Tuesday, September 2, 2014

Jurugambar NST, Aizudin Saad ditumbuk waris keluarga MH17


Kuala Lumpur – Sedikit kekecohan berlaku ketika Istaidat Penghormatan Jenazah pagi ini apabila seorang jurugambar dari New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk oleh salah seorang waris keluarga mangsa nahas pesawat MH17.

Kejadian dikatakan berlaku sejurus selepas jasad Paul Goes, Subashni J.Retnam dan Kaelamayajay Goes (21 bulan) tiba di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi.

Subashini atau lebih mesra disapa Shuba Jay merupakan peserta musim pertama program popular Sehati Berdansa itu maut ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Amsterdam, Belanda bersama suaminya, warga Belanda iaitu Paul dan anak perempuan mereka, Kaela, 21 bulan.


Dalam program Sehati Berdansa pada 2010 mediang telah bergandingan dengan bapanya, J Retnam AJ Karuppiah, 64, dan banyak terbabit dalam pementasan teater yang dipentaskan di Actor‘s Studio.

Pihak polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengawal keadaan. Walau bagaimanapun SuaraTV tidak dapat memastikan punca sebenar kejadian tumbuk itu. - Suara.TV.

Senarai frekuensi radio seluruh Malaysia: radio online

Bagi semua peminat-peminat radio tempatan di Malaysia, info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang tercari-cari frekuensi radio kegemaran anda. Disini terdapat senarai frekeunsi radio untuk radio utama di Malaysia dan radio live online streaming percuma.


Hot FM
Lembah Klang --97.6 FM
Pulau Pinang/Alor Setar --88.2 FM
Ipoh --104.5 FM
Johor Bahru --90.1 FM
Kota Kinabalu --87.7 FM
Kuching --94.3 FM
Melaka --104.3 FM
Kuantan --92.4 FM
Terengganu-- 105.0 FM
Seremban-- 99.5 FM
Singapura -- 90.1 FM
Kota Bharu -- 105.1 FM

ERA FM
Kuala Lumpur --103.3FM
Johor Bahru, Singapura-- 104.5FM
Kota Bahru --103.3FM
Langkawi -- 90.7FM
Melaka -- 90.3FM
Negeri Sembilan-- 103.6FM
Kuantan --98.0FM
Kuching --96.1FM
Ipoh -- 103.7FM
Pulau Pinang --103.6FM
Kota Kinabalu --102.4FM
Taiping --95.2FM
Tapah--102.0FM
Kuala Terengganu --102.8FM

Sinar FM
Alor Star --97.1FM
Peneng --97.1FM
Kota Bahru --93.8FM
Kuala Terengganu -- 97.5FM
Taiping -- 96.4FM
Ipoh --96.9FM
Kuantan --97.2FM
Lembah Klang --96.7FM
Johor Bahru -- 87.8FM
Melaka --96.0FM
Seremban --96.9FM
Kuching --102.1FM
Kota Kinabalu --104.9FM

Suria FM
Lembah Klang --105.3 fm
Melaka --88.5 fm
Seremban, Negeri Sembilan --107.0 fm
Johor Utara --88.5 fm
Johor Baharu --101.4 fm
Kuantan, Pahang --96.1 fm
Perlis, P. Pinang, Kedah --106.9 fm
Terengganu --102.4 fm
Kota Bahru, Kelantan --106.1 fm
Ipoh, Perak --96.0 fm
Taiping --91.7 fm
Kota Kinabalu --105.9 fm

