Wednesday, February 25, 2015

Berdasarkan kajian, 4 dari 5 wanita Inggeris tidak mandi pagi


LONDON – Jika anda mempunyai rakan wanita berbangsa Inggeris atau lama menetap di England, kajian terbaharu sebuah agensi bebas tempatan, Flint + Flint pasti membuatkan anda serba salah untuk berada dekat dengan mereka selepas ini.

Hasil kajian itu yang melibatkan lebih 2,000 responden berusia dari 18 sehingga 50 tahun mendedahkan, wanita Inggeris umumnya memang tidak terlalu mempedulikan aspek kebersihan dan keharuman tubuh badan diri mereka sendiri.

Firma itu malah mendapati, empat daripada lima wanita Inggeris mengaku tidak mandi setiap hari manakala 33 peratus mengatakan mereka pernah tidak mandi selama tiga hari dan 67 peratus tidak membersihkan solekan wajah sebelum tidur.

Alasan mereka kerana berasa terlalu penat setelah sibuk dengan aktiviti seharian dan lebih teruk, satu daripada lapan wanita tidak menggosok gigi sebelum tidur selain 21 peratus responden mandi waktu pagi dengan cepat pada setiap hari.

Anehnya walaupun tidak mandi, 57 peratus wanita Inggeris mengaku memilih cara untuk membersihkan diri dengan hanya mengelap tubuh menggunakan tisu basah biarpun tahu cara tersebut pastinya sangat tidak bersih dari segi kesihatan.

Ironi, 92 peratus responden wanita mengaku sedar mengenai kepentingan dan manfaat memiliki kulit bersih terawatt, bahkan 76 peratus responden faham bahawa kurang tidur dan dehidrasi memberikan pengaruh buruk pada kecantikan kulit.

Mujur kajian itu mendapati 89 peratus wanita berjanji akan lebih menjaga kebersihan diri pada waktu akan datang dan firma Flint + Flint mendedahkan, kesibukan tugas menyebabkan ramai wanita tidak mandi sebelum pergi bekerja.

“Kami mendapati, ramai responden tidak sedar melewatkan mandi pagi, dapat membuat diri mereka jadi antisosial dan sangat tidak sihat. Mereka amat sibuk sehingga terpaksa tidak mandi sebagai cara hidup,” kata pemilik Flint + Flint, Maxine Flint.

Firma penyelidik yang turut terlibat dalam penjagaan kesihatan kulit di Britain itu mendakwa, jika trend tidak mandi berterusan, wajah wanita Inggeris akan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar akibat tubuh kering air dalam badan. – Agensi

Apa Yang Aku Nak Dalam Hidup Ni?

Aku dari pagi tadi, waktu nak mula kerja, dok rasa macam tak best+rasa sedih. Hmm, kenapa eh? Ini waktu rezeki nak masukkan? Kena la ceria dan bersemangat. Tul tak? Rasanya, mungkin kerana soalan aku malam tadi, yang aku tanya dekat diri aku sendiri : Apa yang aku nak dalam hidup aku ni?

Banyak jawapan yang datang. Aku sempat buat checklist. Apa yang aku dah capai dengan apa yang belum tercapai.

Bila kita fikir jer, kita takkan nampak. So, kena tulis, bila dah tulis, baru nampak. Hmm. Boleh kata, terlalu banyak benda yang aku masih belum capai.

Bila aku tengok balik diri aku ni. Umur dah menjangkau 30an. Ini bermakna, aku dah sia-siakan masa yang terlalu lama, hanya untuk mengerti apa itu kehidupan.

Masa yang aku ambil adalah terlalu lama. Kehidupan sebagai seorang manusia ni sebenarnya terlalu singkat. Percaya tak? Tau-tau je dah nak masuk 40an, lepas tu 50an. Sekejap je.

Yang buat aku jadi sangat risau adalah, berapa lama lagi masa yang aku perlu ambil untuk capai setiap keinginan aku.

Duduk saja-saja ni, aku still lagi fikir. Apa yang aku nak sebenarnya dalam kehidupan aku ni. Dan pastinya jawapan yang terlalu banyak akan muncul dalam kepala aku ni.

Kalau korang, apa yang korang nak dalam hidup korang?

Kenyataan Akhbar :Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu

1. Berkenaan isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain Media Perdana, saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ianya masaalah dalaman parti, sekiranya diminta.

