Tuesday, September 2, 2014

Emma Watson tampil bogel dalam buku Natural Beauty


Nampaknya pelakon Emma Watson semakin berani menampilkan pesonanya untuk para peminat. Tanpa segan silu pelakon filem Harry Potter ini sanggup beraksi seksi sehingga mendedahkan payudaranya baru-baru ini.

Dia bertindak berani kerana mahu menayangkan bentuk tubuhnya secara eksklusif dalam sebuah buku bertajuk Natural Beauty.

Tidak hanya tampil tanpa pakaian, rambut dan tubuhnya juga sengaja dibuat dengan keadaan basah selain bunga-bunga cantik juga menghiasi penampilan bintang berusia 22 tahun tersebut.

Menurut sumber, Emma bukanlah aktres pertama yang berbuat demikian dalam Natural Beauty kerana sebelum ini artis seperti Christy Turlington, Adrian Grenier, Brooke Shields, Arizona Muse dan Elle Macpherson pernah melakukannya.

"Natural Beauty dicipta untuk mengagungkan kecantikan alam selain menegaskan bahawa kita harus memperjuangkan apa yang hilang daripada kita. Dengan adanya projek seperti ini, saya harap ia akan mencetuskan kesedaran di kalangan generasi muda," kata sumber itu.


Pasangan ‘melekat’ macam belangkas dalam MRT



Pasangan ‘melekat’ macam belangkas dalam komuter | Seorang pelayar web Stomp.sg, David telah merakamkan aksi sepasang remaja yang dalam keadaan memalukan ketika menaiki MRT pada malam Jumaat lepas. Kedudukan mereka semacam belangkas apabila kedua-duanya menyilang kaki antara satu sama lain.

Dalam perbualan telefon dengan wakil Stomp, David berkata:

“Ketika saya menaiki MRT untuk pulang dari Politeknik Singapura dalam pukul 10 malam Jumaat (4 Okt) yang lalu, saya terlihat pasangan remaja seperti belangkas ini sedang duduk di kerusi.

“Saya rasa amat malu kerana mereka lakukannya di hadapan umum. Boleh ke berkelakuan demikian di tempat awam? - berita-harian.net


Gambar cun melecun Fazura tanpa mekap


Mungkin sebelum ini kita hanya pernah melihat bagaimana wajah sebenar beberapa selebriti wanita tempatan tanpa mekap seperti Rozita Che Wan, Raja Ema, Hanez Suraya, Datuk Siti Nurhaliza dan Almy Nadia namun bukan semua.

Bagaimana pula dengan wajah sebenar Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 30, jika tidak mengenakan sebarang mekap? Ramai peminat percaya beliau lebih cantik tanpa mekap memandangkan Fazura memiliki aura kejelitaan semulajadi.

Di laman Instagram pelakon dan model kecantikan itu, beliau telah memuatnaik sekeping foto santai yang tidak memakai sebarang mekap. Foto tersebut menerima pujian melambung dari kebanyakkan pengikutnya kerana tetap cantik dan anggun meskipun hanya tampil biasa.


Gambar kahwin Amar Baharin dan Izreen Azminda dalam drama


"Doakan kebahagiaan kami." itulah caption ringkas yang ditulis oleh Amar Baharin menerusi perkongsian sekeping fotonya di laman Instagram sedang bersanding dengan Izreen Azminda di atas pelamin. Pastinya ramai peminat akan tertanya-tanya bila masa pula dua selebriti terkenal ini bercinta sehingga berita mereka berkahwin pun tidak kedengaran.

Jangan keliru dulu ya kerana perkahwinan ini sebenarnya hanya lakonan semata-mata dalam drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan. Ia seakan nampak real kerana Amar Baharin dan Izreen Azminda kini sedang hangat digosipkan bercinta sejak Izreen bercerai Jun lalu.


Krisis Syarikat Penerbangan MAS: 6,000 pekerja bakal dibuang


Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000 dan akan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu, kata Khazanah Nasional Berhad.

Khazanah sebagai pemegang saham terbesarnya hari ini mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran dilakukan selepas MAS kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

Kerugian semakin bertambah selepas syarikat itu berdepan dua tragedi besar, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.

Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar menggariskan 12 perkara bagi membolehkan MAS mencatatkan semula keuntungan dan memulihkan syarikat penerbangan negara itu.

Antara 12 perkara yang disenaraikan dalam pelan penstrukturan semula MAS juga melibatkan rombakan menyeluruh MAS, yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu mencapai keuntungan mampan dalam tempoh 3 tahun daripada penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia, menjelang akhir 2017.

Azman berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya akan terus berkhidmat setahun lagi sehingga Julai, 2015, lapor TMI.

Penampilan mengejutkan Didie Alias semasa majlis Fizo Mawar


Didie Alias sememangnya sinonim dengan gelaran Lady Gaga Malaysia dek kerana etika pemakaiannya yang sering menjolok mata, pelik dan terlalu ketat.

Baru-baru ini sahaja, fesyen yang digayakan pelakon dan pelawak itu untuk program Super Spontan 2014 paling pelik dan menakutkan. Entah apa yang ada di fikiran Didie sehingga semakin berani tampil dengan pakaian sedemikian dan cukup memalukan.

Begitupun, ada satu berita menarik buat netizen di luar sana mengenai aktres berusia 40 tahun itu. Penampilannya yang berhijab sempena Majlis Rumah Terbuka Fareeda yang dihoskan beliau sendiri mencuri tumpuan orang ramai.

Ramai neziten mengharapkan agar cara berpakaian sopan sedemikian dapat diteruskan dan tidak lagi kembali ke fesyen-fesyen yang dulu.



Pelajar baru Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dapat iPad


KOTA BAHRU - Seramai 3,100 pelajar baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mendaftar bagi sesi September 2014/2015 diberikan iPad percuma dan mengikuti kelas berkonsepkan interaktif.

Naib Canselor UMK, Datuk Raduan Che Rose berkata, iPad disediakan selari dengan persekitaran pembelajaran berkonsep virtual dan bercirikan pembelajaran terkini yang akan dijadikan peranti pemudahcara pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam kuliah.

Katanya, UMK juga menggunakan konsep kelas interaktif dan menggunakan papan tulis dimensi iaitu pelajar boleh ‘menconteng’ dinding menggunakan pena khas bagi menimbulkan keseronokan ketika sesi kuliah.

“Pengagihan iPad ini akan diberikan kepada semua pelajar baharu pada 18 September ini dan kita berbangga kerana boleh dikatakan hampir kesemua pelajar baru mendaftar memilih UMK sebagai pilihan pertama mereka,” katanya ketika ditemui dalam program pendaftaran pelajar baru UMK Kampus Kota,Pengkalan Chepa,dekat sini, hari ini. - Berita Harian.

Gambar Belangkas