Monday, August 4, 2014

PKR desak PAS hormat hak mereka tentukan MB Selangor

PKR meminta PAS menghormati hak mereka untuk menentukan calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 21 Julai sudah menetapkan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.

"Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PAS bersetuju untuk menghormati hak PKR untuk menentukan calon MB Selangor. "Jadi tidak timbul mana-mana pemimpin PKR yang dimahukan PAS sebagai calon kompromi sebagai MB Selangor," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Akhbar berbahasa Cina baru-baru ini melaporkan pemimpin PAS sudah menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon kompromi untuk memecah kebuntuan berhubung calon menteri besar Selangor. Memetik sumber PKR, Sin Chew melaporkan parti itu akan menamakan doktor perubatan itu sebagai calon kompromi untuk mengakhiri krisis tersebut yang mungkin memecahkan Pakatan Rakyat (PR).


 "Apabila pemimpin tertinggi PAS sudah bersetuju, PKR berhak menentukan siapa calon menteri besar Selangor, tidak timbul isu ketua cawangan PAS Selangor atau PAS Selangor setuju atau tidak. “Sehingga hari ini, PKR hanya ada satu nama sebagai pengganti Khalid iaitu Dr Wan Azizah," kata Saifuddin. Menurut laporan Sin Chew, Khalid tidak mempunyai bantahan sekiranya Dr Idris dijadikan menteri besar dan Istana Selangor dijangka tidak akan membantah sekiranya Adun Ijok itu dinamakan.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok sebelum ini dipegang oleh Khalid sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Dr Idris yang mempunyai klinik di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dilihat sebagai pemimpin tanpa kontroversi dan dihormati pemimpin PKR dan menyertai politik semasa gerakan reformasi dulu.

 Pemimpin PAS juga mengharapkan pemilihan Idris yang berasal dari Selangor akan melembutkan kedegilan Khalid untuk terus kekal berkuasa. Sin Chew melaporkan, pemilihan Dr Idris akan melembutkan golongan konservatif PAS yang tidak boleh menerima wanita sebagai pemimpin negeri terkaya Malaysia itu. Laporan tersebut mengatakan, kebimbangan utama PKR untuk menjadikan Dr Idris sebagai calon adalah tentangan daripada penyokong Timbalan Presiden PRK Mohamed Azmin Ali.

 Pada Sabtu, The Malaysian Insider memetik sumber mengatakan terdapat usaha mencari calon alternatif kepada Dr Wan Azizah untuk jawatan tertinggi Selangor itu. Seorang pemimpin PKR sudah dikenal pasti tetapi tidak boleh dinamakan sehingga konsensus dicapai di antara PKR, DAP dan PAS. Sumber itu turut memberitahu The Malaysian Insider, nama Azmin turut dicadangkan tetapi ditolak oleh kebanyakan pemimpin PAS.

“Calon ketiga haruslah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang boleh diterima MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” kata sumber dan menambah, rekod pencapaian yang baik juga diambil kira. Krisis menteri besar Selangor menimbulkan pergolakan dalam PR selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka agar Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10 Ogos sama ada mahu menyokong Dr Wan Azizah atau tidak.

Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar. Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.

PAS sendiri berpecah dalam isu menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah kerana dua sebab: beliau seorang wanita yang menyebabkan beberapa pemimpin negeri tidak selesa dan beliau tidak boleh membuat keputusan kerana Anwar adalah suaminya. – 5 Ogos, 2014.

Abdul Khalid digesa contohi komitmen ahli Umno

PETALING JAYA - Tiada seorang ahli Majlis Tertinggi Umno pun yang berani ponteng daripada menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi parti politik itu sekali gus membuatkan parti itu tetap kukuh sehingga ke hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun Umno kini menjadi seteru politiknya, namun tahap disiplin tinggi yang ditunjukkan ahli MT Umno dengan menghadiri semua mesyuarat parti itu perlu diteladani oleh ahli parti lain termasuk PKR di negara ini.

"Siapa kata Umno itu semua tidak baik, pengalaman saya dalam Umno sebelum ini membuktikan ahli MTnya tidak pernah ponteng dari mesyuarat parti.



