Friday, August 29, 2014

Suntikan RM6 bilion kepada MAS satu pelaburan, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan suntikan modal RM6 bilion yang diberikan Khazanah Nasional kepada Malaysia Airlines (MAS) bukanlah untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara itu semata-mata, malah lebih berbentuk pelaburan.

Perdana menteri berkata MAS mungkin memerlukan lebih daripada tiga tahun bagi pelan pemulihannya, namun akan ada pertumbuhan positif dalam tempoh berkenaan. "Wang disuntik ke dalam MAS dan kita memutuskan RM6 bilion itu mesti diperoleh semula. Ia bukan menyelamatkan. Menyelamatkan ialah apabila ia tidak dapat dipulihkan semula.


"Khanazah akan mengembalikan setiap sen dalam RM6 bilion itu. Ini pelaburan. Bukan menyelamatkan," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato' Onn hari ini. Khazanah Nasional Berhad hari ini berkata MAS akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000 dan akan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu.

Khazanah sebagai pemegang saham terbesarnya mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran dilakukan, selepas MAS kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa. Kerugian semakin bertambah selepas syarikat itu berdepan dua tragedi besar, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai. – TMI

PKR tetap namakan Wan Azizah calon MB

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesa semua Adun PKR di Selangor untuk menarik diri daripada pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai Menteri Besar Selangor secara terbuka.

Beliau berkata, mereka menyatakan pendirian mereka sebagai menghormati keputusan parti dan Majlis Pimpinan PR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal bagi jawatan itu.


"Kenyataan terbuka oleh setiap Adun PKR di Selangor yang menyokong pencalonan Datuk Seri Wan Azizah dan menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak yang lain adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan kita dalam melawan Umno-Barisan Nasional.

"Keputusan ini perlulah dihormati seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Ketua AMK, Nik Nazmi," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Sebelum ini, Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dun Selangor dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat.

Bagaimanapun Adun Seri Setia itu menolak pencalonan itu dan beliau menegaskan keputusan partinya perlu dihormati dan disokong sepenuhnya. - SH

Thursday, August 28, 2014

DAPATKAN ENRICH MILES PERCUMA SETIAP KALI BOOK HOTEL

Ini adalah tips untuk kaki jalan. Kaki jalan dan kaki terbang pasti tahu tentang Enrich Miles dari MAS. Setiap kali kita naik kapal terbang MAS, kita boleh dapat Enrich Miles. Enrich Miles bila dikumpul banyak-banyak kita leh tukarkan kepada tiket kapal terbang percuma. Saya dan suami pernah merasa pergi-balik Eropah menaiki business class secara percuma dengan menggunakan Enrich Miles yang kitorang kumpul selama setahun. Nak tahu tentang ini, leh baca di sini:

Sebenarnya, tak naik kapal terbang pon kita boleh kumpul Enrich Miles. Contohnya seperti dengan menukarkan points kad kredit kepada Enrich Miles dan menggunakan affiliate servis/hotel. Jadi, dah alang-alang menyewa hotel ketika travelling, jangan lepaskan peluang untuk kumpul Enrich Miles ni. Saya sentiasa check kat hotel mana saya boleh dapatkan Enrich Miles yang banyak sebelum saya buat reservation. Tak kiralah untuk business travel atau percutian sendiri.

Saya nak share 3 cara mudah untuk dapatkan Enrich Miles secara PERCUMA melalui penginapan di hotel :

1. Check senarai affiliate hotel di website Enrich. Paling koman pon leh dapat 600 Enrich Miles untuk setiap penginapan di hotel2 yang tersenarai di situ.


2. Saya 'like' facebook page dan subsribe dengan affiliate hotels untuk untuk mendapatkan maklumat terkini seperti promosi, terutamanya yang berkaitan dengan Enrich Miles. Contoh baru-baru ini saya memilih untuk menginap di Hotel Traders semasa outstation di Kuala Lumpur sebab Shangri-La hotel groups memberikan double Enrich Miles untuk setiap penginapan. Kalu waktu takde promosi hanya dapat 600 Enrich Miles sahaja, semasa promosi ni leh dapat 1,200 Enrich Miles. Banyak tu!! Nasib baik saya dapat maklumat2 terkini ni, kalu tidak tentu saya melepas.

3. Gunakan Rocketmiles.com untuk book hotel. Rocketmiles.com adalah website affiliate terbaru Enrich. Rocketmiles ni lebih kurang macam Agoda.com dan Booking.com. Kat sini kita leh book hotel sambil tu mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 Enrich Miles for every 1 night stay. Kadang2 ada promosi siap leh dapat up to 5,000 Enrich Miles for every night stay. Hebat, kan?

https://www.rocketmiles.com/refer/MEMEYFASHIONHOUSE

Jom tengok, berapa Enrich Miles leh dapat untuk penginapan 3malam di Bangkok. Up to 14,000 miles tau!! Berbaloi2. Leh dapat tiket free untuk 1pax dengan 14,000 miles ni.

https://www.rocketmiles.com/refer/MEMEYFASHIONHOUSE
Contoh hotel di Bangkok dan Enrich Miles yang boleh kita dapat

Cuma saya nak bagitau yang senarai hotel di Rocketmiles tidaklah sebanyak di Agoda atau Booking. Sebab hotel yang tersenarai di sini ialah hotel2 yang nak meningkatkan sale atau yang sedang ada promosi. So senarai sentiasa berubah-ubah.

