Friday, October 19, 2012

Berjumpa Chef Hanieliza lagi

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberi ku peluang untuk berjumpa Chef Hanieliza kembali ..
Semasa berjumpa Chef Hanieliza buat pertama kali di Mesjid Negeri Shah Alam tempohari, (ada saya buat satu entri di sini) , saya telah membeli buku resepi Chef hanieliza, 365 resepi 1 HARI 1 RESEPI..

Beberapa minggu lepas, semasa majlis usrah di adakan di rumahku, akhawat usrah ku telah berkenan melihat buku resepi tersebut dan berhasrat untuk memelikinya, lalu saya segera menghubungi Kak Hanieliza, samada beliau akan datang ke KL dalam masa terdekat (knowing that she always get invitation to demonstrate her cooking)
 Setelah dikumpul bilangan yang hendak membeli banyak juga, Kak Liza kata beliau akan datang ke Shah Alam/Klang dalam bulan Oktober.. 

Jadi hari Khamis saya mendapat khabar dari Kak Liza bahawa beliau akan berada di Klang hari Jumaat sebab ada masak-masak sedikit untuk membuat penggambaran untuk majalah Saji ...lalu kami pun berjanji hendak berkunjung ke rumah anak beliau di Taman Berkeley, klang..tidak jauh dari rumah saya..

Jom layan gambar ...
Chef Hanieliza bersama 4 jenis nasi, Nasi Dhal, Nasi Serai, Nasi Daging, Nasi Tomato berjagung

Gambar Nasi dari dekat...nak resepi? boleh rujuk di fotopages Chef Hanieliza atau beli terus buku resepi beliau

Lauk-pauk pula...Daging masak lada hitam, acar buah dan 3 jeniskerabu, Kerabu Mangga, Kerabu Daun Selom dan Kerabu Tomato berlada

Apalagi, setelah selesai penggambaran untuk Majalah Saji..(masa kami datang wartawan dan cameraman sudah balik) ..kami pun menjamu selera ...
ALhamdulillah... Terimakasih Daun Keladi Kak Liza...
sedapppp sungguh dan perut pun kenyang ...Alhamdulillah rezeki Allah ..
Semoga Chef Hanieliza terus maju dalam bidang masakan ...
Akhir sekali sebelum pulang, sesi menanda-tangan buku resepi yang kami beli ..
Di tepi itu ialah Hana' (anak bongsu saya bersama cucu Chef Hanieliza)

Humour #7: Gangnam Cat Style


Thursday, October 18, 2012

wonder girls berbaju kurung

boleh menari gak pakai baju kurung pon...
Org asing pun tau nak ambik hati, jg kesopanan bila mai tempat org. Dikenali sebuah kumpulan penari seksi, dari korea, bila mai Malaysia buat persembahan pakai baju kurung. Kan ke sopan. Tunggu K-Pop lak mai buat konsert pakai baju melayu. Mesti ramai gadis melayu pengsan.

ayu nya....










PSY kalau mai kena menari naik kuda pakai baju melayu la....

Jom ubah dunia.....

Jom kita ubah dunia menjadi tempat paling selesa, paling selamat, paling bahagia.......

Berita harian 19/10/2012

DETROIT: Pencipta yang membangunkan sel bateri yang digunakan untuk kenderaan hibrid, Stan Ovshinsky meninggal dunia di rumahnya pada usia 89 tahun di pinggir bandar Detroit akibat menghidap kanser. 

Ovshinsky yang mengusahakan syarikat pembangunan bateri kereta, Energy Conversion Devices juga mencipta mesin yang dapat menghasilkan kepingan panel tenaga solar sepanjang 14.5 kilometer bertujuan menjana kuasa lebih murah dan bersih ke kediaman serta bangunan perniagaan. 
Anak lelaki  beliau, Harvey Ovshinsky, berkata bapanya bukan saja teruja tentang penemuan sains dan tenaga alternatif, juga peka terhadap hak asasi manusia dan kesan sosial. Harvey berkata, bapanya meninggal dunia akibat mengalami komplikasi kanser prostat di rumahnya di Bloomfield Hills, di sini, Rabu lalu. 

