Thursday, March 5, 2015

Salah ke pekerja kerajaan hantar anak ke PASTI?



Mereka dikatakan lawan kerajaan?

Bangga, Bahasa Indonesia Jadi Mata Pelajaran Ujian Akhir Australia


Yoechua Blog- Sudah menjadi kebanggaan tersendiri bagi kita orang Indonesia ketika mendengar bahwa bahasa persatauan kita yaitu bahasa Indonesia menjadi salah satu mata pelajaran yang di jadikan sebagai bahan kelulusan siswa SMA di Autralia.



Ya, tentu saja hal ini, sangat di apresiasi oleh warga Indonesia yang notabene merupakan pemilik asli bahasa Indonesia kepada Warga Australia yang

Video : Menakutkan, Ribuan Semut Memakan Hidup-Hidup Orang Ini


Yoechua Blog - Apa yang terjadi ketika ada semut memakan hidup-hidup manusia ? tentu saja hal ini begitu sangat menakutkan terlebih ketika saat semut-semut itu mulai menyerang manusia dan video tersebut tersebar di internet. Anehnya, orang ini bukan tidak dengan sengaja membiarkan hal ini, dia dengan sengaja membiarkan tubuhnya di makan oleh semut-semut ganas tersebut. Apa yang sebenarnya

Rozita Che Wan kini sah bertudung penuh

Alhamdulillah, sejak pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini, Rozita Che Wan atau lebih popular dengan panggilan Che Ta telah mngambil keputusan untuk bertudung.

Perkembangan terbaru ini disampaikan sendiri oleh pengurusnya, Afeeq menerusi status terbaru di Facebooknya. Tahniah Che Ta, semoga terus istiqamah dengan keputusan ini.



Mokhzani letak jawatan SapuraKencana Petroleum

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mokhzani Mahathir hari ini meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKencana Petroleum Bhd atas alasan peribadi.

Mokhzani, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah antara pengasas SapuraKencana selepas syarikat minyaknya, Kencana Petroleum bergabung dengan SapuraCrest pada 2012.

Luahan Pesakit Kanser Berkenaan Layanan Oleh Penyedia Makanan Di Institut Kanser Negara

Luahan Pesakit di Hospital Kerajaan



Agak sedih hati admin membaca luahan seorang pesakit kanser dilaman Facebook miliknya yang menceritakan layanan buruk yang diterima mereka oleh pekerja yang mendapat tander makanan di Institut Kanser Negara.

Menurut pesakit tersebut yang menggunakan nama Siti Nurshahida Zamrinormenceritakan tentang layanan yang diterima olehnya dengan diperlakukan ikut suka hati mereka.

Apa yang lebih menyedihkan dikatakan mereka menghantar makanan ikut suka hati mereka tanpa mengira diet yang perlu dimakan oleh pesakit kanser dan tidak akan menukar makanan tersebut.

Beliau memberikan contoh yang berlaku kepadanya apabila dihantar nasi goreng ayam sedangkan diet beliau adalah ikan dan dipaksa juga makan dengan alasan makanan sudah habis dan yang lebih kejam nasi goreng tersebut adalah basi.

Beliau turut memberitahu kawannya yang dihantar air teh walaupun tidak boleh minum air teh tetapi kerana malas menukar mereka buat tidak tahu dengan permintaan pesakit.

berikut adalah luahan penuh beliau.

Siapalah Melayu yang dapat tender serve makanan pesakit kat Institut Kanser Negara ni.

1. Salah hantar makanan - ini paling selalu berlaku. Lain yang kau order, lain yang kau dapat. Kalau salah hantar, no apology. Dia paksa jugak kita makan makanan yang dia salah hantar atau kita akan kebuluran.

2. Salah hantar diet - kau ada option tak makan ayam atau tak makan ikan. Tapi ini memang selalu diorang buat silap. Walaupun kau allergic makan ayam dan diorang salah hantar, kau kena jugak makan ayam. Room mate aku sebu bila minum teh, disuruh juga minum teh sebab dia malas nak hantar kopi.

Macam dalam gambar ni, diet aku makan ikan. Tapi diorang tetap hantar ayam. Alasan, makanan dah habis.

3. Makanan tak cukup - dalam gambar ni diorang bagi aku air mineral padahal patutnya dapat air buah/kordial. Side dishes pun diorang tak bagi. Buah pun missing in action.