Untuk kali pertama booking di Rocketmiles ni, kita leh dapat 3,000 bonus Enrich Miles. Sekarang ni mereka ada buat 10 days stay challenge. Sesiapa yang leh book melalui Rocketmiles untuk 10malam, boleh dapat bonus 10,000 Enrich Miles percuma! Challenge ni valid sehingga 23 Sept 2014 ni sahaja ye. So, kalau korang memang frequent traveller, so gunakan peluang ini untuk dapat 10,000 Enrich Miles ni. 10k ni dah leh dapat tiket percuma ke Phuket tau!!

So apa lagi, jangan sia-siakan peluang untuk mendapatkan Enrich Miles percuma ini. Senang-senang leh dapat tiket kapal terbang percuma! Berminat? Jom register di sini : REGISTER ROCKETMILES


****************************************************************************
*  Mencari hotel pada harga murah?                                                                                                *
*  Dapatkan promosi menarik dari Booking.com & Expedia.com                                                  *
*                                                                                                                                                     *
*****************************************************************************

Sultan tolak calon MB 'kawalan jauh'


Sultan Selangor dilaporkan menolak calon menteri besar yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui “kawalan jauh”.

Walau tanpa menyebut nama mana-mana calon, laporan The Star yang memetik kenyataan sumber yang dekat dengan istana itu dipercayai merujuk kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Menurut laporan itu lagi, Sultan Selangor juga berhasrat agar calon menteri besar yang baru itu bukan sahaja mendapat sokongan majoriti DUN, tetapi turut berkemampuan untuk mentadbir negeri.

“Sultan Selangor mahu seseorang yang boleh menjaga keperluan rakyat dan membangunkan negeri ke peringkat paling tinggi,” kata sumber itu seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Sumber tersebut turut menyalahkan Pakatan Rakyat kerana membangkitkan masalah sehingga menimbulkan krisis politik di Selangor dan menjejaskan pentadbiran negeri.

“Ini adalah masalah dalaman parti,” katanya.

Sultan Selangor juga pada pertengahan bulan lalu juga menolak untuk bertemu Wan Azizah, selepas baginda bertemu dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehingga hari ini, Wan Azizah masih belum berjaya menghadap baginda untuk mempersembahkan 30 pengakuan berkanun bagi membuktikan sokongan majoriti anggota DUN.

Dewan tersebut dianggotai oleh 56 ADUN. - Mkini

PARANORMAL HORROR MOVIE - AS ABOVE SO BELOW


As Above, So Below is an upcoming American found footage horror film directed by John Erick Dowdle and written by Dowdle and his brother Drew. The film is being produced by Legendary Pictures and will be distributed by Universal Pictures, making it the first film in Legendary's deal with Universal. It is scheduled for release on August 29, 2014.



TEASER

Keputusan calonkan Wan Azizah MB Selangor muktamad

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.


Beliau mahu semua pihak termasuk Pas menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

"Saya akan merayu kepada mereka (Pas) agar menerima keputusan majlis pada 17 Ogos lalu sebagai keputusan muktamad dan seterusnya memastikan semangat bekerjasama Pakatan Rakyat dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas hadir satu prosiding mahkamah di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini hari ini.

Anwar mengakui isu calon Menteri Besar Selangor itu sedikit sebanyak telah menggugat keutuhan pakatan pembangkang, tetapi beliau yakin ia boleh diatasi sekiranya mereka menghormati dan akur kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan itu.

Beliau berkata keputusan mencalonkan isterinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga dibuat selepas mendapat nasihat perundangan.

Anwar berkata, soal memanggil semula satu lagi mesyuarat majlis juga tidak timbul sama sekali kerana semua pihak kini terikat dengan keputusan tersebut.

Berkenaan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin supaya pemimpin Pas, PKR dan DAP, mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar, Anwar berkata, PKR tetap dengan keputusan yang Majlis Presiden putuskan itu.

"Semua pihak terikat dengan keputusan 17 Ogos...di mana semua pemimpin tertinggi Pakatan telah hadir pada mesyuarat tersebut," tegas Anwar.

Pada Selasa lepas, Abdul Khalid mempersembahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor, tetapi baginda menangguhkan menerima permohonan itu sehingga menteri besar baharu dipilih. - Bernama

Penanda buku yang mudah dibuat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni, saya nak kongsikan penanda yang saya buat sendiri.. Sebenarnya penanda buku ni nak bagi kat budak-budak sebab sebagai kenangan lah..bukannya apa, kalau  kita buat sendiri akan rasa bermakna hadiah tu pada seseorang.

Sebelum tu ada jugak cari contoh nak buat penanda buku kat blog dan facebook. Kebanyakan menggunakan tempoh masa yang lama dah siap penanda buku.. Ada juga search kat fb ni KOLEKSI CIKGU ANIS..  Page ni kiranya ramai orang yang kreatif menunjukkan sumbangannya tak kiralah nak  buat alat bantu mengajar ataupun sebagai hiasan dalam kelas. Kita pun akan rasa ''terinspirasi'' nak buat jugak.. Ini  adalah salah satu  group untuk cikgu-cikgu lah..


Ini adalah contoh penanda buku yang saya buat..
# cuma copy gambar pastu edit dan letak kata-kata
# laminate dan gunting
# siap


Gambar Belangkas