ini pada tahun 1964. Poster iklan ini dibuat untuk Aeroflot, syarikat penerbangan nasional Rusia ketika pelancaran penerbangan ke Delhi, India.

Tampak gambar wanita India sedang menari, dengan sedikit gambar Taj Mahal di belakangnya. Poster vintage ini didominasi warna hijau dan kuning.

 4. Trans World Airlines (TWA)

Trans World Airlines (TWA) adalah syarikat penerbangan gabungan dari Transcontinental Airlines dan Western Airlines. Syarikat ini didirikan pada tahun 1930, dan terkenal dengan poster iklan vintage setiap kali pelancaran rute baru.

David Klein, ilustrator yang bekerja di sebalik poster-poster vintage tersebut. Ini adalah salah satu contoh posternya untuk rute penerbangan ke Afrika pada 1967. David membuat sekitar 50 poster iklan berbeza untuk TWA.

5. Lufthansa

Poster iklan ini dibuat pada tahun 1967 untuk menggambarkan wilayah asas syarikat tersebut.

Dari pertengahan 1960-an hingga pertengahan 1990-an, poster-poster iklan Lufthansa direka atas pengawasan designer lamanya, Otl Aicher. Tak hairan semua poster iklannya memiliki 'nuansa' yang sama.




Kredit: travel.detik.com
Foto: CNN

Perkhidmatan Hospital Kerajaan Teruk?

Perkhidmatan Hospital Kerajaan.


Semalam, isteri aku ada temujanji di Hospital besar. Ini berkaitan pemeriksaan dan penentuan tarikh untuk bersalin. Bila kita bercerita perihal perkhidmatan hospital kerajaan, boleh dikatakan, ramai yang bercakap yang perkhidmatan hospital kerajaan teruk. Persoalannya sekarang, apakah ianya benar-benar teruk?

Aku datang ke hospital pada jam 0800 dan habis sepenuhnya pada jam 1630! Nampak tak berapa banyak masa yang aku dah habiskan di sana? Mungkin ini yang ramai orang perkatakan mengenai perkhidmatan hospital kerajaan ni.

Dari pemerhatian aku, hospital besar menjadi tumpuan semua penduduk dari pelbagai daerah. Dan pemeriksaan dilakukan pada hari-hari tertentu. Katakan pemeriksaan hanya dilakukan pada hari selasa dan khamis. Jadi, semua orang akan datang pada hari tersebut. Dengan "keadaan" dan "bilangan" doktor yang ada, sudah tentu masa yang di ambil sangat lama!
Lagi satu yang menarik perhatian aku adalah, sistem no panggilan dan cara no di beri kepada pelanggan. Ibu-ibu mengandung ni kan ada buku merah. Buku tersebut perlu diletakkan di dalam bakul yang disediakan. Bila kita datang awal, buku tersebut sudah pasti berada di bawah. Dan ia akan ditimpa dengan buku orang yang baru sampai.

Apabila keadaan seperti ini berlaku, jururawat sudah pasti akan mengambil buku yang paling atas dahulu. Bagaimana pula dengan buku yang paling bawah? Buku orang yang dah lama sampai ni? Mereka seperti diibaratkan datang lambat la. Huh! Dan bila no diberi, ia tidak mengikut turutan. Yang membuat aku tertanya-tanya adalah, no yang diberi ini dari no yang dikitar semula ke? Maksudnya, no yang dia beri pada kita ni, mereka akan ambil balik dan guna semula. Aiks?

Dari sebab itulah, no yang dipaparkan di skrin, akan berterabur dan tidak mengikut susunan. Kan lebih bagus jika no itu digunapakai seperti di bank atau di pejabat pos atau di mana sahaja, yang mengikut no giliran?

Perihal masa perkhidmatan juga menjadi topik utama aku. Yang membawa kepada perkhidmatan hospital kerajaan teruk ni. Berapa lamakah had masa rehat untuk mereka? Macam semalam, aku perlu berjumpa dengan pakar bius. Waktu rehat untuk mereka berakhir jam 1400. Aku sampai jam 1350. Tetapi sehingga jam 1430, langsung tiada pergerakan! Apakah mereka masih berada dalam masa rehat atau masa yang diberikan tidak cukup? 

Dan apabila ada pergerakan, masa panggilan juga akan mengambil yang lama. Bila semua ini berlaku, sudah pasti pelanggan perlu menunggu untuk tempoh masa yang lama! Masa menunggu yang lama ini hanya untuk mendengar penerangan ringkas dari doktor pakar. Apakah?

Sudah sampai masanya hospital kerajaan perlu dirombak. Dari semua aspek. Perlu ada perubahan drastik mengenai perkara ini. Pelanggan semakin bertambah setiap tahun. Tetapi perkhidmatan yang diberikan sama sahaja.

Bukanlah aku mengatakan hospital kerajaan ini teruk 100%. Tidak. Banyak juga kebaikan dan nyawa yang telah mereka selamatkan atas izin Allah. Cumanya, itu bukanlah sebab untuk mereka memberikan perkhidmatan yang pada aku, masih belum mencapai standard yang terbaik. Perlu ada perubahan yang besar di dalam mengubah persepsi masyarakat kepada perkhidmatan hospital kerajaan yang teruk ini.

Penjaga Gol QPR Diperbodoh Budak Pengutip Bola

MELEPASKAN tiga gol sudah cukup memalukan bagi seorang penjaga gol, namun Rob Green terpaksa melalui penghinaan tambahan apabila dia diperbodohkan budak pengutip bola.

Kejadian mengaibkan penjaga gol QPR itu berlaku ketika pasukan tersebut seri 3-3 dengan Aston Villa pada Isnin.
 

Ketika insiden itu, QPR memperolehi sepakan gol apabila bola terkeluar.

