Wednesday, January 14, 2015

Pelajar Perempuan Bukan Melayu Berbaju Kurung Tidak Dibenarkan Masuk kelas


Hanya pelajar Melayu boleh pakai baju kurung menurut pihak sekolah- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang bapa yang telah membelikan baju kurung seragam sekolah untuk anaknya telah menyebabkan anaknya tidak dibenarkan memasuki kelas kerana didakwa melanggar etika pemakaian di sebuah sekolah di Cheras.

Beliau, Lawrence Jayaraj telah mendakwa anaknya yang baru bertukar sekolah itu telah dihalang oleh pihak sekolah hanya kerana beliau memakai baju kurung seperti pelajar Melayu yang lain.

Beliau nyata kecewa selepas pihak sekolah menyatakan hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung dan bagi pelajar bukan Melayu tidak dibenarkan.

“Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya. Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah,” katanya yang dipetik dari The Rakyat Post.

Oleh kerana tidak dibenar memasuki kelas beliau telah kembali ke sekolah untuk mendapatkan anaknya itu dan telah berbincang dengan Guru Penolong Kanan mengenai etika pemakaian ini tetapi gagal menyelesaikan masalah itu..

Lebih mengejutkan guru berkenaan telah menyuruh Jayaraj untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi memberi pakaian seragam lain.

Bagaimanapun semasa kejadian pengetua sekolah tersebut tiada di sekolah untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut.

"Walaupun isu tersebut hanyalah isu remeh tetapi ia agak mengejutkan dan langsung tidak dijangkakan."

“Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform sekolah dan ia bukannya murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan ketika mengulas mengenai perkara itu meminta pihak berkenaan membawa perkara itu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

“Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan.”

"Terdapat 10,000 buah sekolah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran dan adakalanya pengetua sekolah membuat polisi tanpa mendapatkan pengesahan daripada Kementerian,"katanya

Bagaimanapun, hal ini telah diberi pandangan yang berbeza oleh seorang individu yang juga seorang guru disiplin. Berikut adalah komen beliau berkaitan hal pelajar bukan melayu memakai baju kurung. 

Gambar Fazura Bercium Di KLIA Tersebar...























Apabila ditanyakan sendiri kepada tuan punya badan mengenai kontroversi yang timbul
sekitar bulan lalu yang mengaitkan namanya, aktres jelita ini seolah-olah seperti tidak tahu-
menahu mengenai hal itu.

Sebaliknya Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Faz, pantas
bertanyakan kembali kepada pihak media,

"Buat apa ya? Siapa yang keluarkan dulu? Cium yang macam mana...? Bercumbuan ni ada
 macam-macam jenis. Saya tak faham. Saya tidak tahu cerita apa yang anda semua dengar.

"Saya tidak ada komen. Anda semua kata saya bercium tapi saya pun tak tahu bercium yang
 macam mana. Saya bersama kawan-kawan saya di KLIA, itu saja. Saya tidak ada melakukan apa-apa aksi bercium.

"Saya tak tahu. Saya baru dengar tentang hal ini, hari ini. Anda semua patut tanyakan pada
orang yang membuat cerita itu kerana dia yang lebih tahu. Jangan tanya saya", itu kata Fazura
ketika ditemui pihak media di majlis pelancaran wajah baru portal berita, mStar online di
Alexis The Gardens, petang semalam.

Bulan lalu, dunia hiburan tempatan gempar dengan satu laporan sebuah portal yang menyebut,
 Fazura membuat aksi terlampau iaitu bercumbuan bersama “rakan baik”nya, Randy Seidman
 yang merupakan seorang deejay dari Amerika. Laporan juga menyebut, mereka ada
melakukan aksi urut-urut belakang dan saling melentukkan kepala di bahu.
.

















Bagaimanapun kata pelakon yang bakal muncul menerusi filem 'Manisnya Cinta di Cappadocia' ini,
dia tidak marah kepada pihak yang menyebarkan cerita berkenaan.

"Saya okay saja. Ini semua tidak ada kaitan dengan saya. Terpulang kepada yang buat cerita. Kalau
dia rasa dia betul, betul lah. Saya yakin Allahh lebih nampak apa yang setiap manusia buat. Jadi
apapun iat dia, itu antara dia dengan Allah", tuturnya sambil meminta pihhak media tidak terus
 bertanyakan hal itu lagi.

Persoalannya, kenapa Fazura bersikap seperti tidak tahu apa-apa ketika diminta mengulas oleh
pihak media? Sedangkan ketika kontroversi itu menjadi bualan hangat ramai, dia ada memuat naik
satu status di laman Twitter yang merujuk kepada dakwaan kontroversi tersebut.

Menerusi status tersebut, Fazura seperti berang dengan dakwaan berkenaan.
.











Kalau betul dia langsung tidak tahu, macam mana dia tiba-tiba menaikkan status sebegitu, kan.

Penjelasan dari guru disiplin



Harap semuanya selesai. Memang la,pakai baju kurung tak pakai singlet, hang p sekolah nak tunjuk pakaian dalam la tu.

