Friday, August 15, 2014

Yang Telah Pergi

2 orang pelawak terkenal ni telah dijemput menemui penciptanya. Kita pun menyusul jugak 1 hari nanti...! luar negara sorang lagi dalam negara...

Sapa x kenai Robin William dan Pak maidin.....Alfatihah kepada arwah Pak Maidin dan takziah kepada keluarga mereka...

Serangan Jantung

Suicide
Pak Maidin 76 tahun sementara Robin 63 tahun.

Itulah usia manusia, kalu panjang lagi umur dari tu, kira bonus la. Nabi Muhammad pun wafat masa umur 63 tahun.

Usia makin hari makin berkurang bukan bertambah....saat ke saat hari ke hari, minggu ke minggu......be prepared.......

Persiapkan diri dgn bekalan semoga kehidupan di sana terpelihara......

Wallahua'lam

Thursday, August 14, 2014

Azlee (Senario) Takut Jalani Pembedahan Kedua Buang Hempedu

Azlee menunjukkan gambar batu dalam hempedu yang dibuang daripada ususnya pada 30 Julai lalu.
SUNGAI BULOH: Anggota kumpulan Senario iaitu Azlee bakal menjalani satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan hempedu di dalam badannya pada September depan.


Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar, 47, berkata, pembedahan tersebut bakal dilakukan selepas dia membuang batu dalam hempedu yang telah memasuki usus di Hospital Pakar Damansara dekat sini pada 30 Julai lalu.

"Alhamdulillah keadaan saya sekarang beransur pulih selepas pembedahan pertama pada Hari Raya ketiga lalu.

"Bagaimanapun selepas luka bahagian dalam sembuh, saya akan melakukan satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan bahagian hempedu itu kerana bimbang batu yang masih terdapat di dalamnya akan merebak ke bahagian lain," katanya kepada mStar Online.

Azlee ditemui di kediamannya di Saujana Utama di sini pada Khamis.

Hadir sama pada lawatan tersebut adalah Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez, penyanyi Rozita Rohaizad dan pelawak Helmi Gimmick.


Azlee bersama Freddie Fernandez.
Dalam pada itu, Azlee mengakui berasa takut ketika diberitahu pihak hospital dia perlu dibedah bagi mengeluarkan batu dalam hempedu yang telah memasuki ususnya.


Jelas Azlee, pada awalnya dia menyangka hanya terkena sakit gastrik namun selepas beberapa kali mendapatkan rawatan sepanjang Ramadan lalu keadaannya tidak pulih sehinggalah dia terpaksa bertemu pakar di hospital berkenaan.

"Terkejut juga apabila doktor memberitahu tentang keadaan saya dan apabila diberitahu saya perlu dibedah saya sangat takut kerana saya tidak pernah memasuki bilik pembedahan sebelum ini.

"Saya terpaksa memberanikan diri kerana sudah tidak tahan menanggung kesakitan dan apabila diberitahu perlu menjalani pembedahan kedua saya jadi lebih bimbang," jelasnya.

Tambah Azlee, pembedahan kedua itu nanti akan lebih besar kerana doktor akan menebuk pusat dan kedua-dua bahagian tepi perutnya bagi mengeluarkan hempedu tersebut.

Sementara itu, Azlee yang juga artis residen TV3 berkata, dia bernasib baik kerana kos perubatannya yang berjumlah RM16,000 di hospital berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak stesen tersebut.

Kata Azlee, lebih menyentuh hatinya, sepanjang berada di hospital, dia tidak putus-putus dikunjungi sahabat dan kenalan yang risaukan keadaan kesihatannya.

"Saya tidak pernah sedar rupa-rupanya saya dikelilingi oleh ramai sahabat handai yang begitu mengambil berat terhadap keadaan diri saya.

"Sampaikan ada di antara mereka datang menemani saya di hospital sehingga pukul tiga pagi," katanya.

Dalam perkembangan sama, Freddie yang sempat meluangkan masa hampir satu jam bersama Azlee berkata, beliau gembira melihat perkembangan positif pelawak itu.

Jelas Freddie, lawatan tersebut bukan sahaja bagi menghargai sumbangannya dalam industri tetapi sebagai seorang rakan lama.

"Kami adalah sahabat lama dan berita mengenai masalah kesihatannya mengejutkan saya dan ramai pihak lain.

"Namun syukur keadaannya beransur pulih dan sama-sama kita mendoakan pembedahan kali kedua itu nanti berjalan dengan baik," ujarnya.

