Sunday, November 4, 2012

Terbaru: Berita Adik Ahmad Adam Syukri

Puas jugak mencari berita terkini adik Ahmad Adam. Alhamdulllah ada keluar metro tp x baca pun. Terjumpa kat blog kakcik ni. Timasih kakcik, kita kongsi.

Alhamdulillah, kita serahkan pada yg pakar. Kita doakan lah semoga semua nyer beroleh kejayaan.

Semoga beroleh kejayaan.....credit to kakciknurseroja.blogspot.com

10 peringatan: Selamat Menduduki SPM 2012


  1. Semoga dapat jawab soalan dengan  pantas dan tepat. 
  2. Jgn lupa tgk jadual hari2....takut terlupa pi exam lak. 
  3. Study jgn sampai lewat2 takut pagi esok tak terbangun. 
  4. Bagitau mak ayah atau bg je jadual kt mak ayah supaya diorang pun boleh tolong ingtkan.
  5. Jgn lupa sarapan sebelom pi exam sebab kalau perut lapar otak payah nak pikir, sama gak kalau terlalu kenyang. 
  6. Kelengkapan exam macam ic, pensil semua tu letak dalam satu kotak, simpan elok2, takut terlupa.
  7. Kenderaan utk ke sekolah pun perlu dipastikan dalam keadaan 110% baik.
  8. Sentiasa keluar 1 jam awal, tiba ditempat exam 1 jam awal. Kalu lupa apa2 dan lagi balik ambik.
  9. Baca doa bila  nak study, bila nak tido, bila nak kuar rumah pi exam, bila naik kenderaan, bila masuk dewan exam, bila nak mula jawab exam.
  10. Ucapkan alhamdulillah lepas sarapan, lepas study, sampai kat tempat exam, bila buleh jawab, bila abis exam, bila sampai rumah..............

spm oh spm!!!!

SPM 2012

InsyaAllah beberapa minit lagi anak ke-5 saya, Wafa' akan mula memasuki medan perjuangan yang sebenardi alam persekolahan, iaitu menghadapi Peperiksaan Besar SPM ...baru sebentar tadi beliau menalipon saya dan suami, memohon restu dan do'a, Semoga diPermudahkan dan semoga beliau diberi ketenangan fikiran dan kelancaran bahasa dalam menjawab soalan peperiksaan..
InsyaAllah Wafa''..ummi, abi dan adik beradik akan sentiasa mendoakan kejayaan Wafa'...
Apa yang penting ..selama ini Wafa sudah berhempas-pulas berusaha ..kini tiba masanya semuanya hanya kita serahkan kepada Allah dan bertawakkal kepadaNYA .. mohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh ...semoga sepanjang peperiksaan berlangsung Wafa diberikan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran dan kelancaran bahasa dan di Berkati segala ilmu yang Wafa sudah pelajari selama ini...
InsyaAllah ...

Krabi ;)

assalammualaikum...

sebelum tu nak senyum dulu :) . nak senyum lagi :). dan lagi ;)..

hehehe..

percutian singkat tapi best sangat.
alhamdulilah..
ada juga rezeki untuk kesana.
sebelum ni berangan je nak gi sana. takpun asyik google je, tengok gambar.
tapi kali ni alhamdulilah, boleh tengok dengan mata sendiri.

naik bas dengan geng pejabat memang enjoy!
dah rasa macam budak sekolah pi rombongan je!
best gak sekali sekala bujang.
hehe..

tapi yang tak tahannya diaorang pasang lagu2 zaman bila tah..
mendayu-dayu..
semua lagu kecewa..
nyanyi semua teran2..

adoiii..layan je la..


lagu zaman sekolah ni..



Hotel selesa. Kedudukan hotel pun 600m je dari laut..
Kiri kanan hotel, kedai makan & kedai jual2 baju.
McD pun 2-3 lot je dari hotel. 
Tapi tak halal, so tengok aje la.. 

Gambar atas hotel kat krabi, kat bawah hotel kat hadnyai.


