Thursday, February 19, 2015

TERBANG PERCUMA DENGAN AIR ASIA BIG

Saya selalu menulis tentang Enrich Miles, tapi bila Enrich menaikkan jumlah Enrich untuk ticket redemption bermula 16 Feb 2015 yang lalu, saya terpaksa cari alternatif lain. Saya suka nak sokong syarikat penerbangan tempatan, jadi saya menjenguk website Air Asia yang juga satu syarikat gergasi sebagaimana MAS. Seperti MAS, Air Asia adalah syarikat tambang murah juga ada airmiles yang dipanggil BIG Points. Air Asia sudah established; dah terbang ke kebanyakan negara. So, there I was researching the world wide web for more info on Air Asia Big points.
 

Di website Air Asia, saya dapat tahu yang kita hanya memerlukan sekurang-kurangnya 2,500 points untuk terbang. Wow! Ini tidak pernah berlaku di MAS.

Jumlah points maksimum yang diperlukan untuk terbang bersama mereka secara percuma ialah 37,000. Hanya Tokyo Haneda dan Tokyo Narita je memerlukan 37,000 ni, destinasi Air Asia yang lain memerlukan kurang daripada itu. Saya perasan yang Jeddah tiada dalam senarai walaupon Air Asia ada penerbangan ke sana. Mungkin sebab Jeddah adalah destinasi feveret dan amat laku. Tak buat promo apa-apa pon, sentiasa sold-out.. huhu..

OK, bila dah tahu berapa points yang diperlukan, kenalah tahu macamana cara nak kumpulkan points tu, betul tak? Sayapon tanye ngan Prof. Serba Tahu, tak lain tak bukan tentulah Prof. Google. Macam bese, Prof Google tak pernah mengecewakan sesapa yang bertanya. Sentiasa memberikan jawapan yang kita ndak. Terdapat lebih daripada 50 cara untuk mengumpul Big points (hebat, kan?), tapi di sini saya highlight 5 cara yang saya boleh buat dengan mudah untuk kumpul Big points.

1. Dapat 1 Big point untuk setiap RM2 bila beli tiket Air Asia, atau apa-apa barangan Air Asia. Kalau beli tiket Premium Flex atau Business Class leh dapat 1 Big point untuk setiap RM1.

2. Rupa-rupanye leh convert Petronas Mesra points ke Big points. WOWOW! Sebagai pengguna setia minyak Petronas, ini adalah berita yang amat baik. Untuk setiap 5 Mesra Points leh dapat 3 Big points. Tapi untuk tukar ke Big points, kena ada minimum 500 Mesra points ye.

3. Boleh convert Maybank points ke Big points. Walaupun conversion rate ni langsung tak semenarik conversion rate ke Enrich (saya leh dapat convert 4,500 treatpoints ke 1,000 enrich miles), tapi not bad at all.

4. Book hotel di Agoda pon boleh dapat  Big points juga. Ini sudah bagus!

5. Cara yang saya paling suka ialah kad kredit promotion yang memberikan Big points percuma bila sign-up untuk kad-kad tersebut. Contohnya seperti Standard Chartered Worldmiles yang memberikan 25,000 Big points kepada yang sudi memiliki kad mereka untuk kali pertama. Tak perlu belanja apa-apa. Depa bagi free of charge. Hebat, kan? 25,000 tu leh dapat tiket pergi-balik ke Bandung atau Siem Reap atau Bali, tau.

So, next step is to continue googling untuk tengok kot-kot ade kad kredit lain yang boleh beri offer yang lebih menarik. Lepas tu, amik cuti sehari untuk apply kad-kad kredit yang hebat ni. Kalau leh dapat tiket kapal terbang yang beratus-ratus RM tu percuma, why not cuti kerja sehari, tul tak?

Syiling Emas Khalifah Islam Ditemui Di Dasar Laut Oleh Israel


TEL AVIV – Sekumpulan penyelam skuba gempar apabila menemui hampir 2,000 keping duit syiling emas berusia lebih 1,000 tahun ketika menyelam di perairan Mediterranean, Israel, kata pihak berkuasa antikuiti Yahudi kelmarin.

Harta karun itu dipercayai milik khalifah dinasti Islam Fatimiah yang mentadbir sebahagian besar kawasan di Asia barat Timur Tengah dan Afrika Utara dari tahun 909 hingga 1171 masihi.