Senjata Dayak Yang Mampu Mengguncang Bumi


Suku dayak merupakan suku yang ada di di pulau kalimantan tidak hanya Indonesia, namun juga negara-negara di pulau kalimantan seperti Malaysia dan Brunei Darussalam. Jika anda termasuk orang yang menetap di daerah kalimantan, maka anda sangat tidak asing lagi dengan masyrakat dayak, karena hampir diseluruh penjuru pulau borneo , anda akan menjumpai yang namanya Suku Dayak.



Jika anda belum

Esscom lancar Operasi Bersepadu Khas buru Pati

TAWAU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan melancarkan Operasi Bersepadu Khas bagi mengesan dan menangkap pendatang tanpa izin (Pati) di daerah Tawau dan Semporna dalam masa terdekat.


Komander Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, operasi yang akan disertai pelbagai agensi negeri dan persekutuan itu dilaksanakan dalam skala yang besar bagi memburu saki baki Pati, termasuk mereka yang melakukan pelbagai aktiviti menyalahi undang-undang negara seperti penjaja haram dan penyeludup barang-barang bersubsidi ke negara jiran.

"Sebelum ini, kita telah melancarkan operasi yang sama di Sandakan dan Lahad Datu dan operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga kehadiran Pati di negeri ini khususnya di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) dapat dibendung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Operasi Bersepadu di Pejabat Imigresen Tawau, di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata, langkah drastik itu merupakan susulan daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Pati di Sabah dan arahan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman agar satu operasi besar-besaran dilaksanakan bagi membanteras kehadiran Pati di negeri ini, khususnya di Esszone.

Katanya, Esscom sebagai agensi kerajaan yang menyelaras pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan akan menggalas amanah dan tanggungjawab itu sehingga negeri ini benar-benar bebas daripada Pati.

"Kita akan laksanakan operasi ini pada setiap masa sehingga kehadiran Pati di negeri ini dapat dibanteras," katanya. - Bernama

AWIE DI SIHIR ISTERI?


Pelbagai barangan syirik dan khurafat seperti botol berisi cecair, patung kemaluan lelaki bersalut emas, patung sami diperbuat logam berserta tangkal ditemui penyanyi rock Awie di rumahnya yang disyaki milik isterinya, Rozana Misbun.


Peguam syarie Awie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa penemuan tersebut merupakan antara lapan sebab Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, memfailkan permohonan hak penjagaan sementara (hadanah) ke atas tiga anaknya pada Julai tahun lalu.

Menurut Zaidi, Awie mempercayai isterinya mengamalkan perbuatan syirik, khurafat dan tahyul ekoran barangan terbabit ditemui disorok di bawah tilam, dalam almari pakaian, tertanam dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barangan perhiasan di rumah mereka.

“Barangan itu ditemui selepas Awie berubat dengan seorang ustaz setelah mengalami sakit misteri pada 1 Jun 2014 sebelum ustaz itu memberitahu Awie terkena sihir disyaki dilakukan oleh orang yang sangat hampir dengannya,” kata Mohd. Zaidi.

Mohd. Zaidi berkata demikian semasa memberi hujahan lisan ketika kes permohonan ubah perintah sebelah pihak (ex-parte) bagi hak penjagaan anak pasangan itu di hadapan Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain yang dimohon Rozana, 37.

MINUM AIR PERAM MAYAT


Mexico City: Mayat seorang wanita ditemui di dalam tangki air di sebuah bangunan apartmen tempat dia tinggal, setahun selepas dilaporkan hilang.


Graduan psikologi Carmen Yarira Noriega Esparza (gambar), 27, dilapor hilang Februari tahun lalu. Rakan dan anggota keluarganya sebelum ini mengesyaki dia diculik dan dijual untuk dijadikan hamba seks.

Mayat Carmen yang sudah reput ditemui dalam tangki itu selepas penduduk mengadu air minuman mereka rasa aneh.Polis berkata, mayat Carmen mungkin berada dalam tangki itu sejak dia hilang.

Carmen yang bercita-cita menjadi pelakon dilihat kali terakhir ketika meninggalkan sebuah gimnasium di Mexico City, Februari lalu.

Rakan dan anggota keluarga menubuhkan kempen media sosial untuk mengesan dan mencarinya, termasuk menampal gambar pada tiang lampu di jalan raya.Rakannya, Pal Javier Paz, 30, berkata, Carmen berbakat dan cantik, bercita-cita menjadi pelakon.

“Apabila dia tidak muncul di klinik tempat dia kerja, kami menyangka dia diculik dan dijual untuk dijadikan pelacur.“Mungkin selama ini mayatnya berada dalam tangki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis kini menumpukan siasatan mereka terhadap bekas teman lelaki Carmen, ahli perniagaan kaya yang membayar sewa apartmen itu untuknya.

Carmen kemudian memutuskan hubungan mereka selepas berkenalan dengan seorang peguam kaya dan hilang seminggu sebelum dia keluar dari rumah itu.

Penemuan berkenaan mengejutkan penduduk apartmen itu.Kini baru mereka sedar mengapa air yang mereka minum rasa aneh.

Seorang jurucakap polis semalam berkata: “Pegawai bandar raya dipanggil memeriksa tangki berkenaan dan apabila membukanya, mereka menemui mayat reput itu.”

Gambar Belangkas