Sunday, February 20, 2011

Menu horizontal dengan fungsi search

Menu yang akan saya terangkan dalam tutorial ini telah pun saya masukkan pada posting dengan tajuk  menu bar tanpa hack template.Tetapi menu ini cuma menggunakan warna sebagai latar belakang.Menu horizontal kali ini lebih menarik sedikit kerana menggunakan imej sebagai background dan juga mempunyai fungsi search .

menu horizontal


Untuk membuatnya:

Masuk ke dashboard---Layout---Add a gadget



-HTML/javascript


masukkan kod ini pada bahagian bawah header blog.

<center><table width="800" height="40" cellspacing="1" cellpadding="1">
<tr>

<td width="161"  background ="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWBnpxbV2mHPp4CuGcggzAe5k1AglSAUN7eKCZSAy_c-fHIBR1x-r8MYZAt59oGINZy5y39UZpvXirhe-UO9o9J6p1WO5W0bSs0GSa-MhGIymUiysHzY4n4id2_kKyf54iuIuWEKudp9A/s1600/menu.JPG"><a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com/"><font size="2" color="white"><center><b>HOME</b></center></font></a></td>

<td width="161"  background ="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWBnpxbV2mHPp4CuGcggzAe5k1AglSAUN7eKCZSAy_c-fHIBR1x-r8MYZAt59oGINZy5y39UZpvXirhe-UO9o9J6p1WO5W0bSs0GSa-MhGIymUiysHzY4n4id2_kKyf54iuIuWEKudp9A/s1600/menu.JPG"><a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com/p/site-map.html"><font size="2" color="white"><center><b>SITE MAP</b></center></font></a></td>

<td width="161"  background ="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWBnpxbV2mHPp4CuGcggzAe5k1AglSAUN7eKCZSAy_c-fHIBR1x-r8MYZAt59oGINZy5y39UZpvXirhe-UO9o9J6p1WO5W0bSs0GSa-MhGIymUiysHzY4n4id2_kKyf54iuIuWEKudp9A/s1600/menu.JPG"><div align="center"><span class="style2"><a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com/p/link-exchange.html
"target="_blank"><font size="2" color="white"><center><b>LINK EXCHANGE</b></center></font></a></span></div></td>

<td width="249"  background ="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWBnpxbV2mHPp4CuGcggzAe5k1AglSAUN7eKCZSAy_c-fHIBR1x-r8MYZAt59oGINZy5y39UZpvXirhe-UO9o9J6p1WO5W0bSs0GSa-MhGIymUiysHzY4n4id2_kKyf54iuIuWEKudp9A/s1600/menu.JPG"><center>
<form id="searchform" action="http://teknikbuatblog.blogspot.com/search" name="searchform" method="get">
<input id="s" name="q" onblur="if (this.value == &quot;&quot;) {this.value = &quot;Search...&quot;;}" onfocus="if (this.value == &quot;Search...&quot;) {this.value = &quot;&quot;}" type="text" value="Cari Artikel...." /> <input id="searchsubmit" value="GO" type="submit" style="background: #66CCFF; color: #ffffff; font-weight: bold;" /></form></center></td>
</tr>
</table></center>

Ubahsuai pada kod diatas:

Kelebaran dan ketinggian menu:
<center><table width="800" height="40" cellspacing="1" cellpadding="1">
width: ubah pada saiz mengikut kelebaran template
height:ketinggian menu yang dikehendakki

Masukkan link dan imej pada menu:

<td width="161"  background ="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWBnpxbV2mHPp4CuGcggzAe5k1AglSAUN7eKCZSAy_c-fHIBR1x-r8MYZAt59oGINZy5y39UZpvXirhe-UO9o9J6p1WO5W0bSs0GSa-MhGIymUiysHzY4n4id2_kKyf54iuIuWEKudp9A/s1600/menu.JPG"><a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com/"><font size="2" color="white"><center><b>HOME</b></center></font></a></td>

teks berwarna merah masukkan link imej bagi menu
warna hijau pula ialah link untuk halaman yang nak dimasukkan.Ubahkan pada link halaman anda
Manakala teks berwarna oren pula masukkan nama menu pada link

diatas saya tunjukkan tiga contoh kod yang dimasukkan untuk membuat menu pada halaman sepert contoh pada gambar diatas..Jika ada lebih cuma tambahkan saja kod lagi dan ubah mengikut kesesuaian seperti yang saya terangkan diatas.