Muzik FM
Perlis / Kedah / Penang --100.5FM
Sik --102.7FM
Pulau Pinang --96.9FM
Ipoh --90.9FM
Cameron Highlands --93.1FM
Kuala Lumpur --88.5FM
Selangor --95.3FM
Kuala Pilah / Jelebu --91.7FM
Melaka / Johor Utara --96.6FM
Johor Selatan --105.7FM
Kuantan --107.1FM
Pahang --89.3FM
K.Terengganu --91.7FM
Gua Musang --91.1FM
Kota Bahru --101.9FM
Kuching --88.1FM
Sri Aman --98.9FM
Sarike --i90.3FM
Mukah --89.1FM
Kapit --91.9FM
Sibu --98.5FM
Betong --93.6FM
Bintulu --90.3FM
Miri --92.97FM
Limbang --98.1FM
Lawas --96.7FM
Pulau Labuan --88.5FM
Beaufort --96.5FM
Kota Kinabalu --88.9FM
Ranau --100.3FM
Kota Belud --100.7FM
Tenom --89.3FM
Kudat --94.9FM
Sandakan --92.1FM
Lahad Datu --102.9FM
Tawau --94.7FM


IKIM FM
Lembah Klang --91.5 FM
Perlis/Kedah/Langkawi/ Pulau Pinang --89.0 FM
Ipoh --102.7 FM
Negeri Sembilan --102.7 FM
Melaka --89.5 FM
Johor Bahru --106.2 FM
Kuantan --89.6 FM
Kuala Terengganu --100.2 FM
Kota Bharu --89.8 FM
Kuching --93.6 FM
Kota Kinabalu --93.9 FM


Hitz FM
Klang Valley --92.9 FM
Seremban --95.0 FM
Malacca --93.0 FM
Johor Bahru/Singapore --97.6 FM
Ipoh --92.7 FM
Alor Setar/Penang --93.0 FM
Taiping --93.6 FM
Kota Bahru --92.8 FM
Kuala Terengganu --94.8 FM
Kuantan --93.2 FM
Kuching --95.3 FM
Kota Kinabalu --100.8 FM
Astro --Channel 852

FLY FM
Klang Valley --95.8 FM
Penang -- 89.9 FM
Ipoh --87.9 FM
Seremban --98.6 FM
Kuantan --87.6 FM
Malacca --94.0 FM
Johor Bahru --102.5 FM
Singapore --102.5 FM
Terengganu --107.5 FM
Kota Bahru --107.4 FM
Alor Setar --99.1 FM

MIX FM
Penang/ Alor Setar -- 91.0 FM
Taiping --91.3 FM
Ipoh --94.3 FM
Klang Valley --94.5 FM
Seremban --94.2 FM
Melaka --91.1 FM
Johor Bahru --99.1 FM
Kuantan --94.1 FM
Kuala Terengganu --98.3FM
Kota Bahru --94.6 FM
Kuching --97.7 FM
Kota Kinabalu --101.6 FM
Astro Channel --855

XFRESH FM
Klang Valley --103.0 FM
Penang/Kedah/Perlis -- 106.5 FM
Ipoh --98.5 FM
Taiping --104.9 FM
Seremban --97.9 FM
Kuantan --100.0 FM
Malacca --107.3 FM
Johor --103.3 FM
Terengganu --104.0 FM
Kota Bahru --99.8 FM
Kuching --103.7 FM
Kota Kinabalu --98.6 FM
Astro --Ch.858

(Gambar) Abby Abadi kini berpurdah sangat mempersona


Ramai mengetahui penampilan bekas pelakon, Abby Abadi sudah berubah ke arah yang lebih baik. Dulunya, beliau hanya bertudung litup namun kini bekas isteri kepada Norman Hakim itu sudah mula memakai purdah sesuai dengan tuntutan agam islam.

Perkembangan ini sesuatu yang amat positif buat para peminat dan hater memandangkan Abby pernah berhadapan dengan krisis penceraian dengan Muhammad NoorFarhan Che Bakar pada pertengahan Jun lalu di Makhamah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Dengar khabarnya, aktres berusia 37 tahun ini bakal menyaman seseorang yang belum diketahui identitinya selepas beliau memuatnaik sekeping foto yang disertakan dengan caption panjang lebar. Siapakah individu yang hendak disaman olehnya?

Berikut ialah lima keping gambar terkini Abby Abadi mengenakan purdah yang paling mempersona dan menakjubkan.





Skuasy Terbuka Hong Kong 2014: Nicol rangkul juara ke-9


KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menebus kekecewaan pada Terbuka Malaysia 2014 minggu lepas apabila merangkul gelaran Terbuka Hong Kong untuk kali kesembilan pada Ahad.

