Thursday, February 26, 2015

Mesej Paling Rare Abad Ini. Hehehehhhe

Mesej Paling Rare Abad Ini

Risiko Penunggang Motosikal.

Aku lebih gemar menggunakan motosikal ke tempat kerja. Jarak antara rumah ke tempat kerja dalam 20minit jer. Aku mula kerja pukul 0745. Dan kebiasaannya, jam 0630, Aku dah keluar rumah. Awal tak? Hehehe? Kenapa aku keluar awal? Ha, inilah yang nak cerita perihal risiko penunggang motosikal ni.

Laluan yang aku guna boleh dikatakan sangat sibuk. Ada 1 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah. Jalan rayanya pula tidaklah terlalu besar. Bila aku lewat, yang mana, waktu ibubapa dan bas sekolah hantar pelajar ke sekolah, waktu inilah risiko terbesar bagi penunggang motosikal.

Kereta dengan sesuka hati keluar simpang. Itu kereta, kalau bas lagilah kan? Kita yang kecik ni, idok nye di pandang. Kita pula yang kena fokus dan fokus dengan keadaan jalan raya. Bukan tak pernah berlaku kemalangan. Banyak kali dah. Tapi, ianya tidak di ambil pusing oleh orang ramai. Yang penting, tujuan mereka tercapai. Hmm, dah pilih motosikal, kenalah terima risikonya kan?

Jenis aku pulak, tak suka tekan hon. Rasanya, dalam hidup aku sepanjang jadi penunggang motosikal ni. Sangat-sangat jarang bunyikan hon. Ha. Itu la bahayanya ( Kata wife aku la). Sebab orang tak perasan penunggang kecil macam aku ni. Kereta besor-besor, lori besor-besor. Manakan nak pandang motosikal kan? Inilah antara risiko penunggang motosikal.

1 lagi yang aku paling tak suka adalah, jenis yang kejar traffic light. Lampu kuning nak masuk merah dah. Tak payah cakap lah, dah merah pun, dia redah jugak. Ada jenis penunggang motosikal, dia dah hafal laluan traffic light ni. Dah tahu mana laluan yang akan hijau dulu. Jadi, tak tunggu beberapa minit, dia jalan je. Kereta yang langgar traffic light ni main jalan je. Ha, itu yang leh jadi kemalangan tu. Bahaya tak? Besar kan risiko penunggang motosikal ni?

Sebenarnya, apa-apa kenderaan pun ada risiko bila berada kat atas jalan raya ni. Cuma, pada aku, risiko yang paling besar adalah pada penunggang motosikal. Sebabnya mereka terdedah kepada kecederaan yang lebih teruk.

Bukan nak cakap apa, kalau sama-sama menjaga keselamatan, insyaAllah, kita dapat kurangkan kemalangan jalan raya. Cuma, dalam setandan pisang, pasti ada yang buruk kan? Yang inilah, kadang-kadang menjadi penyebab kepada kemalangan jalan raya. Sama-sama fikir yer.

Pakar Bedah Itali Dakwa Boleh Lakukan Pembedahan Pindah Kepala Lagi 2 Tahun


> Pakar bedah Itali, Sergio Canavero percaya dia boleh melakukannya

> Kos pembedahan dianggarkan sekitar £7.5 juta

> Pesakit lumpuh seperti mendiang Christopher Reeve (Superman) boleh mendapat faedah daripada prosedur ini

> Mendakwa dia memiliki teknik dan pengetahuan untuk melakukannya

> Dr Canavero berkata apa yang diperlukan ialah penderma dan persetujuan pesakit

> Teknik perekat akan turut digunakan


LONDON: Ia kedengaran seperti plot cerita seram atau Frankenstein tetapi kini seorang pakar bedah dari Itali percaya yang beliau mampu melakukan pembedahan perpindahan kepala dalam tempoh dua tahun lagi.

Dr Sergio Canavero berkata jika prosedur itu dapat dilakukan ia bakal mencatat sejarah sebagai yang pertama seumpamanya di dunia.

Menurutnya, prosedur itu akan membolehkan seseorang yang menghidapi penyakit yang tidak dapat disembuhkan, memindahkan kepalanya ke badan seorang penderma organ (iaitu badannya).