Aktiviti kat krabi memang best! Snokeling le apa lagi. Pakej yang kami ambil ni murah gila.. 4 pulau RM45.. Yang murah tu sebab kami gi ramai, kami sewa 1 bot terus. Harga tu siap makan tau! Nasi putih, telur mata, paprik, buah dan air. Kira ok la kan.

Siapa yang nak gi, saya nasihatkan beli apa2 sebagai bekal. Penat tau!! 
Walaupun dah mkn nasi, tetap rasa lapaq lagi!! dan lagi! dan lagi!!
 Kat pulau ke3 tu ada la jual jagung bakar, tapi kami tak bawa duit! so jeling2 manja je kat jagung tu! aiihhhh..sungguh menyelerakan!!

Jagung tu 50B @ RM5..
Mahal, tapi besaq.


Bab makan pula kat krabi ni tak payah risau. Makanan hahal banyak. 
Yang meniaga pun nampak meyakinkan. 

Kos makan pula boleh la tahan, nasi goreng dalam RM6, tomyam pun dalam rm6. Tapi sedap.
Kat sini malam2 ada jual Udang Goreng Tepung, siap letak dalam mangkuk. Besaq.. RM5 je. Kenyang tau. Kalau pi sana beli! Jika tidak menyesal lah anda!
nyummm..nyumm..
ishh..terlioq pulak!!

Air kat tepi jalan tu murah, RM2 je. Sedap pulak tu. Bukan air bancuh2 macam kat sini ye, 
air buah fresh!




Masa jalan2 tu saya jumpa geleri. Cantik lukisan kat situ. Tapi takde peruntukan RM pun nak beli lukisan.
So tengok aje la kan..





Kat Krabi 2 malam.. 1 malam kat Hadnyai..
Percutan singkat yang mendamaikan.

Saya bawa RM200 je. Lepas untuk makan, gi pulau2, beli baju 3 helai & beli magnet. 
Jimat kan..

alhamdulilah..
doakan supaya saya dapat gi lagi dengan suami dan kawan2..

oh..rindunya kat pantai

;)






Santorini, Greece

Amazing sunset

Saturday, November 3, 2012

Anger measurement

So, you are not man enough if you get angry over tiny matters.

Pemanggang Ajaib

Kehidupan sebagai seorang wanita berkerjaya tanpa pembantu rumah  sangt-sangat memerlukan peralatan yang dapat membantu memudahkan dan memendekkan masa memasak. 
Sudah beberapa kali membaca di blog-blog rakan-rakan blogger mengenai pemanggang ajaib ini, apatah lagi apabila chef blogger masakan yang terkenal Cik Mat Gebu juga ada menwar-warkan mengenai pemanggang ajaib ini di blog beliau ..begitu juga dengan rakan-rakan fb ..
Alhamdulillah baru-baru ini sahabat lama saya di mana beliau juga rakan blogger telah message saya dan bertanyakan samada saya hendak membeli pemanggang ajaib ini dengan harga dealer... Alhamdulillah rezeki di depan mata, harga murah dan saya juga tidak perlu mencari ke sana ke mari, sahabat saya akan hantar terus ke depan rumah TANPA caj penghantaran! Terus saya order 2 ...satu untuk saya dan satu lagi untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya, niat di hati samada hendak beri kepada emak ? atau hendak jual dengan kakak? atau nak simpan nanti boleh boleh hadiah anak dara nak kahwin? Hurmmm ..sangat jauh melayang pemikiran saya ... namun itu adalah bagus kan? memandang jauh ke hadapan ..
 Pemanggang Ajaib cap IKAN..
Sehingga hari ini belum berkesempatan lagi nak membakar ikan dalam pemanggang ajaib ini...hajat hati hendak membakar ikan Pari nak cicah dengan air asam dan sambal kicap ...tapi dek kesibukan masa, belum sempat nak ke pasar membeli ikan nak bakar ...
Insyaallah suatu hari nanti bila dah bakar saya akan ambil gambar dan pos di sini...

Gambar Belangkas