Monday, March 2, 2015

MC Akibat Chicken Chop Jadi Bahan Jenaka


PETALING JAYA: Sebuah klinik di Sungai Buloh tersilap mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) kepada salah seorang pelajar sehingga ianya dijadikan bahan jenaka di media sosial.

MC tersebut dikeluarkan sebuah klinik swasta bagi mengesahkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh yang menghidap demam campak dan diberikan cuti sakit selama lima hari sehingga Jumaat ini.

Bagaimanapun, MC yang ditandatangani seorang doktor di klinik tersebut ditulis perkataan 'chicken chop' dan bukannya 'chicken pox' iaitu demam campak.

Kesilapan pada MC tersebut menjadi gurauan dan bualan hangat di media sosial.

Malah, gambar surat MC tersebut turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp pada Isnin.

Namun, difahamkan kesilapan tersebut bukan dilakukan oleh doktor tetapi kakitangan di klinik tersebut yang ditugaskan untuk mengisi slip MC berkenaan.

Usaha untuk mendapatkan sebarang komen dari klinik tersebut tidak berjaya.

Bagaimanapun, kakitangan di klinik tersebut dilaporkan memberitahu sebuah portal berita bahawa ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh mereka.

"Ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh pihak kami. Bagi pihak klinik ini, kami memohon maaf di atas kesilapan tersebut dan mahu bangkit daripada kesilapan ini," katanya kepada portal tersebut.

Kakitangan klinik tersebut turut memberitahu klinik itu tidak berhenti dihujani panggilan telefon dari orang ramai yang bertanyakan tentang perkara tersebut.


Sumber: mstar.com.my

Bayi Kembar Pelik Lahir Beza 2 Bulan


ROMANIA – Mereka pasangan kembar, namun kedua-duanya tidak lahir pada hari yang sama, sebaliknya berpisah selama hampir dua bulan dalam kes yang disifatkan doktor sebagai menakjubkan.




Bayi kembar ini dilahirkan oleh seorang wanita berusia 41 tahun. Bayi pertamanya dilahirkan pada bulan November 2014 manakala kembarnya pula lahir pada Januari 2015.

Meskipun bayi perempuan ini kembar, namun

Gambar Seni Letusan Gunung Berapi.

gambar gunung berapi meletus

gambar gunung berapi meletus

gambar gunung berapi meletus

gambar gunung berapi meletus

gambar gunung berapi meletus

gambar gunung berapi meletus

gambar gunung berapi meletus

gambar gunung berapi meletus

gambar gunung berapi meletus

gambar gunung berapi meletus

gambar gunung berapi meletus

Sunday, March 1, 2015

Pencuri Dedah Hasil Curi RM11.16 Juta Sejak Hampir Empat Dekad

 Kim Farry dengan kehidupan mewahnya yang gemar berfesyen.

SEORANG pencuri, Kim Farry membuat pendedahan mengenai hasil curiannya kini berjumlah hampir 2 juta pound (RM11.16 juta) sejak dia melakukan aktiviti itu pada usia sembilan tahun.

Malahan katanya, dia turut melatih sebahagian daripada enam anaknya untuk mencuri.

Dengan kehidupan sebagai pencuri itu, wanita berusia 44 tahun berkenaan dapat menikmati hidangan mewah, percutian esotik dan tiga pembedahan plastik payu dara tetapi hidup menyewa di sebuah kediaman di bawah majlis perbandaran dengan peruntukan sebagai wang sara diri sebanyak 556 pound (RM3,103.97).

Kim Farry berkata: "Saya tidak malu apa yang telah saya lakukan, saya berbangga.

"Saya dapat berjuta-juta dan mempunyai kehidupan di mana orang kebanyakan hanya mampu untuk mengimpikannya.

"Ia benar-benar menyakitkan hati saya apabila orang mengatakan saya tidak mempunyai pekerjaan kerana saya pernah bekerja menerusi perniagaan saya tanpa henti sejak hampir empat dekad. Namun 'perniagaan' saya itu adalah mencuri."

Kim mendakwa dia terlibat untuk melakukan aktiviti itu bagi memperoleh kehidupan yang lebih baik buat diri dan keluarganya.

Bagaimanapun, Kim enggan untuk melepaskan gaya hidup mewahnya, dan meminta seseorang untuk memberikannya kerja yang baik kepadanya sekiranya dia tidak mendapat peruntukan sara diri yang lebih besar.

Terdapat pihak lain memberitahu bahawa Kim tidak berbuat apa-apa selama lapan minggu setakat ini, tetapi tidak tahu berapa lama ia akan berlanjutan sebelum dia kembali untuk mencuri.

Kata Kim kepada akhbar Sunday People: "Saya akan cuba untuk beralih daripada kekayaan kepada kehidupan susah. Tetapi mengapa saya perlu melepaskan kehidupan mewah itu untuk kesusahan ini? Ia merupakan tempoh paling lama saya tidak mencuri sejak saya melakukannya semasa zaman kanak-kanak.

