Wednesday, September 4, 2013

Rezeki

Assalammualaikum..


Fenomena kenaikan harga barang pernah terjadi di zaman Rasul saw dan sahabat-sahabat r.a. bertanyakan kepada Baginda saw:-
“Wahai Rasulullah, harga-harga barang banyak yang naik, maka tetapkan keputusan yang mengatur harga barang.”

Jawab Baginda saw; 
 "Sesungguhnya Allah adalah Dzat yang menetapkan harga, yang menyempitkan dan melapangkan rezeki, Maha Pemberi rezeki. Sementara aku berharap dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku disebabkan kezalimanku dalam urusan darah maupun harta.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah)

 (1) Sesungguhnya Allah Dzat Yang Mentakdirkan Semua Harga. (Tauhid Af'al)

 (2) Sesungguhnya Kenaikan Harga Tidak Mempengaruhi Rezeki Seseorang.

Rezeki, ajal maut & jodoh pertemuan adalah rahsia ALLAH. Yakinlah, rezeki yang Allah tetapkan tidak akan bertambah maupun berkurang. Meskipun harga barang meningkat, itu sama sekali tidak akan mengganggu rezeki kita yang telah ditetapkan.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
(Surah Asy-Syuura, ayat 27)

والله أعلم بالصواب
wa ALLAHu 'alam bi as-sowwab

Soooo... Tak payah la nak bising- bising ye. Tugas kita berdoa dan usaha. 




Tuesday, September 3, 2013

Pelik! Rusa Yang Memiliki Janggut


Jurugambar veteran dari Itali ‘Paolo Torchio’ berjaya merakam gambar rusa berjanggut ketika berkunjung ke Masai Mara National Reserve di Kenya.




Rusa betina misteri itu bemiliki rambut tebal di kepalanya sehingga rupanya mirip dengan anjing terrier.

“Saya hairan, apa yang anjing itu sedang lakukan di sini,” Torchio bercerita kepada OurAmazingPlanet melalui telefon.

“Tetapi ketika ia keluar

Wordless Wednesday #36


Monday, September 2, 2013

Pinjam semangat ye kak!


Assalammualaikum..

Saya suka sangat gambar ni. 
Akak ni nampak bahagia sangat.
Bersembang dengan akak ni pun buat dada rasa lapang.
 Gelak macam tak ada masalah. 
Senyum macam dunia terlalu suci.

Semangat ini yang saya pinjam.
Semangat ini yang buat saya pertambah rasa syukur.
Betul!!

Gaji dia lebih kecil.
Tapi dia dapat mengawal dunianya.
Dia tahu mana tempatnya.
Dia sedar tanggungjawabnya .
Tabik spring!!!

Lagipun, saya memang suka bercampur dengan akak yang kerjanya berpanas panasan
daripada akak yang kerjanya di dalam dingin ciptaan manusia ni.
Semangatnya lain
Imannya lain
Mutunya lain

 yang paling penting,
bahagianya dasyat.
tak pernah merungut duit tak cukup
tak pernah merungut kerjanya panas
 
Pinjam semangat ye kak!


RON 95 naik 2 kupang

Seblom ni RON 97 naik, aku rilek jer. Akhirnya RON 95 pun naik gak, aku pun terkena. Sib baik la dah lama pakai alat jimat minyak ni.....nak kena upgrade le ni bagi lagi jimat. Kalu leh jimat 10%, seliter dah jimat 2 kupang jadi RM1.9 je seliter. Kalu 20%, jimat ler 4 kupang dah jadi RM1.7 jer seliter. Hehheheh, kan untung tu....

Walau pun naik 2 kupang jer, kalu moto ku isi penuh dah jadi RM5 5 kupang, 2.6 liter jer. Dalam tank ada minyak lagi. Kalu tank kosong x tau la brp......

lampu led menyala2....

Utk keta pun buleh gak kalu nak upgrade bg high capacity sikit......

Pemasangan cukup mudah, plug je kat soket pencucuh rokok tu. Xyah dah duk isap rokok dalam keta, mengganggu pemanduan jer. Pasang benda ni lagi bagus. Lg jimat lg sihat.....

Tahap kekuasaan dapat dilihat pada sinar led nya...
Dan konfem bila minyak naik. Semua harga baik barang dan perkhidmatan akan naik. Mestilah kan, bila kos meningkat kena la naik harga. Tp kenaikan bukan saja utk menampung kenaikan kos minyak tp menambahkan lagi peratus keuntungan. Contoh minyak naik 2 kupang, gula ka tepung ka buleh jadi naik 3 kupang gak...padahal sekali angkut beratus2 bungkus. Sepatutnya beratus2 bungkus la baru naik 2 kupang kali berapa liter minyak. kalu 100 liter naik ler 200 kupang atau RM200.....Kalu ada 200 bungkus makanya 1 bungkus akan naik sekupang je lah. Naik le jugak kan????????? Ni idak naik sampai beringgit2, agok2 ler....

Karnival Lenggong 2013


Karnival Lenggong

Karnival Lenggong

Moh kome kite menghameikan dan memeriahkan majelih......

2 Makanan Pilihan Untuk Kekal Segar Bertenaga!

Assalamua'laikum.
2 makanan pilihan untuk kekal segar dan bertenaga. Kita selalu 'dimomokkan' dengan pelbagai minuman bertenaga untuk tingkatkan kesegaran badan dan rasa letih yang kadang-kadang cukup membuatkan kita 'terdampar' tanpa mampu berbuat apa-apa aktiviti. Kali ini, saya kongsikan 5 makanan alami yang berkhasiat segarkan badan, penuh dengan nutrisi terbaik dan paling best ianya makanan rendah kalori!

2 makanan tinggi kandungan air! 

Biasanya, kita digalakkan minum air lebih kurang 8 gelas sehari untuk menampung keperluan bendalir dalam badan kita. Secara faktanya, bendalir diperlukan oleh sel-sel badan kita untuk berfungsi lebih cekap dan berkesan. Atas sebab inilah, kita jangan sesekali payah dan culas untuk minum air terutamanya air kosong.

Selain air kosong, ada banyak lagi makanan lain yang kandungan airnya cukup tinggi. Antaranya ialah;
1. Timun batang. Inilah antara sayuran yang mengandungi peratus kandungan air paling tinggi. Cukup sesuai dan sedap untuk dibuat ulam dicicah bersama sambal belacan! Apa jua menu yang anda hidangkan, jangan lupa untuk selitkan timun batang sebagai ulam mahupun pencuci mulut yang cukup berkhasiat.


2. Tomato. Rasanya yang masam kadang-kadang menyebabkan ramai yang memilih untuk tidak "mendekati" tomato. Apa kata, cuba makan tomato bersama cheese rendah lemak. Mungkin anda akan terasa lebih segar sepanjang hari.

Mulakan hari kita dengan sumber makanan yang segar dan pastinya halal lagi suci. InsyaAllah, badan yang sihat bakal menjadikan kita lebih berfikiran positif dan seterusnya segar dan bertenaga sepanjang hari.

Selamat mencuba!

Gambar Belangkas