Friday, September 13, 2013

Khasiat air mani lelaki kepada para wanita



Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?
Khasiat lain sperma untuk wanita:
  • Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Info! Perut buncit selepas kahwin akibat minum air isteri



Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. 

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan.

(Gambar) Lamborghini Egoista 2013 diilham dari helikopter Apache


Sempena ulang tahun ke-50, Lamborghini telah melancarkan model kedua pada tahun 2013 yang diberi nama Lamborghini Egoista iaitu sebuah kereta konsep bagi meraikannya. Egoista bermaksud 'selfish' ini telah diilhamkan daripada helikopter Apache yang mana hanya boleh masuk seorang pemandu sahaja dan ia mempunyai rangka aluminium dan fiber karbon.

Lamborghini Egoista dijana dengan enjin 5.2-liter V10 dengan 600 kuasa kuda yang sama digunakan dalam Lamborghini Gallardo. Sekali pandang rekaan Lamborghini Egoista sangat menarik dan pastinya bakal memikat hati jutawan seluruh dunia jika dibuka untuk jualan.


(Gambar) Stering kereta Formula 1 yang gempak

Sekali pandang pastinya dah tau stering dalam gambar kat atas ni milik kereta apa. Tentu sekali milik kereta Formula 1 yang sememangnya popular dengan bunyi enjin yang sangat membingitkan telinga. Tidak seperti stering kenderaan biasa, stering Formula 1 dilengkapi dengan pelbagai butang yang mempunyai fungsinya yang tersendiri semasa perlumbaan berlangsung. Apa yang menarik, ianya hanya plug n play.



Lamborghini Veneno 2013 dilancarkan berharga RM14.5 juta


Lamborghini kini menampilkan supercar model terbaru yang dilancarkan pada bulan Mac 2013 yang lepas dengan nama Lamborghini Veneno. Difahamkan supercar tersebut berharga hampir RM15 juta, itu belum termasuk cukai jika diimport ke Malaysia. Agak-agak berapa roadtax dan insurans kereta Lamborghini Veneno ni ye kalau nak pakai kat Malaysia ni? Jika dilihat dari gambar diatas, model keluaran terbaru ni lebih futuristic (dah macam kereta Batman dah).

Sedikit review berkenaan Lamborghini Veneno 2013:

Powering the new Lamborghini Veneno is a 6.5-litre V12 engine producing a massive 740HP (552 kW). Adding to the heat of the news is the seven-speed ISR robotized manual gearbox that enables the Veneno to reach a blazing top speed of 354km/h.

Thursday, September 12, 2013

Kurus dan perut yang kempis idaman semua? Kurus cepat dalam seminggu?

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera. 
Sape yang tak nak perut kempis,kan? Kurus tu maksudnya, takdelah kurus sangat sampai nampak tulang-belulang rusuk. Tu dah jadi aneroksia pulak nanti. Kurus maknanya berat badan yang ideal. Lagi best, kalau perut kita ada 6 packs macam roti petak-petak tu. Untuk lelakilah. Kalau perempuan yang ada petak-petak ni, gerun pulak suaminya nanti...hehe =)

Kurus dan perut yang kempis dalam masa seminggu?

Baca panduan ini kalau anda betul-betul nak turunkan berat badan dalam seminggu!

Apakah mustahil? Memang boleh tapi hanya jika anda terkena cirit birit berpanjangan. Dah sakit perut cirit birit, mana nak makan, kan? Mesti kurus punyalah. Tapi itu bukan jalan selesai yang betul. Ada yang sanggup makan macam-macam ubat yang takde kelulusan Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Kalau dah tersalah makan ubat pelik-pelik, mula-mula memang nampak berkesan. Mungkin boleh kurus mendadak dalam masa seminggu dua, tapi awas....mungkin buah pinggang kita pulak yang jadi mangsanya nanti. Bukan takde kes macam ni, memang ada diluar sana!

Jadi, jika nak kurus dan kempiskan perut dengan cepat ianya memang boleh tapi biarlah betul dan kena caranya. Seminggu, berapa sangat berat badan yang boleh kita turunkan? Takkan sampai 10kg? Terlampau berharap  macam ni bakal memakan diri kita nanti. Turunkan berat badan mestilah konsisten setiap minggu. Bukannya tiba-tiba kurus. Sah memang ada benda tak kena nanti. Mintak jauhlah yer.

Cara teknik nak kuruskan badan dan kempiskan perut.

Saya ada berkongsi di beberapa entri tentang cara nak kuruskan badan. Anda boleh baca di bawah;

  1. 8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut
  2. 7 Petua Mudah Kempiskan Perut Tanpa Ubat & Selamat
Sebetulnya, untuk turunkan berat badan dengan berjaya, apa yang penting ialah satu benda yang kita panggil KALORI. Berapa banyak yang kita ambil, dan berapa banyak yang kita bakar. Kalau kita makan makanan yang tinggi kalori dan kita tak bakar balik kalori tadi, ia akan bertukar menjadi lemak tersimpan. Makin lama, makin tebal. Ini yang buatkan berat badan kita semakin bertambah.

Jadi, kenalah tahu berapa nilai kalori yang betul untuk kita kuruskan badan dan kempiskan perut. Memang payah kalau takde asas. Macam mana nak kira nilai kalori makanan yang kita makan tiap-tiap hari? Jenuh tu nak kira, kan? Sebab itulah, saya rekomen anda untuk baca sendiri cara nak kira, cara nak bersenam untuk bakar kalori dengan pantas, dan insyaAllah kalau anda betul-betul ikut cara yang ditunjuk, tak mustahil untuk anda kurus selepas sebulan. Janji anda tak putus asa dan ada disiplin!

