Thursday, October 16, 2014

Laundry Room Valet Rod

Laundry Room Valet Rod - contemporary - laundry room - new york ...Laundry Room Valet RodValet Rods | Orange County, NY and beyond | Rylex Custom Cabinetry ...valet rod for laundry roomAmazon.com: Laundry Valet Rod (Oil Rubbed Bronze) (1.5"H x 3"W x ...Amazon.com: Laundry Valet RodAdd a Valet Rod | Rylex Custom Cabinetry & ClosetsUse one in the laundry room toLaundry Room Organization Ideas &

Wednesday, October 15, 2014

Ini loh Video Pertama di Youtube

Siapa yang tidak mengenal situs berbagi video terbesar di dunia “ Youtube “ .  Situs berbagi video yang telah di akuisisi oleh google ini memang semakin popular , jadi wajar saja jika saat ini situs youtube menjadi situs nomor 3 di dunia.




Yang menjadi pertanyaan adalah video apakah yang menjadi video pertama yang di unggah di situs youtube? Yaah Penggungah video pertama tersebut adalah Jawed

MAHLUK SEPERTI `MEDUSA` DI TEMUI DI SINGAPURA

Seorang nelayan Singapura mendakwa telah menjumpai sesuatu yang aneh.Nelayan terbabit, Ong Han Boon, 54 dilaporkan sering ke lokasi penangkapan ikan kegemarannya bagi aktiviti memancing ikan dengan harapan memperoleh hasil yang lumayan.

Bagaimanapun, ketika sedang menunggu pukatnya dipenuhi tangkapan, dia dikejutkan dengan pergerakan pada pukatnya.Malah, sebaik menarik pukatnya keluar dari air dia begitu terkejut dengan apa yang dilihatnya serupa seperti wanita berambut ular iaitu "MEDUSA".



Menurut, Han Boon sebelum ini dia ada menemui beberapa benda pelik, tetapi bukan dari laut.Bagaimanapun, makhluk seperti ini memang tidak pernah saya lihat sebelum ini.“Ia kelihatan seperti alien,” katanya.

Sehubungan itu, Han Boon memuatnaik video makhluk aneh itu dengan harapan ada pihak yang akan tampil memaklumkan apa sebenarnya yang masuk ke pukatnya itu.

Malah, Han Boon berkata dia juga sudah bertanyakan kawan-kawannya tetapi tiada sesiapa yang tahu, manakala pencarian menerusi Internet juga belum mendapat sebarang jawapan.

VIDEO
Video ini menunjukan spesis baru Tapak Sulaiman

Hassan Malek Diserang Akibat Idea Bodoh



Nampaknya menteri bodoh yang dilantik ni semakin menjadi-jadi.

Ayuh rakyat malaysia. Kita ajar cukup-cukup menteri bangang macam ni.

Kedutaan Jepun nafi Shinzo Abe peluk Islam



Kuala Lumpur: Kedutaan Jepun di sini menafikan bahawa Perdana Menteri, Shinzo Abe, sudah memeluk Islam dan menukar nama beliau kepada Asif Khan.

Pegawai kanan kedutaan, Takashi Yokoyama yang dihubungi malam tadi berkata, perkara itu tidak benar.

"Berita yang tersebar itu tidak benar dan tidak berlaku. Ia hanya khabar angin. Jika benar kami pasti mengetahuinya lebih awal. Perdana Menteri Shinzo Abe tidak memeluk Islam," katanya.

Khabar angin yang mengatakan Abe memeluk Islam tersebar luas di media sosial semalam dan mencetuskan pelbagai spekulasi.

"PAZUZU" SI SYAITAN BUNUH, MAKAN, BAKAR MANGSANYA..


USA: Seorang lelaki yang menggunakan nama sempena nama syaitan dalam filem 'The Exorcist' adalah antara tiga orang yang ditangkap di Carolina Utara atas tuduhan membunuh.

Mereka ditangkap selepas polis menemui rangka dua mangsa mereka dalam kubur cetek di belakang sebuah rumah di Clemmons, tempat jiran berkata Pazuzu Illah Algarad, 35, sering mengadakan upacara penyembahan syaitan.



Seorang jiran mendakwa dia memberitahu semua orang mengenai mayat itu tetapi tidak seorang pun mempercayainya.Algarad juga menceritakan bagaimana dia membunuh mangsa, makan sebahagian mayatnya dan membakar bakinya dalam unggun api.

Amber Nicole Burch, 24, yang tinggal bersama-sama Algarad dan dikatakan isterinya dalam Facebook, juga menghadapi tuduhan membunuh sementara Krystal Nicole Matlock, 28, ditahan kerana membantu menanam mayat itu.

Mangsa pertama dikenali sebagai Joshua Fredrick Wetzler, 37, sementara kedua, Tommy Dean Welch, 36.

Menurut laporan, Algarad dilahirkan di San Francisco sebagai John Alexander Johnson, tetapi ibunya, Cynthia Lawson, juga pemuja syaitan menukar namanya kepada Pazuzu Algarad atas alasan agama.

'Pazuzu' adalah nama syaitan yang merasuk budak perempuan dalam filem 'The Exorcist' dan mendakwa berketurunan Iraq.

Pada pintu depan rumah Algaerad yang dimiliki ibunya, terdapat papan tanda memberi amaran supaya polis tidak memasukinya serta lambang tengkorak.Di bawahnya tertera perkataan bermakna 'Kejahatan akan menang.'

Ketika dihadapkan ke mahkamah semalam, Hakim Daerah Forsyth Gordon Miller memberitahu tertuduh bahawa mereka akan dihukum penjara seumur hidup jika didapati bersalah.Ketiga-tiganya akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 23 Oktober depan. - Agensi

Tuesday, October 14, 2014

Ahmad Izzat meninggal dunia

ALOR SETAR - Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Izzat Mohamad Shauki, 34, kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 11.10 malam semalam, selepas lebih tiga minggu menerima rawatan akibat komplikasi kencing manis.

Jenazah Allahyarham yang juga bekas Timbalan Speaker Dun Kedah dan Bekas Adun Bukit Lada dibawa pulang ke rumah ibunya, di Batu 2, Lebuhraya Sultan Abd Halim sebelum dibawa ke Masjid Derga, untuk solat jenazah.

Adun Alor Mengkudu, Ahmad Yahya berkata, jenazah akan disemadikan di tanah perkuburan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, bersebelahan dengan pusara bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak.

“Solat jenazah kedua dilakukan di Masjid Muassasah Darul Ulum,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak, iaitu empat lelaki dan seorang perempuan berusia antara tiga hingga 10 tahun.

Pada 20 September lalu, Allahyarham dikejarkan ke HSB apabila rebah secara tiba-tiba ketika mendirikan solat Maghrib. Allahyarham kemudian menjalani pembedahan berikutan terdapat darah beku di bahagian otaknya akibat pendarahan.

Pembedahan itu dilakukan untuk membuang sebahagian tempurung kepala Allahyarham, selain  doktor mengesahkan beliau turut mengalami jangkitan kuman pada bahagian kanan paru-paru, dan disahkan mengalami ‘minor stroke’. - SH

Gambar Belangkas