4. Makanan teruk - donat yg masih macam doh, samosa hangit, popia sayur masam dan ikan serta ayam busuk adalah contoh makanan yang selalu tender baru IKN hidangkan kepada pesakit. 

Selalunya pesakit kanser ni tak lalu makan, maka kami tolak tepi jelah sampah yang selalunya dihidangkan. Tapi pernah adik aku datang dan cuba makan makanan aku, dengan dia sekali muntah sebab ayam tak masak.

5. Lupa hantar makanan

Berlaku pada waktu dinner hari ni. Dah pukul 8mlm baru aku dapat makanan, itupun makanan yang salah. Lepas 2 jam menunggu, dan makan hanya biskut supaya aku dapat makan ubat, barulah makanan yang macam ni sampai. Dahlah silap, tak cukup, teruk....yg paling teruk dia bagi aku ayam yg sah2 aku ada allergy.

Dan macam biasa, mereka ni lupa adab jadi Melayu. Mana reti mintak maaf?

5. Pewarna & perasa

Dah berkali-kali pihak pesakit dan IKN tegur pihak yg dpt tender tu supaya jangan guna pewarna dan perasa pelik2, buah tu janganlah lupa buang kulit. Tapi mereka ni dah dapat tender, peduli apa kan? Dia serve juga ke kita. Agaknya atuk dia dulu hidup je walaupun minum dakwat, so dia rasa pesakit kanser ni mengada-ngada.

6. Kurang ajar

Tukang serve makanan kami ni Melayu. Tapi zaman sekarang ni belajar adab pun pakai iPad, so company yg dapat tender ni tak payahlah bagi training. Last week masa minum petang, sorang budak perempuan ni bukan main kurang ajar lagi sound mak aku depan tetamu-tetamu kami. Meja tempat letak makanan penuh sbb ada barang yg dibawa tetamu. Bukan main lagi budak tu menengking mak aku, macam mak aku orang gaji dia. Maklumlah, mak aku masa tu pakai t-shirt je. Mungkin dia ingat beliau ni bibik agaknya.

Kesimpulannya kat sini, tujuan pembinaan IKN ni memang suci murni. Government memang dah spend banyak kat sini termasuklah keluarkan tender utk makanan pesakit.

Tapi macam biasalah, tender yang diberikan tu aku tak taulah kat saudara siapa. Atau Melayu mana. Dia buat kami ni lagi teruk dari banduan agaknya, mungkin dia rasa kami ni dah nak mampos, jadi suka suki sajalah bagi sampah. Paling koman pun salahkan tekak kami yg dah mula out ni utk jimatkan kos.

Oh ya. Aku complain dalam FB sebab bila dietician kami complain kat bos mereka, diorang buat-buat lupa serve makanan kami.

Mungkin diorang lupa hak yang bayar cukai dan bil perubatan macam kami.
Scary?
Ini hakikat.
Hanya di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Nampaknya pihak yang berwajib perlulah mengambil tindakan tegas dalam hal ini. Siasat dan melakukan sesuatu kerana kebajikan pesakit perlu dijaga.

Kerana mereka yang ada seperti inilah yang akan merosakkan reputasi dan niat murni hospital kerajaan. - Siakapkeli.com.my

Wednesday, March 4, 2015

Nur Izah Kongsi Pengalaman Dirogol Bomoh

“SAYA bukan pembawa sial, saya tidak salahkan takdir kerana ia takdir ALLAH SWT yang ditentukan-Nya,” itu luahan Nur Izah, 28, (bukan nama sebenar) memulakan bicara ketika menceritakan detik hitam yang terpaksa ditempuhinya.

Tragedi hidupnya bermula selepas kematian neneknya, lima tahun lalu. Sejak dilahirkan Izah dijaga neneknya kerana ibu bapanya sibuk urusan kerjaya.

“Sejak kembali ke pangkuan ibu bapa, baru saya ketahui bahawa mereka mengamalkan ajaran sesat dan percaya kepada seorang bomoh yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.

Menurutnya, keluarganya mengambil jalan singkat dengan membawanya berjumpa bomoh berkenaan di ibu kota setelah didakwa membawa ‘sial’ kepada keluarga.

Malang bagi Izah apabila niat keluarganya menemui bomoh terbabit dengan harapan masalah yang dihadapi mereka berjaya dipulihkan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol lelaki terbabit.