"Saya sudah biasa hidup mewah dan tidak pernah risau mengenai wang. Kini saya perlu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan makanan saya.

"Hanya satu sebab saya mahu berhenti (mencuri) sekarang supaya anak perempuan saya tidak menerima kesan daripada apa yang telah saya lakukan. Saya sudah cukup kehilangan orang yang saya sayang akibat jenayah yang saya lakukan ini dan saya tidak mahu kehilangan dia.

"Anak saya Paris semakin dewasa membuatkan saya sedar inilah peluang terakhir untuk memperbetulkan keadaan sebagai seorang ibu. Saya mahu dia bergaul dengan teman-temannya tanpa perlu bimbang menjadi mangsa kritikan ekoran tindakan saya.

"Tetapi jika saya tidak dapat lebih banyak wang secara sah, saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh melalui keadaan ini. Jika seseorang menawarkan saya kerja, saya akan menerimanya dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

"Saya benar-benar tidak mahu kehilangan anak perempuan saya tetapi saya sukar untuk meninggalkan kehidupan mewah.

"Saya memerlukan bantuan dan saya berharap seseorang akan mendengar luahan saya ini dan tampil untuk membantu. Jika tidak, hanya masa yang menentukan sebelum saya memutuskan untuk keluar mencuri lagi," katanya. - mirror.co.uk


mstar.com.my

Berbual Dengan Tangan.

Zaman sekarang ni, dah ramai yang tak mensyukuri nikmat yang Allah beri tanpa mereka itu sedari. Dan ini juga sebenarnya termasuklah dengan diri aku sendiri. Dah ramai yang tak bersyukur dengan "suara" mereka. Kalaulah mereka yang bisu itu boleh bersuara, sudah tentu mereka akan seharian bercakap. Dah ramai yang berbual dengan tangan sekarang ni.

Inilah keburukan teknologi. Semua dah tahu kan. Setiap perkara yang di hasilkan oleh manusia itu, pasti akan ada kebaikan dan keburukan. Dan aku hari ni, nak bercerita pasal keburukan teknologi.

Apa yang aku nak cerita pasal berbual dengan tangan ni? Pergilah mana-mana pun, kita boleh jumpa. Dalam komuniti masyarakat yang berbual, mata mereka lebih tertumpu kepada telefon bimbit di tangan. Walhal duduk depan mata ni. Lebih seronok berbual dalam telefon bimbit. Ini yang aku maksudkan dengan berbual dengan tangan ni.

Kalau nak berbual dalam chat telefon, baik duduk rumah je kan? Tak perlulah nak jumpa, minum-minum semua ni. Sama je jalan ceritanya. Ini tidak, dah duduk depan mata, dalam telefon juga di boraknya.

Teknologi juga sebenarnya merosakkan hubungan sesama manusia itu sendiri. Ini yang ramai orang tak sedar. Bila semua sibuk dengan teknologi yang ada. Hubungan itu menjadi sangat tidak penting.

Kalau mereka yang kurang upaya (bisu) senyap kerana menggunakan tangan untuk berbual. Mereka yang normal juga senyap kerana menggunakan tangan untuk berbual di dalam telefon bimbit. 

JPJ Kantoi Menipu Seluruh Rakyat Malaysia..!!


JPJ kena CHECKMATE! 

Saksi sudah munculkan diri. Saksi juga telah membuat laporan polis. Saksi kejadian nampak depan mata insiden kejar mengejar yang telah berlaku antara kenderaan milik JPJ dan pemandu proton Perdana yang bertembung dengan kancil dan menyebabkan 4 sekeluarga maut. JPJ siap bunyikan lagi siren ketika insiden berlaku. Memang la orang alert sedang berlaku sesuatu di atas jalanraya.

Untuk rekod. Pemandu proton Perdana tiada mengalami kecederaan yang seriyus. Begitu juga dengan kakitangan JPJ yang mengejar pemandu tersebut. Yang mengejar dan yang dikejar terselamat, manakala yang tidak terbabit dalam insiden kejar mengejar itu pula menjadi mangsa kejadian kemalangan di jalanraya. Betul ke pengarah JPJ ingin mengurangkan kemalangan maut di atas jalanraya? Seriyus?

Semalam. Ini yang viral di laman sosial. JPJ telah membuat laporan polis ke atas Astro Awani atas alasan Awani menerbitkan maklumat palsu yang menjejaskan reputasi dan intergriti agensi tersebut.

Meskipun dengan penafian tersebut, JPJ tetap dikritik pengguna media sosial. Bagi mereka, mereka lebih mempercayai kredibliti dan reputasi ASTRO AWANI berbanding JPJ itu sendiri. Tambahan pula, JPJ di anggap sebagai agensi kerajaan yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia tanpa kira idelogi politisma.