Ia memerlukan persetujuan daripada penderma dan juga penerima.

Doktor itu mendakwa, dia akan dapat melakukan prosedur itu dalam tempoh dua tahun lagi.

Dr Canavero berkata, bagaimanapun, kos pembedahan itu akan memakan belanja sehingga £7.5 juta.

"Prosedur ini akan membolehkan seseorang yang mempunyai otak yang sihat tetapi lumpuh dari badan ke bawah mendapat faedah daripadanya begitu juga dengan mereka yang menderita sakit kanser," ujarnya sepertimana yang terkandung dalam laporan Jurnal New Scientist yang diterbitkan minggu ini.

Laporan itu kemudiannya dipetik dan disiarkan oleh akhbar British, The Daily Mail.

Mereka yang menderita sakit saraf tunjang, sepertimana yang pernah dideritai oleh pelakon popular, mendiang Christopher Reeve dikatakan akan turut mendapat faedah daripadanya.

Begitu juga dengan pesakit otot dan 'motor neurone' sepertimana pakar fizik terkemuka, Dr Stephen Hawking juga dikatakan boleh mendapat faedah daripada prosedur baru ini.

Prosedur ini kini dinamakan ‘pembedahan kosmetik yang terulung’.

Bagaimanapun pengkritik menyifatkan prosedur ini sebagai fantasi semata-mata.

Namun Dr Canavero yang berkhidmat dengan Turin Advanced Neuromodulation Group percaya yang beliau memiliki segala teknik yang diperlukan untuk pembedahan seumpama ini dan hanya perlu memahirkan dirinya selama dua tahun lagi sebelum melakukan prosedur yang pertama.

Malah Dr Canavero mendakwa yang beliau telahpun mempunyai senarai klien yang sanggup dan bersedia menjalani pembedahan ini.

Beliau akan mengumumkan rancangannya pada satu persidangan perubatan pada musim panas akan datang dalam usaha untuk memperolehi sokongan daripada rakan-rakan perubatan yang lain bagi membolehkan prosedur yang pertama dilaksanakan pada 2017 sebagaimana yang dirancang.

Menjelaskan lanjut tentang langkah-langkah yang diperlukan bagi prosedur pembedahan kepala itu dilakukan, badan yang diperlukan akan datang daripada penderma normal yang mengalami 'kematian otak'.

Kedua-dua penderma dan penerima kemudian akan dibedah serentak di bilik pembedahan yang sama menggunakan pisau yang ultra-tajam bagi memastikan kesan luka tidak terjejas.

Kepala pesakit yang sanggup menjalani pembedahan ini selepas itu akan dipindahkan ke badan penderma dan dicantum menggunakan teknik perekat atau 'polyethylene glycol'.

Selepas itu, otot dan pembuluh darah dari leher dan kepala akan dijahit dan dicantumkan sebelum pesakit diletakkan dalam keadaan koma untuk sekurang-kurangnya empat minggu.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan pesakit menggerakkan badan dan kepala sementara menunggu dua organ baru itu 'berinteraksi' dan 'menyesuaikan' dengan keadaan baru.

Jika prosedur itu tidak cukup pelik, dalam tempoh empat minggu dalam koma itu, pesakit akan diberikan 'kejutan elektrik' yang kecil untuk meransang tunjang belakang badan yang baru diterima dengan kepala pesakit yang dipindahkan ke badan baru berkenaan.

Kemudian, selepas pesakit disedarkan dari koma, dia sepatutnya sudah boleh mula menggerakkan badan, merasai muka dengan menggunakan tangan baru malah sepatutnya boleh bercakap dengan suara yang sama.

Sejenis dadah yang kuat dinamakan 'immunosuppressant drugs' akan membantu badan baru itu menerima kepala baru dan pesakit selepas itu akan melalui proses terapi saikologikal untuk membantunya menyesuaikan diri dengan 'persekitaran' baru.

Dr Canavero berkata, dia percaya apa yang bakal diperkenalkannya itu adalah sesuatu yang beretika dalam dunia perubatan moden kerana objektif seluruh prosedur baru ini hanyalah bertujuan untuk menyelamatkan nyawa seseorang.

