Thursday, February 12, 2015

Tenanglah di sana Tok Guru


Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali

Allahyarham Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

10 Januari 1931 - 12 Februari 2015


“Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen” - TGNA

TGNA kembali ke rahmatullah


KOTA BAHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam tadi.

Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.

Terdahulu, anaknya, Nik Mohamad Abdul memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan bapanya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam.


Sumber: Sinar Harian

TERKINI! TG Nik Aziz Meninggal Dunia



Nik Aziz meninggal dunia

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam ini.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Nik Abdul Aziz dibawa pulang ke kediamannya dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 8.40 malam ini.

Nik Abduh dalam tulisan di Facebook petang ini berkata, tahap kesihatan bapanya itu merosot selepas rawatan ulser semalam.

Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lalu.

Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri itu.

Pengulas Sukan Hasbullah Awang Meninggal Dunia






Pengulas sukan veteran negara, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Khamis.

Allahyarham menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) IJN pada pukul 12.20 tengah hari ini. Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kediamannya  di Seksyen 32 Bukit Naga, Shah Alam pukul 3 petang Khamis.

Beliau merupakan seorang pengulas sukan di Malaysia yang kini bertugas di Astro Arena sejak Januari 2014 setelah menamatkan khidmat di RTM. Hasbullah,63 memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan pernah menjadi pembantu dalam mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era semi-pro pada awal 1990-an.
Personaliti kelahiran Teluk Intan, Perak itu juga pernah menyumbang suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.


sumber : mStar Online

p/s: Al-fatihah..

Wednesday, February 11, 2015

Terbaru! Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia!

Terbaru! Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia!


Terbaru! Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia!

Pengulas sukan Hasbullah Awang meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Pengulas sukan  negara, Datuk Hasbullah Awang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara dipercayai akibat komplikasi jantung.

Beliau yang betugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di fasiliti perubatan tesebut sejak minggu lalu.

Allahyarham terkenal sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara sejak dari tahun 1980.

Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.

Majikan Beri Bonus Dalam Bentuk Layanan Seks Kepada Pekerja!



Kebiasaannya syarikat di Malaysia atau mana-mana negara akan memberi bonus dalam bentuk wang ringgit dan sering kali menjadikan gaji sebagai kiraan bonus. 


Namun berbeza pula dengan sebuah syarikat teknologi di Beijing, Qihoo360 yang mana pihak pentadbir mereka bukan memberikan bonus dalam bentuk wang ringgit tetapi dengan memberi peluang untuk bermalam dengan pelakon lucah Jepun, Julia Kyoka kepada kakitangan yang bertuah. 



Khabar berita berkenaan bonus yang aneh itu tersebar di internet. Bagaimanapun perkhabaran tersebut dinafikan oleh pihak Qihoo360 dan mendakwa itu adalah senarai palsu. 



Kemudiannya tidak lama selepas itu keluar pula senarai baru tetapi kali ini tanpa ‘bonus’ Julia Kyoko.

Gambar Belangkas