Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday #7

(gambar ihsan dari emel yang diterima dari seorang kawan: gambar ini diambil di India)

Tuesday, November 8, 2011

Tawaran

Balik dari kampung semalam lihat ada satu surat dalam mail box.  

TAWARAN KEMASUKAN KE TAHUN SATU TAHFIZ AL-QURAN HIRA' SESI 2012.

SYUKUR SYUKUR ALHAMDULILLAH!!!

Anak ke-7 saya Zubair berjaya diterima masuk ke MTAQ Hira' bermula pada tahun hadapan.. Ini adalah anak ke-3 saya yang berjaya masuk selepas abang beliau Ammar dan Mu'adz.
Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan segala urusan dan semoga Zubair berjaya menjadi seorang hafiz Al-Quran seperti abang-abang beliau..

Jika pembaca/follower blog saya masih ingat... awal tahun ini Zubair pernah mengalami kemalangan yang serius.. saya ada menulis mengenainya di sini, sini , sini, sini , sini.
Alhamdulillah, beliau sudah sembuh dengan cepat , juga berkat do'a dari sahabah2 sekelian ..
Ameen. 

Swimming

Swimming makes me a happier person.
I have finally found the strength to head to the gym but after 30minutes of threadmill running, i did not feel satisfied.
But, 25laps in the pool made be a jolly person for the rest of the day.
Looks like water is my thing....

Free gym n huge pool n new mix of ppl.... I have entered a whole new world!

I will(must) get around to update more often. Unfortunately, Iphone blogger doesnt allow photo uploads. Whats a blog without photosss...

Duit-duit Kerbau Bajak Yang Menghairankan.

 A1
 A2
 B1
 
B2 
 Cuba perhatikan gambar kerbau bajak A1, sama tak dengan kerbau dalam duit ni.


 Cuba perhatikan bahagian tepi kiri A1, sama tak dengan gambar bahagian tengah duit ni.


 Cuba tengok gambar belakang A2 dan B2 sama tak dengan gambar bahagian belakang duit ni.



 Yang ni memang ada dijual, tetapi tak tahu dari mana cetakannya.

INILAH ANTARA DUIT YANG MENJADI BURUAN SESETENGAH ORANG.




Monday, November 7, 2011

permainan kanak kanak sep sep.AVI

Rezeki Masing-masing

Anak sulong saya Asma' sebaya dengan Faizah, anak kedua kakak saya.  Sejak kecil selalu bersama jika balik ke kampung dan semasa cuti sekolah. Semasa mereka kecil, menanti-nanti bila cuti sekolah..kerana mereka hendak balik ke kampung.. mereka suka balik kampung kerana atuk mereka (emak saya) rajin melayan cucu-cucunya ... walaupun orang-orang kata atuk mereka "bising" mulut ...tetapi hati beliau sangat baik ... tidak kedekut ilmu rajin memasak..Itu yang cucu-cucu suka pulang ke kampung..kerana atuk akan masak perlbagai jenis juadah untuk cucu2 . Cucu nak makan ini, atuk masak. Cucu nak makan itu, atuk masak... maklumlah di rumah sendiri tidak berpeluang nak makan itu ini..kerana kesibukan masa bonda-bonda mereka bekerja ...sambil masak atuk akan cerita kisah-kisah dulu ..yang penuh dengan pengajaran dan teladan.. pelbagai tunjuk ajar atuk berikan..tips-tips memasak, mengemas dan lain-lain... 
namun dalam pelajaran, anak saya Asma' lebih ke hadapan.. jadi sebagai atuk sudah semestinya berbangga dengan kejayaan cucu beliau.. tanpa disedari atuk selalu bercerita dengan saudara-mara tentang kepandaian Asma'.. lalu anak saudara saya Faizah selalu berkecil hati dengan sikap atuk.. beliau selalu merajuk dan kadang-kala menangis ..kerana merasa rendah diri dengan Asma'.  Namun saya selalu nasihatkan Asma' agar jangan memandang rendah kepada Faizah. Rezeki masing-masing, mungkin Faizah tidak pandai dalam pelajaran, tetapi rezeki beliau di bahagian lain.  
Selepas tamat SPM, dengan keputusan yang cemerlang Asma' dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam jurusan perubatan di jordan. manakala Faizah meneruskan mengambil diploma pengurusan perniagaan di sebuah IPT swasta di tanahair, kerana tidak mendapat tawaran dari mana-mana IPTA. beliau berjaya menamatkan pelajaran dalam masa 3 tahun.  Alhamdulillah..saya lihat itu satu kejayaan besar bagi beliau..
Selepas beberapa bulan graduate, atas nasihat atuk, kakak saya dan abang beliau, Faizah kembali ke kampung dan mengambil peluang mengusahakan kedai runcit peninggalan arwah atuk saya di kampung, selepas Pak Long saya dan anak-anak beliau tidak mahu lagi mengusahakannya.
Selepas 2 tahun bermula dari kosong, kini beliau pada umur 24 tahun, sudah bergelar usahawan muda dengan mempunyai kedai runcit di bawah nama beliau sendiri ...dan semalam, majlis kenduri di adakan di rumah atuk dengan tujuan membaca doa selamat untuk kedai NurFaizah dan juga menerima peminangan untuk dirinya dari seorang anak muda yang juga seorang usahawan...
Pada pandangan saya, ini adalah rezeki  beliau Alhamdulillah... sekarang beliau tidak patut lagi merasa rendah diri pada Asma' lagi... sepatutnya beliau patut merasa syukur kerana sudah berjaya sejauh ini pada umur hanya 24 tahun..

TAHNIAH NUR FAIZAH!!!

My keras tangan !


Salam aidil adha pada semua kengkawan yang sudi singgah, tersinggah dan  tersekodeng kat sini yerrr...
tahun ni hati manyak sedih coz beraya kat pulau jer, en abe sibuk belaka so memang tak terasa langsung suasana beraya bila tak balik kampung.  Telan air liur jer bila dengar mak kat kampung siap buat lemang dan rendang bagai, sabor kan ajer yer deena... :)


Mood nak masak rendang, nasi impit semua dah ke laut, maleh sesangat asyik nak landing buat taik mata. dari xder apa nak buat teringat kraftangan felt yang dah lama terbengkalai tak berusik, ape taknya baru buat satu tros surrender tak bleh tunduk sangat alamat pala mula nak pitam, godek punya godek dapat la siap kan 3 menatang ni ( keychain ) ada lagi akan menyusul deena nak buat hairband untuk baby, sepit rambut ala2 berbunga gitu..


Ikutkan macam-macam boleh buat kalau kita dah tau asas felt craft ni, rajin dengan tak jer. tengok la klu dtg mood terlebih rajin deena cuba buat wallet, bekas untuk pensel dan sarung handphone. Tak tau ntah bila tahun nak jadi yerr.. akak tak janji tapi pasti hehe....






p/s: tengah dok pikir permintaan si danish suh buatkan angry birds, bleh ker..?? 

Gambar Belangkas