2. Berkenaan kedudukan saya dalam Parti, saya serahkan kepada Muktamar serta kebijaksanaan Perwakilan.

3. Berkenaan tindakan saya keatas TV3, UTUSAN MALAYSIA serta lain-lain Media saya serahkan kepada Peguam YB Hanipa Maidin.

Sekian

Tn Hj Mohammad Sabu
Timbalan Presiden PAS
26hb Feb 2015/9.30pg

Gaji Semakin Kecil Setiap Tahun.

Perasan atau tidak, yang gaji kita ni, semakin kecil setiap tahun. Perasan tak? Sebab apa aku cakap macamni, walhal gaji kita setiap tahun naik. Kan?

Ok, gaji naik berapa kali setahun? Yang aku tahu, gaji cuma naik sekali je setahun. Keje penat setahun, naik gaji RM50 jer, hish. Jadi, kenapa aku cakap gaji semakin kecil setiap tahun tu?

Baik. Yang aku maksudkan adalah, kuasa penggunaan gaji tu. Makin lama makin kecik. Harga barang, bukan naik sekali setahun. Kadang tu, berkali-kali naik. Dan tak perlulah mengharapkan penurunan. Sebab dia tau naik jer, tak tahu turun.

Katakan pendapatan bagi seorang suami RM2000. Ini bagi mereka yang bekerja sendirian tanpa bantuan daripada isteri yer.

Bayar rumah = RM800.
Bayar kereta = RM400.

Ini sahaja dah RM1200. Berbaki RM800. Kena yang ada anak? Belanja dapur, Bil2 semua, duit minyak bagai? Hish.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, kuasa membeli pengguna semakin berkurang. Dan ianya pasti berlaku setiap tahun. Ini yang orang dok cakap pasal inflasi tu.

Kerja penat sebulan, gajinya sehari. Digunakan untuk pelbagai perkara, 2 hari dah habis gaji tu. Sambung semula kerja selama sebulan. Dan ianya berlaku bertahun-tahun lamanya.

Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada. Cuma aku rasakan, ada kesilapan di situ. Bukan pada orang lain, tetapi pada diri sendiri. Lebih selesa berada dalam "comfort zone".

Pasti akan ada yang cakap, bersyukur jelah joy dengan rezeki yang ada. Orang lain tu, lagilah, kerja pun takda. Benar, tapi aku sangat pasti, pasti akan ada sikit runggutan dalam diri mereka-mereka ni. Dan bila ada runggutan, adakah ianya di namakan syukur?

Kena time duit cukup-cukup nak sampai hujung bulan, tayar kereta atau motor pecah, pasti ada runggutan kat situ. Itu dinamakan syukur? Susah nak jumpa dengan mereka yang betul-betul berpegang dengan kata-kata mereka.

Lelaki cuba 'rogol' peti surat ditemui mati

Gambar hiasan
 
GREATER MANCHESTER - BRITAIN. Lelaki yang pernah menggemparkan dunia dengan ‘cubaan mengadakan hubungan seks dengan peti surat’ bulan lepas ditemui mati di belakang sebuah restoran Cina, lapor portal metro.co.uk, semalam.

Pihak berkuasa Greater Manchester berkata, mayat Paut Bennet, 45, ditemui di belakang restoran tersebut pada awal pagi Ahad.

Bennet yang berasal dari Worsley, Greater Manchester dipercayai meninggal dunia akibat mengambil dadah berlebihan.

Januari lalu, Mahkamah Wigan Magisrates mengenakan hukuman 12 bulan khidmat komuniti setelah didapati bersalah menonjolkan perilaku seks terhadap sebuah peti surat di tepi jalan.

Dia juga dilarang mengambil alkohol dan diperintah menjalani program pemulihan serta membayar pampasan sebanyak £260 kepada mangsa.

Sementara itu, seorang kenalan Bennet bagaimanapun menyifatkan Bennet seorang rakan yang baik.

“Dia mungkin mempunyai masalahnya sendiri, tapi dia sebenarnya seorang rakan yang baik,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.



Sumber: Sinar Harian

(Video) USTAZ AHMAD JAILANI B. ABDUL GHANI - PENGAMPUNAN ( PANAS!!! )

Kadar Kandungan Gula Dalam Minuman.

Kadar Kandungan Gula Dalam Minuman.


Gambar Belangkas