Saturday, January 31, 2015

VIDEO: Lelaki Dibelasah Kerana ‘Skodeng’ Tandas Wanita Di Jusco






GARA-GARA didakwa ‘kantoi skodeng’ dalam tandas wanita, seorang lelaki dibelasah selepas disoal siasat dan dirakam dalam keadaan mengaibkan oleh beberapa pemuda.
Dalam rakaman video yang kini viral, lelaki berasal dari Perak namun bekerja di Gebeng, Kuantan ini dikatakan menceroboh masuk tandas wanita dan duduk di situ berjam-jam sambil berpura-pura membuang air besar.
Tembelangnya pecah apabila salah seorang mangsa ternampak tangannya terjulur bersama telefon bimbit sedang merakam mangsa di tandas sebelahnya.
Lelaki itu bagaimanapun bukan saja berkeras menafikan tuduhan sebaliknya tetap duduk dalam keadaan seluar dilondehkan seolah-olah sedang membuang air besar ketika ditanya.
Hal ini membuatkan beberapa pemuda yang bertanya kepadanya naik angin lalu membelasahnya di situ juga.
Berdasarkan rakaman percakapan dalam video ini, lelaki berkenaan dikatakan mahu diserah kepada pihak polis jadi kami berharap itulah perkara yang berlaku jadi kes ini dapat disiasat oleh pihak berkuasa.

Kejadian dikatakan berlaku dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Kota Damansara, Kuantan.

RON95, diesel kini RM1.70 seliter

Harga baru bermula Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70

Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.

Kandungan dalam seorang Pelajar Darjah 6 Akhirnya Terbongkar...




SELANDAR – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.

Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya. Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima, lapor Sinar Harian.

(Video) Haiwan Pelik Ditemui di Sibu Sarawak


SIBU: Sekumpulan pekerja warga Indonesia terkejut melihat satu haiwan pelik yang cuba menerkam mereka di ladangkelapa sawit pagi semalam.

Khuatir dengan keselamatan mereka, salah seorangdaripada mereka bertindak memukul haiwan itu hingga pengsan.

Apabila haiwan itu sedar semula, mereka menghalaunya kembali ke dalam hutan.

Menurut mereka lagi, ini adalah kali pertama mereka melihat haiwan pelik yang tidak diketahui spesiesnya dan mereka berpendapat haiwan tersebut seakan-akan beruang yang sudah tua, yang sudah gugur bulunya. - Siakapkeli.com.my, Sumber - The Borneo Post


Friday, January 30, 2015

Anjing menangis kembar mati

Brutus
 
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Reaksi Brutus, seekor anjing jenis Rottweiler yang menangis apabila kembarnya, Hank, mati menarik perhatian ratusan pelayar laman video YouTube.

Dalam video tersebut, keadaan Brutus menyayat hati apabila dia menangis dan tidak berganjak walaupun ditenangkan tuannya, Brett Bennett.

Menurut laporan Dailymail UK, Hank, kembar kepada Brutus, mati ketika tidur dan punca kematian haiwan berkenaan tidak diketahui. Hank disahkan mati 20 Januari lepas.

Brutus dilihat jelas menitiskan air matanya ketika baring di atas kepala Hank dan reaksi anjing berkenaan menarik simpati pencinta haiwan anjing dan seumpamanya.


Sumber: Sinar Harian

6 Hal yang Dapat Menyebabkan Anda Kerasukan Makhluk Halus


Jika anda pernah berada dalam situasi dimana orang lain mengalami kesurupan, tentu saja itu menjadi sebuah pengalaman yang menyeramkan. Saya sendiri pernah berada dalam situasi tersebut dan bahkan bersama teman-teman mencoba mengeluarkan makhluk halus tersebut, walau tidak berhasil ( karena ada keragu-raguan). Tapi yang jelas dari pengalaman tersebut dapat saya ambil sebuah kesimpulan bahwa

Tangan mekanikal percuma

Alhamdulillah....besarnya pahala dia..Untungnya kita ada org kaya suka bederma lagu ni. Tulon org x kira kenal ke dak. 

Kita pun elok tiru perangai dia....xyah tungung jd kaya.. tulon lei setakat mn ada lei...apa kepakaran kita ada? Guna kepakaran tu utk tulon org. Serupa la dgn usahawan ni.

Kepada sesiapa yg memerlukan tgn mekanikal ni boleh la hubungi no telpon dlm berita tu....

Katanya x sampi rm100 pun dia buant tgn 3d tu. Tp manfaat sgt besar......tu la no x semestinya kalu canggih brg mahal.  

Yg pentingnya kreativiti, idea utk menghasilkan sesuatu utk membantu org. Mestila Allah tulon kalu niat eloklagu tu kan....

Wallahua'lam........ 

Sent from Samsung Mobile

Gambar Belangkas