Freddie turut menghulurkan sumbangan wang tunai kepada Azlee pada pertemuan tersebut bagi pihak Karyawan.- Mstar

Kiki sertai PERKASA Selangor

Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin, atau yang lebih dikenali sebagai Kiki yang terbabit kes membuli seorang warga emas, telah menyertai PERKASA Selangor.

Kiki menerima kad keahliannya dari NGO itu semalam.


"Setiausaha kehormat PERKASA Selangor telah menyampaikan kad dan sijil keahlian kepada dua ahli baru Siti Fairrah Ashyikin binti Kamaruddin (Kiki) dan Mohd Syahidzuan bin Samsudin di pejabat PERKASA Selangor," PERKASA Selangor mengumumkan di laman Facebook.

Mengiringi pengumuman ialah gambar Kiki, yang merupakan seorang mak andam, memakai baju PERKASA. - Mkini

Krisis Selangor: PAS tetap tolak Wan Azizah - Mustafa

KUALA LUMPUR: PAS tetap menolak pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Keputusan itu dibuat oleh Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Pusat yang bermesyuarat di Ibu Pejabat PAS di sini, malam tadi. Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. 

Pada sidang media kemudian, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menegaskan penolakan pencalonan Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu bukan kerana jantina. 


Katanya, sebab penolakan pencalonan isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu sudah dinyatakan kepada semua 15 ADUN PAS di Selangor dan pucuk kepemimpinan PKR.
Bagaimanapun, Mustafa berkata PAS tidak akan menuntut dan menamakan wakil rakyatnya di DUN Selangor sebagai calon Menteri Besar. 

"Dari dulu kita dah maklumkan bahawa PAS tidak akan menuntut untuk menduduki kerusi berkenaan ," katanya. Mustafa juga berkata, PAS tetap menganggap kerajaan Selangor sedia ada sebagai kerajaan Pakatan Rakyat biarpun ditadbir seorang Menteri Besar Bebas dan hanya empat EXCO PAS selepas pemecatan dan peletakan jawatan enam anggota daripada PKR dan DAP. 
 
Sehubungan itu, katanya, kedudukan EXCO PAS dalam kerajaan Selangor masih tidak berubah sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Ahad ini. "Kami masih anggap kerajaan Selangor sebagai kerajaan Pakatan, empat EXCO itu mewakili parti dan pakatan selepas enam EXCO daripada DAP dan PKR dipecat dan meletak jawatan," katanya.  - BH

Azizah umum Pakatan dapat sokongan majoriti

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.


"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya hari ini.

Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.

 
Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.
 
"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.
 
"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.
 
"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah. - Mkini

Floor Lamps Contemporary Ikea

Floor Lamps - Modern & Contemporary Floor Lamps - IKEAORGEL VRETEN floor lamp,Floor Lamps - Modern & Contemporary Floor Lamps - IKEADUDERÖ floor lampAmazon.com: IKEA Floor Lamp 46" Contemporary Style Modern Soft ...IKEA Floor Lamp 46"IKEA Floor Lamp 46" Contemporary Style Modern Soft Lighting Holmo ...IKEA Floor Lamp Contemporary Style Modern Soft Lighting HOLMO WhiteIKEA 365+ BRASA Floor lamp -

Wednesday, August 13, 2014

Rodziah Ismail tinggalkan Khalid Ibrahim

Exco Selangor daripada PKR Rodziah Ismail hari ini berkata beliau akan meletakkan jawatan daripada kabinet Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun masih dialu-alukan oleh menteri besar Selangor itu.

“Ya, saya akan (letak jawatan),” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan keluar daripada kabinet Khalid.

Rodziah berkata demikian sewaktu ditemui di lapangan terbang sepulangnya daripada Bangkok, Thailand sebenar tadi.

Ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan Khalid, Rodziah menjawab, beliau akan menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau hanya bercakap sebentar sebelum bergegas ke keretanya.


Khalid hari ini berkata, Rodziah masih dialu-alukan meneruskan khidmat dalam pentadbirannya dan beliau menunggu anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga itu kembali dari luar negara untuk membincangkannya.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam siang tadi, Khalid berkata beliau masih belum menulis surat pemecatan kepada Rodziah yang berada di luar negara ketika itu.

Khalid juga berkata beliau sebelum ini telah pun bertemu dengan Rodziah tetapi tidak mahu mendedahkan butirannya.

Rodziah satu-satunya daripada enam exco PKR dan DAP yang belum dipecat Khalid.

Kabinetnya kini hanya berfungsi dengan dukungan empat exco PAS yang masih bertahan. - Mkini

Gambar Belangkas