“Kejadian berlaku apabila bomoh terbabit mendakwa saya menjadi punca masalah rumah tangga serta kewangan ibu bapa,” katanya.

Nur Izah berkata, episod hitam bermula apabila bomoh berkenaan menjalankan upacara dengan mengarahkannya mandi terlebih dulu bagi ‘membuang sial’, sebelum membawanya ke bilik untuk rawatan seterusnya.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia tidak menyedari niat jahat bomoh terbabit kerana menganggap ia sebahagian rawatan yang perlu dilalui.

“Saya diperkosa setiap kali berjumpa dengan bomoh berkenaan. Saya juga pernah dipukul abang dan dimarahi keluarga jika saya ingkar untuk menjalankan ‘rawatan’ itu,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kejahilan tentang ilmu agama turut menjadi punca perkara ini berlaku ke atas keluarga.

“Banyak perkara dijanjikan bomoh berkenaan seperti kewangan keluarga kembali pulih dan pelbagai janji manis. Difahamkan beberapa orang turut menjadi mangsa bomoh terbabit,” katanya.

Nur Izah berkata, dia memaafkan perbuatan keluarganya dan berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.

“Saya tidak salahkan mereka, ia berkemungkinan terpengaruh dengan hasutan bomoh tersebut sehingga rumah, kereta dan harta ditukar milik ke atas nama bomoh berkenaan,” katanya.

Menurutnya, setelah perkara itu dimaklumkan kepada ibu saudaranya, dia diselamatkan dan di hantar ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani), Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

“Ibu saudara saya membuat laporan polis. Demi keselamatan, saya ditempatkan di rumah ini untuk belajar ilmu agama,” katanya.

Peluang kedua

Rumah Insani turut dihuni seorang remaja bekas penagih dadah. Jefri, 19, (bukan nama sebenar) yang sudi berkongsi kisah silamnya.

“Saya serik dengan pengalaman sebagai penagih sejak di bangku sekolah. Biarpun dibesarkan dengan kasih sayang ibu bapa.

“Saya harap peluang kedua ini, dapatdigunakan untuk hidup lebih gembira dan tenang,” katanya.

Menurutnya, semuanya bermula kira-kira 11 tahun lalu ketika tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia bersama rakan ingin mencuba sesuatu yang baru dan mengamalkan gaya hidup bebas.

“Aktiviti itu diteruskan sehingga saya mengabaikan persekolahan dan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Jefri berkata, dia sanggup mencuri besi, menjual tong gas apabila kesempitan wang untuk membeli dadah jenis heroin.

“Saya juga mencuri wang ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan bekalan. Saya langsung tidak ambil peduli kesusahan mereka,” katanya.

Menurutnya, kini dia tidak akan mensia-siakan ‘kehidupan kedua’ yang diberikan selepas menjalani proses pemulihan dengan menumpukan sepenuh masa kepada keluarga untuk menebus segala kesilapan lalu.

“Saya memenuhi hasrat arwah ayah agar saya dapat sambung belajar di Yaman. Saya berazam untuk bebas daripada pengaruh dadah,” katanya.

Menurutnya, namun setelah pulang kampung dan berjumpa semula rakan lamanya, dia terjerumus buat kali kedua.

“Saya berharap ini yang terakhir kerana saya ingin pulih sepenuhnya dan menjadi anak yang baik. Saya tidak sanggup untuk pulang ke kampung kerana masyarakat tidak mempercayai saya lagi,” katanya.

Rumah Insani

Sementara itu, Pengurus Rumah Insani, Ustaz Ahmad Fauzi Hussain berkata, pihaknya membantu ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah segi sosial, dadah dan mental.

“Kami berusaha menjadikan remaja terbabit sebagai insan yang bertakwa, beriman, beramal soleh, berilmu dan berakhlak mulia,” katanya.

Menurutnya, kini seramai 10 pelatih lelaki dan 25 pelatih wanita yang menjalani pemulihan di Rumah Insani yang telah beroperasi sejak 2006.

“Pengasas Rumah Insani adalah Ustaz Hanafi Abdul Malek yang berusaha membantu remaja yang bermasalah. Sehingga kini seramai 600 remaja telah melalui proses pemulihan dan rawatan,” katanya.

Ahmad Fauzi berkata, antara punca remaja bermasalah faktor persekitaran, pengaruh kawan dan ibu bapa yang tidak mengawal pergaulan anak mereka. - Sinar Harian

Gambar Belangkas