Bahagian search:

<td width="249"  background ="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWBnpxbV2mHPp4CuGcggzAe5k1AglSAUN7eKCZSAy_c-fHIBR1x-r8MYZAt59oGINZy5y39UZpvXirhe-UO9o9J6p1WO5W0bSs0GSa-MhGIymUiysHzY4n4id2_kKyf54iuIuWEKudp9A/s1600/menu.JPG"><center>
<form id="searchform" action="http://teknikbuatblog.blogspot.com/search" name="searchform" method="get">
<input id="s" name="q" onblur="if (this.value == &quot;&quot;) {this.value = &quot;Search...&quot;;}" onfocus="if (this.value == &quot;Search...&quot;) {this.value = &quot;&quot;}" type="text" value="Cari Artikel...." /> <input id="searchsubmit" value="SEARCH" type="submit" style="background: #66CCFF; color: #ffffff; font-weight: bold;" /></form></center></td>
</tr>

teks merah masukkan link imej sama seperti bahagian menu yang lain.
teks hijau tukar kepada alamat blog anda
dan bahagian teks oren ubah lah warna yang sesuai dengan imej/warna yang dimasukkan pada menu.
teks  biru boleh diubah pada perkataan yang lain.
 ubahkan saiz pada witdh agar dapat ruangan yang bersesuaian jika ruangannya terlalu luas.
dah selesai masukkan jangan lupa save terlebih dahulu..kemudian lihat hasilnya.

update 10/5/2013

10 Penelitian Aneh Yang Pernah Dilakukan

Saya bingung kalimat pembukanya gimana. Langsung baca aja ya 10 Penelitian Aneh Yang Pernah Dilakukan.


1. Berjalan Lebih Cepat

Dari tahun 1994, hari ini, kita berjalan 10% lebih cepat. Tidak jelas mengapa hal ini begitu penting, sehingga membuat Richard Wiseman membandingkan hasil penelitian tentang kecepatan berjalan manusia sejak tahun 1994. Orang-orang dari 35 kota dimasukkan dalam

Semak online keputusan STPM 2010 pada 21/2/2011

Bagi semua calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM 2010), keputusan STPM 2010 boleh disemak mulai hari ini iaitu 21/2/2010 (Isnin) dan anda boleh menyemak keputusan anda melalui online ataupun SMS. Semakan boleh dibuat mulai jam 12:00 tengahari 21/2/2011.

Bagi anda yang ingin menyemak keputusan STPM 2010 melalui online, anda boleh melayari laman web rasmi Majlis Peperiksaaan Malaysia MPM.

Bagi anda yang ingin menyemak keputusan STPM 2010 melalui SMS, sila ikuti langkah berikut:

Melalui SMS 1. taip STPM<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 36363
ATAU
Melalui SMS 2. taip STPM RESULT<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Nota Dahi: Semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang dan berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Sinopsis teater muzikal Terima Kasih Cinta

BAGI mereka yang pernah menyaksikan filem Cinta arahan Kabir Bhatia pada 2008, tidak sukar untuk memahami keseluruhan jalan cerita pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta (TKC), yang diilhamkan daripada filem terbabit.

TKC yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) sehingga 6 Mac ini boleh dikatakan sebagai pementasan broadway tempatan yang menyajikan 21 lagu menarik. Muzikal yang mempertaruhkan jalan cerita menarik berkaitan lima kisah cinta arahan Pat Ibrahim nyata bergantung kepada kekuatan lagu yang dinyanyikan sepanjang persembahan, bagi menarik perhatian penonton. Kekuatan itu pula hasil pemilihan pelakonnya yang dianggap baik.

Kecuali Tony Eusoff yang turut muncul dalam versi filem, pelakon lain yang menjayakan muzikal ini ialah Latif Ibrahim, Safura, Norish Karman, Vince Chong, Nadia Aqilah, Shajiry Damery, Farahdhiya, Deja Moss, Anding Indrawani dan Diddy Hirdy.