Namun ketika Green menghulurkan tangan meminta bola daripada budak tersebut di tepi gawang, lelaki berkenaan bertindak menggolekkan bola di celah kaki penjaga gol terbabit.


Budak tersebut sebelum itu cuba memberikan bola di tangan Green namun bertindak spontan untuk memalukan penjaga gol terbabit.

Dia kemudian melarikan diri kerana bimbang dipukul Green yang kelihatan tenang.



Kredit: mstar.com.my

Saya tetap hormat Tun Mahathir - Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tetap menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad seperti mana beliau menghormati rakyat Malaysia yang lain.

Najib berkata, beliau bersikap terbuka jika mana-mana pihak mengkritik pentadbiran dan kepimpinannya namun berharap ia dilakukan secara bertanggungjawab.

Katanya, beliau meneliti setiap kritikan yang dibuat namun akan mengutamakan kepentingan rakyat dan parti itu dalam membuat sesuatu keputusan.

"Saya menghormati Tun Mahathir sepertimana saya menghormati semua rakyat Malaysia.

"Saya bersikap terbuka jika mana-mana pihak mengkritik pentadbiran dan kepimpinan saya.

"Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.

"Itu saya nak tegaskan," katanya semasa diwawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang turut disiarkan di Astro AWANI malam ini.

Dalam temubual itu, Perdana Menteri menafikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan adalah 'handout'.

Sebaliknya, beliau menjelaskan ia adalah satu bentuk jaringan keselamatan sosial untuk golongan itu.

Najib berkata, pemberian BR1M yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Dasar Fiskal itu dapat memberi timbal balas kepada golongan berpendapatan rendah berikutan pengurangan dan pemansuhan subsidi.

Katanya banyak negara juga mempunyai sistem jaringan keselamatan sosial dalam pelbagai kaedah bagi membela nasib rakyat mereka.

 

Lelaki Rusia sedia jalani pembedahan pindah kepala


Seorang lelaki asal Rusia baru-baru ini membuat sebuah pengumuman yang mengejutkan selepas menyatakan kesediaan untuk menjadi sukarelawan dalam ujian pemindahan kepala manusia, Rabu (8/4/2015).

Mirror melaporkan, Valery Spiridonov, 30, seorang saintis komputer menderita penyakit saraf yang dikenali sebagai sindrom Werdnig-Hoffman yang sangat berpotensi meragut nyawa. Valery  sangat berharap boleh menjadi orang pertama yang melakukan tranplantasi kepala yang akan dipimpin Dr Sergio Canavaro.

Lelaki Rusia ini sangat yakin dengan keputusannya.

"Keputusanku sudah bulat dan tak ada ruang  untuk merubahnya, apakah saya takut? Tentu saja, kelihatannya sangat mengerikan tapi di satu sisi sangat menarik untuk dicuba, kalau saya tidak mengambil keputusan ini maka kejadian buruk akan menimpa saya juga," ujarnya.


Untuk melakukan projek besar ini, badan baru itu perlu datangnya daripada penderma yang mengalami mati otak tetapi sihat. Dr Canaevaro telah menyiapkan 150 doktor dan jururawat serta dijangka mengambil masa selama 36 jam.

Pada tahun 1970 tranplantasi kepala dilakukan kepada monyet. Namun, selepas lapan hari, monyet itu mati kerana tubuh menolak kepala yang baru.

Sebelum mati, monyet itu tidak boleh bergerak kerana saraf tunjang dari kepala dan badan tidak disambung dengan sempurna.

Monyet itu juga mengalami kesukaran bernafas.




Sumber: Metrotvnews.com

Ganas! murid tahun 4 pukul guru sekolah

Chen yang terpaksa dimasukkan ke hospital

GUANGDONG - CHINA. Seorang guru seni di sebuah sekolah rendah di Dongguan di sini terpaksa dimasukkan ke hospital selepas dipukul oleh seorang murid tahun 4 selepas bertengkar kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Pertengkaran tersebut berlaku di Sekolah rendah Zhangmutuo, selepas guru seni, Chen menyuruh anak muridnya yang dikenali sebagai Bin menghantar kerja rumah yang diberikannya.

Namun secara tiba-tiba, Bin berdiri dan menarik rambut gurunya dan kemudian memukul kepala gurunya itu berulang kali. Bin kemudiannya menolak gurunya hingga terjatuh dan kemudian duduk di atasnya.

Murid lain yang berada di dalam kelas ketakutan dan berlari keluar dan beberapa daripadanya melaporkan kejadian tersebut kepada guru besar.

Ibu -bapa dan murid tersebut kemudiannya dipanggil ke sekolah.

Ibu bapa, yang datang dari wilayah Jiangxi enggan pergi ke sekolah dan menegaskan bahawa mereka hanya akan membayar pampasan kepada guru apabila mahkamah memerintahkan mereka untuk melakukan demikian.

Bagaimanapun, ibu -bapa murid terbabit menghantar buah tangan kepada guru malang tersebut di hospital.

Guru tersebut, Chen bagaimanapun enggan bercakap kepada pemberita, dan menegaskan bahawa anak muridnya itu masih di bawah umur dan dia tidak mahu menghebahkan perkara itu kerana dikhuatiri memberi kesan kepada masa depan kanak-kanak itu.

Sementara itu, memetik laporan Shanghaii, guru besar sekolah terbabit memberitahu, Bin sebelum ini turut memukul empat orang gurunya dan turut bergaduh dengan murid lain mengenai isu-isu remeh.

"Saya dan guru-guru lain menasihatkan ibu bapanya untuk menghantar anak untuk terapi, tetapi mereka enggan berbuat demikian,” katanya.



Sumber: Sinar harian

Gambar Belangkas