“Penemuan syiling emas itu adalah yang terbesar di Israel,” kata pihak berkuasa berkenaan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, syiling emas seberat sembilan kilogram itu ditemui beberapa minggu lalu di dasar laut sebuah pelabuhan purba, Caesarea, yang wujud pada era pemerintahan empayar Rom.

“Pada mulanya penyelam-penyelam itu menyangka hanya menemui syiling mainan sehinggalah mereka sedar ia syiling sebenar. Beberapa keping syiling itu diambil untuk ditunjukkan kepada pengarah kelab selaman mereka bagi memaklumkan tentang penemuan itu,” kata pihak berkuasa.

Pengarah Unit Arkeologi Maritim Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Kobi Sharvit berkata, beberapa ekskavasi akan dilakukan bagi mendapatkan lebih banyak petunjuk dalam usaha mengenal pasti asal usul harta karun tersebut.

“Kemungkinan juga itu adalah bangkai sebuah kapal perbendaharaan yang dalam perjalanan ke pusat pemerintahan di Mesir serta membawa hasil cukai yang telah dikutip.

“Terdapat kemungkinan syiling emas itu berasal dari kapal perbendaharaan yang karam ketika menuju ke pusat pemerintahan Dinasti Fatimiah di Mesir dengan membawa hasil cukai,” kata Sharvit.

“Penemuan tersebut sangat berharga dan tidak ternilai,” kata seorang jurucakap, Yoli Schwartz.

Menurutnya, harta karun itu hak Israel dan tiada ganjaran untuk mereka yang menemuinya. – Agensi

Gong Xi Fa Cai 2565 !


Tahun Baru Imlek 2015 merupakan hal yang penting bagi beberapa orang di Indonesia di antaranya adalah bagi keturunan chinesse, bannyak yang merayakan pergantian tahun dengan melakukan berbagai kegiatan seperti penjamuan makan atau penyulutan kembang api yang sering sekali dilihat yang tidak lain adalah sebagai ungkapan rasa sukur karena masih diberikan umur panjang dan sehat sampai menginjak

Wednesday, February 18, 2015

[Gambar] Air Terjun Niagara Membeku

CUACA sejuk melampau di pantai timur Amerika telah menyebabkan beberapa kawasan yang mempunyai pemandangan istimewa bertukar wajah termasuk air terjun Niagara.

Air terjun itu yang merupakan antara lokasi tercantik di dunia kini beku apabila cuaca turun ke 13 darjah celcius.

Berikutan itu pelbagai aktiviti yang disediakan untuk pelancong terpaksa dihentikan sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun masih terdapat pelancong yang datang ke lokasi itu untuk melihat air terjun Niagara membeku meskipun keindahanya tidak seperti sebelum ini.

Tidak kurang juga yang dapat merakam gambar-gambar pelangi dan keadaan cuaca sejuk melampau di kawasan berkenaan. - mstar.com.my
 




'Hilang' Dua Pemimpin Utama Wujud Kelompangan Dalam Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ketiadaan dua pemimpin utama, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam parti pakatan ketika ini menimbulkan persoalan sejauh mana parti yang dibarisi PKR, DAP dan PAS berupaya mengisi kelompangan besar kepimpinan, sekali gus mendepani cabaran politik semasa dan terus menerima sokongan rakyat.


Beberapa penganalisis melihat lanskap politik gabungan pakatan itu menjadi semakin longgar kerana kekuatannya selama ini bergantung kepada kepimpinan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, selain rasa hormat yang tinggi kepada allahyarham Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS.

Mereka juga berpendapat situasi yang melanda pakatan ketika ini bukan sahaja boleh mengundang kepincangan dan senario 'kawan makan kawan', bahkan turut memberi kesan terhadap sokongan pengikut yang selama ini menyokong atas tiket 'setia dan hormat' terhadap kedua-dua pemimpin utama itu.

PKR patah sayap apabila Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara lima tahun, manakala PAS kehilangan Nik Aziz, 84, yang meninggal dunia pada 12 Februari akibat kanser prostat.


SIAPA PENGGANTI ANWAR?

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Prof Dr Jayum Jawan berkata ketiadaan dua tokoh pemimpin berkenaan memberi kesan kepada pakatan.

"Selama ini, Anwar berjaya meredakan perbezaan antara DAP dan PAS dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lebih abstrak untuk diperjuangkan bersama dan pastinya ketiadaan beliau menimbulkan persoalan siapakah yang boleh dan layak menggantikan ketua pembangkang.