Jika Datuk Rahim Razali hebat sebagai Cikgu Elyas, yang mengidap penyakit pelupa, dalam filem Cinta, TKC pula mempertaruhkan Latif Ibrahim yang turut dilihat sebagai antara tonggak utama kekuatan pementasan ini. Suaranya saja sudah cukup memukau penonton, tatkala penyanyi malar segar itu menyampaikan lagu pertama, Permata Untuk Isteri, nyanyian asal Kopratasa.

Gandingannya bersama Safura dalam menyampaikan kisah cinta luar biasa berjaya menonjolkan keserasian yang kuat, apatah lagi masing-masing memiliki nada vokal cukup merdu.

Pengalaman bertahun-tahun dalam lakonan nyata membantu kedua-dua artis ini menghayati watak dengan baik, yang membolehkan penonton berasakan sama segala emosi yang bergelodak dalam jiwa kedua-dia watak ini.

Pelakon lain turut memberikan persembahan yang harus dipuji. dengan Anding, Shajiry, Vince, Tony dan Diddy seakan lebih menyerlah, dari segi nyanyian, berbanding pelakon wanita yang turut menjayakan teater ini.

Antara lagu yang dialunkan pada pementasan itu, dengan gubahan semula oleh pengarah muziknya, Roslan Aziz, ialah Permata Untuk Isteri (Kopratasa), Dia (Sheila Majid), Seribu Impian (Casey), Selanjur Bercinta (Aisyah), Impian Anak Jalanan (Kembara), Bimbang Terluka Lagi (Noorkumalasari/Sudirman), Cinta (Misha Omar/Jaclyn Victor), Kau Ilhamku (Man Bai), Belaian Jiwa (Carefree) dan Sejati (Wings).

Turut didendangkan ialah Kalimah Cinta (Amy Search), Mata (Noorkumalasari), Janji Manismu (Aisyah), Duniaku (S Ahmad), Sekian Lama (Siti Nurhaliza), Berkorban Apa Saja (P.Ramlee), Itu Kamu (Estranged), Perpisahan (Anuar Zain), Gemilang (Sheila Majid), serta dua lagu baru, Terima Kasih dan Kuasa Cinta.

Bagaimanapun, TKC yang disajikan kepada wakil media pada Sabtu lalu dilihat agak lemah dari segi penggunaan set. Penonton berasa cepat bosan apabila set kekal digunakan dari awal hingga akhir. Biarpun konsep setnya hampir sama dengan set pementasan teater antarabangsa seperti West Side Story, namun keberkesanan konsep itu gagal dirasai.

Jika diikutkan memang sukar untuk menggambarkan sesuatu babak di setiap satu lokasi seperti mana yang dihasilkan menerusi filem Cinta, namun peranan pencahayaan sepatutnya mampu membantu. Sedihnya, pencahayaan juga gagal berfungsi dengan baik apabila banyak babak sukar difahami penonton atas kegagalan pencahayaan menggambarkan sesuatu situasi itu.

Gambar barisan pelakon yang menjayakan teater muzikal Terima Kasih Cinta

Sinopsis teater muzikal Terima Kasih Cinta

MUZIKAL Terima Kasih Cinta memaparkan lima cerita cinta yang digarap untuk meraikan kehebatan cinta yang wujud di sekeliling kita.

Haris seorang lelaki yang selalu memikirkan jalan terbaik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa buat keluarganya. Baginya, keluarga ialah segala-galanya. Berjayakah Haris mencurahkan kebahagiaan yang diidam-idamkan isterinya, Airin dan anaknya?

Rubiah pula seorang wanita cekal yang mengorak langkah meneruskan pencarian cintanya, lalu bertemu seseorang yang dianggapnya sebagai terbaik buat dirinya, bagi mengubat kesepian. Namun terubatkah kesepian di hati Rubiah?

Sementara itu, Azlan memiliki segala-galanya, tetapi bukan cinta. Dia hartawan yang sering tertanya-tanya apakah cinta mesti menjadi pelengkap sebuah kehidupan. Kemewahan belum tentu dapat membeli cinta. Terjawabkah setiap persoalan Azlan dalam pencariannya melengkapkan sebuah kehidupan?

