Monday, November 19, 2012

Everything is fine

Maybe there was a reason for me to be here, at this time, this year.
I am happier this time... That is all that matters :)

Updates on Stirling, Loch Awe and Oban soon... lol.. maybe


Karnival Keluarga Sakinah


Alhamdulillah pada hari Ahad yang lalu kami berpeluang menghadiri program keluarga Sakinah anjuran pertubuhan IKRAM Shah Alam, di Surau Platinum Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam.
 Pelbagai aktiviti telah di adakan sepanjang separuh hari dari jam 9 pagi hingga 1 tghr. 

 Pemeriksaan kesihatan percuma oleh IKRAM Health
(Anakanda saya Asma' pun turut terlibat memberi perkhidmatan ini)


 Pelbagai aktiviti untuk para aulad

Gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai items - makanan , cookies, cake , kerepek , air, pakaian ..etc...

Kempen oleh Aqsa Syarif untuk  mengutip dana bagi tujuan membantu saudara seagama kita di GAZA ..

dan agenda utama adalah bual bicara kekeluargaan sakinah oleh Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM, penceramah Radio IKIm dan Tanyalah Ustazah 
bersama Pak Utih, penceramah motivasi keluarga yang tidak asing lagi (saya pernah attend kursus motivasi MAHLIGAI KASIH bersama beliau)

 dan juga Imam Muda Naufal (Finalis Imam Muda)
sembang santai berkenaan Generasi Y - K-Pop di hatiku?

Photography love

I am so in love with these photographs! In love and impressed.. Gives me a calming effect
Just a few favourites below:













Sunday, November 18, 2012

Resepi Puding Karamel

Petua hilangkan sakit gigi

Bila aku dah cabut gigi baru jumpa petua2 ni. Habis duit aku RM150 cabut gigi, tampal dan cuci. Cuci x bersih lak tu. Kalu aku boleh cuci sendiri x per la. Yg dah ditampal pun x leh guna, sakit bila mengunyah.

Nak kena pergi klinik gigi betul la. Yg aku pi tu kat Batu Kurau, Tukang Gigi jer. Dulu pakcik dia buat, dah mati dah. DIa lak ambil alih. Tp biasa la bila dah tukar orang, harga pun lebih sikit la. Dulu cabut ka tampal ka, RM30 ja. La ni dah RM50. Main ngan sakit ni x kira la brp pun...

Puas dah aku cuba macam2 petua. Bila baca balik petua ni baru tau, x ikut prosedur rupanya.

Baru2 ni kawan aku ada pergi Klinik gigi (bukan swasta) kat Kepala batas. Doktor buat reroot, buang urat gigi. So gigi dah tak sakit, mati ler gigi tu tp buleh guna. Macam best jer, bila nak p x tau. Sekupang haram pun x kena. Jeles gak aku. Dah kena RM150 pun gigi duk sakit gak lagi.

Makan malam


assalammualaikum..

Semalam anak-anak sepupu saya bermalam kat rumah. Semua ni budak bandar. Datang sini semperna cuti sekolah. Diaorang ni penggemar kari. So makteh yang masak kekadang sedap kekadang tak sedap ni pun buat satu keputusan yang bijk. Masak kari telur, goreng ayam, sayur dan sambal belacan! Laju diaorang ni makan. Siap puji sedap. Memang puas hati tengok diaorang ni makan.  Padahal takde la sedap sangat, tapi dah diaorang tu suka.. hehehe..


Alhamdulilah... kenyang diaorang.

Kakak balqis yang paling besar tu UPSR dapat 6A 1B tau! Dia sekolah cina, so banyak la paper UPSR dia. Kesian....... sekolah rendah dah banyak paper, makteh dulu 4 paper je..tu pun 2A je kakak ooiii...

Ok, nanti makteh masak lagi yek.

;)

Kemunculan Malaikat Yang Membantu Pejuang Chechnya

Dalam berjihad di jalan Allah SWT, kejadian pelik dan aneh seringkali berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar {1} dan semasa di Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Tiada yang mampu dikatakan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir. Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di beberapa tempat terpilih seperti yang diberitakan berlaku di pergunungan Chenchya.

Inilah keistimewaan yang Allah swt berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di tempat paling atas berbanding perkara-perkara lain. Tiada sebab untuk Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.

Ikutilah penceritaan daripada seorang Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan. 

Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan 

Kami berperang dalam satu batalion bersama komandan operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul jet pejuang Rusia yang menerjunkan ratusan tentaranya. Kami mulai bersiap siaga. Pada waktu itu kami dalam keadaan berkaki ayam pada malam yang gelap gelita serta di atas tanah yang dipenuhi salji.
Tentara-tentera Rusia tersebut mendarat di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Hal ini membuat sudut pandangan kami menjadi tidak jelas, sedangkan bagi pihak mereka sangat jelas. Oleh sebab posisi mereka yang berada di atas kami menyebabkan kami tiada tempat untuk berlindung.

Tapi tiba-tiba mereka diliputi kekacauan dan ketakutan dan mereka pun mulai menembak. Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah.
 Komander Khattab

Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam. Komandan Khattab berkata,
“Saya ingin beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”.

Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Maka komandan Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk mendaki ke atas. Setelah satu jam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam. 

Laungan Takbir 

Dengan rasa ingin tahu kami pun mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, segera kami bertanya kejadian sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir. Ternyata kami menemukan kejadian yang mengejutkan, ratusan tentara Rusia telah terpenggal.

Melihat keadaan tentara-tentara Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik. Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.

Satu lagi kejadian aneh di mana senjata api mereka iaitu Kalashinkov masih tergengam di tangan mereka dan tidak sedikitpun mengalami kerosakan. Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain pun masih lagi elok.

Jumlah tentara Rusia yang terpenggal ada sekitar ratusan orang. Melihat kepada hal sedemikian, kami menyedari bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong kami. {2}

Allahuakbar. Dengan kisah ini diharapkan agar kita semua dapat menerima pengajaran bahawa Allah sentiasa disisi kita dan pastinya akan memberikan bantuan tatkala kita memerlukan. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan kepada saudara kita yakni para pejuang Hamas dan orang-orang awam di Gaza sana.

[via]
_______________________________________
2. Dipetik daripada buku “Karamah Mujahidin dari Masa ke Masa” oleh Abu Muhammad

Gambar Belangkas