Bagaimanapun, akhbar The Daily Mail bertanya, sejauh manakah etika itu mampu bertahan kerana pembedahan perpindahan kepala ke badan yang baru juga bermakna, jika pesakit berkenaan selamat dan kemudian mendirikan rumah tangga dan memperolehi zuriat, zuriat itu adalah anak siapa? Badan yang diderma atau milik pesakit yang memindahkan kepalanya ke badan baru.

Dr Canavero bagaimanapun berkata, jika suatu masa nanti dunia sains mampu menghasilkan klon manusia dengan mudah, seorang pesakit yang berusia 60 tahun berupaya untuk menghasilkan klon menggunakan DNAnya sendiri dan kemudian melakukan prosedur perpindahan kepala ke badan yang baru tanpa perlu risau tentang soal personaliti berbeza dan sebagainya.

Pengerusi Akedemi Neurologikal dan Pembedahan Orthopedik Amerika Syarikat, William Matthews berkata, beliau boleh menerima konsep pergabungan spinal sepertimana yang dikemukakan oleh Dr Canavero itu tetapi pembedahan perpindahan kepala adalah sesuatu untuk difikirkan pada masa depan bukan sekarang.

Seorang lagi pakar bedah, Dr Harry Goldsmith, dari California Amerika Syarikat yang beberapa kali berjaya melakukan pembedahan tunjang belakang sehingga membolehkan pesakit yang lumpuh berjalan semula berkata: "Saya tidak fikir prosedur Dr Canavero boleh dilaksanakan."



Sumber: mstar.com.my

Anda Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Ada Di Dalam Beg Ini!

You Won’t Believe What Was in This Suitcase

You Won’t Believe What Was in This Suitcase

You Won’t Believe What Was in This Suitcase

You Won’t Believe What Was in This Suitcase

You Won’t Believe What Was in This Suitcase


You Won’t Believe What Was in This Suitcase

You Won’t Believe What Was in This Suitcase


Lelaki Tertangkap Kerana Onani Di Dalam Masjid!

Lelaki Tertangkap Kerana Onani Di Dalam Masjid!



Lelaki Tertangkap Kerana Onani Di Dalam Masjid!

Pelanduk Putih Ditangkap Di Langkawi Jadi Tumpuan

Pengumpul madu lebah dan pengamal perubatan tradisional, Jasmini Hasan, 41, memerhatikan gelagat Awang Putih, seekor pelanduk putih dan seekor pelanduk biasa yang ditangkapnya di dalam hutan berdekatan Kampung Buluh Penyumpit di sini. - Foto BERNAMA

LANGKAWI – Seekor pelanduk putih yang ditangkap seorang pencari madu lebah kini menjadi tumpuan ramai.

Rumah Jismani Hasan, 41, yang terletak di lerang bukit di Kampung Buluh Penyumpit menjadi tumpuan sejak seminggu lalu.

Pelanduk ini yang dinamakannya “Awang Putih’ merupakan yang kedua ditemui di Langkawi dalam tempoh 14 tahun, selepas seekor lagi ditemui pada tahun 2001 di Hutan Simpan Bukit Tekuh.

Menceritakan bagaimana beliau menangkap pelanduk itu, Jismani berkata pada mulanya pelanduk atau napuh setinggi kira-kira 17 sentimeter itu ditemuinya sedang minum di sebuah anak sungai, ketika beliau masuk ke dalam hutan berdekatan kampungnya bagi mencari madu.

“Saya pada mulanya rasa seram juga apabila terserempak dengan pelanduk itu sebab hari sudah senja. Sebelum ini saya selalu jumpa pelanduk, tetapi yang biasa berwarna perang,” katanya yang juga seorang pengamal perubatan tradisional.

Namun Jismani yang ditemani seorang anaknya bertekad untuk menangkap haiwan itu dengan menggunakan pukat yang kebetulan turut dibawanya.

“Pada mulanya pelanduk itu berjaya memboloskan diri, namun saya dan anaknya terus mengejar sebelum berjaya menangkapnya,” katanya.