Boleh baca cara nak kuruskan badan dan kempiskan perut di ebook di bawah. InsyaAllah berbaloi untuk anda laburkan sedikit duit untuk beli ebook ni. Boleh baca ebook ni di smartphone atau di komputer anda nanti. Bila dah faham, terus buat. Jangan tunggu-tunggu yer!

Perlukan bantuan mereka yang sudah berjaya kuruskan badan tak?


Anda perlukan BANTUAN untuk kuruskan badan? Cuba klik pautan di bawah untuk bantuan PAKAR!

Ingat satu benda iaitu KALORI. Lagi banyak kita bakar, lagi cepat kita kurus. Tapi kena tahu cara yang betul. Kalau tak, memang tak kurus-kurus. Selamat berjaya! Moga tampil lebih segak dan berkeyakinan!

Tempahan Ibadah Qurban Sempena Hari Raya Haji | Buat Korban di Kemboja

Assalamua'laikum.
Ibadah qurban sempena Hari Raya AidilAdha 2013. Ibadah qurban/korban dimaksudkan dengan menyembelih binatang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah dan dilakukan pada masa-masa tertentu. Ibadah qurban yang dilakukan pada Hari Raya Adha ini hukumnya sunat muakkadah (sunat yang dituntut untuk dilaksanakan). Makruh pula hukumnya jika kita yang berkemampuan meninggalkan amalan qurban ini.


Hikmah Ibadah Qurban

Antara hikmah ibadah korban ialah tanda kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya yang datang kepada kita dalam pelbagai bentuk. Ia juga bertujuan sebagai kifarat kepada kita yang melakukan ibadah korban atas segala dosa dan kesilapan sepanjang kita bernafas di atas muka bumi Allah. Melaksanakan ibadah korban juga insyaAllah memberi kelegaan kepada mereka yang buat ibadah korban dan juga kepada mereka yang menerima daging agihan korban.



Buat Ibadah Korban/Qurban di Kemboja

Dengan ledakan teknologi, ibadah korban kini mampu kita lakukan di tempat-tempat yang memerlukan sumbangan ibadah korban. Setiap tahun, di tempat kita contohnya, biasanya banyak lembu akan dikorbankan setiap tahun. 


Apakah pernah kita terfikir nasib saudara-saudara seagama kita di lain-lain tempat yang tidak mampu buat ibadah korban?

Di sinilah wujudnya peluang untuk kita berkongsi rezeki yang Allah berikan kepada kita dengan saudara seagama kita yang lain. Antaranya ialah di Kemboja. Ibadah korban di Kemboja boleh dilakukan dengan sempurna jika kita tahu saluran yang betul. Antara penyedia untuk ibadah korban di Kemboja ialah eQurban. eQurban adalah sebuah syarikat yang bekerjasama dengan Koperasi Muslim Kemboja.

Cara tempah buat ibadah korban di Kemboja dan harga terkini 2013 korban/akikah di Kemboja

Ibadah korban di Kemboja oleh pihak eQurban
Lagi ibadah korban oleh pihak eQurban di Kemboja
Harga terkini ibadah korban/akikah 2013 di Kemboja oleh pihak eQurban
  1. 1 bahagian lembu: RM250 -  anda boleh tempah 1 atau lebih bahagian. Setiap bahagian boleh dinamakan asing-asing dalam tempahan yang sama.
  2. 1 ekor lembu: RM1750. Akan ada 7 bahagian dan anda boleh namakan setiap bahagian juga dalam 1 tempahan.
  3. 1 ekor kambing: RM550. Seekor kambing khas untuk 1 nama sahaja.
  4. Semua peserta korban/akikah di Kemboja akan diberikan sijil dan gambar-gambar yang menunjukkan bahagian anda sudah selesai dilaksanakan.
Jika anda melakukan ibadah korban di Kemboja dengan pihak eQurban, pihak eQurban akan menghantar gambar-gambar dan sijil aku janji sebagai wakil melaksanakan ibadah qurban kepada anda.
Lembu-lembu atau kambing untuk ibadah qurban/korban di Kemboja kelolaan eQurban semuanya diternak sendiri di ladang mereka di Stungstreng, Kemboja. Bekalan yang ada sememangnya cukup sepanjang tahun. 

Inilah saat dan tikanya untuk anda melakukan ibadah korban/akikah di Kemboja. Jika anda ada mampu dan sudah berniat, moga-moga pihak eQurban dapat menunaikan hasrat murni anda. Semuanya mudah, hanya anda bayar mengikut bahagian, dan pihak eQurban akan melaksanakannya bagi pihak anda.


Seperti gambar di atas, menunjukkan harga terkini untuk sembelihan qurban/akikah di Kemboja;
Jika anda berminat untuk membuat tempahan korban/akikah di Kemboja, boleh terus membuat tempahan di pautan di bawah;

TEMPAH IBADAH QURBAN/KORBAN DI KEMBOJA SEKARANG. MOGA IBADAH ANDA DITERIMA ALLAH.

Selamat menunaikan ibadah korban/akikah. Moga-moga dengan ibadah korban/akikah ini akan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Ameen ya rabbal a'lamin.

Gambar Belangkas