"PAS pula secara khusus kehilangan kepimpinan 'orang lama yang bijaksana'.  Generasi lama dan generasi muda akan berebut tempat dalam kepimpinan parti tanpa segan silu kerana tokoh yang disegani dan dihormati sudah tiada," katanya kepada Bernama.

Jayum berkata kepimpinan PKR pula berhadapan masalah kepimpinan ekoran belum ada 'tengku mahkota' yang dipersiapkan untuk mengambil alih tempat Anwar.

"Sekarang Anwar diberhentikan 'tiba-tiba' dan bukan berhenti secara sukarela. Persoalannya, siapakah 'tengku mahkota' itu? Sekiranya ada, apakah 'tengku mahkota' itu sudah bersedia?," katanya.

PEMIMPIN BERPENGALAMAN

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata ketiadaan pemimpin berpengalaman dalam PKR dan PAS dan memiliki kekuatan personaliti seperti Anwar dan Nik Aziz, melemahkan kedudukan pakatan buat masa ini.

"Anwar berjaya mendamaikan perbalahan sesama parti dalam pakatan, yang  akhir-akhir ini menyaksikan PAS dan DAP tidak mahu berkompromi dalam perkara dasar yang melibatkan ideologi dan perjuangan parti masing-masing seperti pelaksanaan hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan," katanya.

Kelompangan kepimpinan ini dilihat memberi kesan kepada kesinambungan hubungan antara parti dalam pakatan.

Merujuk ketokohan Nik Aziz, Ahmad Martadha berkata kewibawaan allahyarham  amat dihormati dan bekas Menteri Besar Kelantan itu merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada kestabilan dalam pakatan.

"Bukan sahaja PAS bahkan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya merasai ketiadaan beliau (Nik Aziz) dan kini berhadapan kesukaran untuk mencari pengganti sepertinya," katanya.

PELUANG DAP

Apakah DAP akan menggunakan kelompangan ini untuk melebarkan sayap dan pengaruh mereka dalam pakatan?

Mengulas persolan itu, Ahmad Martadha berkata DAP pastinya akan menjadi lebih vokal dalam pelbagai isu ekoran ketiadaan kedua-dua pemimpin itu.

"Sebelum ini, DAP tidak begitu lantang kerana menghormati pemimpin seperti Nik Aziz dalam isu seperti hudud. Namun, ketiadaan Tok Guru (Nik Aziz) memberi peluang dan ruang lebih besar kepada DAP untuk melontarkan pandangan tanpa rasa takut atau gusar terhadap komen daripada sekutunya, PAS," katanya.

Pensyarah kanan Sains Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia Dr Low Yong San pula berpendapat adalah tidak bijak sekiranya DAP berbuat demikiankerana politik dalam sistem demokrasi adalah suatu permainan berkenaan dengan angka, di mana orang yang mendapat undi terbanyak akan menjadi pemenang.

"Asas sokongan DAP kebanyakannya berasal daripada masyarakat Cina yang merupakan golongan minoriti dan para pemimpin DAP harus sedar bahawa tanpa sokongan kaum lain terutamanya Melayu, mereka tidak mungkin boleh menjadi parti pemerintah sama ada di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan. Saya rasa pemimpin-pemimpin DAP sedar akan realiti politik ini," katanya.

JEJAS HUBUNGAN

Secara umum, akan terjejaskah hubungan PAS-DAP dan kerjasama gabungan pakatan berikutan ketiadaan Anwar dan Nik Aziz?

Membincangkan hal ini, Low tidak menolak kemungkinan ketiadaan Nik Aziz akan memberi kesan kepada hubungan PAS dan DAP.

Begitu juga ketiadaan Anwar yang berperanan sebagai perantara antara PAS dan DAP terutama apabila timbul konflik atau perbalahan antara kedua-dua parti komponen itu.

"Namun begitu, saya berpendapat masa depan pakatan bukanlah semata-mata bergantung kepada mana-mana individu pemimpin, tetapi bergantung kepada soal fundamental yang melibatkan perbezaan ideologi politik antara PAS dan DAP.

"Sekiranya isu (kerjasama politik) ini tidak diselesaikan, tidak sukar untuk kita membayangkan keadaan kelam kabut yang akan timbul sekiranya PR memerintah di peringkat persekutuan dengan PAS kekal dengan agenda negara Islamnya, DAP sibuk dengan bantahannya, sementara PKR sibuk dengan peranannya sebagai orang tengah menyelesaikan konflik," katanya.

