Monday, July 22, 2013

Islam x hebat.....


Islam sangat mengalakkan sedekah, tambahan pula di bulan Ramadan, banyak pahalanya. Selain daripada itu meraikan org miskin dan anak2 yatim juga sgt dituntut oleh Islam. X hairan la kalu Islam dilabel sebagai penyumbang utama kepada dana2 yg diwujudkan...Ini menggambarkan Islam mengajar penganutnya sikap suka memberi, membantu yg memerlukan, bukannya pengganas yg mendatangkan kecelakaan dan kesenggsaraan seperti digambarkan oleh barat...yahudi...



Islam itu Indah

Dah bersalin...

Alhamdulillah...adik ipar bersalin bayi pompuan 4 kg. Patut la kena operate, besor anak nya. Tahniah, jaga la amanah Allah ni sebaik mungkin. Jgn ditinggal sesuka hati, dipukul, diherdik, dimaki. Tapi curah kan lah kasih sayang yg maha tinggi yg tiada berbelah bagi.

Rupa2nya pagi ni Putera Willian ngan Kate pun dapat anak gak, lelaki. Sekolah sekali la hangpa no...Hheheheh...Tahniah juga, anak lelaki yg bakal jadi raja Britain........

Walaupun satu orang biasa satu lagi keturunan raja, tp semua lahir cara sama...Tiada beza, cuma manusia yg membuatkannya berbeza.....Yg membezakan manusia bukanlah pangkat dan darjat tetapi kesucian hati dan keikhlasan, sikap yg menjadikan manusia disanjungi, dihormati dan disegani.


Wiliam and Kate



Grand Puteri Hotel, Terengganu

Selepas keluar dari Pulau Kapas hari tu kami terasa letih untuk berjalan jauh lagi. Hasrat untuk ke Kelantan di batalkan. Kami bercadang menginap di Kuala Terengganu sahaja. Lepas solat Zohor di Masjid Putih dengan tak semena-mena kami ternampak banner hotel baru telah dibuka pada 15 April 2013 dengan harga promosi apa lagi kami pun ambil peluanglah menginap di hotel baru ini. Hotel ini terletak berdekatan stesen bas dan juga berdekatan Masjid Putih. Hotel ini ramai dengan orang-orang kerajaan.

Gambar Grand Puteri Hotel diambil dari kawasan parking hotel



Kaunter hotel
 Ruang legar hotel. Belakang sana tu cafe dia.



Harga promosi yang kami dapat ialah RM118 untuk bilik superior.  Ingat nak try bilik lain sebab kami bertiga tapi dah penuh. Tak tahu sampai bila promosinya.  Harga ini termasuk dengan sarapan pagi untuk dua orang. Ini harga setiap bilik.



Bawah ini  gambar bilik no.426 yang kami menginap:







Pro
----
1. Bilik baru tapi berhabuk sedikit.
2. Disediakan buku doa
3. Ada seterika, peti ais mini
4. Barang asas tisu bontot, shampoo,sabun semua ada.
5. Tap air panas ada
6. Channel tv ada astro
7. Internet boleh di akses guna wifi atau guna utp cable (minta dikaunter)
8. Hotel ada lif

Kontra
---------
1. Kalau ikut harga asal rasa macam mahal
2. Tak ada pengelap kaki di pintu bilik air. 
3. Sarapan pagi tak banyak menu. Rasa biasa sahaja cuma nasi lemaknya sedap. Yang pelik tak ada  nasi dagang.









Sayalah budak kedai Foto & Kasut

Assalammualaikum..

Hari ni saja-saja je nak bercerita.

Saya ambil SPM tahun 2001. Lepas habis SPM, saya duduk rumah 1 minggu je. Bosan sangat!! Saya pun keluarlah mencari la kerja kat kangaq yang penuh pancaroba tu. Sorang-sorang okey. Saya ni memang jenis relex je.. Saya boleh je jejalan sorang diri, shopping sorang diri.. kira koboi je.

 Satu kedai satu kedai saya tanya. 'ada kerja kosong tak?'  Malu tau sebenarnya, tapi nak kerja punya pasal kan..