JPJ dipetik berkata bahawa mereka tiba di lokasi kemalangan dan turun membantu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Dan menafikan laporan yang diterbitkan oleh Awani. Katanya laporan tersebut adalah tidak sahih sedangkan bukan setakat saksi kejadian tampil memberikan kenyataan di balai polis menafikan kenyataan JPJ bahkan pemandu proton Perdana juga mengesahkan bahawa dia lari dari JPJ dan ya kenderaan JPJ kejar dia atas jalanraya.

Nah. Kau dah kantoi la woi JPJ! 

Jika kita baca berita yang diterbitkan oleh Awani ialah jelas menunjukkan bahawa ;

1. Kenderaan yang diburu oleh JPJ bertembung dengan Kancil.

2. Bukan la Awani kata JPJ bersalah dalam keterangan ayat tersebut.

3. Hanya memberitahu bahawa kenderaan yang diburu oleh JPJ telah menyebabkan keluarga lain menjadi korban jalanraya tak pasal-pasal.

Yakni. Kenderaan yang lari dari JPJ itulah yang dipersalahkan (menerusi pemberitaan Awani) kerana lari dari JPJ. Kalau tak buat salah even buat salah sekalipun tak perlu lari. Berhadapan aje untuk uruskan masalah. Lari kalau tak menyusahkan orang takpe. Ini lari sehingga menyebabkan orang lain menjadi mangsa. Apa ke logiknya berbuat begitu? Nak selamatkan duit dari di saman sampai pertaruhkan nyawa orang lain atau keselamatan pengguna jalanraya yang lain? Berbaloi ke? Wajar ke? Bernilai sangat ke duit kau berbanding nyawa orang?

Berbalik kepada tujuan artikel, aku bukan nak menyalahkan JPJ dalam insiden kerja mengejar tersebut. Aku tatau SOP JPJ. Cuma yang aku persoalkan, kenapa JPJ perlu nafi wujudnya insiden kejar mengejar tersebut? Adakah ia melanggar SOP JPJ? Bila JPJ menafikan insiden tersebut tidak kah JPJ sedar secara tidak langsung JPJ membantu pemandu proton Perdana yang menyebabkan kancil 4 sekeluarga maut?

Mengaku saja bahawa JPJ memang kejar proton Perdana. Pemandu berusia 22 tahun yang membawa PERDANA itu akhirnya bertembung dengan kancil dan kancil itu pula dihentam dari belakang oleh PREVE sekaligus menyebabkan 4 perempuan dalam kancil itu maut. 

Saima Wahab 77 tahun
Ida Dollah 46 tahun
Siti Rohana 23 tahun
Siti Rohani 18 tahun

Mereka ini ibu seseorang, isteri seseorang, anak seseorang dan ahli keluarga seseorang.

JPJ patut menuntut bela di atas apa yang terjadi kepada keluarga tersebut. Jangan la buat citer tipu sana tipu sini. Cakap je terus terang apa yang terjadi sebab masyarakat bukan bodoh. Mereka akan menyalahkan PERDANA meskipun SOP JPJ akan dipertikaikan.

Bab SOP itu kita perbaiki. Kita terima kritikan dengan terbuka dan kita perbaiki.

Tapi bab 4 sekeluarga yang maut ini perlu kita tuntut bela. Apa yang si pemandu PERDANA itu fikirkan agaknya bila dia lari dari JPJ dan akhirnya menyebabkan 4 perempuan lain maut akibat kemalangan. Aku rasa dia menyesal sebab itu dia tampil membuat laporan selepas kemalangan berlaku.

Tapi menyesal pun tak guna. Bukan boleh hidupkan nyawa orang yang dah mati.

Nyawa cuma ada satu aje. Bila dah ditarik, takde sesiapa boleh ganti. Bagi aku. Kerajaan perlu pastikan pemandu PROTON PERDANA itu bertanggungjawab atas perbuatannya. Tak bunuh orang guna pisau, tak bunuh orang guna bom, tak bunuh orang guna pistol cuma hentam kereta orang dan orang yang berada dalam kereta itu tersepit dan sekaligus maut kesan dari hentaman kenderaan kita itu juga dianggap sebagai pembunuhan.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan menghukum pembunuh yang membunuh menggunakan kenderaan di atas jalanraya dengan tindakan yang tegas.

Di saat rakyat bergaduh menyalahkan JPJ sebahagiannya, mempersoalkan SOP JPJ sebahagiannya, menyalahkan tindakan pemandu yang lari sebahagiannya, siapa pula yang nak mendapatkan pembelaan untuk 4 wanita yang maut dalam kemalangan itu? Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan di atas jalanraya untuk mewajarkan akibat yang mereka alami.

Fikir-fikirkan.


Read more:

Sarang Lebah Berbentuk Teko Di Jumpai!

sarang lebah

Sarang Lebah berbentuk Teko ini di diami oleh 60,000 lebah!
Lebah-lebah ini membina struktur sarang lebah indah mereka di sekitar bingkai dawai yang dibina oleh artis Tomáš Libertíny.

sarang lebah

sarang lebah

sarang lebah

sarang lebah

sarang lebah

Gambar Belangkas