Mungkin sudah rezekinya, pada masa yang sama beliau turut berjaya menangkap seekor pelanduk biasa yang kebetulan berada berhampiran pelanduk putih berkenaan.

Sejak tertangkap pelanduk putih itu, rumahnya sering dikunjungi orang ramai.

Menceritakan lebih lanjut, Jismani berkata kira-kira 14 tahun lepas, datuknya yang merupakan pengamal perubatan tradisional menemui seekor kera putih berdekatan kawasan kebun getah di Bukit Temin.

Ditanya sama ada berlaku sebarang kejadian pelik kepadanya selepas menangkap pelanduk itu, beliau berkata: “Tidak ada perkara pelik-pelik, cuma saya rasa rezeki saya bertambah sedikit”.

Pelanduk putih turut mempunyai kaitan dengan sejarah pembukaan negeri Melaka, apabila Parameswara iaitu putera raja dari Palembang yang melarikan diri dari peperangan di Majapahit sehingga sampai ke muara Sungai Melaka, telah menyaksikan kehebatan seekor pelanduk putih menendang anjing perburuannya, sehingga menyebabkan baginda memutuskan untuk membuka negeri di situ mengambil sempena nama pohon Melaka tempat baginda sedang bersandar. – BERNAMA

Gajah Afrika Selatan Pakar Hidu Bom, Pemburu Haram


JOHANNESBURG — Jika tentera Israel bangga memiliki sepasukan tikus dilatih sebagai pengesan bom pejuang berani mati Palestin sejak 2012, kini Afrika Selatan juga boleh megah ada sekumpulan askar gajah yang mahir menjejak perkara sama.

Lebih dahsyat, mamalia darat terbesar di dunia itu juga seperti anjing polis K9 yang mahir hidu dadah, dan paling unik; gajah ini ada kemahiran tambahan – mengesan pemburu haram yang mahu membunuh hidupan liar dilindungi undang-undang.


Projek dikendalikan sebuah badan penyelidikan tentera Amerika Syarikat (AS) itu bermula lima tahun lalu bagi membentuk deria bau super tajam menerusi belalai dan sebagai ganjaran haiwan tersebut diberi upah buah marula yang amat diminati gajah.

Idea projek timbul selepas askar-askar AS yang terlibat sebagai pasukan pengaman bagi misi konflik perang saudara di Angola melihat cara gajah mengelak periuk api jerangkap samar yang dipasang puluhan tahun di bawah tanah dengan hanya ciuman belalai.

“Belalai gajah sangat luar biasa. Bayangkan moyangnya sendiri mammoth yang mampu cari makanan di bawah lapisan ais ribuan tahun lalu,” kata Sean Hensman, pengelola taman pelancongan terkenal, Adventures with Elephants dekat Johannesburg.


Dia memberi contoh, seekor gajah jantan berusia 17 tahun bernama Chisuru dilatih berjalan melintasi barisan kotak dengan salah satu dipasang bahan letupan TNT dan kaki haiwan itu berhenti sebaik mengesan kotak bahaya tersebut di depannya.

Setiap kali ujian, Chisuru tidak pernah salah dalam memilih kotak mengandungi TNT namun, atas faktor keselamatan, gajah cuma mengesan bom manakala tugas mematikan bahan peledak itu masih menggunakan tenaga robot atau manusia sendiri.

“Kami pernah bawa benda curiga yang dikumpulkan oleh robot kawalan jauh kepada gajah untuk diperiksa, dan terbukti haiwan itu juga berhenti di depan objek itu seperti tahu ada bahaya di dalam,” kata Stephen Lee dari pasukan penyelidik AS.

Biarpun gajah memiliki deria bau yang sangat tajam, penyelidik masih bingung menentukan haiwan mana yang mempunyai keupayaan hidu paling baik, sama ada anjing atau gajah; tetapi Lee mendakwa, gajah adalah terbaik dari segi memori.

Ujarnya, terdapat banyak fakta saintifik malah pepatah lama golongan tua di Afrika bahawa gajah tidak pernah lupa sesuatu perkara dan kuat ingatan terhadap bau tertentu tanpa banyak latihan seperti terpaksa dilakukan ke atas anjing. – Agensi

Gambar Belangkas