Nak dijadikan rezeki, saya dapat kerja kat kedai gambar. Kedai mualaf. Kedai tu uncle bahagikan dengan isteri dia, so...sebelah kedai gambar, sebelah kedai emas. Tingkat atas salon, auntie punya gak. Tingkat atas sekali, rumah depa la.

Gaji RM350 sebulan. Kerja 9 pagi - 6 petang. Saya pergi kerja dengan ayah, awal la.. kul 8 pagi dah sampai kangaq, lepak dalam kereta 45minit, pastu baru jalan gi kedai. Best tau suasana pagi. Tenang je.

Selalunya saya akan sampai awal, uncle tak buka kedai lagi. Soo..jadilah saya penunggu setia, bertinggong depan kedai. ;) Bila uncle buka, saya pun mula la, kemas kedai, sapu sampah, lap cermin-cermin tempat simpan emas tu, susun-susun apa yang patut. Saya suka kerja tu sebenarnya.

Uncle pulak ada 2 orang anak perempuan. Dua-dua baik.

Waktu paling best, 2 minggu sebelum raya. Meriah sangat-sangat!! Orang ramai sangat!! Tambah pulak blok kedai saya kerja ni kedai kasut, borong din, bank... memang jadi tumpuan la. Best tau!!

Tapi...ada satu kejadian yang saya takan lupa. Masa tu saya berdiri kat depan kedai..saja la tengok orang lalu lalang. Sekali tu, sorang makcik ni yang tengah jalan dengan anak lelaki dia, pusing belakang, tarik budak perempuan yang baru selisih dengan dia, zassssss.....zasssssss....zassss......budak tu kena tampaq dengan makcik tu. bertubi-tubi. Ternganga saya. Pastu makcik tu maki-maki sampil pukul-pukul. Anak lelaki dia yang kat sebelah tu mula-mula biar, tapi bila dia tengok mak dia 'naik hantu' baru la dia tarik mak dia. Dari apa yang makcik tu maki, saya dapat tangkap la yang perempuan tu rampas suami dia. Tapi kan..perempuan tu muda sangat, macam belajar lagi je. Anak lelaki makcik tu siap cakap, 'kita jumpa kat mahkamah'. Bayangkan orang tengah ramai masa tu. Kesian...tapi mesti ada hikmah Allah nak bagi depa tu berjumpa kan?

Lagi satu, masa kerja kat kedai tu, saya dah macam jadi geng dengan 'orang-orang istimewa' yang selalu tadah tangan minta duit tu. Tiap-tiap hari depa akan mai minta duit. Saya bagi sebulan sekali je, masa dapat gaji. Ada la satu hari tu, salah sorang mai minta duit, saya cakap la tak ada duit. Dia terus keluarkan duit dalam poket dia, pastu baling, bagi melayang-layang atas muka dia. Lawak!! Tu nak menunjuk la yang dia banyak duit! Pastu auntie buat gaya macam nak terkam ambil duit dia, laju je kutip balik & lari sambil buat muka marah. Haahahhaaa.. lawak tau.

gambar ni uncle yang ambilkan.. ;)
Disebabkan lama kerja kat situ, saya rapat la dengan kakak kedai kasut. Haaa....'kakak' tu merujuk kepada tokey kedai kasut tu ye, dia berbangsa cina, tapi semua orang panggil dia kakak. Sempoi je. 2 minggu sebelum puasa, saya kerja part time kat kedai kasut. Habis kerja kat kedai gambaq kul6, terus je sambung kat kedai kasut. Pastu rehat untuk berbuka. habis kerja kul10 malam. Gaji RM35/hari.

Kat sini pun best. Kiranya kerja kat sini kan, jumpa habis adik beradik, jiran-jiran, kawan-kawan. Semua mai beli kat kedai ni. Seminggu sebelum raya tu, orang teramat la ramai. Sangat ramai, jalan memang bahu bertemu bahu. Ala...kat perlis masa tu memang tu je la kedai kasut yang okey pun.hehe..

Masa mula-mula memang kekok nak tunduk-tunduk bagi & pakaikan orang kasut, tapi bila dah ramai sangat orang, pastu nak cepat, rasa okey je tunduk-tunduk pakaikan orang kasut, picit-picit kat depan kasut nak tengok ketat ke tak. Buang ego la kiranya. Rasanya sebab tu la sekarang ni saya akan rasa okey je bila kena merendahkan diri, tak kisah la apa situasinya. Ala..kalau kita meninggi diri dapat paha ok gak, ni tak dapat apa pun, so biasa-biasa sudah. Ni tak cita lagi kalau stok kasut sampai. Bersila tepi kaki lima tu biasa. Memang tak ayu langsung la. hehe..