Dian seorang wanita yang terperangkap dalam kemelut cinta. Namun tidak mudah baginya untuk menduakan kasih sayangnya kepada seorang adik, Dani, yang tidak pernah menghargai kasih yang dicurahkan. Terjeratkah Dian dalam pilihan, antara cinta dan pertalian darah?

Manakala Arianna seorang wanita jujur yang mengejar cintanya dengan harapan menggunung tinggi, Apakah yang dikejar Arianna hanyalah bayangan sehingga dia terlupa dengan apa yang ada di depan mata. Bertemukah Aryana pada lelaki jujur dan setia yang dicari-carinya selama ini?



Info tambahan teater muzikal Terima Kasih Cinta

1. Dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya, mulai 19 Februari hingga 6 Mac 2011.

2. Antara pelakon yang menjayakan pementasan ini ialah Latiff Ibrahim, Safura, Deja Moss, Farahdhiya, Shajiry, Nadia Aqilah, Vince dan Tony Eusoff.

3. Tiket berharga RM30 hingga RM250 boleh didapati di www.ticket2u.biz.

Video klip Afgan - Terima Kasih Cinta


Tuala wanita punca barah pangkal rahim

KUALA BERANG: Kementerian Kesihatan digesa memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung dakwaan bahawa penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah pangkal rahim.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata penjelasan perlu bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung dakwaan itu yang dibuat beberapa persatuan pengguna dan tersebar melalui internet.

Berdasarkan kajian sebuah persatuan pengguna, antara punca utama wanita diserang barah pangkal rahim adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.

“Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit barah pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru, dakwaan itu memang nampak ada asasnya.

“Sebab itu kita minta kementerian membuat kajian dan mengumumkan sama ada dakwaan dibuat persatuan pengguna terbabit betul atau sebaliknya supaya orang ramai terutama di kawasan luar bandar tidak terus keliru,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas merasmikan Kem Kesihatan Felda Bukit Banding bertemakan ‘Ke Arah Kesedaran Penyakit Kusta dan Barah’ di Dewan Sivik Felda Bukit Banding, Ajil, Hulu Terengganu di sini, semalam.
Sementara itu, Rosol juga meminta Kementerian Kesihatan membuat kajian mendalam mengenai serangan angin ahmar yang semakin berleluasa hingga kerajaan negeri mendapati hampir setiap keluarga ada seorang penghidap.http://www.blogger.com/img/blank.gif

“Selain kajian, kementerian juga perlu menggiatkan kempen kesedaran dan langkah pencegahan bagi mengelak serangan angin ahmar di kalangan penduduk termasuk di kawasan luar bandar.

“Kita difahamkan punca utama serangan angin ahmar adalah disebabkan saluran darah tersumbat dan saluran urat pada otak pecah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Bagi wanita, berhati-hatilah dalam memilih tuala wanita anda. Jika silap memilih mungkin bakal memberi kemudaratan kepada anda.

Video 3D kemalangan rally Robert Kubica

Pada entry yang lepas, aku ada bercerita tentang kemalangan ngeri yang membabitkan pelumba sensasi Formula 1 iaitu Robert Kubica pada perlumbaan rally di Itali. Susulan kemalangan tersebut, Kubica perlu mengambil masa lebih setahun untuk pulih.

Berikut adalah video 3D simulasi bagaimana kemalangan membabitkan Robert Kubica berlaku. Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana ianya berlaku. Credits to youtube diatas perkongsian video 3D ni.



Berita, video dan gambar kemalangan Robert Kubica


Flash game percuma - Cable Capers 2

Korang pernah main game Mario tak? Ok game hari ni bukan game Mario tapi lebih kurang macam Mario je. Korang boleh melompat dan baling besi kat dinasour. Senang je nak main game ni. Kalau tak tahu, korang tekan je kat instruction ok.

Tekan X untuk menembak
Tekan Z untuk melompat








Nota Dahi: Credits to MiniClips

Tags: main game online percuma, free flash games, tempat nak main game percuma

Gambar Belangkas