SOKONGAN BERDASARKAN SIMPATI

Apakah keputusan mahkamah terhadap Anwar kali ini berupaya menarik lebih ramai menyokong parti pakatan pada pilihan raya umum akan datang berikutan elemen simpati?

Berbanding peristiwa tahun 1998/1999 yang memperlihatkan peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada BN kepada pembangkang, Low berpendapat isu Anwar dipenjara pada kali ini tidak memberi impak besar seperti sebelum ini.

"Sokongan politik berasaskan simpati terhadap individu atau keluarga individu tertentu tidak akan bertahan lama, sebaliknya ia bergantung kepada keberkesanan PKR untuk menyakinkan rakyat bahawa kes Anwar adalah konspirasi politik yang melibatkan integriti institusi politik di negara ini.

"Untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar dianiaya oleh institusi politik sebanyak dua kali berturut-turut dan seterusnya memobilisasikan sokongan massa, ia merupakan satu cabaran besar bagi PKR," katanya.

Jayum pula berpendapat bukanlah semudah pilihan raya sebelum ini untuk parti pakatan mempertahankan kedudukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

"Kedua-dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang sama bergantung kepada pakej yang ditawarkan kepada pengundi yang sudah bijak memilih," katanya. - Mstar

SAYA MEMERLUKAN ENRICH MILES.. ADA SESAPA NAK JUAL KAT SAYA TAK?




Saya sedang berangan-angan untuk ke satu destinasi idaman, tapi sekarang ni kekurangan 10,000 enrich miles untuk mendapatkan tiket MAS ke sana. So, sekiranya uolls yang membaca post ini mempunyai lebihan enrich miles yang tidak digunakan/hampir nak expired, apa kata jualkan kepada saya. 

DARIPADA ENRICH MILES UOLLS EXPIRED BEGITU SAHAJA, LEBIH BAIK JUAL KEPADA SAYA...

Macamana nak jual?
OK, senang je. Menurut Enrich Online, kita boleh pindahkan setiap enrich miles yang kita ada kepada sesapa yang kita mahu pada kos 4sen/enrich + RM40 kos administration. Saya akan bayar segala kos transfer yang dikenakan oleh Enrich ini.

 
Berapa harga saya sanggup beli? 
Saya akan tanggung kos 4sen/enrich dan adminstration fee RM40. Selain itu saya akan bayar uolls RM50 untuk setiap 5,000 enrich miles. 

Not bad, kan? Daripada enrich miles uolls expired cenggitu jer.. kan membazir. So, it's a win-win situation. Uolls dapat duit, saya dapat gi travelling ke tempat idaman saya.

So, sekiranya berminat untuk jual kepada saya, leh email saya di cutifamili@gmail.com.

Disclaimer:
Mahu saya tegaskan di sini bahawa saya mencari anda yang sukarela mahu melepaskan Enrich Miles anda kerana tidak tahu bila nak menggunakannya, atau tak sempat nak menggunakannya atau memang takde hajat nak menggunakannya. Saya bukannya mahu berurusniaga enrich miles, dan bukan mahu mendapatkan keuntungan. Saya hanya mahu mencukupkan jumlah enrich miles saya. Harap maaf jika ada yang berkecil hati atau tidak puas hati. Harap maklum.



home tuition-belajar asas bahasa mandarin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini kita semua tahu yang ibu bapa banyak memilih anak-anak belajar di rumah...Mungkin terdapat banyak faktor yang menyebabkan ibu bapa memilih sedemikian..ini mungkin salah satu faktor untuk senang mengawasi anak-anak..

Sekarang ni saya tengah belajar bahasa cina mandarin menggunakan website ni...tapi saya belajar masih level pre school je...hehe..siap ada sound suara lagi cakap chinese...website ni bukan sahaja bahasa mandarin tapi merangkumi semua subjek dari pre school , tahun 1 hingga tingkatan 5...

Ingat ini bukan pengganti  sistem persekolahan TETAPI untuk pemudah cara sahaja..sebab kita masih memerlukan cikgu untuk mengajar kita..

berminat boleh datang ke page saya di FB : novel/ komik secondhand atau boleh saja komen di blog ini..



 macam permainan kad.
Ini nama ayam dalam bahasa mandarin



Ini pelbagai bentuk boleh kita belajar seperti: dengar bunyi, main kad dan sebagainya


Gambar Belangkas