Semua ni kenangan yang sangat best. Kakak pun sampai sekarang, kalau beli kasut kedai dia mesti bagi murah gila. Kadang-kadang tu kurang sampai RM10 tau! Walaupun saya kerja kejap je dengan dia, dia tetap ingat, tu yang best.

Semua ni kenangan yang sangat best. Tak kisah la apa bangsa kita, apa agama kita, yang penting kita hormat menghormati. Saya bekerja dengan dua majikan berbangsa cina tapi sorang beragama islam, sorang beragama ibunda dia la, tapi dua-dua baik, dua-dua tunjuk contoh yang baik kat saya, dua-dua sampai sekarang selalu je bagi diskaun kat saya. like! like!

Masa berhenti kerja, uncle bagi gaji lebih, dekat rm1,000 la.. Dia cakap buat belanja nak masuk belajar, jadi, saya terus gi kedai sebelah, buat spek.. hehe..

Last day kerja, sedih nak berhenti, tapi semangat nak sambung belajar. Apapun..ni cuma secubit je daripada  pengalaman saya bergelar budak kedai, ada banyak lagi yang pengalaman best! Kalau ada rekezi kita birak lagi la yek. okey..wassalam.. 







 

Sunday, July 21, 2013

Cuti kecemasan

Malang x berbau, langit x selalunya cerah. Hari ni ada kematian keluarga pengasuh anak aku. Jd la aku bidan terjun mengasuh sepasang anak aku.

Bulan posa lak tu. Mn aku nk cari mknn. Bkn alasan nk p kedai mamak. Tak pernah la wat keja lagu tu.

Naseb baik mak dia da siapkan moi. Ikut aku nk beli roti mengali ja. Gardenia la krim coklat, faberet depa.

Ni la risko kalu hantar ank kt pengasuh. Kalu nursery, insyaAllah xdak la cuti tiba2 mcm ni. Lain la kalu kena ttp kalu ada kes2 bayi meninggal, dera ka. Bayaran sm gak.cuma kt nursery ramai, pengasuh pun ramai. Ank aku yg sulung pun tido buai lg, adik dia lg la. Kt nursery mn ada buai. Mau meraung dulu la seblom nk biasa tido bwh.

Kt nursery depa bljr gak abc, doa, alif ba ta. Pengasuh memang x ajar apa pun. Tp manja giler la bdk2 jdnya.

Berbndg kt jg sendri lak, diorg punya perangai jd lain. Arahan kita krg diendahkan. Ssh nk tdo, x moh tdo. Sdgkn kalu d rmh pengasuh, pg tdo bgn mkn tghr ptg tdo plak.

Walubgmnpun, pastikan ank anda dlm keadaan selamat dan selesa sblum meninggalkan mereka. Rezki buleh cari, tp ank amanah Allah.

Wallahualam....

Misteri Hantu Pesawat 401


Malam 29 Disember 1972, penerbangan pesawat 401 Eastern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang New York menuju Miami, membawa 163 penumpang bersama 13 orang krew.




Pesawat jenis jet Tri-Star (Lockheed L-1011) itu baru empat bulan beroperasi. Dipandu oleh juruterbag berpengalaman, Kapten Robert Loft dibantu juruteranya, Donald Repo.

Tetapi, pesawat itu mengalami masalah apabila rodanya tidak

Sepak raga tuju

Sementara tunggu waktu berbuka selepas meronda bazar ramadan, sepak dulu sebutir dua. Kalu penat pun xpa dh dkt nk buka. Badan pun xdan nk panas, sat saja dah 7.30....

Kalu duk dlm rumah dpn juadah mau rs mcm sejam lg nk berbuka. Bl main sat sj ms berlalu. Mcm teraweh la, rs lm sgt nk 8 pun. Bl blk smbil sembg kut jln xdan sampi rmh lg, kt mesjid dah kt 20 rakaat dah.

From my ONE TOUCH GLORY 2S

Gambar Belangkas