“Beliau adalah individu yang menghabiskan zaman muda dan hidupnya untuk mengubah dunia,” katanya. - AP

Mohd. Ezmi Md. Jan - Barah Hidung

Kasih ibu membawa ke syurga
Banyak kali gak aku ternampak post ni dalam FB. Tp aku x caya. Bila kuar tb kemarin baru percaya. Ingatkan ada org main2. Semoga beliau terus tabah, dan cepat sembuh dan dapat menjalani hidup seperti sediakala. Amin....Ya Allah

Beliau juga bekas ketua pasukan bolasepak Selangor (SUKMA). Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul

Sumbangan boleh dilakukan melalui No Akaun Maybank Siti Mariam Md Jan (adik Ezmi) : 1620 7659 4008

atau kunjungi lokasi karnival yg akan diadakan pada ahad ni.

beli sambil derma


Bumbung Banglo Runtuh

Semalam balik kerja awal sedikit daripada biasa...
Hampir waktu maghrib, semasa sedang sibuk di dapur menyediakan hidangan buat suami yang akan berbuka berpuasa, mendapat panggilan dari rakan sekerja bertanyakan sesuatu tentang rumah/tanah runtuh di Seksyen 7, Shah Alam... lebih spesifik Jalan Jade 7/5 ...beliau bertanyakan di mana..
membuat sedikit congak di kepala..kawasan perumahan elit berdekatan rumah menteri besar semuanya beralamat 7/1...mesti bukan di situ ...kawasan rumah teres di taman perumahan ku pula bermula 7/12...oleh itu, 7/5 mesti lah kawasan perumahan banglo elit seksyen 7 berdekatan rumah banglo EXCO Negeri Selangor...
Selepas berbuka puasa, anak ke-2 saya, Zaid pula memberitahu terdapat rumah yang sedang direnovate di Seksyen 7 runtuh dan ada para pekerja yang maut dan cedera.



(sumber gambar: BeritaHarian online)

Doa kami agar mereka yang masih hidup dapat segera diselamatkan dari runtuhan tersebut, dan bagi yang maut pula, Innalillahi wainnailaihiraajiuun..

(Dari SinarHarian )


Wednesday, October 17, 2012

Promosi Tambang Murah ke Brunei

Selamat sejahtera semua..

Masa selak-selak surat khabar semalam, ternampak promosi tambang murah ke Brunei berharga RM10 SAHAJA! Tu termasuk makanan dalam kapal terbang dan 20kg baggage allowance. Saya pon dengan excitednye gi internet untuk tengok details kat http://www.bruneiair.com/malaysia/
 

Rasanye ramai yang tak terfikir untuk melawat Brunei (termasuklah saya!) sebab rasa macam takde apa yang menarik untuk dilihat. Tapi sebenarnye kita salah! Brunei ada banyak tempat menarik, cuma dorang kurang promosikan pelancongan negara dorang.

Antara yang menarik ialah;
1. Istana Nurul Iman - ini ialah binaan bangunan kediaman yang paling banyak bilik di dunia (iyalah, sultan dia tokey minyak dan gas tuh..!).
2. Masjid Omar Ali Salifuddin - juga dikenali sebagai Masjid Emas.
3. Muzium Teknologi Melayu - semua berkaitan orang Melayu Brunei
4. Kampong Ayer - ada yang menggelarnye sebagai Venice of the East..betul ke?
5. Galeri Minyak dan Gas - of course la kan, Brunei kan kaya dengan hasil bumi ni..
dan banyak lagi.

Kalau ada rezeki, bolehlah kita ke sana...

Signed off!

Gambar Belangkas