Pada final di Hong Kong Park Sports Centre, Nicol, 31, membuktikan bahawa usia tidak menghalang beliau daripada menampilkan persembahan bertenaga apabila menjinakkan pemain berusia 21 tahun dari Mesir, Nour El Tayeb, dengan 11-4,12-10 dan 11-8 dalam masa 39 minit. 

Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, berjaya mengekalkan gelaran TerbukaHong Kong sejak 2006.

Pada Terbuka Malaysia 2014, Nicol gagal mara ke final selepas kalah mengejut kepada pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily dari Mesir pada saingan separuh akhir.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, juara Terbuka Malaysia minggu lepas, Mohamed El Sorbagy dari Mesir merangkul gelaran kedua musim ini selepas mengalahkan pemain Perancis, Gregory Gaultier 11-9, 11-2, 4-11, 8-11 dan 11-4.

JDT berminat mahu beli Fernando Torres


JOHOR BAHRU  - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berhasrat membeli pemain antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres untuk beraksi bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim Liga Malaysia 2016.

Perkara tersebut disahkan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memaklumkam pihaknya sudah pun melakukan perbincangan dengan ejen pemain tersebut yang kini beraksi bersama pasukan AC Milan.

Beliau berkata demikian pada sesi perjumpaan bersama media dan penyokong JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini hari ini. - UTUSAN.

Eina Azman kahwin terima wang hantaran RM77,000 & Chevrolet Camaro


BERTEMAKAN Bollywood, Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina, 19 tahun telah pun selamat bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, di Hotel Grand Hyatt kira-kira jam 9.03 malam.

Lafaz nikah telah dilakukan sebanyak 2 kali dengan bapa Eina sendiri yang telah menikahkan pasangan ini. Eina dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden nampak sama cantik dan sama padan dalam persalinan Bollywood mereka.

Menariknya Eina Azman bukan sahaja menerima wang hantaran sebanyak RM77,000 tetapi turut sama menerima sebuah kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning sebagai salah satu hantarannya.

Untuk makluman, pengantin perempuan menerima 7 dulang hantaran dan membalas 9 dulang hantaran kepada pihak lelaki. Tahniah diucapkan kepada Eina Azman yang kini telah pun memegang gelaran Datin Paduka susulan perkahwinan ini. - Beautifulnara.


Suami durjana paksa isteri hamil lakukan seks dengan pekerja Bangladesh


PETALING JAYA – Seorang wanita mengandung tidak dapat menanggung derita selepas suaminya berulang kali memaksanya mengadakan hubungan seks dengan seorang pekerja Bangladesh untuk memenuhi nafsu seksualnya.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad pada Selasa berkata wanita berusia 27 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan daripada suaminya yang berusia 34 tahun kira-kira pukul 10.30 malam Ahad yang memberitahunya bahawa dia akan membawa pulang seorang lelaki Bangladesh untuk tidur dengannya.

“Takut dengan permintaan suaminya, wanita itu meninggalkan rumah dan meminta bantuan daripada pihak polis.

“Ini bukan kali pertama suaminya memaksa dia mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Nizam.

“Sebelum ini dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan Nizam sebanyak dua hingga tiga kali.

“Dia sedang mengandung tujuh bulan apabila suaminya meminta dia tidur dengan lelaki itu pada bulan Julai,” katanya.

Wanita itu mendakwa suaminya akan terangsang dengan melihat mereka melakukan seks dan kemudiannya akan mengadakan hubungan seks dengannya.

Dia juga berkata Nizam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tidur dengannya. Dia telah dihantar ke Hospital Selayang untuk penilaian perubatan, menurut laporan.

“Kami menahan Nizam di kedai mainan di Chow Kit pada hari Isnin, manakala suami wanita itu ditahan di rumah pasangan itu di Taman Daya Kepong.

“Kedua-dua lelaki itu ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan,” kata Ali.  Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - mStar.

Gambar Belangkas