"Mereka (ahli Umno) sangat menitikberatkan apa yang dimesyuaratkan demi kekuatan dan kelangsungan parti mereka sehingga boleh bertahan ke hari ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut masalah integriti dan disiplin yang membabitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim termasuk gagal menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Biro Politik sejak beliau menggalas jawatan menteri besar.

Saifuddin juga mendedahkan daripada 136 mesyuarat pimpinan parti itu sepanjang dua penggal PR di Selangor, hanya 42 kali sahaja Abdul Khalid mengambil bahagian dan menghadirinya. - SH

Northcape Outdoor Furniture Covers

Patio Furniture CoversPatio Furniture CoversNorth Cape IntlNorth Cape InternatationalNorth Cape International Double Adjustable Chaise Lounge Furniture ...North Cape International Double Adjustable Chaise Lounge Furniture CoverSoho—Skylars—Patio—Northcape | Skylars Home Furnishings & Patio ...Soho—Skylars—Patio—NorthcapeNorthCape International Loveseat - Double Glider Furniture CoverHome /;

Khalid nafi tuduhan Saifuddin, cabar PKR lapor SPRM

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan terlibat dalam salah laku seperti yang dituduh PKR, malah mencabar partinya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menteri besar Selangor itu menyangkal dakwaan terlibat dalam urus niaga jualan tanah seperti didedah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

 "Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung Keadilan Datuk Saifuddin Nasution. "Saya menafikan dakwaan ini kerana tidak benar sama sekali," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini. Khalid juga mencabar Saifuddin supaya melaporkan kepada SPRM dan Bank Negara dengan segera bagi membuktikan tuduhan ke atas dirinya benar.


 "Maka beliau (Saifuddin) dan rakan-rakan dalam Keadilan sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia," katanya. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk bekerjsama jika disiasat pihak pihak berkuasa. "Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan untuk memberikan sepenuh komitmen dan kerja sama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya," katanya.

Khalid turut tidak menolak tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemimpin dalam PKR susulan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. "Saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya," katanya.

Menteri besar dua penggal itu pada ketika ini berdepan kemungkinan disingkirkan partinya sendiri. Awal hari ini, Saifuddin mendedahkan Khalid terlibat dalam aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu. Saifuddin berkata, urusan jualan tersebut berlaku sejurus selepas tempoh sebulan Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam. Saifuddin berkata, Eco World memperoleh 125 hektarah yang dijual oleh Tropicana Corp Berhad yang membelinya sebelum itu daripada kerajaan negeri Selangor pada April 2013.

Katanya, urusniaga penjualan kepada Eco World berlaku pada 19 Mac 2014 selepas penyelesaian hutang Bank Islam dengan Khalid pada Februari 2014. Malahan, Saifuddin juga mendakwa penjelasan Khalid mengenai penyelesaian tersebut tidak menyakinkan dan integritinya dipersoalkan. – 4 Ogos, 2014.

Pengantin Malaysia 'popular' di Israel

SHAH ALAM - Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.


Berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul “Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day ".

Berita itu turut dikongsi oleh laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.

Ada di antaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat ‘bala bencana’ dek kerana perbuatan itu.

Patrick Gleen Hendry  yang dipetik sebagai berkata "semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan".

Terdahulu pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka  Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.

Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut. - SH

Small Spaces Ideas For Small Homes

Design and interior decoration for small spaces | Amazing homesideas for small spaces.Small Space Decorating Ideas | home design 2013Ideas for Small Spaces - HomeHomes AZ Today » Interior design for small houses imagesInterior design for smallSmall Homes : Decorating : HGTVMake the Most of a SmallAllrakse.com - interior design ideas for small homesideas for small homesinterior design for small

Sunday, August 3, 2014

Jewish Vs Zionist


Dulu Nazi mencari dan membunuh Yahudi. Sekarang apa yg dilakukan oleh Zionis Israel lebih teruk lagi terhadap rakyat Palestine hinggakan bangsa Yahudi sendiri tidak bersetuju dan mengutuk pembunuhan beramai2 dan penaklukan Palestine oleh zionis Israel.

The real terrorist

Gambar Belangkas